Sunday, 12 May 2024

Meniti jalan sunyi
Biarpun sepi, namun tenang sekali
Menuju Ilahi

Bismillāh!

Saturday, 6 August 2022

Berpisah

Ya Allah sesungguhnya aku sedar dan aku belajar untuk lebih menghargai serta mensyukuri nikmat bersama suami tercinta. Di saat ramai insan lain yang diuji perpisahan sebagai jalan terakhir sebuah rumahtangga yang dibina.

Semoga Engkau terus memandu kami dengan petunjukMu di kala kami diuji.




Monday, 11 July 2022

Takut

Indeed, food panda rider. Indeed.

Dari kenyataan kamu, mengapa aku perlu takut pada kesepian, pada kurangnya kasih dan sayang manusia. Pada kurangnya perhatian dan penjagaan manusia. 

Mengapa harusku takut dan gusar. Mengapa harusku mengharap pada manusia yang juga makhluk Tuhan.

Sedangkan aku makhluk kepada Tuhan yang Maha Pengasih, yang Maha Penyayang. Yang Maha Melihat, yang Maha Megetahui.



Thursday, 12 May 2022

Sembah

Terbaca posting seseorang di FB

Astaghfirullah wa atubu ilaih.

Sungguh tanpa sedar menyembah hawa nafsu dengan repeat segala benda yang rasa tak puas.

Dah makan sedap tak puas gi makan lagi. Dah beli kopi sedap tak puas gi beli lagi. Dah sopim sana sini tak puas pi sopim lagi. Dah gi holiday kononnya tak puas gi repeat lagi.

Tapi seluruh amalan yang tak pernah sempurna ni boleh je dibuat rilek... takde mende.

Astaghfirullah wa atubu ilaih.

Ya Allah jangan Engkau biarkan aku selesa dengan sembahan selain daripada Engkau ya Allah.. kasihanilah daku ya Allah. Serta seluruh hamba² Mu.


Sunday, 8 May 2022

Simple

Catatan 7 Syawal 1443

Aku di hospital ampang wad 6D katil 7 menemani abah di saat ini.

Abah melawan sakit kanser paru² stage 4. Abah tak amek kimo. Abah bertahan sejak awal tahun 2020 yang lalu. Pelbagai rawatan alternatif dicuba. Tapi belum ada yg menunjukkan kesan positif.

Abah terlantar di katil. Abah sgt lemah. Abah tak lalu makan atau minum. Hanya sesuap seteguk dua sahaja yg masuk dalam mulut abah. Hanya keajaiban drp Allah SWT yang dapat sembuhkan abah. Kami kekal positif.

Kisah simple.

Abah sgt simple orang nya.

Di saat abah ditawarkan kerjaya yang lebih banyak income tapi abah memilih kerja² komuniti. Kerja² volunteer.

Di saat abah mampu beli rumah banglo dan berkereta mewah abah memilih kereta 2nd hand rumah juga seadanya.

Di saat abah boleh bermewah sana sini abah memilih ringkas. Simple. Itulah abah.

Melihat abah berjuang melawan sakit. Hati sayu dan pilu. Sebab aku menjadi saksi. Abah tak pernah hidup mewah dan senang sangat walaupun abah mampu.

Di waktu muda. Berduit berpangkat. Abah pilih hidup yang simple. Di pertengahan usia saat karier abah di puncak. Abah diuji dengan kehilangan jawatan dan gaji yg tinggi. Abah tak melatah. Abah dah biasa hidup simple. Seadanya.

Kini di hujung usia, abah diuji dengan sakit yang agak teruk. Tak terluah dgn kata².. hanya mak dan anak² menantu menjadi saksi.

Ya Allah aku yakin ujian sakit ini adalah proses penyucian buat abah. Abah disucikan dari segala dosa mudah²an. Ya Allah kurniakan kekuatan dan kesabaran buat abah. Serta kami semua.

