Friday, 5 December 2014

Puteri 1

Ibu menangis lagi. Benar-benar tak dapat tahan hati. Marah. Malu. Tersinggung. Ragam puteri tak pernah sudah. Buat Ibu lelah. Percutian tanpa Abah puteri sedikit menguji ibu melayani karenah anak seorang ini.

Bukan sekali dua tiga kali. Boleh kata hampir tiap masa karenah dan ragam puteri menguji kesabaran Ibu. Sampai Ibu sendiri perasan saudara mara yang dulu positive melihat ragam puteri kini mula sinis, bersuara, paling tidak menggeleng kepala. Ibu sedih. Malu. Dan naik geram. Sampai Ibu naik tangan dan suara.

Kadang-kadang Ibu ok dan cool je. Tapi sebab orang sekeliling Ibu jadi tak menentu. Ibu tahu puteri tak salah. Puteri hanyalah anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa dan hanya ingin perhatian serta kasih sayang.

Ibu sabar je. Memang ada yang marah-marah puteri tanpa segan silu. Entah lah Ibu rasa Ibu tak tergamak nak marah anak orang hatta anak sedara sendiri walaupun anak tu sangat menguji iman dan akal. After all mereka ni kan hanyalah anak kecil. Belum tahu betul salah baik buruk.

Ibu nekad untuk terus mendidik puteri dengan baik dan bersabar dengan karenah puteri yang pelbagai dan menguji minda tu.

Saturday, 29 March 2014

Tentang nama

Pada hari ke-7 kelahirannya, babah berbahagia menamakan putera kami ini sebagai Anas bin Noor Azlan.

Selain mengambil nama daripada Anas bin Malik atau Unais (Anak kecil), begitu terkadang mereka memanggilnya sebagai ungkapan sayang kepadanya.

Anas hidup di samping Nabi dan berada di bawah bimbingan beliau selama kurang lebih 10 tahun dan memperoleh bimbingan secara terus dari Nabi. Yang dengannya dia menyucikan jiwanya, memahami hadits beliau yang memenuhi dadanya, mengenal akhlak beliau yang agung, rahasia-rahasia dan sifat-sifat terpuji beliau yang tidak dikenal oleh orang lain.

Nama Anas juga, babah ambil daripada nama Leftenan Kolonel Anas, yang babah kenali ketika babah menghadiri kursus beberapa tahun yang lepas. Babah terkesan dengan kebolehan seorang pegawai tinggi tentera darat dari unit askar melayu bukan dari Kor Agama Tentera (KAGAT)(maksudnya tiada kelulusan dalam bidang agama yang khusus) mampu membuka mata para anggota tentera dengan kefasihannya mengupas makna ayat-ayat di dalam Al-Quran ketika ceramahnya disampaikan.

Semoga Anas babah & ami membesar menjadi anak soleh. Mengikut jejak para solehin & syuhadak dalam memperjuangkan agama Allah. Amin ya Robb.

Sent from my BlackBerry® smartphone from DiGi. How about yours? http://www.digi.com.my/bbservices/mobile/index.html

Thursday, 20 March 2014

Sarat

Beginikah yang dikatakan sarat. Baru ku mengerti. Ke kiri salah ke kanan salah. Jalan tak kena. Duduk tak senang. Baring tak lega. Tido tak lena. Makan tak lalu. Semacam aku tak merasai 'sarat' ketika mengandung kali pertama dulu...

Saat ni berasa cepatlah kau keluar nak. Ami dah tak lalu benor dah rasa mengendongmu dalam alam rahim ni. Heeee....

Cuma masih mengharap pada Yang Kuasa menentukan saat terbaik buatmu melihat dunia yang fana ini. Ami pujuk hati dan badan untuk terus bersabar...


Sent from my BlackBerry® smartphone from DiGi. How about yours? http://www.digi.com.my/bbservices/mobile/index.html

Wednesday, 19 February 2014

Special 3

Istimewanya nombor tiga dalam hidupku saat ini. Alhamdulillah usia telahpun menginjak ke angka 3. Rasa dah tua benor. Walaupun pepatah sebut life start at 40...

Bukan saja aku malah umor encik suami juga memasuki siri ke-3, al-maklum ler besday kami selang sehari je. He he he.

