Friday, 1 November 2013

Sharing and Not Selling

Seminggu dua ni aku kembali bekerja. Memanfaatkan peluang yang ada sementara di rumah bonda. Pertama boleh lari-lari jap jumpa client. Boleh pi training yang di'wajib'kan syarikat. Huhu. If tak lepas melarikan diri terpaksa upah drebar (mak/abang sulong) bawak la semua kerabat jumpa client. Heeee. But the best thing is mak adalah 'bos' aku dan baru-baru ni je abanglong pun join the biz fulltime. Tegar berenti koje.

Nak cerita kat sini dah 2 tahun tak jumpa new prospect. Dua hari lepas ada kawan lama tanya pasal unit trust. So I have to do some homework setelah 2 tahun tak buat presentation. Gelabah la pulak. Karang dia tanya macam-macam dah tergeliat lidah nak menjawab.

So untuk menenangkan diri aku letakkan diri ni pada situasi, " I AM SHARING AND NOT SELLING....."

Sebab dia baru nak belajar apa tu unit trust. Aku pun sentiasa dalam proses pembelajaran. As a unit trust consultant aku sharing the information, advise, consult but not selling. Psikologi nya agak positif bila target untuk kongsi berbanding menjual...

Dan aku percaya, konsep "SHARING & NOT SELLING" ni sesuai untuk semua biz. Sebab semestinya kita memilih untuk berbisnes sesuatu produk yang kita rasa terbaik untuk dikongsi manfaatnya bersama orang lain ;)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, 18 October 2013

Catatan BF 4

Suatu hari sedang sibuk memikirkan caranya meredakan susu yang tersumbat dan tak lancar ni, tiba-tiba aku teringat pada daun mengkudu. Entah kenapa.
Ye, daun mengkudu. Sebab aku memang tahu tentang khasiat daun dan buahnya. Sehingga pernah zaman aku bersekolah dulu, aku blend buah mengkudu dan minum airnya. Hahahaha. Hebat tak. Bukan setakat rasa yang mencabar, bau dia lebih meloyakan. Tapi setakat tu saja. Lepas tu aku tak mampu nak mencabar tekak untuk telan air mengkudu home made. Kalo jus yang dijual di pasaran tu tak pernah pulak aku beli.

Caranya aku layurkan daun mengkudu atas api dan tepek pada cik B. Alhamdulillah lepas tu rasa seakan susu sedikit lancar. Taktau la kalo tu hanya mainan psikologi. Hi hi. Maka rajinlah aku tepek daun tu kebetulan ada tanam pokok mengkudu di rumah masa tu.

Pernah satu waktu aku terasa B amat pedih bila BF Husna. Sampai aku menangis teresak-esak. Membuat kalut adik-adik perempuanku. Hu hu. Dorang pun fobia. Bukan aku je. Dah la aku yang pertama bersalin dan BF baby. Secara tak langsung beri pengalaman yang scary untuk diorang lalui kelak. Sorry ek.

Malam tu terpaksa sua juga B ni dalam sendu. Berjurai air mata. Sakit sangat. Lepas tu husna terjaga lagi aku bagi air kosong je. Husna tersedak membuatkan aku lebih kaget dan menangis. Ya Allah...

Esoknya aku terus pesan adik belikan krim Medela purelan 100 tu. Buh la pada nipple. Bila belek macam takde la pecah ke apa. Share story dengan bff. Dia kata kamu basuh la B tu bagi air lalu. Kadang susu lekat ruam naik. Lepas aku amalkan Alhamdulillah terus baik. Rupanya aku konfius. Yang sakit pedih tu bukan sebab nipple pecah tapi sebab ruam naik di aerola so pedih la bila ruam tu luka dan BF baby... Kisahnye...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, 17 October 2013

Catatan BF 3

Mata terlirik pada entri yang menjadi draf selama hampir dua tahun ni masa nak buat entri "Tergendala..."

Sementelah aku berkongsi kisah BF yang mungkin semakin hampir ke penghujungnya so ada baiknya aku sudahkan catatan ni sebelum kisah BF Husna berakhir dan bermulanya kisah BF yang baru tahun depan. Inshaa Allah...

Ku gagahi jua sempurnakan catatan ni walaupun telah hampir dua tahun berlalu kerana aku masih dapat merasakan perit jerihnya perjalanan BFku. Ya, memang agak mencabar di awal 3 hingga 6 bulan yang pertama...

