Nak Souvenier best?

Showing posts with label AF9. Show all posts
Showing posts with label AF9. Show all posts

Terkejut HAZAMA AF9 MENANG?

Terkejut ke?..
Tak pun. Macam dah dijangkakan la.. Sebab suara dia sedap. Persembahan mantap. Dia kan dah biasa buat persembahan. HAZAMA memang best la kan.. Kira TUAH dia la tu sebab daripada tersingkir masa KONSERT PRELUDE musim ke empat, tup tup dapat jadi JUARA AKADEMI FANTASIA 9.
Tuah manusia siapa yang tahu kan?.. Tuah ayam bolehla dinujumkan kat kaki ayam tersebut. Betul tak kawan-kawan?..
Bagaimana persembahan mereka malam tadi?.. Tak tengok ke?.. Memang tak tengok  pun.. sengaja tak tengok. Jadi tak dapatle nak mengomel persembahan mereka semua. Cuma bila diketahuI yang HAZAMA JUARA AF9, rasa seperti sudah dapat diagak.
Jadi nak minta kawan-kawan punye pendapatla macamana persembahan mereka malam tadi. erk.. LENA dapat nombor dua ye?.. Kenapa BUKAN Fina?.. Imuniti tak menjanjikan apa-apa ye?..Lepas ni dah takde AKADEMI FANTASIA ye.. Agak-agak rindu tak nanti..
Apakata tonton USTAZAH PILIHAN pula.

Bikini. Nera jelaskan..

Macam-macam bila dah femes ni kan..

KUALA LUMPUR: Bekas pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9), Queennera Francis Kitingon, atau Nera, 19, menjelaskan gambarnya berbikini seperti yang disebarkan di Internet adalah ketika dia menyertai pertandingan ratu cantik Miss Sabah Earth Malaysia 2010.
Kata Nera, dia tidak sangka selepas tersingkir daripada AF9 Sabtu lalu, dia terpaksa berdepan dengan kontroversi pertama dan terkejut dengan penyebaran gambar tersebut.
"Saya bukan berbikini sembarangan. Pakaian itu dikenakan pada pertandingan ratu cantik yang saya sertai pada tahun lalu dan mendapat tempat ketiga pada pertandingan tersebut.
"Terkejut juga apabila gambar-gambar itu tersebar. Apa-apa pun, maafkan saya jika ada yang berkecil hati kerana gambar itu," katanya.
Sebelum tersingkir dalam AF9, beberapa gambar Nera berpakaian bikini tersebar di Internet dan ia menjadi perbualan hangat di beberapa laman blog.
Sementara itu, Nera turut mencetuskan gosip apabila dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelajar AF9 yang lain iaitu Azri atau nama sebenarnya, Mohamad Azri Abdullah,24.
Bagaimanapun dia mengakui bahawa terdapat bibit-bibit cinta yang berlaku di antaranya dengan pelajar tersebut dan Azri telah pun meluahkan perasaan terhadap kepadanya.

Nama blog bantalBusuk dan Vespaolskool?

Penting ke nama blog ni?
Yang penting, mudah diingati.. Senang ditaipi, serta sangat catchy..

Jadi, bagi sesiapa yang baru nak buat blog tu, pertimbangkan la nama yang sesuai..



Nama blog mereka berdua ni yunik kan..?

#Kalau nak jadi artis / mudah di AFUNDI kena guna nama yang ada DUA SUKU KATA ye?..

Tak Menarik La AF9 Ni..


Adakah secara peribadinya diri sendiri ni sahaja yang rasa konsert ni kurang menarik?.. Apa kata kawan-kawan.

Entahle, sebab bukannye insan seni nak menilai ni semua. Tapi sebab kira dari segi telinga orang biasa kan. Jadi minggu ni tak payah vote dulu la..

(Macam la pernah vote..)

Kawan-kawan ada yang kipas susah mati AF9 ni tak?

Berita Linda Jasmine.

~Kalau dah namanya hidup dalam dunia seni ni kan.. pasti tak lari dari pelbagai gosip dan khabar anagin..

SUDAH dua minggu berturut-turut pasangan Linda Jasmine dan Que Haidar berasa terganggu dengan rantaian gosip kurang enak tentang syarikat milik mereka, Linda Jasmine Performing Arts Studio yang terletak di Ampang, Selangor dikatakan bangkrap.

Hal 'kain dalam' syarikat itu pun mula terlondeh satu-persatu. Malah paling terbaru, Linda dikatakan hamil tiga bulan.

Sedikit sesak nafas dengan berita-berita yang dianggap satu fitnah oleh mereka, Linda menjelaskan pergeseran fakta tentang gosip yang dianggap Linda tidak seharusnya terjadi.

Ada yang mendakwa Linda Jasmine Performing Arts Studio sudah mahu bangkrap. Tak bayar pekerja dan sebagainya. Mungkin anda boleh jelaskan tentang perkara itu?