Ya Allah sesungguhnya aku yakin kehidupan di dunia yang singkat ini memang letih. Memang susah. Memang sakit. Semoga dgn kesusahan, kepedihan, kesedihan ini kami lalui dgn redha dan sabar. Agar menjadi bekalan kami termasuk dalam golongan hamba²Mu.

Ya Allah aku memohon kepada Engkau, jika telah tiba saatnya abah kembali kepada Engkau. Kembalikanlah abah dalam keadaan abah redha dan diredhai Engkau Tuhan yg menciptakannya.

Dan sekiranya masih ada sisa usia untuk abah jalani menuju redha Engkau, maka sembuhkanlah abah yg kami cintai dgn sebenar² kesembuhan dgn penawarMu. 

Amiin amiin Ya Robbal Alamin.

Monday, 28 February 2022

Fitrah

Kecendrungan anak untuk beribadah kepada Allah, itulah fitrah | 30:30. 

Membiarkan anak bermain di usianya dikatakan fitrah, ini jelas keliru. Itu tabiat, bukan fitrah. 

Nilai-nilai tadayyun perlu ditanamkan pada usia kanak dan itu bersentuhan dengan fu'adnya yang menjadi ruang fitrahnya | 2:132. 

Aspek qudwah, mau'idzah, tadayyun dan hiwar ialah rangkaian SQFL dalam Quranic Parenting Siries - RAMI | 

Dr. Sholihah Kaswari

Ya Allah bantulah kami semua para ibu bapa, bantulah aku dan suamiku memenuhi tanggungjawab kami terhadap amanah ini.

Fitrah anak-anak bermain.  Itu yang selalu aku dengar dan percaya. Bila baca perkongsian DSK ni tersentak.

Betul juga.

Kalau baca kisah para imam besar, para ulamak yang hebat. Bagaimana mereka dibesarkan oleh ibunya yang juga hebat. Dari kecik dah dihantar berguru merata tempat. Jauhnya aku. Nak lepaskan anak pegi sekolah sendiri pun terlalu banyak kekangan kat sini. (Sekadar alasan atau faktor keadaan yang mendesak)

Ya Allah bantulah kami. Bantulah aku dan suami menjadi ibu bapa yang mampu mendidik anak anak kami mengenal Mu, mencapai redha Mu.

Amiin ya Rabbal alamiin.

Sunday, 27 February 2022

Cukup

Manusia memang tak pernah rasa cukup. Cliche sangat ayat tu kan. Tambah-tambah orang sepertiku yang bersuami kan askar memang asyik rasa tak cukup kasih sayang suami. (Haha)

Mana tak nya setahun boleh kira berapa hari je suami ni ada depan mata. Dengan tugasan hakiki seorang tentera.. tak pe lah tak nak list pun tugasan dia tu.. sebab rasa beban sangat untuk aku tanggung.

Tambahan pulak baru² ni dapat newborn, lagi rasa tak tertanggung segala beban mengurus sebuah keluarga serta anak² sendirian. Tak lah sendirian sangat, sebab duduk dengan mak. Tapi yelah mak kita pun ada juga urusan dia. Tambah pulak sekarang abah diuji sakit kronik.

Setelah sekian lama bergelut dengan rasa tak cukup. Tapi entah macamana semalam aku rasa cukup. Cukup tu. Tak dapat nak ungkap. Ya Allah kekalkanlah rasa cukup ini dalam diriku.

Selalu sangat sangat aku harapkan suami ada je depan mata. Kerja jelah 9 to 5 tu kan. Tak yah lah keje lelebih. Dua tiga bulan takde. Balik kejap sambung latihan lah kawad lah kursus lah. Ituah ini lah. Haha. Tak boleh ke keje office hour je bang. Pastu sabtu ahad cuti. Pastu camtu je rutin keje ko bang. Jawapan nya boleh. Tunggu abang pencen eh sayang XD (wahahaha lagi sis rebel dengar jawapan sebegini).