Aku sering menangis. Dari dalam pantang sampailah habis pantang. Semua gara-gara breastfeeding. Bukan setakat satu dua orang tapi 3 bidan terus yang mengurut B ni. Bidan pertama tu yang mengurut aku semasa dalam pantang. Bidan kedua adalah tok sedaraku yang kebetulan datang berjalan ke KL. Sempat suruh dia urut sebab dah sakit sangat masa tu. Dia memang bidan di kampung batu pahat. Bidan ketiga ni datang urut setelah aku habis pantang. Sampai dia pun macam give up. Susu ku tak keluar lancar. Sudahnya dia suh bagi susu botol je. Allahu Allah...

Namun berkat sokongan mak abah yang sangat pro pada BF ni aku tabahkan hati. Maklum saja encik suami jauh di kala tu. Boleh jadi emosi kurang stabil juga menyukarkan BF ni.

(bersambung....)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, 16 October 2013

Tergendala...

Baru dua tiga hari berjaya tak nini* Husna sepenuhnya... Pastu misi tergendala pula. Sebab ami* terkena cirit birit dua tiga hari. Malam-malam tak daya nak melayan esak tangis Husna. Ye bukan rengekan semata, malah Husna menangis sekuat hati, terjerit - jerit mengejutkan satu isi rumah demi kerana mahukan nini. .. 'nak ni ni... nak ni ni..." sambil hentak-hentak kaki. Satu malam aku gagahkan diri dan hati tetap taknak bagi biarpun esakan Husna semakin kuat, sudahnya Husna tido dalam sedu sedan lepas minum susu botol. Keesokan harinya Husna bangun muntah-muntah selama hampir 12jam. Pi klinik untuk puaskan hati ni. Padahal doktor tak membantu dan servis.. Allah selowww nye... Malam tu sebelum tido Husna muntah lagi sampai terliuk lentok badan keluarkan muntah. Lembik. Aku kaget mahu terus ke hospital. Tapi tak jadi sebab Husna minta bancuh susu dan habis diminum terus lena tidur. Malam tu Husna tak muntah dah sampai la pagi Aidil Adha tiba. Alhamdulillah.

Aku terfikir kenapa jadi camni. Sebab Husna nangis terlalu kuat tengah malam sampai kembung dan masuk angin ke. Rasanya takde bagi makan yang pelik-pelik. Atau ni gangguan psikologi dia ke sebab aku cuba memisahkan "penenang" dan "cinta hati" dia selama hampir 2 tahun ni. Fobia kejap, huhu. Rasa tak sanggup bagi dia nangis teresak-esak tu. Macamana dengan misi ni. Sudahnya bila dia minta aku sua juga. Buat masa ni bagi dia betul sihat, kuat semangat pastu akan aku mulakan balik. Mungkin minggu depan kita cuba pula ye sayang.

So aku tetap kuatkan hati ni. Takpe lah biarpun ambil beberapa waktu lagi. Mungkin ada hikmahnya. Dan ni antara cabaran buat kami berdua. Rilek dulu. Jangan frust sangat. Sejak lahir sampai 20bulan ni lah makanan Husna. Baru sebulan lebih Husna kenal susu koko tepung. Dan minum laju. Dah cukup baik untuk proses cerai susu badan ni. Mungkin setengah orang pula lebih mudah atau lebih mencabar jalannya. Aku terima ni bahagianku dan terus doa usaha. Semoga Allah jualah yang membantu. Amin ya Robb

*nini = Husna rujuk kepada menyusu badan atau nenen
*ami = panggilan Husna kepadaku buat masa ni, jauhnya ibu dengan ami hihi

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, 13 October 2013

Siapa pintar?

Alkisahnye sejak dua menjak ni setiap panggilan masuk atau keluar pasti diganggu si anak. Dia takkan bagi aku cakap di telefon tu sebab dia pun nak cakap sama... Jadinya kalau nak call lama tu tunggu la si anak tido. Hatta suami telefon dari kejauhan pun boleh la sembang 2-3minit je huhu.

Kadang aku fikir kenapa la dia suka sangat dengan benda alah ni.. Habis semua orang punya dia nak usik. Nak tengok gambar la video la. Macam-macam. Selalunya dia berebut yang babah dia punya sebab lebih canggih dari ami dia punya. He he. Sampai babah sanggup soroklah.

Dulu masa kecik takde pulak aku teringin benda ni. Eh masa dulu mana ada benda alah ni. Sekarang boleh kata hampir setiap orang ada benda ni dan hampir 24jam semua orang hadap benda ni. Betul tak. Betul tak? Umpama lagu 'can't live without you'lah. Baru la aku sedar diri mana lah si anak kecil ni tak sibuk juga nak benda ni. Dah itu je kami hadap tiap masa tiap hari. Cuba aku suami hidup sehari tanpa benda ni konfem takde la timbul adegan rebut-rebut sampai kadang marah si anak tu pulak. Sian si anak ku. Hu hu .....

