Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

14.8.14

---

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Soal masa hadapan--
Soal hati--

Buntu.
Pedih.
Sakit.

Bantu aku, Ya Allah.
Tetapkan hatiku di jalan yang benar.

Sleek, smart, young, and, trendy. Guess what you’re missing out.

28.5.14

Pinjaman

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Tuhan pinjamkan kau pada aku dalam cuti ni,
untuk aku rasa bahagia,
untuk aku rasa rindu.

Bila aku whatsapp dan kau balas sepatah dua kemudian hilang,
aku mula sedar tempoh pinjaman sudah tamat.

11:17pm
bilik manis bilik


Girls trade boyfriends for good time.

23.11.13

Mimpi Indah

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Tersedar dari mimpi fantasi. Kembali ke dunia realiti.

Terima kasih Tuhan. Kau hadirkan dia dalam mimpi bersama bunga bahagia. Walau sekadar mimpi, cukup sebagai pengubat rindu.

Moga mimpi seiring realiti.


452 hadiah menanti termasuk iPad mini!

11.11.13

Quote Of The Day #26

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Through thick and thin,
and difficult times,
we emerged together as one,
protecting each other
from the world.
I know that if either of us
ever need anything,
we can count on the other
to give our all
and help in every way possible.
Erin N. Himelrick


Share #ProjectHeart with everyone on FB & Twitter to light up the village of Kg. Chuweh!

29.10.13

Lama-lama

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Pertama kali kau bilang suka
Aku di sini tak rasa apa-apa
Bila pantas bergerak sang masa
Ku pandang kau lama-lama
Hatiku rasa sesuatu berbisa
Adrenalin mengalir pantas ke kepala
Hati berdebar luar biasa
Akhirnya kau aku terima
Dan mari bina syurga kita bersama.

Coretan khas buat Farra & Hai
Kem Akademi Kepimpinan Segari (PLKN), 2013



20.10.13

'Isteri' Bukan 'Hamba Abdi'

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Isteri,
Setiamu bukan untuk ditengking
Taatmu bukan untuk dipukul
Kasihmu bukan untuk ditendang.

Suami,
Kuasamu bukan untuk disalahguna
Tanggungjawabmu bukan untuk disia-sia
Statusmu bukan kunci ego bermaharajalela

Bangkitlah wahai isteri.
Tunjukkan pada dunia,
Di mana keadilan buat wanita...

Bersiap-sedialah suami.
Untuk jawab di hadapanNya nanti.

Lihatlah dunia...
Status 'isteri' bukan mempunyai makna 'hamba abdi'.


Cara nak 'sync' movie-movie kegemaran ke semua peranti.

12.10.13

Hei Gila

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Credit : misszeit

Kau kata kau mahu dia
Dia kata dia juga sama
Kau dan dia
Bina istana bahagia
Tapi kini bila ujian datang menyapa
Mengapa senang-senang kau mahu roboh istana yang dibina ?
Mana hilangnya cinta ?
Mana cicir janji setia ?
Selam hati dalam-dalamlah gila.


Haha! I think this video about Things Malaysians do with Technology really nailed it.

21.9.13

Hint

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Berapa banyak hint lagi perlu aku bagi
untuk kau sedar aku menanti di sini ?


Can't wait to go clothes shopping, the new #MANGOFW13 collection looks awesome !

16.9.13

Bukti Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Awak luah hasrat untuk berkongsi cinta.
Saya tanya, mampu ke awak tunai keinginan saya ?

Saya cabar awak jadi imam buat kali pertama.
Awak berjaya jadi imam untuk kita semua.

Saya pinta awak jangan rapat dengan si dara.
Awak kata, mereka hanya teman biasa,
cuma saya yang bertakhta.

Saya beritahu, saya sakit kepala.
Awak beri ubat yang awak ada.

Sekarang saya pasti,
awak mampu jadi penyempurna jiwa.