Semalam ada program isteri tentera di kem seremban. Pastu macam biasa kan bila kita nak sangat sangat satu benda tu selalu Allah tak bagi. Allah nak ajar kita. Nak jadi cerita suami pun tak ada kena gi kawad kat PD sempena hari Tentera Darat. Kalau ikut sekarang ni rasa tak berdaya la sangat. Rasa nak drive jauh sikit sorang² pun tak mampu dah. Haha teruknya semangat yang hilang tu. Tapi apakan daya demi tugasan isteri seorang ketua kompeni wajiblah turun padang.

Kugagahi jua ke sana. Masa memandu macam² fikir. Tiba tiba macam dapat satu kata kata hikmah dalam diri. Allah berikan petunjukNya. Aku rasa macam ya Allah takpelah semua ni yang berlaku atas kehendak Engkau. Bukan kehendak makhluk. Telah Engkau kata aku boleh buat itu ini aku boleh lalui semua ni maka terjadilah semua ni. Bukan sebab orang suruh aku nak atau tak. Bukan. Fikiran pun melayang dengan hikmah tu. Terasa diangkat satu beban yang berat tu.

Tak cukup dengan tu, aku rasa gembira jumpa teman² seperjuangan BAKAT. Semua dorang ni melalui kehidupan yang sama seperti ku. Mungkin keadaan dan situasi masing² je berbeza. Kejutan demi kejutan hadir. Suami pulak muncul out of no where. Bila ditanya hari tu dia kata dia tak boleh curi² keluar sebab masa tu dia raptai penuh kawad. Pasrah. Tapi tak sangka last minute dia muncul dan hadir. Terasa bahagia dia ada. Terasa bahagia nampak dia. Mashaa Allah. Rasa yang lebih daripada cukup.

Majlis selesai dan nak balik. Sungguh rasa tak berkemampuan sangat nak ulang pandu balik KL. Walaupun dari seremban je. Serius. Faktor usia faktor anak kecil faktor emosi tak stabil semangat yang hilang. Name it. Banyak nya masalah aku ni. Astaghfirullah. Tup² suami cakap abang hantar sayang balik. Hah? Betul ke. Boleh ke. Ini bahagia yang tak tau berapa tinggi maqam dia. Ya Allah. Maha Suci Engkau. Yang Mampu Yang Berkuasa Memberi Menganugerahkan Mengurniakan. Segala segenap rasa ini.

Boleh abang hantar sampai ampang nanti drop abang kat LRT abang balik semula seremban naik komuter. Huhu. Sedihnya kan. Berjuang beno rasa. Tapi lega dan bahagia teramat sangat. Allah izin. Allah telah berkehendak ini berlaku.

Pegi la dating jap makan sikit sebelum mengadap 4 askar kat rumah yang dah mula taj keruan mana la mak dia tak sampai² lagi ni. Ha ha. Sorry kiddos izinkan ami bercinta kejap.

Sungguh Allah yang izinkan. 

Kadang aku rasa nak seluruh hidup suami aku tu ada dengan aku untuk rasa cukup dan bahagia. Itu rasa aku. Itu logik aku.

Tapi benda yang mungkin tiga empat jam je boleh cukupkan rasa yang aku nak sangat sangat dan aku perlukan sangat sangat tu melalui rahmat kasih sayang Nya.

Subhanallah 

Walhamdulillahi 

Allahu akbar!


Tuesday, 22 February 2022

38

38 tahun . Allah pinjam kan usia. Ya Allah izinkan aku sentiasa bersedia menemui Engkau. Setiap saat tanpa leka.

Selalu aku ternanti-nanti saat yang tenang. Tetapi ternyata ianya semakin sukar.

Ya Allah kurniakan daku kekuatan dan kesabaran melaluinya.

Wednesday, 5 January 2022

Kanser Abah

Dua tahun yang lalu. Betul betul sebelum kovid 19 menyapa tanah air. Abah diuji dengan batuk teruk yang tak berhenti. Lebih kurang sekitar Februari 2020.

Kami masa tu tak la ambil pusing sangat. Cuma agak pelik sebab batuk tak baik baik. Lama. Sampai beberapa bulan lepas tu abah pegi scan di hospital. Ada nampak warna kelabu kat paru paru dalam gambar scan. Makna nya warna paru paru tak normal. 