So sape pintar? Kami ke, si anak atau benda alah tu... (--')

*Catatan edisi telefon pintar a.k.a smartphone (yang aku tengah hadap untuk tulis entry ni.... teheeeee)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Penangan cik P

Buat kali keduanya cik P memberi penangan yang amat dasyat kepada perutku sepanjang kehamilan ni. Sebenarnya dah 2 tahun tak sentuh cik P. Baru-baru ni sebab abang long ku telah menemukanku dengan cik P, maka aku pun menikmatinya. . .

Kali pertama aku makan cik P mentah. Malam tu perut pusing bagai halilintar macam nak pitam dibuatnya. Terus cibir. Lemah satu badan. Lepas tu fobia kejap.

Baru berapa hari lepas abang long aku jugak dalangnya bawa cik P ke rumah mak, lama tersimpan dalam peti ais. Tak sentuh. Masih fobia. Cik P hampir kecut so aku pikir kalau masak cik P ni mungkin penangannya tak sedahsyat hari tu. Masak cik P dengan sambal tumis ikan bilis. Wah sedap nye. Esok paginya perut pusing hebat memulas dan cibir jugak. Lemah satu badan ni....

Ok lah insaf terus. Terpaksa buang cik P dari kamus hidup. Last makan masa bujang dulu ok je. Agaknye dah beranak ni badan dah lain. Tak boleh terima dah cik P yang aku percaya banyak khasiatnya. Selamat tinggal cik P :,(


* Tak pi jumpa doktor. Minum air masak banyak-banyak. Kasi cuci perut :D
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, 9 October 2013

Kisah kapak, kopi dan jawa

Salam all. Baru berjaya post thru email guna bb ni. Kesian nye. Ada dua tiga entry yang masih simpan as draft. Huhu. So hari ni nak cerita sikit kisah yang sedang aku dan anakanda lalui saat ni.

Apa main kapak ni. Sape pulak orang jawa tu. Nak ringkaskan tajuk, tu la jadinye. . Hehe. Kisahnye pasal kopi, minyak kapak dan asam jawa .... Mesti korang boleh agak kan berkaitan dengan apa?

Walaupun baru dua hari Husna berjaya lalui hari-harinya tanpa nini* ... Aku rasa macam lama nye. Sebab proses ni bukan bermula sehari dua. Seminggu dua. Dah bermula berbulan lamanya. Sejak Husna genap 12bulan aku mula ajarnya minum air masak guna botol susu. Lepas dia dah biasa hisap puting botol baru aku mula ajar bagi susu formula lebih kurang umur nya 16-17bulan. Susu biasa je susu tepung full krim Fernleaf/nespray. Jangan kata habis, suku botol pun tak luak. Mana taknya itu perkara baru bagi lidah dan tekak dia. Aku cuba campur milo sikit bagi ada rasa coklat dan mungkin lebih sedap untuk dia. Tapi tak juga berjaya. Aku pun tak disiplin bagi sekerap mungkin. Sekali sekala je aku bagi. Jadinya dia masih tegar dengan nini. Dalam pada waktu beriya tak beriya nak ajar susu botol tu aku cuba bagi dia Halibs koko. Sama jugak tak luak sangat. Sekali sekala aku bancuh juga. Sampai la umur Husna 20bln, seakan aku rasa di sini ia bermula.....

Selang beberapa minggu lepas 20bulan tiba-tiba suatu hari Husna minum halibs koko habis satu botol ! ! ! Terkejut sangat dan lega. Lepas tu siap mintak lagi aku bancuh selang beberapa jam. Wah satu perkembangan yang positif. . . Alhamdulillah. Akhirnya....

Tapi kisah kami ni tak berakhir di situ. Rupanya aku dapati memang susu aku kering terus. Mungkin disebabkan alahan yang agak teruk. Dehydrated. Jadi Husna tak puas dah bila menyusu badan... Dia tak merengek atau menangis tak puas nini. Asalkan dia masih dapat nini untuk lepas 'gian' dan untuk bagi leka sebelum lena tido di malam hari. Plus terjaga memalam mesti cari nini. Atau sekali sekala nampak aku landing depan tv ka nak rehat-rehat badan pasti dia datang terus mintak nini. Huhu....

