Assalamualaikum w.b.t.
Jadi kawan-kawan jom kita belajar menjahit ye.
Baba kata baju kerja baba pun dah buruk..hehehe.. ok, next project..Insya Allah..
thanks for reading this entry ^_^
Semenjak dah ada mesin jahit, tiba-tiba rajin pula menjahit.. dah malas nak masuk office kerja part time. Mulanya nak belajar buat baju melayu Asyraf, iyalahkan baju raya Asyraf tak sempat nak buat hari tu. Kebetulan minggu lepas tengok baju sekolah agama Asyraf dah buruk dan senteng, this year tak beli baju baru. Petang tu kami pergi kedai pakaian untuk belikan baju sekolah tu, sayangnya disebabkan dah pertengahan tahun jadi stok baju sekolah saiz Asyraf dah takde. Jadi mama dapat idea, untuk buatkan baju sekolah Asyraf. Dah pandai potong baju cuma seluar tu tak pasti samada nak buat yang berzip atau yang bergetah tu je. Pagi sebelum pergi kerja minta maktok jahit tepi, kononnya nak minta maktok ajarkan bagaimana nak potong seluar, petang esoknya maktok dah potong seluar tu dan dia bagi ukuran untuk buat zip..ermm.. tak sempat nak belajar. Maktok kata dia tak sure nak ajar buat leher cekak musang tu, dia suruh mama cari guru lain.
Mana nak cari guru.. googlelah jawabnya, tapi susah juga sebab malas nak ukur2 bagai. Mama perhatikan jer pastu guna imiginasi jer. lantoklah nak jadi ape.
Kebetulan pengantin baru mai rumah, borak punya pasai salah potonglah pulak bahagian leher. Nak ukur balik malas nak ulang-ulang jahit tepi rasa cam rugi kain jer so ambil keputusan tampal je bahagian belakang tu.
Kebetulan pengantin baru mai rumah, borak punya pasai salah potonglah pulak bahagian leher. Nak ukur balik malas nak ulang-ulang jahit tepi rasa cam rugi kain jer so ambil keputusan tampal je bahagian belakang tu.
sumber inspirasi datang membantu.... ^_^ (plezzz ignore the lubang idung thihih...)
biar amsyar buat...
(si nonet ni suka kacau mama, kalau tak kacau dia buat muka bagi mama dia jiwa kacau..)
(si nonet ni suka kacau mama, kalau tak kacau dia buat muka bagi mama dia jiwa kacau..)
bahagian belakang yang salah potong tu, aku tampal.. ok tak?!!..

ginilah rupanya.. ok kan..kan..kan..?? 
Dah serupa baju kemeja dah Pakcik Nan cakap.. (pengantin baru)

leher cekak musang.. terlebih besar lak..serta herot-berot.. tapi for beginner cam aku, kira oklah tu kan..kan..kan..
Dah serupa baju kemeja dah Pakcik Nan cakap.. (pengantin baru)

leher cekak musang.. terlebih besar lak..serta herot-berot.. tapi for beginner cam aku, kira oklah tu kan..kan..kan..
disebabkan aku ni jenis kurang sabor maka seluarnya aku buat yang jerut getah tu jer..hihihi..
model kau dipaksa ku terpaksa...
Alhamdulillah, baju sekolah agama tu akan dipakai hari ni, hari Isnin tak boleh sebab lencana sekolah takde, hari Selasa pula Asyraf demam..jadi hari ni baru dia pergi sekolah dengan baju baru. Mama yang terover-over suruh anak pakai baju tu, yang si anak soleh tu ikut jer.. Baba pula bangga dengan mama, katanya baba pernah mengharap sangat suatu hari nanti mama suka buat kerja orang perempuan, (kiranya impian baba terlaksalah tu) aik!! selama ni mama buat kerja orang lelaki ker. maksudnya, baba suka tengok mama minat menjahit, memasak dan takdelah asyik lepak kat office jer.. Baba bangga ngan mama.. Asyraf pun bangga, Aishah pula tak bangga langsung..(dengki la tu..hahaha) Bila mama cakap Amsyar bangga tak ngan mama, dia cakap "aaaa...am..am..am..am" maksudnya dia banggalah tu.. tanya Aishah sekali lagi.. Bangga tak ngan mama?? Banggaaaa sangat!!...
(ha'ah..banggalah sangat ye..)
Mama tertarik dengan artikal dari seruannabi yang di copy paste :-
Pernah suatu hari Rasulullah bersabda kepada anaknya Fatimah:
“Wahai Fatimah, setiap wanita yang menenun kain dan dibuatkan pakaian (untuk ahli rumahnya: suami dan anak-anak) Allah telah menetapkannya di tempat khas di atas takhta di akhirat.”
Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa ganjaran pahalanya sama seperti pahala memberi makan kepada 1000 orang yang sedang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.
Rasulullah juga pernah memberi jaminan dalam hadisnya yang bermaksud:
“Wahai Fatimah, setiap wanita yang memintal benang (menenun kain untuk pakaian keluarganya), Allah akan mencatatkan kebajikan terhadap perbuatan kebajikannya itu sebanyak jumlah benang yang ditenunnya dan Allah menghapuskan pula 100 perbuatan jahatnya (dosa-dosanya).”
Baba kata baju kerja baba pun dah buruk..hehehe.. ok, next project..Insya Allah..
thanks for reading this entry ^_^





.jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)




.jpg)