Abah memang tolak habis segala prosedur hospital. Abah memang dari dulu pro rawaran alternatif. Jadi kami semua hormat dan sokong kemahuan abah. Bila takde pemeriksaan sebenar dari hospital jadi abah pun agak agak shj tahap sakitnya. Betul kanser. Paru paru sebab ganggu pernafasan. Tahap mungkin 3 at that moment.

Di peringkat awal abah terima tentang penyakit kanser abah tak terus rebah sedih. Malah abah terbuka sampaikan ujian penyakit nya kepada ahli keluarga besar serta teman dan taulan.

Sejak tu rumah abah dan mak tak sunyi dari kunjungan tetamu. Abah terbuka. Abah gembira bertemu teman taulan bertanya kabar dan berbincang soal kesihatan abah. Majoriti nasihatkan abah dapatkan rawatan hospital. Tapi abah tetap tegas. Tak mahu. Sungguhpun begitu semua nya baik baik sahaja. Sebab tuan badan yang pilih begitu. Semua pun raikan. Tak silap masa tu kes kovid dah lega sikit. Memang ramai tetamu berkunjung. Sampai lah diperketat semula SOP lepas kes naik pasca pilihanraya Sabah.

Hari berlalu minggu pergi bulan menyapa. Tiada perubahan positif sebenarnya. Tapi abah bertahan. 

Mak selalu sedih dan kesian tengok abah. Tapi abah kata abah OK. Mak pernah terluah cakap abah yang rajin jaga makan jaga kesihatan tapi kenapa abah yang sakit. Abah tenang jawab, kalau tak jaga mungkin lagi cepat dia sakit. Barakallahulaka abah.

Sepanjang melawan kanser abah sempat menterjemah sebuah buku berkenaan ekonomi umat. Alhamdulillah siap projek abah tu.

Abah pernah menangis. Kerana sangat sakit. Kami semua menyaksikan. Allahu ya Allah. Tak tergambar tak terluah dengan kata kata. Hanya mampu doa Allah ringankan kesakitan abah. Allah sucikan segala dosa dosa abah.

Mengimbau kembali sepanjang dua tahun abah melawan kanser, abah tak pernah mengeluh kata mak. Redha nya hati abah.

Badan abah susut sangat dah. Tinggal kulit membaluti tulang je. Bila abah batuk yang teruk. Bayangkanlah.

Dan sehingga lah saat nya pada Ahad 2 Januari 2022 yang lalu abah batuk keluar darah. Sebelum ni pernah batuk berdarah tapi keadaan terkawal. Kali ni tak berhenti dan kami berjaya pujuk abah ke hospital. Sebab kami pun buntu apa nak buat.

5 Januari 2022 hari ni hari ke tiga abah di wad. Kami tak boleh lawat. Sebab abah masih di wad saringan kovid. Sementara tu paru paru abah ditebuk untuk keluarkan air. Jadi lega sikit dari batuk. Sikit. Jika tak akan batuk non stop yang mengeluarkan darah.

Tak pasti berapa lama lagi keadaan abah boleh bertahan dengan buang air tu. Badan abah yang hanya kulit membaluti tulang ditebuk. Sakit sangat dibayangkan. Harapan kami abah kekal cekal dan kuat. Ya Allah Yang Maha Pengasih semoga Engkau ringankan kesakitan abah. 

Mak juga tenang buat masa ni. Masih cekal menjalankan tugasnya sebagai isteri ibu dan nenek juga sebagai unit trust consultant yang menjana pendapatan keluarga sejak tahun 2005 lagi. 

Barakallahulakuma mak dan abah.

#catatanringkaskanserabah

Friday, 19 February 2021

Yang terbiasa kita memilih,
apabila kita rasa 'asalkan' ianya baik.

Tetapi kebaikannya sedikit sekali. 

Sedangkan yang lagi satu lebih buruk kesannya jika dibiarkan.