Jadi untuk terus menceraikan nini secara total terciptalah kisah kopi, minyak kapak dan asam jawa ni. Oh sebenarnya masa Husna mula diajar susu botol tu aku dah mula tepek asam jawa dan sua kat dia. Dengan muka kecewa dan sedih dia mencebik sebut nini nini. Sebab nini dah tak sedap. Tak sampainya hati. Sebab tu aku terus stop misi asam jawa masa tu.

Tapi kali ni aku nekad untuk ceraikan terus. Supaya nanti tak berebut dengan bakal adik dia. Huhu. Maklumlah aku ni tak gagah so memang tau dah tak mampu nak tandem nursing macam some ibu-ibu di luar sana. Aku mula mereka apa nak tepek ni, penah aku letak bam afiat tak jalan. Pastu nak dasyat sikit letak minyak kapak. Tapi kalau letak sikit tak jalan. Letak agak banyak sampai kita pulak rasa pedih tu baru la dia takmau. . . Adeh.

Akhirnya sorang teman cakap dia buh kopi. Ada yang syor habatussauda. Tapi nak beli haritu tak de stok pulak. Last nye aku pun bubuh la kopi. Aku cakap kat dia nini sakit, kena buh ubat, ubat pahit. Dan ubat tu ialah ko-pi. Jadi dah masuk dua hari ni tu la kekdahnye aku guna dan Alhamdulillah no nini no more. Cuma bila malam nak tido jadi mencabar sebab all this while, now Husna 21bulan. Selama 21bulan dia tido mesti nini. Terjaga tengah malam terus sua nini. Bila nak ceraikan memang agak sukar. Tido malam kami kurang lena. Sekali sekala Husna merengek mungkin teringat akan nini. Huhu. Sedih. Be strong kakak! Ami* pun rasa tak mudah semua ni. Inshaa Allah semoga seminggu dua ni tamatlah kisah kopi ni. Walaupun aku target mesti 40hari untuk menjayakannya namun ofkos la aku mengharap lebih cepat semua ni berakhir...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, 21 April 2013

16 months breastfeeding

Lately rasa produk susu ibu semakin kurang. Mak ku kata dah boleh ajar anak minum susu F dalam botol. Baiklah. Kalo BF mom yang tegar lagi berpengalaman kata dah boleh, aku terasa sikit lega:) dan pada masa yang sama sedih:( 

Ni normal kot bagi bf mom nak-nak yang fulltime macam aku. Selalu je nampak si anak tak puas menyusu dia mula merengek dan lagak serabut. Garu kepala garu tangan garu kaki. Pusing sana pusing sini. Haihhh. So ibu mula ajar anak minum susu tepung dalam botol. Ala susu biasa je, susu tepung penuh krim fernleaf. Bukan dugrow enfagrow dan lain-lain hehe. Sekali sedut je terus si anak menolak.

Ibu cuba pulak bagi dalam sip cup... Leceh la pulak nak kena monitor kan. Kalo dia tonggang sekali cawan tu mau tersedak! Batuk-batuk sampai berayor air mata... Emmm ... Satu hari nampak dia minum air dalam cawan guna straw.. Banyak jugak dia minum. Suka straw kot. Suka sedut-sedut camtu eh. Ok ibu beli pulak cawan baby jenis straw tu apa nama dia taktau ngeee. Bancuh la susu dalam tu, not bad lah dia sedut separuh cawan jugak boleh habis kalo dia dahaga. Sebab dia suka nak sedut-sedut tu agaknye lah. Ibu dah mencuba sus tepung produk era edar nama Halib's. Ada campuran kismis dan kurma. Masih dalam proses mengajar minum susu tepung dan berharap pandailah dia pegang dan minum sendiri nanti. Kisahnye guna cup jenis straw ni dia tonggang jugak, mane la nak dapat susunye kan sebab hujung straw tu kat tapak cawan...

Sambil tu atuk dia suruh ibu makan nasi berulamkan daun munggai. Bagi susu banyak kata dia. Ibu akur dan ibu pun rajin-rajinkan diri bancuh milo, horlicks, susu dan makan nasik banyak-banyak bagi susu banyak jugak. Sementara target ibu nak ngandung dan beranak lagi sorang tahun ni dah melepas, so ibu teruskan bf anak sambil pelan-pelan ajar cerai susu. Berharap jugak dia taknak bf dengan sendirinya huuu.. tapi tidak. Bab makan memang ibu respect gila. Terer cemanapun makan sambal, makan kari, nak gigit segala tulang dan kepala ikan, seketul karipap boleh habis sorang makan, minum air masak banyak banyak pun tapi !! "nini" (istilah dia nak susu badan, ibu ajar cakap nenen) tetap juara carta hatinya ;p





