script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Anwar: "Profesor Redzuan" Jadi Mangsa Penguasa Angkuh !


KUALA LUMPUR: Berita pemecatan serta merta Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) tidak mengejutkan tetapi tetap mengecewakan dan tidak wajar.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyingkiran secara melulu bertujuan memberi amaran kepada semua ahli akademik bahawa kebebasan mereka akan berakhir semata untuk mempertahankan kepentingan Umno. 

"Dalam pentadbiran yang rakus ini, kebebasan mengkritik adalah hak mutlak kepada mereka sasarannya adalah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atau mereka yang kritikal terhadap Umno BN," ujarnya dalam satu kenyataan. 

Tambahnya, penghukuman yang cukup pantas ini akan menimpa mereka yang menyokong apa-apa pandangan atau pendapat yang kelihatan kritikal terhadap Umno apatah lagi yang memihak kepada pembangkang.

Beliau berkata, nasib yang sama juga telah menimpa pakar ekonomi terkenal Prof Jomo KS, profesor sains politik Prof Dr P. Ramasamy dan pakar perlembagaan dan undang-undang Dr Aziz Bari tidak lama dahulu. 

"Dan hari ini kita lihat ia menimpa Prof Redzuan yang telah terbukti menunjukkan prestasi akademik dengan profesional dalam bidang penyelidikan yang menuntut objektiviti lengkap dan kebebasan," ujarnya lagi.

Ketua Umum PKR itu menambah, amat jelas bahawa keputusan untuk tidak menyambung tempoh Profesor Redzuan sebagai Pengarah UMCedel amat tidak wajar. 

"Beliau sekali lagi menjadi mangsa penguasa angkuh yang enggan melihat sarjana bersikap bebas dan berani," katanya.

Sehubungan itu, beliau ingin mengingatkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Idris Jusoh bahawa kuasa pelantikan dan pemecatan bukannya mutlak dan tindakan terbaru itu bukan sahaja melanggar kebebasan akademik malah pengkhianatan terhadap harapan rakyat terhadap peningkatan mutu dan kedudukan institusi pengajian tinggi. #sumber
Share:

Nurul Izzah: Tubuhkan "Badan Bebas", Siasat Radar MH370


KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menggesa Menteri Pengangkutan yang baru, Datuk Seri Liow Tiong Lai menubuhkan badan bebas bagi menyiasat kehilangan pesawat MH370.
Beliau menggesa badan siasatan bebas itu dianggotai pakar penyiasatan kemalangan udara daripada seluruh dunia.
“Walaupun hampir 4 bulan sejak kehilangan MH370, pihak bertanggungjawab masih tidak mempunyai sebarang penjelasan atau teori kukuh yang berlandaskan fakta untuk menjawab soalan yang ditujukan.
“Diharap dengan badan ini, keluarga penumpang akan mendapat jawapan yang dicari serta kredibiliti Malaysia akan diselamatkan,” katanya dalam kenyataan media.
Menurutnya, insiden ini mendedahkan banyak kelemahan sistem penerbangan awam di negara ini dan salah satu fokus penyiasatan badan ini yang harus diutamakan adalah berkenaan sistem radar penerbangan awam.
Katanya, hingga kini rakyat masih menunggu laporan audit daripada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), mengenai sistem radar Lapangan Terbang Subang yang mengalami kerosakan menyeluruh selama dua jam pada September 2012.
“Sehingga ke hari ini rakyat masih lagi menunggu apakah ICAO Audit tersebut telah dilaksanakan? Apakah jika audit tersebut telah dijalankan dan saranan baikpulih dilakukan, pesawat MH370 tidak akan hilang pada hari ini kerana sistem radar lebih tepat?
“Demi keselamatan rakyat Malaysia dan pengunjung negara kita, saya menyeru menteri menyiasat sistem radar penerbangan awam,” kata Izzah.
Dalam pada itu, Izzah turut menggesa skop dan laporan audit ICAO ke atas keselamatan terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang dijanjikan timbalan menteri pengangkutan pada 16 Jun lalu didedahkan.
“Skop audit ini masih lagi belum diketahui. Apakah benar audit ini telah dilaksanakan? Jika ya, saya meminta agar Menteri mendedahkan laporan ini dengan segera,” katanya. #sumber
Share:

Fahmi: Zahid Hamidi Galak Keganasan Dan Biarkan Jenayah


KUALA LUMPUR: Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai insiden kepala lembu yang diletak di hadapan rumah Adun Pulau Pinang, RSN Rayer seolah-olah menggalakkan keganasan dan membenarkan jenayah.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, Zahid sebagai seorang menteri tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian, apatah lagi beliau merupakan menteri dalam negeri.
“Kenyataan Zahid menggambarkan dia tidak melihat kejadian itu sebagai jenayah dan hanya membiarkan saja tindakan itu dilakukan. Zahid sebagai menteri bertanggung jawab, sepatutnya mengarah polis menjalankan siasatan segera.
“Kenapa perlu keluarkan komen yang menggalakkan lagi permusuhan antara rakyat, tambahan lagi ia menyentuh sensitiviti penganut agama lain,” ujar Fahmi.
Zahid sebelum ini dipetik berkata, insiden itu sebagai ‘harga’ yang perlu dibayar RSN Rayer, berhubung kenyataannya yang menggelarkan beberapa pemimpin Umno sebagai ‘celaka’pada sidang DUN bulan lalu.
Kenyataan itu dibuat Zahid susulan kejadian pihak tertentu meletakkan kepala lembu di hadapan rumah Adun DAP itu, baru-baru ini.
Zahid sebelum ini juga beberapa kali mengeluarkan kenyataan kontroversi seperti mewajarkan tindakan anggota polis menembak suspek penjenayah, yang turut dibidas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Justeru, Fahmi berkata, adalah lebih baik Zahid Hamidi  meletak jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri jika tidak lagi berminat memastikan keharmonian negara terjamin.
“Lebih baik Zahid meletak jawatan, kerana daripada kenyataan-kenyataan, ia hanya mengambarkan Zahid tidak lagi berminat untuk pastikan negara ini aman.
” Banyak komen yang dibuat Menteri Dalam Negeri itu seolah-olah menggalakkan keganasan daripada memupuk keharmonian,” tegas Fahmi lagi. #sumber
Share:

MH370: Bukti Baharu Dakwa Ada Gangguan Kokpit Pesawat


Penyiasat nahas udara, kehilangan pesawat MH370 telah menemui bukti baharu mengenai kokpit pesawat yang berkemungkinan telah diganggu.
Satu laporan yang dikeluarkan oleh penyiasat nahas udara Australia mendedahkan bahawa pesawat Boeing 777 yang hilang mengalami gangguan kuasa misteri pada peringkat awal penerbangan, yang membuatkan pakar-pakar percaya ia boleh menjadi sebahagian daripada usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.
Menurut laporan itu, unit data satelit pesawat telah melakukan permintaan 'log masuk' yang tidak dijangka kepada satelit, dalam tempoh kurang dari 90 minit semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Laporan menyebut mengenai permintaan 'log masuk' yang dikenali sebagai 'handshake' yang dilihat mungkin muncul disebabkan gangguan kuasa elektrik di atas kapal pesawat.
"Permintaan log masuk ketika penerbangan bukan perkara biasa.
"Analisis telah dilakukan yang menentukan bahawa ciri-ciri dan masa permintaan 'logon' adalah padanan terbaik sebagai akibat daripada gangguan kuasa," Menurut laporan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.
David Gleave, seorang pakar keselamatan penerbangan dari Loughborough University, berkata gangguan bekalan kuasa muncul sebagai hasil apabila seseorang di kokpit cuba untuk mengurangkan penggunaan sistem pesawat.
Tindakan itu, katanya, adalah selaras dengan usaha untuk menjadikan komunikasi pesawat dan sistem terpadam dalam usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.
"Seseorang mungkin berlegar-legar di dalam kokpit yang akan membawa kepada gangguan kuasa," katanya.
"Ia boleh menjadi satu tindakan yang sengaja bagi mematikan kedua-dua enjin untuk beberapa ketika. Dengan kerunsingan di dalam kokpit anda mungkin boleh mematikan kuasa buat sementara dan menghidupkannya semula apabila anda memerlukan sistem lain untuk menerbangkan pesawat."
Inmarsat, syarikat yang secara rasmi menganalisis data penerbangan dari MH370, telah mengesahkan penilaian ini tetapi berkata tidak mengetahui mengapa pesawat itu mengalami kegagalan kuasa.
"Ia kelihatan seperti terdapat kegagalan kuasa pada kedua-duanya.
"Ia merupakan satu lagi misteri kecil. Kita tidak boleh menerangkannya. Kita tidak tahu mengapa. Kami hanya tahu ia berlaku," kata Chris McLaughlin, dari Inmarsat, kepada The Telegraph.
Laporan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Australia mendedahkan bahawa Boeing 777 cuba untuk membuat 'log masuk' ke satelit Inmarsat pada pukul 2.25 pagi, tiga minit selepas ia dikesan oleh radar tentera Malaysia.
Ketika itu pesawat sedang terbang di utara pulau Sumatera Indonesia.
Pesawat itu telah menyimpang dari laluan sebenar untuk ke destinasinya iaitu Beijing, tetapi tidak lagi menukar arah ke selatan Lautan Hindi.
Pesawat itu mengalami satu lagi permintaan log masuk hampir sama kira-kira enam jam kemudian, walaupun ini adalah 'handshake' satelitnya ketujuh dan terakhir di mana dipercayai pesawat kehabisan bahan api dan kuasa elektrik sebelum terhempas, di suatu tempat di selatan Lautan Hindi.
Lima 'handshake' lain mula dikenalpasti oleh stesen satelit bumi dan tidak dianggap luar biasa.
Ketika ditanya sama ada gangguan kuasa yang boleh disebabkan oleh kerosakan mekanikal, Gleave berkata: "Terdapat kegagalan mekanikal yang boleh dipercayai menjadi sebab. Tetapi anda tidak akan terbang sejauh beratus-ratus batu dan hilang di Lautan Hindi kemudiannya.". #sumber
Share:

S.Manikavasagam Desak "Tan Sri Khalid Letak Jawatan" MB


KUALA SELANGOR: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor yang baharu, S.Manikavasagam mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor selepas tewas pada pemilihan cabang itu, baru-baru ini.

Malahan, Manikavasagam secara terang menyuarakan pandangan bahawa Azmin Ali adalah calon Menteri Besar yang paling sesuai untuk menggantikan Khalid.

"Kalau tanya saya, sudah pasti saya akan cakap Azmin sebab dia 'bos' saya.

"Tapi keputusan pilih Menteri Besar terpulang kepada Pakatan Rakyat. Bukan saya yang tentukan.

"Kita tak mahu seorang pemimpin yang menipu rakyat," katanya kepada pemberita di pejabat penyelaras Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati, di sini, Isnin.

Bekas Ahli Parlimen Kapar,  berkata sebelum ini Khalid pernah berjanji untuk membersihkan Sungai Klang dan pintu gerbang Little India, namun hingga sekarang masih tidak melaksanakannya.

"Saya sokong seratus peratus untuk beliau undur diri," katanya.

Minggu lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan  Shamsul Iskandar Mat Akin juga mendesak supaya Khalid meletak jawatan. #sumber
Share:

Kepala Lembu: ABIM Kesal Kenyataan Di Buat Zahid Hamidi


KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat kesal dengan respons yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan insiden kepala lembu yang ditinggalkan di luar rumah seorang ahli politik beragama Hindu di Pulau Pinang.