Saya menafikan dakwaan bisnes saya bangkrap. Sepanjang tujuh tahun ia ditubuhkan, saya rasa bisnes saya berjalan lancar. Memang benar, sudah nama pun bisnes, jadi memang ada turun naik. Itu saya mengaku.

AMY SEARCH PENGETUA AF9.


Akhirnya terbongkar sudah rahsia selama ni. Punya la kontroversi nak mendapatkan PENGETUA AF yang baru. Dengan haritu nama AHMAD DHANI naik juga. Ramai yang tak setuju. Dan akhirnya inilah PENGETUA AF9 iaitu; AMY SEARCH.

Sedang menonton TIRAI AKADEMI FANTASIA 9 ni. Ada yang tengah sama-sama menonton ke?.. Jom.. Siapa PILIHAN anda?.. AFUNDI la..

NAMA Suhaimi bin Abdul Rahman
ASAL Johor
LAHIR 28 Julai 1958
KERJAYA Penyanyi kumpulan Titanic & Search, Penyanyi solo & Pelakon filem
KELUARGA Mempunyai dua orang adik beradik; Berkahwin (Faridah, 1983-1985; Noorliza Abdul Latiff, 1990-1994; Roslisa Ahmad, 1995-?; Norish, ?), dan dikurniakan cahaya mata (Nabila Huda, 1984; Irisha Myra, 1997; Alexander Zulkarnain, 2004; Sania Samara, ?) KREDIT:MUSICROCK.COM

Amy Search ni memang sedap suaranya kan. Lagu yang dinyanyikan tadi pun best juga. PAWANA. Dan, lagu yang paling gempak adalah semestinya ISABELA. Sampai sekarang ni masih sedap lagu ISABELLA tu.

LIRIK LAGU PAWANA (kredit ilirik.com)
~Bermula sebuah cerita
Di zaman dulu kala
Mudahnya sederhana kehidupan
Mereka riang sentiasa dan gembira
Tanpa duka
Waktu berpesta pawana pun melanda

Meresap fikiran dan jiwa
Berubahlah semua
Jadi sombong serta alpa
Semua inginkan kuasa
Rebut dengan sengketa
Yang lemah jadi hamba

Berpecah antara mereka
Musnah di hembus pawana
Begitulah kisah hidup
Dari zaman ke zaman
Pawana menghembus akan hati insan

Cinta musnah dihembus pawana
Keinginan menghancur manusia

Konsert AKADEMI FANTASIA 9.

Layan tak?.. tak layan kalu, tukar cenel... Bila dah masuk musim AKADEMI FANTASIA ni, dijangkakan akan ramai yang bakal berebut channel. Kumpulan ibu-ibu dan kumpulan bapak-bapak.

Yang sokong dan nak tengok AF9 versus yang tak minat sampai taknak tengok langsung.. iklan pun menyampah.. euww. Macam tu kena beli dua biji tv la, supaya adil dan saksama..(gali lobang lagi.. isk).

Nak tanya la kan, macammana kawan-kawan pilih nak minat sape dalam AF tu ye?.. Adakah meihat pada paras rupa?.. Atau hanya lihat bakat.. Atau kedua-duanya. Nanti bila dah tengok konsert TIRAI AKADEMI FANTASIA tu kawan-kawan cerita pilihan masing-masing kat sini ye..

~Bapak-bapak kasi canle dekat ibu-ibu ye.

AKADEMI FANTASIA / Jadual Konsert (tick dalam kalender ye).


Akademi Fantasia merupakan sebuah rancangan realiti nombor satu (1) di Malaysia. Para pelajar akan bersaing untuk mendapatkan gelaran juara dan berpeluang memulakan karier dalam industri hiburan.

Mereka ditempatkan di dalam akademi tanpa sebarang komunikasi dengan dunia luar. Sepanjang tempoh ini, mereka akan belajar pelbagai kemahiran bagi menyiapkan diri menjadi penghibur yang versatile termasuk kemahiran vokal, lakonan dan drama.

Format rancangan ini diolah daripada "La Academia", yang berasal dari Mexico. Memulakan musim yang pertama pada tahun 2003 dan Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini.

Setelah lapan musim, sistem penjurian seratus peratus menerusi undian SMS penonton masih diteruskan untuk musim yang kesembilan ini. Elemen kejutan dan drama adalah segala-galanya dalam program paling popular di Astro Ria (Saluran 104) ini.

Minggu Tarikh Masa Saluran
Konsert Tirai 2nd April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 1 9th April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 2 16th April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 3 23rd April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 4 30th April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 5 7th Mei’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 6 14th Mei’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 7 21st Mei’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 8 28th Mei’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 9 4th Jun’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Akhir 11th Jun’11 9malam hingga 11malam Astro Ria

~Lama juga rupanya Rancangan ini berlangsung ye?.. Lebih kurang dekat 3 bulan juga la kan.. Nak juga tahu siapa yang akan jadi JUARA AF9 ni. Pengetua pun belum umum lagi ni... (Eksaited pula..)

Debaran AF9..

