Nak Souvenier best?

Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Komen camni pun boleh???

Thank you, I have recently been looking for information approximately this topic for a long time and yours is the best I've discovered so far. But, what concerning the bottom line? Are you certain in regards to the source? Also see my site - FinderHostel.com on Ubat Tidur

Rekod Dunia dengan seluar dalam?


LONDON: Gara-gara mahu mencipta nama dalam rekod dunia, seorang bapa berusaha menyarung lebih 300 seluar dalam untuk mendapat pengiktirafan Rekod Dunia Guinness.
Menggelar dirinya “Pantsman,” Gary Craig berjaya memakai 302 seluar sekali gus dan usaha itu membolehkan namanya tercatat dalam rekod dunia Guinness. Berasal dari Whitburn, Tyneside Selatan, Craig, 52, tahun lalu pernah mencatat rekod dunia bagi kategori sama dengan memakai 211 seluar dalam . Bagaimanapun, rekodnya diatasi Janine Keblish yang mengenakan 252 seluar dalam pada Februari lalu. Craig seorang jurutera mencipta rekod baru itu di Gypsies Green di Shields Selatan. - DM

~macam-macam idea diornag ni eh..

Banyak sangat channel pun tak guna..

Banyak sangat channel pun tak guna..

Tiada berkaitan dengan sesiapa,
hanya merujuk pada diri sendiri sahaja..
turn on tv dan mula berkira-kira
rancangan mana dan channel apa,
yang nak ditonton bersama keluarga,

tekan punya tekan punya lama,
last last dibiarkan sahaja,
tv yang tonton tuannya..
sebab rancangan memikat tiada,

bila dah bosan begitu mari la tutup tv sahaja,
layan komunikasi di alam maya pula..

Satu entry dekat 100 komen.. woww..

Satu entry dekat 100 komen.. woww..

Siapalah blogger yang dimaksudkan itu.
Nak tahu ke rahsia nya?
Kena la tanya tuan punya blog..

Kalau BLOGGER BARU nak tahu rahsia beliau dapat banyak komen.. sila sila la skodeng blog beliau. Nur cuma nak bagi klu aja kat sini ye..

Blognya bersahaja.
Takde ISU PANAS pun, cuma cerita tentang kehidupan seharian.
Namun setiap KISAH BENAR yang dititiskan dari nurani itu pastinya ada pengajaran yang amat bermakna.

dan beliau AMAT SANGAT SUNGGUH RAJIN berblogwalking.. 
Thank you kakak..

BLOG POPULAR.

BLOG POPULAR.


Blog Popular gelaran  impian,
Lantas Nur berusaha membawa harapan,
Olahan dari minda menjadi pertaruhan sebagai ENTRI PILIHAN
Gelaran Anugerah BLOG POPULAR akan dapat digenggam.

Pasti ada yang mungkin mentertawakan,
Ombak halangan itu sentiasa ada di depan,
Positif sentiasa adalah kunci kejayaan,
Untuk menggapai Anugerah Blog Paling Popular yang Nur impikan,
Luahan bukan sebarang luahan,
Agar impian Nur menjadi kenyataan,
Rezeki Nur mungkin hasil kreativiti tangan.

Pendapat dari Nur: seorang blogger picisan:

Blog Popular itu diukur dari segi betapa besar pengaruhnya BLOGGER itu. Bagaimana nak tahu seseorang BLOGGER itu POPULAR?.. mestilah blog nya itu yang POPULAR. Tidak semestinya pemilik blog itu yang popular, ada juga pemilik blog yang tidak kita kenali langsung tetapi BLOG nya meletup letup di alam maya ini. Jadi, sesuatu blog itu boleh menjadi BLOG POPULAR apabila blognya disukai ramai.. banyak komen, banyak traffik, banyak like dan banyak di tweet.

Bagi kawan-kawan Nur di sini.. Apakah satu blog yang boleh anda kategorikan sebagai BLOG POPULAR? Sila namakan di bawah..