: baru nak lari-lari... mula berjalan 14 bulan.. ibu stress gigi anak nak mula rongak sebab makan terlalu jaguh berus gigi langsung takmau, apa taknya jaguh, geraham dah penuh tumboh :D

Diari hatiku

Sebulan lebih jugak kepulangan kami anak beranak ke kampung. Menanti isu lahad datu selesai. Sungguhpun kurang jelas isu ni, namun kami bersyukur kerana sang perwira kami selamat pergi dan pulang... Bagi beberapa keluarga yang diuji dengan pemergian perwira hati mereka semoga diberi kekuatan iman serta segunung kesabaran. Allahu Allah... yang pasti di mana pun kita berada, ajal pasti menjemput. Semoga kalian ditempatkan di kalangan para syuhada'. Amin ya Allah.

Kali ni yang kelima anakanda 'terbang'. Dia semakin besar, ibu semakin yakin berjalan sendiri walaupun ada jugak rasa cuak-cuak si anak meragam dalam perjalanan. Secebis pengalaman sebagai isteri tentera yang berkhidmat untuk negara... Berdikari tahap aku ni rendah je. Tak sama macam sesetengah istri anggota yang lain. Tabik spring dekat kakak semua!

Sempena pilihanraya umum PRU ke-13 ni aku akan mengundi di sri aman. Secara automatik pasangan tentera akan mengundi di kawasan suami atau isteri bertugas. Pengalaman mengundi yang pasti menjadi ingatan sepanjang hayat ini. Yang pasti kali ni aku TUKAR! Biarpun satu masa dulu aku mengundi mereka tapi kali ni tidak lagi. Mereka ternyata berbeza dan berubah 300% dari zaman negara kita merdeka dulu... Tidak sama lagi. Tidak seperti dulu lagi. Semakin sesak dan lelah dengan isu-isu mereka yang tak berasas. RM 500 tak cukup kot nak jamin masa depan yang lebih selamat, islamik dan terbela untuk generasi anak cicit aku kelak. Hiburan diutamakan. Video seks diutamakan. Artis diutamakan. Tol kena bayo. Dah 30 tahun kot tol PLUS tu takkan la belum cover lagi pembinaan PLUS? Belajar takpe kena bayo tapi kenapa nak ada interest? Kalo nak citer pun panjang sangat. Tak larat daa... huk huk huk.. kesian rasa kat diri ni yang jadi rakyat kat negara sendiri... kesian lagi kat diorang yang tak seselesa diri ini .. 50 tahun anak beranak cucu cicit datuk moyang kome je yang berkuasa yek... kaum kerabat kome je le yang hidup mewah berkuasa ... rakyat hidup susah. keje penat bayar hutang.. barang makin mahal..semua nak kena bayo.. untunglah aku masih selesa, tapi kalo korang tak caya pi la tengok rakyat yang duduk flet perumahan rakyat termiskin..anak ramai hidup seperti dalam sangkar. Takde hati perut ke. Cuba lah bayangkan. Nak ubah dan tukar demi mereka yang dizalimi dan ditindas ni. Kalo pikir selesa aku sekarang ni aku tak fedulik pun sape memerintah.. undi aku ni semoga menjadi amat berharga demi pemerintahan yang lebih berkebajikan...

So takyah cerita banyak, aku nak tukar kali ni, dengan harapan kemenangan kepada parti pembangkang , kalau PR tak dapat memenuhi kehendak ambo dan lenlain sebagai rakyat yang mendapat kebajikan dan terbela. Nak bagi peluang kat PR, nak lihat perubahan yang dorang janjikan. Apa salahnya kan cuba selagi tak cuba ubah selagi tu kita tak dapat tau. Kalo PR tak menepati janjinya, aku tukar BN balik! hahaha. Kuasa mengundi di tangan ambo. Ambo berhak memilih pemerintahan yang lebih baik. Jadi BN dan PR kome berlumba-lumba lah yek offer yang terBAEKK buat ambo dan seluruh rakyat Malaysia ! Kali ni ce buka minda kita, kaedah kita kepada sistem pemerintahan dua parti BN dan PR. Kat negara barat yang maju semua dah pakai sistem dua parti. Kelebihannya pada rakyat lah sebab dua parti ni akan berlumba dalam memberi kebaikan kepada rakyat mereka. 

Jom tukar! Jom pergi mengundi ;)

Wednesday, 9 January 2013

Cak !