Awak,
saya terima kontrak cinta kita
sampai syurga.

Istimewa untuk, Farra & Hai
Kem Akademi Kepimpinan Segari (PLKN), 2013


9.9.13

Sepi

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Bisikku pada bulan 
Kembalikan temanku 
Kekasihku, Syurgaku 
Tanpa dia 
Malam menemaniku 
Sepi memelukku 
Bulan jangan biar siang 
Biar alam ini kelam 
Biar ia sepi 
Sepertiku...
(Sepi, 2008)


3.9.13

Diam Dan Baik Aku

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Diam aku, bukan bermakna lemah.
Baik aku, bukan untuk kau perguna.
Sediam mana aku,
Sebaik mana aku,
Ada had antara rela dan paksa.
Ingat,
Aku juga manusia.
Bukan robot yang hatinya buta
Dan walau ku cuba
Ikhlas manusia bukan datang pada setiap ketika.


Ladies - feel like starting your own business but don't know where to begin?

22.8.13

Si Dungu

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Pedih.

Dahulu, aku punya bahu untuk mengadu.
Kini, aku sendirian terjelopok menangis tersedu-sedu.

Diam sejenak.

Aku yang sekarang bukan aku yang dulu.
Hidup aku berpusing tiga ratus enam puluh seiring waktu.

Iya.

Mungkin semua berpunca dari aku.
Mungkin semua salah aku.

Okay.

Sila tuding jari kamu semua pada aku - si dungu.
Si dungu yang hilang kesayangan satu demi satu.


Can't decide between a smartphone & a tablet ? Try the new #SonyXperiaZUltra !

29.6.13

So We Meet Again

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Yang bernama manusia,
Datang dan pergi lumrahnya.
Memori, tetap bersama.


Tadi, selepas 'melepaskan rindu' pada katil dan rumah (padahal tak sampai 5 hari pun tinggalkan rumah), aku, Kak Fidah dan Angah pergi ke pasar malam. Orang dah lah ramai, memang tak lah kan nak tenung muka satu-satu tengok kenal ke tak. Jalan tak pandang kiri kanan. Dah set kat kepala nak pergi gerai mana awal-awal.

Jalan punya jalan, terdengar ada orang seru namaku ini. "Nadiah." Sayup-sayup kedengaran. "Nadiah." Lagi sekali. Ni jelas dengar tapi malas nak pandang. Kot-kot panggil orang lain ke kan. "Nadiah." Aik, pandang muka orang yang lalu lalang kiri kanan, tak ada siapa pun yang kenal. "Nadiah." Cari punya cari, akhirnya mata aku jumpa juga gerangan yang memanggil. Reaksi spontan bila nampak muka dia, "Ehhhhhhhhhhhh !" (muka terkejut + teruja.jpg). Dia bukanlah orang yang famous amos, hahaha tapi dia pernah muncul dalam hidup aku dan banyak memori yang dia tinggalkan.

Aippppppp macam 'dia' tu ex boipren pula. Hahaha bukanlah ! Mahu kena baling kuali dengan bakal tunang dia nanti. 'Dia' tu Abang Shahrul. Abang kelana Pengakap dari UPSI. Dulu selalu pi camping Pengakap, dia ada. Dia berniaga kat pasar malam. Dulu pernahlah juga jumpa dia kat pasar malam tu, tapi lama benor dah. Ingat dia tak berniaga dah. Tak sangka weyh dia boleh cam aku. Siap ingat nama lagi. Lebih kurang dua tahun tak jumpa. Sempatlah singgah gerai dia borak-borak sekejap. Teruja gila woi dapat jumpa orang yang dah lama tak jumpa ^.^

Nak cerita tu je sebenarnya. Haha bosan kan ? Malas nak update entri yang berat-berat malam ni sebab nak have fun dengan family yeay. Esok ada kenduri yeay. Dapat lepas rindu yeay. Seronoknya yeay. Kerja pun banyak nak kena buat yeay. Nak masak kat dapur yeay. Nak kemas rumah yeay. Haha motif ? :p