" Contest ini dianjurkan oleh Blog CoretanAnuar.Com ditaja bersamaSembangHari2Discount-Hari2 , emasfizikal.comsyaisya.com   ,  percutianku.com  ,

Tips elak gangguan telefon masa bercuti.


bestnya blogger ni...tentu pengalaman bercuti betul2 ni... sy rasanya tak mungkin lupa sebab masa bercuti kali ni saya sering dihubungi oleh rakan-rakan cikgu di sekolah sebab macam-macam kerja.-AISY NASIHA-

Bila Nur baca komen Aisy Nasiha kat atas ni tentang entry UNTUNGNYA JADI CIKGU

Tips elak gangguan telefon masa bercuti.

  • Pertama sekali, kemas kini no telefon kawan-kawan sepejabat/ sesekolah /sekompeni.
  • Kemudian set kan ringtone berbeza antara contact kawan sekerja dan urusan personal.
  • Takpun kalau ada dua nombor telefon yang berlainan lagi senang, masa bercuti tu bolehla off henset untuk kerja.
  • Jika ada terima panggilan dari pejabat, silentkan atau reject call.
  • Kalau rajin nak angkat, cakap je "ini rumah mayat, boleh saya bantu"..
  • Ha ha.. sebenarnya pepandai la nak uruskan.. semoga kurang gangguan semasa bercuti..

Picturesbynur Giveaway OCTOBER.


BE nuffnang. Maxis.
Entry tittle: 

Picturesbynur Giveaway OCTOBER.

PICTURESBYNUR is very delighted to get the First ever BE / CPUV from NUFFNANG. Therefore to double the joy, PICTURESBYNUR is having a SIMPLE GIVEAWAY OCTOBER. Copy this entry, put on your BLOG and link to the PICTURESBYNUR  Small token of appreciation will be given in form ofhandmade greeting card and keychain to LUCKY participant of PICTURESBYNUR . Spread it around and ENJOY OCTOBER. 

Blog Referrer : http://izan-az.blogspot.com/

Blog Referrer : 


http://izan-az.blogspot.com/

Bila check punye check, ada blog referrer jam jam sebegini. Thank you ye SEMANIS COKLAT.
a SIMPLE informative blog...

http://izan-az.blogspot.com/

Macamana nak tahu blog yang jadi blog referrer pada hari , minggu atau waktu tertentu..
Sila follow step ini;

Cara nak tahu blog referrer:

= log in blogger dot com.
= kat menu kat tepi tu check stats.
= dari situ pilihla refferer.
= so dapat le tau dari blog mana yang tengah skodeng.

That's all.
Thank You..

Banyakknyeeeee blog dia.

~Banyakknyeeeee blog dia.

. Kagum tak?
(Pagi pagi dah terjah blog orang?)

My Photo

My blogs




Takut Prestasi sekolah jatuh ke?



Blogger ArELeEz said...
if bebdk tu b'masalah, setelkn la b4 upsr. isk3.. xbuleh kot nak campur-adukkn masalah disiplin dgn exam besor camnie. ke.. takut percentage sekolah jatuh merudum sbb dh tau potensi bebdk tuh tahap mane? hmm..
September 12, 2012 4:09 PM

~Ada betul juge ye komen Areleez ni..
tak baik camtu kan.. bagile peluang.. hmm..

Pernah experience? Your blog has been removed.

Pernah experience? Your blog has been removed.

Ha, kawan-kawan pernah menghadapi situasi sebegini tak?.. Nur pernah ok. Tak tipu. Begini cerita nya.. suatu hari yang damai, selepas update blog, nur terlupa nak log out ke sign out sama la tu. Then nur pun pegi la sign in kat satu pc yang lain. Terus je kena blocked!!

Terkujat le makcik eh nur. Yela first time nur hadapi mende ni. Masa tu memang betul betul tak ingat. Bila sign in balik rupanya suspicious log in. So kena la recover balik tu. Caranya dengan sign in balik akaun google, kemudian google bagi verification code. Berpeluh juge la nak recover tu.. Nasib baik dah ok.. phewww..

(beremosi plak cerita ni.. betul.. panik tu..)

Untungla Jadi Cikgu vs Untungla Jadi Housewife.

Untungla Jadi Cikgu vs Untungla Jadi Housewife.

Sejak dua menjak ni heboh tentang betapa beruntungnya jadi cikgu ye?.. Siapa kata gitu? Ada la kan Nur terbaca beberapa entry yang mengupas tentang tu. Nur malas nak debat debat kat sini. Setiap kerjaya tu semua ada pros dan kontras. Kebaikan jika kita buka minda dan jadikan ia positif dan begitu juga sebaliknya. Lu pikirlah sendiri kan. Cuba fikir betapa Untungnya Jadi Cikgu bila ilmu yang diajar itu akan berganda pahalanya walaupun cikgu tu dah tiada di dunia ini.. 