Menurut Presiden ABIM, Amidi Abd Manan, perbuatan meletakkankepala lembu di pintu pagar ADUN Seri Delima, RSN Rayer "jelas adalah satu penghinaan terhadap penganut agama Hindu".

Oleh itu, katanya, respons yang diberikan oleh Zahid terhadap insiden itu "tidak mencerminkan ajaran Islam".

"Islam mengajar umatnya agar menghormati agama lain dan menegah sebarang perilaku yang bermotifkan penghinaan," kata Amidi dalam satu kenyataan.

"Tegahan ini jelas disebut dalam Surah al-An'am ayat 108 yang menegaskan bahawa penghinaan terhadap sembahan agama lain akan menyebabkan penganut agama lain menghina agama Islam.

"Respons yang sedemikian memberikan imej yang negatif selaku pemimpin 'negara Islam' yang tidak mempraktikkan ajaran al-Quran," tambanya.

Sepatutnya, tegas Amid lagi, kenyataan berkaitan status Malaysia sebagai negara Islam mestilah disertai dengan perkataan, sikap dan tindakan yang benar-benar menepati ajaran Islam terutamanya perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara pelbagai agama.

Sebelum ini, Zahid dilaporkan berkata perbuatan meletak kepala lembu di rumah ADUN Seri Delima itu sebagai "harga yang perlu dibayarnya kerana keceluparan mulutnya'. #sumber
Share:

Salah Guna Kuasa: Bekas Pengarah JKR Di Denda, Penjara


JOHOR BAHRU: Bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, Datuk Abd Rahim Ahmad, dihukum penjara setahun dan denda RM1.154 juta kerana didapati bersalah menyalah gunakan kuasa, dua tahun lalu.

Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 58 tahun yang sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan JKR Putrajaya.

Tertuduh berhadapan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan dalam tempoh sebulan.

Hukuman dijatuhkan Hakim Muhammad Jamil Hussin selepas meneliti hujah kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

Kesalahan itu dilakukan ketika mengendalikan projek Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral di Bukit Chagar apabila abangnya memperoleh projek penyelenggaraan penyaman udara.

Abd Rahim didakwa meminta Pengarah Operasi Advanced Maintenance Precision Management Sdn Bhd, Saipolyazan M. Yusop untuk melantik YBA Technology Sdn Bhd, syarikat milik abangnya untuk menjalankan kerja bernilai RM196,000 bagi membekal, memasang, memeriksa dan menyediakan injap khusus untuk sistem air panas dan sejuk bernilai RM34,800 pada bangunan itu.

Tertuduh melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 1.30 petang di Bangunan Sultan Iskandar pada 5 Januari 2011. #sumber
Share:

Lajim Ukin "Mempertahan Kemenangan" Kerusi DUN Klias


PUTRAJAYA: Ketua pembangkang Sabah Datuk Seri Lajim Ukin mengekalkan kemenangannya bagi kerusi negeri, Klias selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan oleh calon Barisan Nasional (BN) Isnin Aliasnih.
Lima panel yang dipengerusikan oleh Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin memutuskan pada Isnin bahawa Isnin, yang merupakan perayu, telah gagal untuk menghasilkan fakta yang cukup bahawa Wong Kui En @Norliah adalah ejen untuk Lajim.

"Kami bersetuju bahawa tidak ada bukti yang sama sekali dapat menyokong pandangan ini. Oleh itu, kita menolak rayuan itu dengan kos RM20,000," katanya.

Hakim-hakim lain dalam kes itu adalah Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Hakim Tan Sri Ahmad Maaarof, Hakim Tan Sri Apandi Ali dan Hakim Datuk Ramly Ali.

Pada 6 Disember tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Datuk Yew Jen Kie memutuskan bahawa tidak ada bukti yang mengaitkan Lajim dengan mana-mana amalan rasuah seperti yang didakwa dalam petisyen yang dibawa oleh calon BN yang tewas, Isnin Aliasnih Umno.