Lagi cerita pasal nombor 3, sekarang aku juga di minggu-minggu 30an kehamilan. Syukur diberi kesihatan yang baik oleh Nya. Sengal sakit tak selesa sana sini tu kata mak bidan normal lah selagi 'dak' dalam perot ni tak keluor. Huhu.

Anakanda puteri sulong juga bakal memasuki usia ke-3 tahun pada 2014 ni. Walaupun sebenarnya dia baru je 2 tahun dua bulan yang lepas. Dia muda di kalangan teman seusia sebab dia December baby :D

Kisah angka 3 ni akan lebih istimewa jika ditakdirkan aku bersalin pada bulan 3. Sebab pengalaman lepas aku melahirkan Husna 2 minggu awal iaitu pada minggu ke 38. Kalau kali ni perkara sama terjadi kemungkinan besar aku bakal bersalin pada minggu-minggu akhir bulan Mac. Apa pun segalanya ketentuan Allah yang Maha Kuasa.

Dengan izin Allah, dengan segala upaya serta rezki yang ditentukanNya, kami bertiga dapat follow babah seminar di Batu Feringghi Penang seminggu sambil bercuti :) Dan dengan izinNya jua di kala hamil trimester ke-3 ini, mudah-mudahan dapat close 30 new investments sebelum melatop!
Sent from my BlackBerry® smartphone from DiGi. How about yours? http://www.digi.com.my/bbservices/mobile/index.html

Sunday, 26 January 2014

Sengaja aku catatkan kat sini, esok-esok boleh baca semula detik-detik ini. Mungkin perasaan teruja tak sama seperti kehamilan yang pertama. Tapi pengalaman tu tetap ada sedikit berbeza.

Kali ni mabuk tetap mabuk sama macam dulu. Bezanya kali ni boleh makan tapi part muntah sangat kerap dan banyak. Kalau dulu langsung tak boleh masuk apa pun. Pedih ulu hati pun teruk sampai tahap rasa sabun dalam mulut. Hu hu. Tu gas yang naik sampai ke tekak. Dulu tak sampai la rasa sabun bagai.

Alhamdulillah menjelang minggu ke 14-15 mabuk berkurang dan muntah terus hilang. Tak seperti pengalaman lalu, walaupun banyak dah berkurang, dan boleh makan tapi sekali sekala tetap akan muntah sampai masuk 7 bulan baru makan sangat selera. Berbeza kali ni habis je mabuk muntah terus hilang, selera makan membuak-buak sampai la naik 5-6kilo dalam tempoh sebulan je ! Ha ha ha ha ha. So masa ni boleh la guna alasan mengandung untuk tembun & debam. Hi hi. Jangan tak tahu durian yang paling selalu aku makan mengandung kali ni. Kebetulan sekarang kami dah duduk ipoh. Perak pulak musim durian agak menjadi. So pantang jumpa, mesti mintak encik abang beli. Lepas habis durian, keje makan rambutan sesaja pulak berkilo-kilo agaknya... Betul-betul meraikan musim buah di negeri Darul Ridzuan ni. Ehe.

Lagi bezanya kali ni masalah keputihan dan kegatalan pada kulit agak tidak menyelesakan. Boleh kata agak teruklah sebab dulu takde masalah camni. Masalah pedih ulu hati pun datang balik masa trimester ketiga ni , kalau dulu takde.

Itu lah kot sikit sebanyak pengalaman pregnancy kali ni. Sakit sengal badan tak selesa apa la tu normal lah kan. Cuma kali ni rasa memang ketara la sebab dah tak berapa muda agaknya.