Apa kes dengan housewife pula?.. Untungla jadi housewife ye? Duk rumah goyang kaki rilek rilek aja?.. Siapa cakap gitu.. Helloooo.. Housewife pun kerjaya juga tau..Lagi hebat lagi penat kerja sebagai housewife. Tapi kemanisannya bila dapat uruskan sendiri rumahtangga dan anak-anak, maka segala kepentan itu tidak terasa. Bila dah setel kerja, bolehla update blog ye?.. Kalau kat tempat kerja waktu rehat je boleh berblogging.. Nanti kalau tak dilabel curi tulang pulak ye..

Reveal Pendapatan Nuffnang!!

Reveal Pendapatan Nuffnang!! Terima Kasih kawan-kawan sudi bertandang!

Tajuk macam gempak aja. Konon - konon nak reveal pendapatan hasil dari berblogging la ni ye. Ok la bajet macam blogger gempak la.. Jangan salah faham ye. Ini untuk rekod persendirian sebagai rujukan di tahun depan kot kot la ada peningkatan selama bersama Nuffnang.

Siapa berusaha maka dia akan berjaya. Jadi pendapatan yang Nur dapat tidaklah seperti yang kawan-kawan semua sangkakan. Bak dikata, yang rajin pasti berjaya la. Followers yang ramai tak semestinya berkadaran dengan pendapatan itu. (Bagi blogger-blogger baru harusla faham perkara ini. )

Jadi apa yang penting adalah tujaun utama kita berblogging. Sambil tu bolehla tempek iklan Nuffnang dengan cara register kat Nuffnang tu. Kalau yang memang betul-betul nak pendapatan lumayan dengan berblog, kenala belajar dengan yang Otai.. Belajar tips tips tertentu.. Yang penting, mesti mau belajar.. Cuba tanya idola -idola bloggers kawan-kawan tu ye.

Oh ye.. kat bawah ni la bukti pendapatan sekarang  ni. Next time kalau ada peningkatan bolehla buat entry lagi. Kawan-kawan camaner?
Nuffnang Earning /Pendapatan 
Nuffnang




Losyen Berbahaya ?

Losyen berbahaya?
Pernah juga terbaca kat Facebook ada kawan yang berkongsi tentang info ini. Katanya kebanyakan losyen kini mempunyai terlalu banyak bahan kimia. Jadi mudah untuk seseorang itu dapat kesan alahan pada kulit.
Namun setakat ini, nur pernah guna pelbagai jenis losyen kulit, tak adalah pula yang alahan. Mungkin jneis kulit kebal kot.

Lepas tu masa berjalan-jalan ke blog kawan-kawan ada juga info tentang ada lebih kurang 15 jenis bahan kimia dalam losyen. Satu artikel yang bagus dia kongsikan. Begitulah dalam dunia blogging ni, bila dapat sesuatu maklumat bolehla dikongsi. Cuma betul atau tidak sesuatu info tu, tergantung la pada pembaca sendiri untuk percaya atau tidak. Kalau betul-betul nak tahu.. kenala usaha sendiri.

TIPS: Fotografi.

TIPS: Fotografi.

Sewaktu Nur melayari internet itu hari, ada la terjumpa website yang menarik. Lebih kepada blog la sebenarnya. Memandangkan nur pun meminati fotografi (yang sebenarnya suka tengok gambar yang menarik dan cantik), jadi bila jumpa blog ni memang seronokla.

Blog digital photography school dot com ni ada berkongsi atau mengajar pembacanya tentang perkara-perkara asas fotografi. Yang menarik minat tu ada juga diajar tentang cara-cara nak ambil gambar ikut kategori la.. Contohnya macamana nak ambil gambar kanak-kanak , perempuan dan lelaki. Seronok pulak bila baca.. Biasanya kalau nur abik gambar tu pakai belasah aje.. takde teknik apa-apa.. Guna pun bukannye kamera canggih.. Ada yang nak bagi hadiah dslr tak pada nur?