Peguam Isnin, Jaafar Esteban sebelum ini berkata Norliah telah dilantik sebagai ejen di tempat mengundi Lajim dan dia (Lajim) bertanggungjawab terhadap tindakan beliau di pusat pengundian pada hari mengundi.

"Apa-apa yang dikatakan sebagai perbuatan rasuah oleh Norliah sebelum itu dan di luar pusat mengundi adalah permainannya sendiri," kata Hakim Yew. 

Beliau juga berpendapat bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa kempen yang dijalankan adalah di bawah skop dan tanggungjawab Norlia sebagai ejen tempat mengundi Lajim.

Mengenai testimoni beberapa saksi bahawa mereka telah menerima sampul surat yang mengandungi wang, kupon dan nota serta janji pemberian wang RM100 daripada Norliah pada 4 Mei, Hakim Yew berkata tidak ada bukti yang menunjukkan Lajim menyedari atau telah bersetuju dengan pengagihan item-item tersebut.

Lajim memenangi kerusi Klias atas tiket PKR dengan majoriti 342 undi dengan memperoleh 6,324 undi berbanding 6,182 undi yang diperolehi Isnin pada pilihan raya umum 5 Mei
. #sumber
Share:

Saifuddin Letak Jawatan Felo UM Ekoran Kes Prof Redzuan


PETALING JAYA: Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai felo penyelidik kanan Universiti Malaya (UM) berikut pemecatan kontroversi seorang profesor di universiti tersebut.

"Atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti, saya letak jawatan sebagai felo penyelidik kanan UM hari ini. Ia berkaitan kes menimpa Prof Redzuan," katanya menerusi Twitter, pagi Isnin. 

Menurut laporan, pensyarah sains politik UM Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman telah diminta untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) oleh Kementerian Pendidikan kerana kementerian tidak berpuas hati dengan tinjauan bebas dan tinjauan mengenai suasana politik Malaysia yang dijalankan oleh profesor berkenaan.



Turut dilaporkan, kedudukan Profesor Dr Redzuan sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Jabatan Sains Sosial tidak diperbaharui.

Laporan-laporan mendakwa bahawa penamatan profesor adalah disebabkan rasa tidak puas hati di atas keputusan kajiselidik dan tinjauan Profesor Dr Redzuan yang didakwa menunjukkan Barisan Nasional berada dalam keadaan tidak baik. #sumber
Share:

Kes Gigit: "Suarez Dakwa Terjatuh", FIFA Anggap Mengarut


BRASILIA: Alasan Luis Suarez yang dianggap mengarut mungkin akan mengakibatkan tempoh penggantungannya kerana menggigit pemain Itali tidak dipendekkan.
Suarez dikatakan mendakwa terjatuh secara tidak sengaja ke atas lawannya, Giorgio Chiellini ketika insiden itu berlaku.
Menerusi sepucuk surat yang dikirimkan bintang Uruguay itu kepada Fifa, Suarez menjelaskan, beliau tidak berniat menggigit atau cuba menggigit pemain pertahanan Itali itu  pada perlawanan Piala Dunia di Natal, Rabu lalu.

Surat Suarez untuk Fifa berbunyi: “Susulan impak itu, kedua-dua lutut saya berlanggar, saya hilang keseimbangan dan badan menjadi tidak stabil lalu terjatuh ke atas lawan. Ketika itu, muka saya terlanggar pemain itu, menyebabkan lebam kecil di pipi saya dan kesakitan yang kuat di bahagian gigi hingga memaksa pengadil menghentikan perlawanan. Inilah yang sebenarnya berlaku dan saya tidak pernah berniat, seperti yang tertulis dalam dokumen, ‘menggigit’ atau ‘cuba menggigit’.”

Ahli Jawatankuasa Disiplin Fifa memandang serius perbuatan itu dan mengenakan hukuman berat kepada Suarez dengan mengharamkannya terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan dan digantung sembilan perlawanan antarabangsa.