Hati tak henti berdoa semoga penumpang pesawat di sebelah ku seorang wanita. Macam biasa flight delay. Slogan tambang murah seolah memualkan. Bukan sahaja tak berapa nak murah, servis pulak macam dot dot dot. Seorang teman mencadangkan rancang dan tempah tiket perjalanan lebih awal dengan penerbangan Malaysia, boleh dapat lebih murah dari syarikat yang konon nya tambah murah ni, penerbangan Malaysia siap bagi 20kg percuma untuk bagasi. Syarikat tambang murah siap kena bayar setiap kilo! ok lah bukan cerita pasal servis penerbangan pun, cuma nak meluahkan sedikit rasa hati ni. Bila tengok seorang atuk cina tua berbaris hampir sejam menunggu masa untuk masuk ke pesawat, siap kena turun naik tangga lagi nak masuk pesawat. Hati jadi panas. Hello??? Takkan la syarikat korang yang bangga sangat boleh buat 'anyone can fly' tu tak boleh nak sewa tiub ke apa benda alah nama saya tak tau, yang menghubungkan terminal dengan pesawat, jadi tak perlu lah kami yang dah tak daya ni turun tangga dari terminal lepas tu panjat tangga naik pesawat pulak. Adoi. Kalau betul terlampau murah then fine kami terima servis macam sampah tapi, tak la murah sangat pun. Ok dah la tu.

Tibanya saat menaiki pesawat terlihat seorang lelaki cina bertubuh sasa, hampir penuh tempat duduk tu... sah! dia duduk di sebelah kiri aku. huhu. Tak lama lepas tu muncul seorang jejaka anak mami bertanyakan nombor tempat duduk barisanku. Dia juga sibuk menguruskan tempat duduk ahli keluarganya yg lain. Kemudian dia muncul semula untuk duduk di sebelah kananku tepi tingkap pesawat. . . Fuh. Dah la dengan sempit nya dikepit pula dua orang lelaki, ditambah pula aku memegang intan payung ku ini yang semakin hari semakin aktif !

Cak! cak ! cak! (tak, tak, tak) masih belum boleh sebut ca ce dengan tepat...

Bermula lah aksi main cak cak anak dara aku ni. Dia pandang uncle sebelah kiri dia, cak! kendian dia pandang bro sebelah kanan dia, cak cak! Amboi bukan main ramah awak ye. Ibu senyum je tengok keletah anak sorang ni. Orang lain nak senyum ke tak biar lah diorang he he. Tak cukup dengan tu, dia cuba menjenguk di celah seat untuk ber cak cak dengan orang belakang dan mengintai di celah seat depan melakukan aksi yang sama dengan penumpang di hadapan. Oh anak ku! Dalam pada rasa geli hati aku dah mula cuak sebab si anak semakin aktif dan teruja. . . Sempit tak sempit, pakcik ke bro ke aku dah tak kisah aku selak juge dengan penuh hati-hati supaya dapat menenangkan si anak dengan menyusukannya.

Bayangkanlah seat yang sempit dengan duduk di tengah antara lelaki tu, si anak mula tidak keruan. Rimas lemas agaknya... Panas! entah kenapa rasa panas sangat penerbangan kali tu, aku siap kipas si anak dengan majalah yang ada. Si anak mula menjerit manja he he. Belum tahap mengamuk sakan dan aku masih mampu mengawal keadaan tapi entah sampai bila sungguhpun penerbangan hanya sejam 40 minit. Tiba-tiba datanglah pramugara menawarkan tempat duduk kosong di bahagian belakang pesawat kepada pemuda di sebelah kananku. 'encik, ada seat kosong di belakang...' 'oh ya, ok saya ke belakang...' 

Syukur. Akhirnya keadaan semakin selesa dan tenang bila si anak tidur dalam pangkuanku... 15 minit sebelum mendarat, dia terjaga dan mula ber 'cak cak cak' semula ! hi hi hi.



- abang, lepas ni kalau sayang fly sendiri dengan Husna tetap kena ambil dua seat ;o

Thursday, 3 January 2013

Amanah

Malam 22 Disember 2011, perut mengeras dan sakit sikit. Dia nak keluar dah ke ni? takpe rilek dulu. Mengikut kefahaman aku dari pembacaan, kelahiran hanya akan terjadi selepas sakit yang kerap iaitu selang beberapa minit dan seterusnya selang saat je. Tak lama lepas tu sakit hilang. Aku sambung tido. Bangun esok pagi, ada rasa sakit lagi. Tapi tak kuat. Sakit sikit je kat bahagian ari-ari. Beritahu mak, mak kata tunggu dulu tengok macamana. Dalam hati berkata, baby nak lahir birthday paknjang dia ke? 23 Disember... Tak lama lepas tu sakit hilang sampailah ke malam. . . Ok dia belum nak keluar lagi ni.. perasaan dah cuak jugak, tapi maintain cool. ;)

