Sekarang dah masuk cuti sekolah, mesti ramai nak merancang bawa anak jalan-jalankan. Budak-budak ni nak balik kampung tapi mama kerja hehehe...
Sekarang budak-budak mesti dah rasa legakan sebab ujian pertengahan semesta dah habis. Cam tu jugak lah si Intan, Asyraf dan Aishah, keseronokanlah diorang dah cuti sekarang, cuma Asyraf still ada kelas tuisyen.
Hari ni nak cerita pasal si adik Aishah, dia tak berapa sihat sekarang sebab dah diserang demam campak (chicken pox). Tak sangka dia kena demam campak sebab tak ada tanda-tanda dia demampun sebelum ni. Tapi syukur sebab Aishah kena demam campak betul-betul lepas habis exam. Aishah exam 14hb May hingga 16hb dan dia kena demam campak 17hb May. Rasa pelik juga sebab 16hb Asyraf yang demam, pagi 17hb tu Aishah ok jer petang tu yang dia kena. Maktok kata tiba2 jer dia deman pastu terus naik bintik2. Bawa jumpa doktor memang sahlah kena demam campak. Sebab semalam doktor dah periksa Asyraf, so doktor suruh pantau Asyraf gak mungkin lepas ni dia kena demam campak. Jadi Aishah dapat MC dan si kecil ni dah start cuti semestanya sebab dia tidak dibenarkan ke sekolah takut penyakitnya berjangkit kat kawan2.
Orang kata penyakit di berjangkit kalau adik dah kena, pasti abang menyusul atau sesiapa ahli keluarga yang belum kena demam campak ni. Aku dan hubby dah kena, Intan pun cakap dia pernah tapi Asyraf belum lagi. Kelebihan si Aishah kalau demam macam tak demam, dia aktif macam biasa, mama dia jer rasa cam sakit tengok badan-badan dia macam berkudis tu, mesti pedih. Mungkin di siang hari dia aktif so dia tak rasa sangat tapi bila malam dia dah tak bermain, baru dia terasa sakit. Aishah pandai dia tak garu pun badan dia. Orang tua cakap kena minum air kelapa supaya bintik2 tu keluar semua dan kalau dah keluar semua jadi cepatlah sembuh. Jangan makan ayam sebab nanti badan gatal2, kicap pun tak boleh makan takut nanti berparut. Hujan pun tak boleh kena. Maktok cakap, kalau ikutkan petua yang betul macam2 pantang. Kita kena berlembut dengan pesakit jangan marah2, takleh keluar rumah la.. hanya boleh makan sup ikan jer. Tapi takde sapa nak jaga Aishah sebab maktokpun tak sihat, nasib baik baba kerja malam so siang tu baba yang jaga. Erm lupa nak pesan so si baba bagi juga Aishah makan nasik berlauk ayam dan kicap....nak wek camno benda dah jadi.
Tapi baba dapat petua dari seorang pakcik.. Ambil daun bamboo gantungkan kat depan rumah ngan belakang rumah walaupun macam tak relevant bagi kami, tapi ikut jugak sebab nak bagi anak cepat sembuh. Pastu letak daun bambo tu kat tempat tidur anak, alaskan ngan kain batik biar anak tidur atas kain batik tu ni bagi menghilangkan rasa mengenyam (gatal2). Lagi satu mandikan anak tu ngan air rendaman air bambo tu. Kami ikut petua tu untuk satu malam jer sebab malam kedua adik dah tak mengadu gatal2 lagi.. mujarab kot petua tu..

All the best to you sayang

Kesian adik nak tidurpun susah sebab gatal-gatal badan dia..

bersiap sedia untuk duduki ujian di Sekolah Agama
Risau juga kalau Asyraf kena demam campak ni, sebab dia baru je nak ambil exam. Kalau dah kena mesti tak boleh pergi sekolah. 16hb - 18hb Asyraf exam kat sekolah agama. Nasib baik dia tak kena demam lagi. Sabtu dan Ahad pun masih tak kena demam walaupun mereka bergurau seperti biasa. Susah kalau nak asingkan mereka sebab mereka ni memang tak leh dipisahkan (best friend lah katakan)
moga Asyraf berjaya..
Dah seminggu Adik kena demam campak, Alhamdulillah sebab masih belum berjangkit kat Abang. Dan Asyraf boleh duduki ujian pertengahan semestanya di Sekolah Rendah Kabangsaan pulak.
Baru-baru ni adik ada tanya :-
" Mama macamana adik boleh kena demam jatuh ni?"- Adik
"Hah, demam jatuh??" - mama
Oh, baru teringat kenapa adik cakap demam jatuh, sebab dia terdengar mama cakap adik kena demam campak. Iyalah kalau campak memang lah jatuh kan..hihihi
"Bukan demam jatuhlah adik, demam campak....nanti kalau teacher adik tanya adik cakap kena chicken pox taw" - mama
"Mama, bukan ke chicken pop macam ni.." Abang menyampuk sambil mengepak
"Itu chicken dance lah sayang... adoiyai...hahahaha" - mama
mama, chicken pop bukan macam ni ker ???
Alhamdulillah sekarang adik dah beransur pulih dan Asyraf masih sihat. Menurut Doktor kalau dua minggu adik kena demam campak dan abang tak kena mungkin ianya takan berjangkit. So kemungkinan besar Asyraf tak dijangkiti. Kuat juga antibodi budak ni.
Adik dengan kucing yang bertandang kat rumah selama dua minggu.. sekarang tak tahu mana pergi kucing tu... mereka merindui kucing tu yang diberi nama comel..
Selama hampir 2 minggu Aishah tak pergi sekolah, Aunty Bee Cheng dah rindu kat dia. Aunty Bee Cheng tanya kenapa dah lama Aishah tak sekolah. Lepas mama bagitahu Aishah tak sihat, Aunty Bee Cheng pesan supaya minum air kelapa tanpa ais dan gula bagi sejukan badan. Nanti jumpa Aishah tamat cuti sekolah, Kesian Aishah tak dapat ikuti Party Hari Guru hari Jumaat lepas.
Aishah jelaskan kenapa dia kena demam campak...

"haa.. baru adik teringat hari tu abang irfan suruh adik campak songkok dia, adikpun campaklah..sebab tulah adik kena demam campak." - adik
"laa..iye ker.." - mama
Kalau kita fikir balik, orang tua2 kan tak bagi kita campak songkok merata-rata sebab songkok letaknya di kepala dan selalunya di pakai semasa solat. sekarang ni adik kaitkan kesalahannya mencampak songkok tu sebagai sebab dia kena demam campak hihihi macam hukum karma gitu..Tak sangka kanak2 berumur 5 tahun boleh fikir sejauh tu...
Budak-budak ni kalau kat rumah ada jer idea diorang. tengoklah gambar yang mereka ambil sendiri..Macam nak promote barangan jer...kalau comel bekas tu takpe..hihihi
ok2 lah nanti bila kerja mama settle kita pergi jalan2 k...
Mama sayang kamu semua...