Alasan bertulis Fifa mengenai hukuman berkenaan dikeluarkan Sabtu dan dokumen itu juga memaklumkan  penjelasan Suarez berhubung isu pelanggarannya dengan Chiellini.

Tindakan Suarez mempertahankan perbuatannya itu memberikan kesukaran kepada Liverpool yang terdesak menjual penyerang itu walaupun sedar pemain itu tidak boleh meminta yuran perpindahan £80 juta (RM437.7 juta) susulan insiden mengejutkan itu.

Uruguay menewaskan Itali 1-0 dan layak ke pusingan kedua namun tewas kepada Colombia awal pagi semalam.

Dakwaan Suarez yang beliau tidak bersalah adalah satu kesilapan besar. Jawatankuasa Disiplin Fifa mengatakan bintang bola sepak itu tidak menunjukkan sebarang penyesalan untuk tidak mengulangi perbuatan itu. #sumber
Share:

Piala Dunia: Belanda Mara Ke Suku Akhir Tewaskan Mexico


Usaha Belanda yang berhempas-pulas menyekat kemaraan Mexico ke suku akhir membuahkan hasil dalam perlawanan yang berlangsung penuh mendebarkan di Stadium Estadio Castelao, Fortaleza, awal pagi Isnin.

Mexico, yang hampir melangkah ke suku akhir dengan berbekalkan satu gol oleh Giovani Dos santos pada minit ke-48 tanpa balas terpaksa akur apabila Belanda berjaya menyamakan kedudukan hanya dua minit sebelum wisel penamat ditiup menerusi rembatan Wesley Sneijder.

Gol Sneijder datang selepas Belanda dihadiahkan sepakan sudut yang dilakukan Klaas-Jan Huntelaar, pemain yang dibawa masuk pada saat akhir menggantikan Robin van Persie.

Sepakan sudut tersebut nyata menyelamatkan Belanda apabila Sneijder melakukan rembatan dari luar kotak penalti membolosi sudut kanan gawang Mexico.

Kedudukan terikat 1-1 pada saat-saat akhir menampakkan kebangkitan Belanda yang berhempas pulas mahu mendapatkan gol kedua dan tiket ke suku akhir, tanpa mahu mengheret perlawanan ke masa tambahan dalam pusingan kalah mati ini.

Mexico terpaksa melupakan terus impian beraksi di suku akhir apabila Belanda dihadiahkan sepakan penalti pada masa tambahan apabila Arjen Robben dijatuhkan kapten Mexico, Marquez dalam kotak penalti.

Gol kemenangan Belanda diperolehi menerusi sepakan penalti oleh Huntelaar yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Mexico, Ochoa.

Namun terdahulu Ochoa telah beberapa kali berjaya menyelamatkan gawang Mexico yang sering diserang Belanda. #sumber
Share:

Rakyat Selangor Mahu "Tan Sri Khalid" Kekal Nombor Satu


SHAH ALAM: Majoriti penduduk Selangor terus menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus menerajui pentadbiran sebagai orang nombor satu di negeri itu.
Dalam lama sosial Facebook dan Twitter, penduduk Selangor mahu Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar ekoran kecemerlangan beliau menerajui tampuk pentadbiran negeri.
Malah, bukan itu sahaja, penduduk dari negeri lain juga turut menyatakan sokongan yang sama kerana Abdul Khalid dilihat sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan banyak membantu golongan berpendapatan rendah. Saiden Mannat Mohd Nasir, berkata kemajuan Selangor semakin meningkat ekoran kepimpinan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan semua pihak harus melihat kejayaan itu bukan kepada politiknya.
“Selangor maju dengan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar. Tengoklah kemajuan Selangor bukan kekuatan politiknya,” katanya.