Tak, cuma nak kongsi. Akhir-akhir ni banyak kali terjumpa balik dengan orang yang dulu pernah hadir dalam hidup aku. Contohnya macam tadilah, Abang Shahrul. Dan bulan lepas tak silap, terjumpa balik dengan Lim. Lim ni aku kenal masa Karnival Sains & Teknologi Negeri Selangor. Sekolah Lim jadi tuan rumah, Lim dilantik sebagai photographer. Aku pula masa tu masuk pertandingan Solar Cooking. Sempatlah juga kenal-kenal ehem.

Allah dah aturkan jalan cerita yang paling indah untuk hidup kita. Macam kisah aku jumpa Lim balik ni lah. Memang sangat kebetulan, tak dapat dijangka. Masa tu aku and family baru balik dari Penang (ni nanti aku cerita lain entry). Singgah makan sat kat satu kedai area Rawang. Then masa nak pi balik kereta tu aku jalan sorang. Kena lalu atas jambatan sempit. Ada lah sebiji motor ni lalu. Aku ketepi, kecilkan badan. Ada lagi sebiji nak lalu. Sedaya upaya tau aku kecilkan badan. Masa motor tu betul-betul kat depan aku, aku dengar orang tu panggil aku. Aku tenunglah dia lama-lama. Gelap woi, susah nak detect. Dalam hati aku cakap macam kenal, macam pernah jumpa, tapi aku ada ke kawan hensem cenggini. Harap Lim tak baca ni. Hahaha. Beberapa saat kemudian... Haaaa baru dapat cam tu Lim. Rupanya Lim ni jiran mak cik aku je oi. Malu den.

4 tahun tak jumpa, maaflah Lim sebab lambat cam. Nak cari balik memory lama dalam laci-laci kat dalam kepala ni ambil masa sikit hehe. Dan maaf sebab agak awkward masa tu. 4 tahun tak jumpa, mesra tu dah hilang. Lim, tahniah sebab masih ingat si Nadiah ni walaupun kita hanya pernah jumpa sekali dan sekali tu pun 4 tahun lepas. Agak wow di situ.

Kita rasa kisah dalam novel dan filem sweet. Tapi ketahuilah, kisah hidup kita lagi sweet tau. Sebab Dia yang aturkan. Dia Yang Maha Mengetahui. Keep calm and enjoy your life :)


True love vs. money - who will win ?

25.6.13

Tiada Lagi Berdua

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Me no longer be here. Take care of yourself. Study smart, don't push @ force yourself. Study like the way how you always do. I love you. 
-Princess YC Aina Nadia // 22 June 13-

Hari pertama berdua.
Hinggalah minggu ketiga.
Susah, pegang tangan, tempuh sama-sama.
Senang, sama-sama rasa bahagia.
Minggu keempat bermula.
Tinggallah diri sebatang kara.
Roommate pergi pindah ke sana.
Kini susah senang sama sahaja.
Tiada lagi gurau dan tawa.
Sebak di dada perit terasa.
Sepi dan sunyi selubung jiwa.
Teman baru, si air mata.

-------------------------------------------------------------

Buat girlfriend tersayang, jaga diri, jaga hati, jaga iman. Semoga berjaya dengan kehidupan baru, suasana baru. Doakan kita sama-sama berjaya ye, in shaa allah. Girlfriends forever, xoxo.


Answer some simple questions and you could win some awesome prizes !

28.5.13

Rindu

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته













Saat jasad kita
Terserempak di satu-satu tempat dan masa
Masing-masing diam tanpa kata
Hanya pandangan dari mata ke mata
Jadi penghubung kita berdua.

Itu yang paling aku rindu.

Tak perlu aku mensi siapa kamu
Kerna memori ini hanya kita berdua yang tahu.