Kalau kawan-kawan nak belajar bolehla layari blog tersebut ye.. Atau ada sesiapa nak rekemen blog fotografi yang bagi tips fotografi dari Malaysia? Oh ye, blog yang ni dalam English la ye..

Kenapa Tulis Blog?


SETUJU DGN ARTIKEL NI..

Sebelum internet menjadi popular sekitar 15 tahun yang lalu, peluang untuk seseorang itu menulis kian berkurang apabila dia menamatkan alam persekolahan atau pengajian. Tabiat menulis diari di dalam buku khas ataupun menulis puisi di cebisan-cebisan kertas mula ditinggalkan.

Dalam dunia pekerjaan pula, menulis surat rasmi, minit mesyuarat atau laporan, tidak mengasah bakat penulisan seseorang itu sepenuhnya kerana apa yang ditulis adalah sesuatu yang formal. Kesibukannya di pejabat mahupun di kilang menjadikan seseorang itu menghibur diri bersendirian secara pasif seperti menonton dan membaca.

Jika pun dia berekreasi secara berkumpulan, mungkin sekali dengan cara bersukan, berkelah, menari atau melancong. Aktiviti menulis secara kreatif sebagai salah satu cara menghabiskan waktu lapang semakin dikesampingkan.

Kemunculan internet bukan sahaja membolehkan kita membaca apa sahaja yang diingini. Malah, ramai di antara kita yang dapat kembali kepada peluang mengasah bakat menulis. Jika pada mulanya tidak ramai yang mampu menulis panjang-panjang kerana jurnal atau blog, lazimnya memerlukan sekurang-kurangnya 250 hingga 300 perkataan.

Kini, kemunculan laman sosial seperti Friendster, Facebook dan Twitter membolehkan sesiapa sahaja menulis dan melahirkan fikiran dengan ayat-ayat yang pendek.

Tidak Tahu Mana Nak Mula.

Sekian lama tak update blog ALL IN ONE ini. Bukan tak nak update. Cuma mengambil masa untuk mengumpul kembali momentum kembali berblog. Sepi dan menyendiri dari dunia internet. Tiada connection yang memuaskan. Jadi kini bakal kembali untuk memeriahkan lagi blog ini.

Terima Kasih terutama buat kawan-kawan yang sudi menjenguk blog ini. Masih ada yang bertanya khabar. Terima Kasih kawan. Banyak juga yang tertinggal setelah lama tidak berkecimpung di sini. Macam- macam cerita bloggers.. Yang dulu baru, kini dah jadi OTAI. Dan selamat datang buat bloggers  baru ke blog yang tidak seberapa ini. Semoga ada yang mendapat info dari sini.

Kawan-kawan yang sudi follow pun, Terima Kasih banyak-banyak. Akan cuba mengunjungi blog kawan-kawan. Sudah pasti banyak yang dah berubah WAJAH blog masing-masing. Banyak cerita terbaru yang tak terikuti. Perlahan-lahan ahu bangkit kembali.. Berblog sambil kongsi informasi.

KOMEN TERPILIH

Alahaiii Nur...Dah ramai sgt follower, tak larat nak BW kot...Nur pun tak kurang pemes nya.. Larat ke BW sume tuh?Ada tu sorang follower kakya. Dia xpernah BW dan dia tak kesah follower dia tinggal jejak atau tidak. Tujuan dia berblog, kejar trafik. Hari2 dia post N3 baru then dia ping ke 10 tempat.. U see!!! Yang penting pada dia trafik dia hari2 melambung. Ekcelikan Nur,, tertakluk tujuan kita berblog..macam kakya yang baru berblog semula ni,, tinggal jejak sampai 3 Kali, takde response kalu. Stop disitu jek laaa.. Selamat menyambut MAULIDUR RASUL esok ye.. Jom pegi putrajaya..

BETUL KATANYA

Minum Petang..

Kalau dapat pisang goreng..
Cecah sambal kicap..
Dipasangkan dengan kopi O panas..

Duduk ditepi bendang..
Menikmati pemandangan..
Bersama angin sepoi bahasa..

Oh.. Seakan dalam novel..
Berangan la sangat...

Dia Pantas Mengomen...

Memang pantas..
Dan..
sangat rajin..

BELIAU

Hari esok ia berulang nada serupa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...