KUALA LUMPUR: Adik pelakon Umie Aida, Betty Rahmad, merupakan antara selebriti yang hadir ke sesi uji bakat Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) pada hari kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, Sabtu.

Selain itu, kembar penyanyi Rini AF7 iaitu Zuzafrina Zulkifli (Rina), bekas peserta program realiti My Starz LG musim pertama, Ahmad Aliff Afif Tirmizie (Afif) dan bekas peserta One In A Million musim kedua, Shahron Hussein (Rony) turut mencuba nasib untuk menyertai program popular yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) ini.

Secara keseluruhannya, seramai 1,764 orang yang hadir ke sesi uji bakat di Kuala Lumpur selama dua hari iaitu pada Jumaat (686 orang) dan Sabtu (1,078 orang) yang diadili oleh tujuh orang juri iaitu Adlin Aman Ramli, Edrie Hashim, Cikgu Shafi, Cikgu Mimi, Cikgu Shahrul, Sharon Paul dan Aidit Alfian.

Menurut Betty yang hadir uji bakat buat kali kedua, dia menguatkan dirinya untuk mencuba nasib sekali lagi setelah dipaksa oleh rakan baiknya, aktres Nora Danish.

“Alang-alang sudah masuk AF yang terakhir, jadi apa salahnya saya mencuba di tambah pula dengan sokongan daripada kawan-kawan

Dah Confirm ke AF9?



Ada orang cari tentang Ahmad Dhani AF9? Kat blog ni?.. Agaknya ingat penganjur kot?.. Sebenarnya haritu ada ura ura yang Ahmad Dhani akan jadi Pengetua AF9. Tak kurang juga ramai yang membantah. Lepas tu pagi ni bila blogwalking.. Banyak juga berita tentangnya..

Lepas tu bila tengok keyword kat Nuffang hari ni adala juga yang keluar tentang Ahmad Dhani ni.. Kenal ke tak kenal?.. Penyanyi kumpulan Dewa tu.. Tak tahu la kriteria pemilihan Ahmad Dhani ni berdasarkan apa.. Kalau Datuk Siti kan ke best juga.. Datuk Sharifah Aini ke..

Dalam Wikipedia pun ada tau dia ni..

Dhani Ahmad Prasetyo (born May 26, 1972 in Surabaya), better known as Ahmad Dhani or Dhani Manaf, is an Indonesian rock musician, songwriter, arranger, and producer. Described as a "rock star",[1] Dhani is the frontman of Dewa 19 and Ahmad Band, and also a member of inter-continental band The Rock. He is also the owner and chairman of Republic Cinta Management.

Throughout his career, Dhani has scored many hits and also has been a talent promoter for the careers of other artist including Maia Ahmad, Agnes Monica, Alexa Key and Mulan Jameela, and has written songs for these artists and others. He has won numerous awards including the IMA best musical arrangement and best producer and many other awards as the member of Dewa 19. His influence in the industry made him one of the most influential musician in Southeast Asia.



Menuju Puncak / Akademi Fantasia 9 AF9/ Nak Audition!

Menuju Puncak!!!
Tettt.. sape tak minat AF?.. Ramai yang minat kan? Tak kurang juga yang tak minat... Uniknya kali ni siap ada edisi online untuk ujibakat ye.. Memang sesuatu yang baru.. Dan khabarnya Akademi Fantasia 9 ( AF9) ni yang terakhir ye.. Frustle peserta peserta yang nak masuk AF tapi blm cukup umo lagi tahun ni.. Masa AF1 dulu tu tak layan sangat.. Cuma yang menarik tu mungkin masa Mawi tu.. Maklumla masa tu kan gempak dengan Mawi World.. Then selepas tu takde yang boleh celen Mawi ye.. Yang perasan, juara2 AF tu takdela glamer sangat.. Yang lagi awal tersingkir lagi cepat glamer.. Siap boleh jadi pelakon pengacara bagai, sedang kengkawan sibuk training lagi.. Jadi, mana yang lebih untung..?

Okela.. Since AF9 ni yang terakhir.. Harapnya adala kelainan.. Siapa Pengetua Baru AF9? Ada nama nama yang disebut sebut ke? Ana Raffali? Andy Flop Poppy?.. Anda fikir siapa layak? Datuk Siti Nurhaliza??..

Jom layan promo AF kat bawah.. Agak agak ada tak kawan kawan blogger yang masuk AF9 ni.. Kalau terpilih, habaq sini.. mana tau leh dapat undi ye...

Akademi Fantasia ke-9

Setelah 8 tahun bersiaran, Akademi Fantasia sentiasa mendapat sokongan kuat daripada para peminatnya. Walaupun Akademi Fantasia musim ke-9 merupakan program AF terakhir terbitan Astro. Namun jangan berdukacita kerana AF9 bakal menjanjikan pelbagai kejutan yang pasti mengejutkan para peminat.

Sesi ujibakat bermula

Klik di sini untuk maklumat lokasi-lokasi uji bakat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...