Pilihan

Yang disentuh dalam tadabbur surah Al Kahfi berkenaan kisah Nabi Khidhir yang membunuh seorang anak yang mengikut pengetahuan nabi tersebut, ilham oleh Allah SWT - kelak apabila anak itu besar akan memesongkan aqidah kedua ibu bapanya.

Walaupun membunuh itu suatu perkara dilarang oleh Allah SWT, tetapi dalam kisah ini Allah perintahkan untuk bunuh budak tu sebab mudharatnya kemudian hari lebih besar kesannya apabila dia menjadi penghalang ibubapanya beriman kepada Allah yang Esa.

Jadi pilihan yang lebih baik adalah dengan membunuh anak tersebut.

Salah satu tadabbur tentang kisah ini yang ustazah kongsikan, berkaitan "pilihan dalam hidup" yang kita praktikkan dalam kehidupan seharian. 

Antara dua pilihan yang kedua-duanya memberi kesan buruk, maka pilihlah impak keburukannya yang lebih kecil.

Manakala dua pilihan yang kedua-duanya memberi kesan baik, pilihlah kesan kebaikan yang lebih besar.

Adapun antara dua pilihan yang memberi kesan baik tapi hanya sedikit, manakala satu lagi bakal memberi kesan buruk yang lebih besar jika kita tidak memilihnya, maka pilihlah untuk menjauhkan kesan yang lebih buruk tadi berbanding memilih sesuatu yang baik tapi hanya sedikit kebaikannya.

Wallahu a'lam.

Catatan ringkas pengajian Jumaat.

Monday, 15 February 2021

Dunia

Teringat ustaz sharing di radio IKIM tahun lepas masa driving nak pi jumpa client..


Dunia ini
untuk diurus, urus dengan semampunya.

Selebihnya tetap harus berserah kepada Allah.
Sebab setiap yang berlaku adalah dengan qada' dan qadarNya.
Indahnya qada' dan qadar agar kita sentiasa ingat,
sebagai makhluk yang lemah, untuk sentiasa berserah padaNya 
setelah berusaha.

Dunia,
bukan untuk dirunsingkan.

Meniti usia yang ke tigapuluhtujuh @ 31st week pregnancy~


Sunday, 14 February 2021

Dunia

Teringat ustaz sharing di radio IKIM tahun lepas masa driving nak pi jumpa client..

Dunia ini
untuk diurus, 
bukan untuk dirunsingkan.

Meniti usia yang ke tiga puluh tujuh~

Rahmat

 Allah adalah Rahmat, iaitu petanda kasih sayang Allah SWT kepada manusia bahkan kepada seluruh isi alam.

Sesungguhnya Allah SWT telah menjelaskan sendiri, bahawa memberikan rahmat itu telah Dia wajibkan ke atas diri-Nya. Subhanallah. Allahu akbar!

Hal itu dua kali berturut-turut difirmankan Allah SWT kepada Rasulnya pada ayat 12 dan ayat 54 dari surah Al-An'am.

Bahawa Dia telah MEMASTIKAN, MENETAPKAN, MEWAJIBKAN kepada diri-Nya agar melimpahkan RAHMAT kepada seluruh CIPTAAN-NYA.

Di dalam hadith disabdakan bahawa RAHMAT ITU 100 JENIS bilangannya. Hanya SATU yang disebarkan di dunia sekarang. Yang 99 lagi akan diberikan di AKHIRAT kelak.

-keterangannya pada Juzuk 7 Tafsir al-Azhar- 

Di antara rahmat yang satu di dunia ialah turunnya Al-Quran kedatangan Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman yang memberikan tafsir Al-Quran itu dengan hidup beliau sendiri.

Dan bagaimana pula kita makhluknya dapat merasai Rahmat tersebut? Tidak lain hanyalah apabila kita menyiap dan menyediakan diri menjadi orang yang baik-baik.