Ingat tak laporan makhluk asing kat Stuttgart tu ?

18.3.13

Anak-anak Zaman Ini

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Anak-anak zaman ini
Masih terkebil-kebil untuk berpijak
Pada tanah tinggi rendah
Apa lagi kerikil-kerikil tajam
Sedia menanti diri
Menempuh gelombang.

Anak-anak zaman ini
Leka dengan budaya kotor
Membuang masa tanpa kerja
Bangsa lain tersenyum
Mengail di laut sendiri
Menyanyi lagu-lagu gembira.

Anak-anak zaman ini
Hidup tidak menentu lagi.



Dipetik dari : 
Siri Puisi Pelajar : Salam Orang Desa



Mahu menang 8 ipad mini & 24 hamper Oral-B ?

11.3.13

Hati Dan Air Mata

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Rapuh sungguh kau, wahai hati.
Baru dicuit sedikit dengan kata-kata amarah,
sakit bak patah seribu.
Belum lagi dijentik dengan caci maki manusia.

Murah sungguh kau, wahai air mata.
Diuji sedikit dengan teguran dan suara yang tinggi, berjurai-jurai kau mengalir.
Rindu, hiba dan sesal bertandang, lagi galak kau keluar.

Ini adalah kelemahan dan kelebihan diriku dari Dia.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Ali-Imran ayat 139

Kongsi saat manis anda dan rakan baik anda untuk berpeluang memenangi RM5000

1.3.13

Solusi

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Kadang-kadang
aku memilih untuk berdiam diri
daripada
berkongsi cerita.

Kenapa ?

Sebab aku percaya,
tak semua yang aku rasa
mereka pernah rasa
dan
tak semua yang aku faham
mereka faham.

Jadi ?

Jalan yang aku pilih
aku percaya yang terbaik
iaitu
sujud kepadaNya
menangis dan mengadu
kerana
aku tahu
Dia Maha Mendengar
Dia Maha Mengetahui
Dia Maha Mengasihani
Allahu Akbar.

Namun
aku tetap bersyukur
dengan hadir dan prihatin mereka
terima kasih
kerana
selalu ada untuk aku
yang bukan siapa-siapa.


Khas untuk perempuan-perempuan, anda mesti ambil tahu tentang Lactacyd. 

28.2.13

Kalau Benar Sayang

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kau dan dia
menyulam janji untuk berkongsi kasih
tapi,
cuba tanya hati kau dalam-dalam,
cari jawapan setiap pelosok.
Betulkah kau sayang ?

Kalau benar sayang,
ingatkan solat lima waktu.

Kalau benar sayang,
jangan bergayut hingga ke awal pagi.

Kalau benar sayang,
dahulukan ibu bapa, keluarga.

Kalau benar sayang,
cari jalan, usaha sama-sama berjaya.

Kalau benar sayang,
tak perlu pegang-pegang.

Kalau benar sayang,
patuh cara Islam.

Kalau benar sayang,
jumpa wali dia dan dengan rendah diri katakan,
"Saya hendak jadikan dia kekasih yang halal buat saya."


Khas untuk perempuan-perempuan, anda mesti ambil tahu tentang Lactacyd.

24.2.13

Mencari Keredaan-Mu

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Dalam ketandusan
Aku berlari kian penat
Mencari-cari cahaya-Mu
Tidak kutahu di mana 

Kuburu juga
Berlari mengejar-Nya
Bagaikan ketinggalan
Di pentas agung-Mu

Aku cuba melawan badai
Resah dan hati gersang
Aku yang musafir
Tetap mencari keredaan-Mu
Di bumi yang penuh kelam

Selama ini,
Pernah kuabaikan.


Dipetik dari : 
Siri Puisi Pelajar : Salam Orang Desa



Sertai survey ini dan pelbagai hadiah menarik dari SAYS menanti anda !