Nak Souvenier best?

Showing posts with label eja. Show all posts
Showing posts with label eja. Show all posts

Sumpahan Anjasmoro: Cerekarama.

Sumpahan Anjasmoro: Cerekarama.
Owh.. Rupanya sambungan Siri MANTERA ANJASMORO tempohari dalam SLOT SERAM TV3 disiarkan dalam CEREKARAMA MALAM ini.. Sekarang!! Jangan terlepas menontonnya jika anda peminat setia MANTERA ANJASMORO sebelum ini.

Sedikit sinopsis SUMPAH ANJASMORO ini:

Keluarga Zahid dan Sabrina berjaya menemui Zahid dan Sabrina. Zahid tidak berupaya untuk bercakap akibat dari Sumpahan tersebut. Namun begitu, dengan usaha yang berterusan yakni melalui doa dan Zikr, akhirnya Zahid dapat bercakap. Zahid akhirnya dapat memberitahu keluarganya tentang Rahsia Sabrina. Zahid menceritakan kepada keluarganya bahawa dia menyaksikan Sabrina telah bergabung dengan Ratu Anjasmoro itu.

Jadi, kalau nak tahu seterusnya, bolehla sama menontonnya kat TV3 sekarang siarannya. Habis jam 12 nanti ye. Sama sama tengok kesudahannya. Patutla itu hari tergantung jalan ceritanya.

Bolehla sikit sikit mengubat kelaraan akibat TEWASNYA HARIMAU MALAYA vs SINGAPURA tadi tu kan.. http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/keputusan-pusingan-pertama-bola-sepak.html.

Kecewa la juga dengan HM tadi.. tapi dah naasib kan..

Episod Akhir Mantera Anjasmoro.

Nak kongsi dengan kawan-kawan kat sini tentang kisah episod Mantera Anjasmoro pada hari ini. Permulaan episod kali ini mengimbas kembali kisah- kisah episod lalu secara ringkas.

-zahid dimasukkan ke hospital kerana ususnya rosak tanpa diketahui punca sebenar penyakitnya oleh doktor.
-Sabrina pergi ke salon milik Ramona, namun sebenarnya kedai atau salon itu tidak pernah wujud. Malah, mereka yang lalu lalang disitu pun menafikan kewujudan salon Ramona tersebut.
-Sabrina telah bertemu Ramona dan enggan menjadi pengikut Ramona tetapi Ramona telah merasuknya.
-Kalam telah bertemu Ratu Anjasmosro yang menghalang perjalanannya.
-Zahid dibenarkan pulang setelah sesuatu kisah ngeri berlaku di hospital itu.
- ibubapa Zahid mencarinya di hospital namun telah dibawa keluar oleh Sabrina.
-Lalu mereka ke rumah Sabrina tetapi tiada sesiapapun di sana. Mereka tidak dapat mencari Zahid.
-Rupanya Zahid telah dibawa ke rumah terpencil oleh Sabrina yang tadi. Kemudian Ramona menyatakan bahawa keturunan Sabrina yang terdahulu telah membuat perjanjian dengan Ratu Anjasmoro itu bahawa setiap anak perempuan sulung akan dikorbankan untuk Ratu Anjasmoro.Akhirnya Sabrina dibawa pergi oleh makhluk-makhluk Ratu Anjasmoro itu.
Dah.. THE END.

> Suka tengok cerita ni sebab sangat kagum dengan keadaan rumah milik Sabrina yang sangat mewah, besar dan cantik. Tengok daun pintu rumahnya.. Mak aii.. Macam pintu dewan Konvokesyen gitu ye tak.. Kalaule dapat tinggal dalam Astana sebegitu.. Bertuahla ye..

islah pelacur?


Ahmad Durrah lakonan Rusdi Ramli, seorang ahli korporat yang jatuh muflis, melarikan diri dari kota menuju ke kampung untuk mencari ketenangan diri.

Bukan itu saja, penghijrahannya untuk mendalami ilmu agama turut menjadi perhatian penduduk di kampung itu. Di samping itu, terbit pula perasaan cinta Ahmad Durrah dengan tiga wanita yang meminatinya.

Di sebalik cinta, turut diselitkan kekentalan seorang ibu tunggal, Islah (Eja) yang tinggal dengan Mak Suri (Normah Damanhuri). Lebih menyedihkan, orang kampung menganggap Mak Suri perempuan gila. Namun ada satu pertalian misteri antara Ahmad Durrah dan Mak Suri.

Penonton akan mengetahui sendiri kesudahan cerita itu serta perebutan cinta antara Islah, Fatanah (Nabila Huda) dan Anisa (Nik Zaris Nelydia Senrose, seorang pelakon baru) dengan Ahmad Durrah.

Eja dengan watak tragik wanita yang lari daripada suami durjana kerana cuba melacurkannya. Dia terpaksa menjadi nelayan tanpa sebarang pengalaman demi kelangsungan hidup. Malah stigma masyarakat terhadap janda itulah yang membuatkan watak Islah sentiasa dibanjiri air mata.
~jarang-jarang ada tajuk drama menggunakan nama lelaki.. kebanyakan nya guna nama perempuan kan..dan eja pandai berlakon..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...