Last but not least, walaupun dulu rasa husna amat aktif dalam ni, tapi kali ni berkali ganda amat aktif tu. Dok kenang husna memang la ligat dari kecik sampai ke besor ni, so ami rasa cuak-cuak jugak la yang ni esok ligat cemana lah agaknye yee. Hew hew hew.. ':p

Sent from my BlackBerry® smartphone from DiGi. How about yours? http://www.digi.com.my/bbservices/mobile/index.html

This pregnancy so far

Alhamdulillah syukur ku panjatkan pada Yang Maha Kuasa. Minggu ni kandungan masuk 30 minggu in shaa Allah. Cepat masa berlalu. Sungguh !
Sent from my BlackBerry® smartphone from DiGi. How about yours? http://www.digi.com.my/bbservices/mobile/index.html

Monday, 13 January 2014

Beralah

Setelah empat bulan tak jumpa jiran depan rumah... Maka baru-baru ni jiran datang bertandang. Rumah tingkat empat. Tanpa lif. Satu-satunya jiran tingkat yang sama. Pintu rumah bertentangan. Pendek kata kalau anakku lari dari pintu umahku ini terus masuk umah depan kalau pintu jiran tak tutup. He he he. Takde kaitan dengan tajuk entri kali ni. Saje nak kabo je.

Jiranku ni pemegang ijazah tapi tak keje gak macam aku. So ada la jugak kawan kalau dia tak balik kampung tatkala suami bertugas di operasi selama tiga bulan. Macam biasalah dia datang tu saje nak berjumpa , borak-borak sambil bagi anak-anak ni bersosial. Anaknya sepasang. Sorang laki dan sorang perempuan. Lelaki, Irfan dua tahun sebaya Husna. Yang perempuan nama nya Iffah, satu tahun.

Al kisahnye anakku memang la suka berebut mainan dengan kawan-kawan seangkatan. Dulu masa mula jumpa Irfan berebut mainan dengan Irfan. Memang Irfan banyak mengalah. Baru-baru ni Iffah dah boleh main sama sebab dah besor sikit , pun Husna berebut mainan dengan dia.

"Ala dik... Beralah je. Adik ambik mainan lain. Banyak lagi. Tak payah berebut. Adik belajar beralah je la ye...."

Kata jiranku ini kepada anaknya. Wah! Hikmah sangat. Tak pernah terpikir cakap gitu pada kak long ni. Lepas ni nak selalu cakap dekat Husna. Beralah je la nak... Takyah rebut-rebut kan. Semoga diberi kekuatan untuk handle anakanda yang gemor berebut ditambah jeritan nyaring itu.


Sent from my BlackBerry® smartphone from DiGi. How about yours? http://www.digi.com.my/bbservices/mobile/index.html

Friday, 10 January 2014

Mungkinkah berjaya...

Mungkinkah berjaya... ? Dah berapa fasa percubaan pun tak terkira. Rasanya tak mudah. Di akhirnya aku berserah segalanya pada bantuan Allah.

Hari ni dah masuk tiga minggu kami berjaya cerai 'nini'. Alhamdulillah. Sungguhpun perjalanan ni ambil masa yang panjang, namun akhirnya Allah beri ruang kemudahan buat kami berdua. Walaupun kak long (ami & babah dah bagi pangkat kat dia he he) sesekali minta mahu nini tapi ami berjaya mengelak dan dia tak memberontak seteruk dulu. Harap-harap kak long akan terus tabah melalui proses ni sampai la dia sendiri lupa dan jemu pada nini dalam tempoh lebih kurang dua bulan lebih lagi sebelum bakal adik lahir ke dunia, in shaa Allah. Sekali sekala tengok dia rindu pada nini. Kesian sungguh la. Cair jugak hati ni. Tapi dah tiba masanya untuk kak long berhenti nini. Kak long pun dah dua tahun kan...

Akhirnya aku ambil pendekatan tak bagi terus. Sebab dah macam-macam tepek kat nini dia bedal je. Tak makan saman. Sampai bubuh getah akar seruntun yang amat pahit pun dia masih tegar nini. Ish ish. Aku ambil kesempatan masa balik rumah mak, dia leka bermain sebab ramai orang melayan. 2-3malam dia terjaga mintak nini jugak aku pujuk sambil bancuh minuman koko Halibs dalam botol. Alhamdulillah kali ni kak long tak memberontak macam hari tu. Syukur sangat akhirnya Allah permudahkan bagi kami berdua. Kira-kiranya dah berjaya lah ni kan. Dah 3 minggu. Tapi kekadang naluri ibu ni rasa nak je sua balik kat dia nini huhu ... rindu

Sent from my BlackBerry® smartphone from DiGi. How about yours? http:/