===========================================================

Pagi usia 37 tahun. Dengan izin Allah dapatku baca sedikit tafsir al-Azhar karangan Buya Hamka dalam surah Luqman. Menyentuh sedikit tentang Rahmat. Mashaa Allah bagaimana diterangkan hakikat pencipta yang agung mewajibkan ke atas Dia sendiri memberi Rahmat kepada sekalian ciptaan Nya. Allahu ya Rahman ya Rahim.

Pagi ini juga menginjak umur ke 37 diri celik tentang hadith yang menyebut Rahmat itu ada seratus bilangannya. Dan hanyalah satu yang disebarkan di dunia sekarang ni. Lagi 99 itu akan diberikan di akhirat kelak. Berjujuran air mata tidak dapat ku tahan lagi.

Bayangkan antara rahmat terbesar di dunia ini adalah kalimah-kalimah Allah sendiri berbicara dengan manusia, makhluk Nya melalui Rasul ulung Muhammad yang menafsirkan Al-Quran itu sendiri sepanjang hidup baginda. Betapa besarnya nikmat dan rahmat itu. Kalau kita fikir dan renungkan dengan mata hati. Tidaklah Allah menciptakan kita sia-sia tanpa petunjuk. Tanpa hala tuju. Melainkan dengan rahmat yang telah Dia wajibkan atas diri-Nya untuk disebarkan kepada ciptaan Nya.

Ya Allah. Kurniakanlah petujuk dan rahmat Engkau yang berpanjangan kepada kami semua.

Ya Allah rahmati kami dengan Al -Quran. Jadikan kami semua serta generasi anak cucu cicit dan seterusnya generasi yang terus-menerus menegakkan kalimah Mu di muka bumi ini sebagai generasi pendamping Al- Quran. Yang membaca, memahami, berfikir, beramal dengan benar serta menyampaikan kalimah-kalimah Mu yang agung. Maha Suci Allah. Tuhan Rahmat sekelian alam.

Catatan hari lahir 37, Pandan Indah KL

Thursday, 11 February 2021

Mutmainnah (Ep 2)


Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Peluang memenuhi impian hati terbuka di depan mata. Saat-saat yang ditunggu-tunggu Nur selama ini telah tiba. Nur nekad. Biarpun terpaksa berjauhan dengan sang suami demi mencapai apa yang dihajati, Nur tetapkan hati melangkah. Sungguhpun terpaksa membawa dan mengurus sendiri anak-anak yang masih kecil. Yang tantrumnya semua boleh dikatakan sangat-sangat menguji kesabaran. 
    Maka bermulalah kehidupan baru Nur bersama anak-anak tanpa sang suami, bapa kepada intan-intan yang diharapkan menjadi bahu tempat mengadu berkongsi segala kisah di kala suka duka. Hari-hari awal kehidupan baru sedikit sebanyak memberi sinar, memberi bahagia. Nur seperti burung yang terlepas dari sangkarnya. Nur kembali aktif dalam dunia perniagaan. Enam tujuh tahun mengabdi diri di rumah semata-mata melayan segala karenah anak-anak dan kadangkala tugas suami yang sentiasa sibuk membuatkan Nur begitu teruja melangkah ke dunia seperti anak dara dahulu. Anak-anak telah Nur hantar ke pengasuh. Begitulah rutin setiap hari, dari pagi ke petang mengurus bisnes. Malam sahaja yang ada masa bersama anak-anak. Hujung minggu sang suami akan datang menjenguk keluarga yang dirindui. Saat bahagia. Berkorbanlah dia hidup sendirian di sana. Naik bas berulang setiap hujung minggu untuk bersama anak isteri. Ahad malam menjadi detik berat dan teramat sedih buat Nur, sang suami akan pulang semula ke destinasinya. Waktu yang kurang 48 jam itu seperti emas dan permata.
    Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. Perjalanannya tidaklah mudah. Ada ketika Nur menangis mengadu pada sang suami. Susah nya hidup berjauhan tanpanya di sisi. Nur seakan hilang punca bila terpaksa berhadapan dengan karenah anak-anak yang adakalanya menjadi-jadi. Belum kira sakit demam yang perlu dirawat sendiri. Ada ketika saat tidur malam, Nur gelisah memikirkan jika sesuatu berlaku pada Nur, apa nasib anak-anak yang belum mengerti apa-apa. Tanpa Nur sedar ia seakan menghantui Nur dan akhirnya menjadi trauma yang Nur bawa selama bertahun-tahun. Apa yang menyedihkan juga tidak kurang Nur, sang suami juga berkorban emosi dengan tinggal di sebuah rumah yang agak besar, sendirian. Kesunyian terasa benar menghimpit jiwa.