Selang dua hari dah tak sakit. Malam 25 Disember 2012, rasa sakit bahagian ari-ari datang lagi. Ok biar dulu tengok berapa jarak masa sakit. Malam tu dok belek album kawin. Sambil borak-borak dengan encik suami nun jauh di sarawak. Sambil beritahu dia hal sakit-sakit atau kontraksi tu dah mula. Malam tu sakit consistent setiap 10-15minit sampailah ke pagi. Jadi aku yakin bahawa si dia di dalam perut ni nak kuar dah kut. . . Cakap dekat mak, ok lah jom kita pegi hospital, kalo takde apa, balik semula. Bagi doktor periksa... hari tu pagi Isnin, tepat kandunganku 38 minggu. Perjalanan ke hospital tenang lebih kurang jam 9 pagi, tak sesak sebab cuti krismas, abah yang pandu.

Sampai  hospital bitau kat kaunter pendaftaran nak beranak. Haha rasa lucu pulak cakap gitu. . aku betulkan balik, kata dah rasa sakit dan nak dekat due, jadi nak jumpa doktor mintak periksa. Ok lah pi naik tingkat atas tunggu giliran. Mak teman. Masuk jumpa doktor Ros nama nya. Memula doktor seluk nak periksa bukaan tu menggigil aku sakit rasa sampai naik ke kepala. Agaknya mak perasan terus usap kepala aku. Doktor kata ni baru sikit, nanti nak dekat bersalin lagi sakit, kalo tak tahan amek epidural okeh. Aku diam je endah tak endah apa doc cakap. Lepas dia keluarkan jari dia tu, dia kata dah buka 4cm ni, dah boleh beranak hari ni, pi siap-siap, breakfast semua dan masuk labor room. 

Entah ye kenapa masa tu blur jugak. Aku bawak je diri ni seperti yang diarahkan doc. Cuma aku ingat nak sms suami je katakan aku akan beranak hari ni. Dengan harapan suami sempat sampai menyambut anak sulung kami, sebab doc kata kelahiran pertama biasanya terjadi antara 6-8jam (walaupun tau dah takdan punya nak sampai, huhu). Mak hantar pi wad, lepas tu keluar kejap katanya nak belikan aku bubur lambuk jual tepi hospital. Oklah, pihak hospital bagi dua keping roti (roti jew ker) aku pun makan. . Tak sampai berapa minit nurse datang bagi ubat 'membuang' suruh aku makan. Eh rilek dulu nak la makan bubur lambuk mak beli... Ok lah aku akur. Dah selamat buang segala, terus dia minta aku tukar baju dan masuk labor room. Masa nak ke labor room mak baru sampai dengan sebungkus bubur lambuk di tangan. Eh nak masuk dah? Makan dulu... err tak sempat mak.. yang nurse tu buat dont know je terus mengarah aku masuk bilik bersalin. Aku terus salam mak dan abah. Sampai hari ni masih segar ayat mak, ok jangan risau, senang punya jiyah beranak.. .

Masa tu lebih kurang pukul 10 pagi lebih sikit. Aku baring atas katil dan bermulalah sesi memecahkan air ketoban dan selit tiub untuk buang air kecil. Ya Allah ! Berapa kali ketua jururawat nama Shima suruh aku bertenang dan jangan keraskan badan. Tapiiii agaklah kak, sakit kot. ... kakak nurse ni macam garam gak la, haha garang ... aku pon tak kuasa la beramah tamah sangat walopun bayo seribu plus plus jugak. servis tak la best sangat. takpe la tu nak beranak ni, fokus najiyyah, fokus!

Jam besau betul sebelah kepala belah kanan aku tak silap. Aircond besau gak betul mengadap aku. Masa tu aku sorang je kat situ. takde orang lain yang nak bersalin ... aku mintak kakak nurse tutup airconditioner aku sejuk bena. kakak nurse letak hand phone nokia classic ku kat bawah bantal. Seingat aku lebih kurang pukul 10.30 pagi lebih aku mula rasa sakit yang amattt sangattt ! 

