Pejam celik.. pejam celik tak perasan pun dah dekat setahun.. Tangan ni dah lama gatal nak menulis tapi apakan daya sebulan sekali je aku mampu bahagikan masa untuk blog usang ini. Untuk post kali ini aku merasakan sangat rugi kalau aku tak share dengan korang semua. hehehe... agak-agaklah.. korang kenal tak gambar kat atas ni..?? bukan yang baju biru belakang tu ye... tapi awek yang comel ni..
Hurm memang tipulah kalau tak kenal.. Owh Lisa Surihani... aku tak tahulah mengapa engkau begitu popular sampai
Facebook fan melebihi sejuta fan. Kalau korang nak tau antara banyak-banyak artis kat Malaysia ni aku hanya minat Lisa sorang je.. yes!!
i'm a big fan of Lisa Surihani. Pada aku dalam banyak-banyak artis Lisa lah yang paling sopan dan berjaya.. sebab itulah dia di anugerahkan untuk menjadi MyIcon.
Minggu lepas aku berkesempatan untuk lepak dengan Lisa Surihani di
Killiney Station SS2 Mall.. Lisa di jemput untuk menghadiri program MyIcon yang ke-3 dimana Myicon adalah salah satu inisiatif didalam
Makmal Transformasi Pembangunan Belia dimana aku adalah salah seorang ahlinya.. memang kerja team aku lah yang park si Lisa ni untuk menjadi Icon.. sebab kitorang nampak kredibiliti beliau dan kejayaan beliau layak dijadikan Icon untuk belia kita.
Okay MyIcon ini dalah bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada belia dimana terdapat beberapa Icon telah dipilih untuk membantu didalam pembangunan belia dari aspek kerohanian, kerjaya, dan juga berkongsi pengalaman dan tips-tips kejayaan.. so bukan lisa seorang je yang menjadi icon.. ramai lagi.. and if korang nak tau lebih lanjut mengenai MyIcon korang boleh tengok di
vyrec okay..
Kalau kita tengok balik iklan kat atas ni aku rasa inilah antara kemunculan pertama Lisa didalam industri seni ini dan dalam masa sepuluh tahun nama Lisa Surihani naik dengan begitu cepat dan boleh dikatakan Lisa adalah antara artis yang perfect dari segi pelajaran dan attitude. Agak pening jugaklah masa we all nak cari calon untuk program MyIcon masa makmal transformasi dulu.. dan bincang punya bincang akhirnya Lisa Surihani juga menjadi pilihan.. dan Alhamdulillah Lisa memberikan respon dah kerjasama yang sangat baik.
Korang yang tidak berpeluang untuk bersama-sama Lisa untuk 3rd date MyIcon yang lepas korang jangan risau korang
keep in touch je dengan vyrec.. sebab we all adalah salah satu media yang akan update segala program-program MyIcon ini.. so.. kalau korang nak lepak dengan Lisa juga sila lah rajin rajin ke portal vyrec di link berikut ye... :
Vyrec Portal
Okay aku bukan nak cerita pasal MyIcon ni.. dah banyak kali cerita dah,. aku buat post ni saja nak bagi korang jeles.. meh tgok apa yang kitorang buat time lepak dengan lisa pada 3rd Date With MyIcon yang lepas..
Lisa sedang bersemangat berkongsi pengalaman beliau
Time ni aku tengah mengajar Lisa menyebut huruf (R) hehe sorry Lisa just kidding
Crew vyrec sedang berborak mengenai game dengan Lisa
Seriously Lisa Surihani seorang yang cool gila.. open minded. Untunglah kepada gamer yang gila Counter Strike tu.. Lisa Surihani cakap dia suka gila main game tu.. so next date dengan Lisa aku nak suggest untuk buat cyber war bersama Lisa Surihani.. mesti gempak kan..
Sorry la kalau korang rasa post ini sekadar untuk MENCAPAB bukan apa memang aku respect gila dengan Lisa ni.. bukan apa korang bayangkan.. dah lah dia ni popular then tak berlagak pulak tu.. dan kalau korang nak tau.. Lisa tak mintak satu sen pun bayaran untuk menjadi Icon ini dan dia lakukan semuanya secara sukarela demi anak bangsa beliau.. so jom support lisa untuk program MyIcon ini.. hope beliau dapat memberikan inspirasi kepada belia kita agar lebih produktif dan menjadi belia yang ideal.
Kepada yang masih tidak tahu mengenai MyIcon aku ada post di Vyrec so sesiapa yang takut tertingal untuk sesi seterusnya bersama Lisa rajin-rajinlah tekan butang
Like di page vyrec tu untuk mendapatkan update..
Kepada Lisa surihani pula aku berharap beliau dapat membaca post ini dan harap sangat beliau dapat kongsikan
page Vyrec didalam fan page dia yang berjuta lemon tu... sebab kalau Lisa nak tahu vyrec juga adalah salah satu inisiatif yang lahir bersama-sama program MyIcon ini.. Hope lisa tidak keberatan untuk mempromosikan vyrec untuk menyebarkan program pembangunan belia dan menjalankan tugas Lisa sebagai MyIcon..
Kata-kata Akhir: Ini adalah pesanan yang Lisa Surihani suruh aku sampaikan untuk memberi Inspirasi kepada korang,.. ingat sampai bila-bila okay.. :))
*************************************************************************
You Pain You Gain!!
Focus Don't Fold!!
Don't crack under pressure
*************************************************************************