Thursday, 21 January 2021

Rehat

Seringkali aku memujuk hati dengan berkata, Ya Allah jadikanlah kematianku sebuah kerehatan yang panjang dan berkekalan.

Hidup kat dunia memang penat kan. 

Selalu sembang dengan anak-anak, nanti kat syurga dah tak payah solat, tak payah bangun pagi, tak payah belajar, tak payah masak. Haha. Semua tak payah. Kita rehaaaat je..

Tapi satu point yang abah pernah sebut buat hati kembali segar. Kata abah, memang penat , tapi lepas rehat penat tu hilang. Sedangkan pahala yang kita dapat kekal. Mashaa Allah. Indeed abah.

Setahun lebih sudah wabak covid melanda seluruh dunia. Aku merasakan Allah memberi sebuah kerehatan yang panjang di saat ni. Tak yah kelam kabut siap kan anak 6 pagi. Tak yah kelam kabut hantar anak pagi-pagi. Yang tiga ketul tu. Selama 3 tahun aku urus sendiri tanpa suami di sisi. Penat dan kelibutnya usah cakap lah. Paling menguji adalah penat emosi. Ada 3 ragam di situ. Haha.

Kat rumah ni kelibut juga. Tapi mungkin sebab fokus aku tidak pada sales atau kerja lagi. Mental dan jiwa lebih tenang. Penat pun sebab layan karenah anak dan house chores. Tiga tahun dulu koyak mental emosi fizikal semua. Sebab terkejar sana terkejar sini. Allahu.

Setahun dan masih proses memulihkan segala-galanya. Menempah sakit dan perlu merawat pula. Astaghfirullah al adzim.. aku menzalimi diri sendiri. Sungguh Allah tidak pernah zalim terhadap hambaNya.





Friday, 15 January 2021

Di saat aku ingin tetap di sini, aku masih terlihat-lihat keindahan yang melambai-lambaiku di sebalik sana.

Wahai Allah yang membolak balikkan hati ini,

Tetapkanlah hatiku pada jalan yang Engkau cintai, bukan yang aku dan makhluk Engkau cintai.




Tuesday, 11 August 2020

Penting

 Ustazah selalu sangat sangat pesan supaya jaga TIGA perkara penting ni.

1. Ilmu

2. Rezeki

3. Kasih sayang

Ustazah biasa sangat ulang point ni. Jaga tiga benda ni je dalam hidup kita. Selalu selalu cari ilmu. Jangan tinggalkan. Apa jua ilmu. Kena cari , amalkan dan sharing. Lepas tu kerja kuat. Kena rajin, jangan buang masa. Inshaa Allah rezeki Allah Maha Luas. Dan seterusnya jagalah kasih sayang. Terutamanya keluarga kita. Berkasih sayang lah dengan ahli keluarga, sahabat handai seterusnya seluruh umat dan makhluk di muka bumi. Mashaa Allah. Semoga hidup kita diberkati oleh Allah SWT. Amiin.


Eid Adha 1441H, Ampang


Wednesday, 5 August 2020

Allah Ya Syakur

"Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar Allah.(92) Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sa'i antara keduanya.(93) Dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri (94) kebaikan, lagi Maha Mengetahui."