Kakak nurse mula 'menjual', nak epidural tak. Kalau dah bukak lebih 5cm dah tak boleh cucuk epidural ni. Aku diam seribu bahasa. Tergamam. Mana islamiknya hospital yang bagi gelaran islam ni? bukan ke sepatutnya dia nasihat aku supaya beranak secara semulajadi atau alami bak kata orang indonesia dari suruh aku amik ubat tahan sakit? (merujuk kepada kes biasa dan normal. . .unless kepada ibu-ibu yang dah sampai tahap tak mampu dan atas sebab-sebab tertentu, mungkin digalakkan ambil ubat-ubatan dan kaedah tertentu). Bukan lah nak kata diri aku ni kuat sangat, tapi aku agak kecewa dengan pendekatan mereka ni....... Aku terus diam. Tak kata iya dan tak kata tidak. Walaupun dua tiga kali lagi agaknya kakak nurse ni menguji psikologiku. Dalam hati aku hanya mampu memohon Allah permudahkan kelahiran ini dan betul, masa ni rasa baru mampu berserah kepada Allah secara total. Bila kita tahu tak ada siapa lagi dapat tolong kita kecuali Dia.

Aku mengerang kesakitan dengan hebatnya. Allah, Allah, Allah!
Sedang mengerang sakit sampai genggam tepi katil, apa-apalah yang mampu dicapai dek tangan, masuk pulak makcik indon cleaner ke dalam bilik, pandangannya biasa.. munkin dah biasa tengok orang sakit beranak agaknya, cepat aku tukar ekspresi wajah, control muka haha. Sempat pulak eh. Lepas makcik cleaner keluar, wajah aku berkerut-kerut 1000 semula... 

Sekali sekala kakak nurse garam tu masuk. Dia sorang je handle aku... lama jugak dia keluar bilik pastu baru dia masuk kejap tengok aku. Sempat la dia suruh aku sebut Allah, Allah daripada aku dok mengerang ke merengek tah apa bunyi yang keluar dari mulut ni... Sempat aku toleh ke jam, sakitttt yang amat sangat tu kata orang bak terputus pinggang atau rasa boleh ke hidup lagi ni... selang kurang seminit... maknanya kelahiran semakin hampir kut... 

Kak, saya nak pi toilet la rasa macam nak terbuang air besar... betul ke ni? betul kak... takpe la teran je sini.. eh jap biau bena kak... ok jap kak cek dulu bukaan dah berapa... ok kakak cabut tiub buang air kecil ni.. aku terus menahan sakit sampai nak jatuh katil. Kakak nurse suruh aku ke tengahkan badan sikit je pun rasa dah tak mampu. Allah.... Allah...

Kak saye dah tak tahan sangat ni kak..saya nak teran... kakak nurse cuba ya tak ya pujuk aku bertahan. Aku rasa sakit luar biasa di bahagian bawah pinggang... sedang kakak nurse cuba mengurut aku bahagian pinggang.. aku cakap bukan sakit di pinggang, sakit di bawah lagi... eh ye ke.. meh saya cek.. hui dah buka dah ni... tak dengar berapa cm.. Aku masih sedar walaupun menahan kesakitan yang amat sangat, kak nurse membuat panggilan telefon... bercakap dengan Dr Ros... doctor, patient ni nak bersalin dah... bla bla bla... tak ingat apa butir nya.. selang berapa minit doktor turun.. sorang je? suami takde ye. . alahai kesian nye.. ok kita akan tolong awak bersalin, ikut arahan...nanti bila saya suruh push baru push...

1... 2... 3.... Pushhhh !! ok !! good !! pandai !! (haha macam jawab soalan dalam kelas masa sekolah rendah pulak rasa hati ini..)

2 kali terannn, blup!

Doktor angkat tubuh mungil ke atas tunjuk padaku... dalam hati, Ya Allah, dah keluar anak aku... Alhamdulillah... tepat jam 1.10 tengahari pada 26 Disember 2011 lahirlah seorang puteri, dan kedengaran laungan azan Zuhur dari Masjid Jamek Kg Baru...

Hilang semua rasa sakit. Lega... Ya Allah ya Rahman ya Rahim... terus telefon encik suami, dah selamat abang... dah selamat... syahdu rasanya..berlinang air mata... anakanda kami diazan dan diiqamatkan oleh abah ku yang tunggu di luar bilik bersalin. Semua gembira menyambut kelahiran cucu dan anak buah pertama keluargaku. Syukur atas upaya dan nikmat ini...

Ayatul Husna binti Noor Azlan, anak dan amanah kami, hari ini telahpun satu tahun satu minggu.


Ayatul Husna genap satu tahun, Alhamdulillah
Makndak Husna, Izzati selamat dinikahkan dengan cinta hati nya,23 Disember 2012
Husna dan paknjang Uzair
Husna dengan sepupu baru, (Paknjang Uzair's Jr) Sarah Nur Auliya' dan mamanya 

: projek tahun 2013 nak jual barang kemas... ok tak? ;)