Assalamualaikum w.b.t.
Selamat Hari Raya Aidil Adha semua.
Resepi diambil dari blog Nannie Kuzaifa.
BAHAN-BAHAN :
1 peket pasta spirral
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Daging ayam cincang
1 batang carrot - potong
Sedikit kiub stok ayam
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Keju parmesan-ditabur atas pasta bila nak makan
CARA MEMASAK :
Kupas semua bawang dan dimayang halus .
Rebus pasta sampai empuk dan ditos kemudian ketepikan.
thanks for reading this entry ^_^
Selamat Hari Raya Aidil Adha semua.
Biasa makan pasta tak?? mesti dah biasakan. Saya bukan peminat pasta. Tapi my hubby suka sangat. Dah banyak kali juga dia nak masak pasta tapi tak pernah jadi.
Kalau teringin sangat dia akan masak sendiri tapi cuma spaghetti jelah yang guna sos prego tu. Memang jadi kegemaran my hubby dan anak2. Saya tak minat kalau dia masak saya jamah sikit je, almaklum tekak melayu hehehe..
Minggu lepas saya dan my hubby beli barang dapur. Saya perhatikan dia dok belek2 pasta tu, sekejap dia ambil sekejap dia letak balik. Bila dia tengok muka saya dia terus letak balik pasta tu. Rasa bersalah pulak saya dibuatnya.
My hubby ni suka sangat tengok rancangan masakan. Boleh pula dia kenal peserta Masterchef musim baru ni, saya ni minta maaflah tak layan sangat jadi tak kenallah. Memang seronok tengok mereka masak secara tak langsung boleh menarik minat kita memasak. Ada salah seorang peserta muda berusia dalam 19 tahun masak pasta. My hubby dok tanya apa yang dia bubuh dalam resepi tu. Tanya saya memang takde jawapanlah hehehe....
Memandangkan kami berdua jer yang ada kat rumah sebab anak2 ikut makcik2nya beraya. So sayapun ajaklah my hubby keluar cari bahan untuk masak pasta ni, tapi sebelum tu of course lah google dulu resepinya. Cari punya cari kami berkenan dengan resepi dari seorang blogger ni iaitu Nannie Kuzaifah resepinya sangat simple.
Cuma satu bahan jer kami tak jumpa iaitu keju parmesan. Sangat asing namanya bagi kami, 4 buah kedai kami masuk cuma nak cari keju tu. Sehinggalah pekerja NSK bagitahu keju tu cuma ada kat Jusco jer. Memang taklah kami pergi.
Memang excited sangat my hubby sebab akhirnya berjaya juga kami masak pasta. Dia tambah 4 kali hohooo.. seronok tengok dia makan berselera sungguh.
Menu dinner kami...hehehe
BAHAN-BAHAN :
1 peket pasta spirral
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Daging ayam cincang
1 batang carrot - potong
Sedikit kiub stok ayam
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Keju parmesan-ditabur atas pasta bila nak makan
Pasta direbus terlebih dahulu
Ayam cincang dan carrot
Kupas semua bawang dan dimayang halus .
Rebus pasta sampai empuk dan ditos kemudian ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang , kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan ayam cincang dan kacau sehingga separuh masak kemudian boleh la dimasukkan carrot dan terus kacau sehingga carrot masak . Kacau semua bahan dan boleh la dimasukkan semua pasta , serbuk lada hitam , kiub ayam serta garam secukup rasa . Kacau semua bahan dan bila pasta dah masak boleh la ditutup api.
Ok, pada yang tak terer masak cam saya boleh lah try...sedaap!!
thanks for reading this entry ^_^