Al Baqarah, ayat 158

Keterangan ayat:

(92) - yang dimaksudkan syiar Allah adalah tempat - tempat beribadah kepada Allah

(93) - Allah mengungkapkan dengan perkataan "tidak ada dosa", sebab sebahagian sahabat Rasulullah SAW merasa keberatan mengejakan sa'i di situ kerana tempat itu bekas tempat letak berhala. Dan di masa jahiliyyah pun, tempat itu digunakan sebagai tempat sa'i. Untuk menghilangkan rasa keberatan itu, Allah menurunkan ayat ini.

(94) - Allah Mensyukuri hamba Nya, iaitu memberi pahala terhadap amal - amal hamba Nya, mengampunkan dosa dan kesalahan - kesalahannya, menambah nikmat Nya dan sebagainya.

Subhanallah. Walhamdulillah. wa laa ilaa ha illallahu Allahu Akbar!

Berjujuran air mata tatkala memahami apa yang tersirat di sebalik sifat Allah SWT Ya Syakur. Sebelum ni hanya kenal nama Ya Syakur. Tapi tak boleh relate apa kehebatannya. Hinanya aku. Aku fikir yang kena syukur tu manusia, kenapa Allah SWT Pencipta yang memiliki sekalian alam, kerajaan di langit dan bumi pula Maha Mensyukuri.

Rupa-rupanya...

Allah Ya Syakur, Allah yang Maha Mensyukuri hamba Nya.
Allah menciptakan hamba yang lemah ini ibarat seorang pengemis, yang mengemis di bumi Allah ini. Tetapi Allah Maha Mensyukuri pula kepada hamba - hamba Nya yang sangat lemah tak berdaya.

Jika hambanya tetap beramal, Allah Maha Mensyukuri hambanya dengan kurniakan pahala. Jika hambanya berdosa walaupun setinggi gunung dan seluas lautan, dan kembali kepada Allah, Dia yang Maha Mensyukuri pasti mengampunkan pula hambaNya itu.

Allah Ya Syakur juga mensyukuri hamba hamba Nya dengan kurniaan-kurniaan Nya. Dengan nikmat-nikmat Nya yang tak bertepi. Yang tak penah habis dan putus terhadap hamba-hamba dan seluruh makhluk Nya.

Ya Allah, ilhamkan daku dan kami semua untuk sentiasa sentiasa bersyukur kepada Engkau ya ALlah.

Thursday, 30 July 2020

Beautiful Doa

In the name of Allah, the most Beneficent, the most Merciful. 

I realize that parenting a child is a very difficult task and I turn to You in humility for Your help. Oh Allah, I know that our children are an amaanat from You, to care for and to raise in a manner that is pleasing to You.

Oh Allah, help me do that in the best way. Teach me how to love in a way that You would have me love. Allow me to be a God-fearing role model with all the communication, teaching, and nurturing skills that I may need.

Oh Allah, You know what our children need. Help and guide us in praying for our children. Oh Allah, put a hedge of safety around our children. Protect their bodies, minds, and emotions from any kind of evil and harm. Oh Allah, I pray that You protect them from accidents, diseases, injuries, and any other physical, mental, or emotional afflictions.

Oh Allah, grant our children hidaaya and a heart that loves to obey You. Oh Allah, guide them away from any pride, selfishness, jealousy, hypocrisy, malice, and greed and make them uncomfortable with sins.

Penetrate their hearts with Your love and reverence today and always. Oh Allah, I pray that they never stray from the path of deen and that You give them a future filled with Your best promises.

Oh Allah, keep them steadfast in establishing Salaah and help them revere the Glorious Quran as Your Word and Law and to read it with understanding daily. Let it be their source of light and guidance. Lead them to a position where they rely truly on Your power alone and fear You in the open and in secret.

Oh Allah, guide our children in honouring and obeying You, Your Rasool (peace be upon him), and us as parents (when we are commanding that which is pleasing to You).

Make them the coolness of our eyes. Oh Allah, fill our children with compassion and caring that will overflow to each member of our family. Oh Allah, grant them piety.

Oh Allah, I pray for a close, loving, happy and fulfilling relationship with them for all the days of our lives and to be reunited with them in Jannat ul Firdaus. آمِيْن يَارَبَّ الْعَالَمِينْ

Ameen