Bagi Nina Karina pula, dia berpendapat Abdul Khalid adalah seorang pemimpin yang layak memegang jawatan itu.
“Beliau adalah yang terbaik dan sewajarnya menjadi Menteri Besar. Mengapa ada pihak yang tidak mahu dikekalkan.
“Jika salah memilih penganti, ia boleh mengakibatkan masalah besar di Selangor,” katanya.
Sementara itu, Zokry Daud pula menganggap Abdul Khalid seorang pemimpin yang telus dalam pentadbirannya dan dengan sikapnya itu dapat mengelakkan berlakunya amalan rasuah.
“Tan Sri sudah bagus mentadbir negeri, banyak pembangunan. Telus dan tiada rasuah. Rizab negeri dapat dipertingkatkan, jika ada masalah perbaikinya,” katanya.
Ahmad Zulkifli pula berkata, jika jawatan itu ditukar maka sewajarnya semua pihak mengenang jasa Abdul Khalid sebagai pemimpin terbaik.
“Beliau adalah yang terbaik, orang terbaik tidak akan kekal lama, jadi wajar kita mengenang jasa beliau,” katanya. #sumber
Share:

Lim Kit Siang: "Mampukah PR Bertahan" Sehingga PRU-14 !


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) akan hanya kekal untuk satu Pilihan Raya Umum (PRU) sahaja andainya gagal untuk terus mendapatkan kepercayaan rakyat Malaysia selain memberi keutamaan kepada kerangka kerjasama dan konsensus kerjasama sedia ada.

Pandangan diutarakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam ucapannya semasa menghadiri majlis makan malam DAP Melaka bagi memberi penghormatan kepada mendiang Karpal Singh serta memperingati ulang tahun ke-30 ‘Kempen Selamatkan Bukit China’ pada Jumaat.

Kata Lim, selepas setahun berlalu sejak PRU13 pada Mei tahun lepas, penyokong PR mula mempersoalkan mampukah PR dapat terus berdiri kukuh untuk menghadapi PRU seterusnya.

“Rakyat Malaysia menantikan PRU seterusnya dengan penuh harapan dan mengharapkan akan ada perubahan pada kerajaan persekutuan tetapi dapatkah PR bertahan sehingga PRU14?” tanya Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Lim, pada penghujung 2011, PR berdepan dengan krisis mengenai hudud dimana ia telah menimbulkan perdebatan di antara barisan kepimpinan DAP, PAS serta PKR tetapi mereka berjaya mencari penyelesaian iaitu dengan memberi keutamaan kepada kerangka kerjasama dan konsensus PR.

Persetujuan oleh Majlis Kepimpinan PR menegaskan bahawa hudud bukanlah agenda Pakatan Rakyat dan sebarang perubahan dasar dalam PR perlu mendapat persetujuan ketiga-tiga parti.

“Seperti saya katakan sebelum ini, jika hudud menjadi isu kontroversi pada PRU13 lalu, Barisan Nasional bukan sahaja akan mendapat dua per tiga majoriti di Parlimen, malah Pakatan Rakyat mungkin kehilangan Selangor selain Kedah dan Johor akan kembali menjadi negeri ‘simpanan tetap’ Barisan Nasional,” tambahnya.

Katanya lagi, pengundi tidak mahu Pakatan Rakyat menerima nasib seperti Barisan Alternatif sebelum ini yang hanya kekal untuk satu pilihan raya sahaja.

Dalam PRU13 tahun lalu, Pakatan Rakyat memenangi 89 kerusi Parlimen dan 229 kerusi DUN dimana ia menyaksikan Barisan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. #sumber


Share:

Satu Keluarga Nyaris Maut Kereta Jatuh Ke Terowong Paip


KUANTAN: Lima sekeluarga nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu menjunam ke dalam terowong paip pembetungan sedalam sembilan meter yang masih dalam pembinaan di Kilometer 133, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini, malam tadi.
Kejadian kira-kira pukul 11.20 malam itu berlaku ketika Abdul Halim Shah Kechil, 49, bersama-sama isteri dan tiga anaknya dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba negeri, Abdullah Zawawi Mohamed berkata, lima beranak itu hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kemaman.
Bomba yang menerima panggilan berhubung kejadian itu menghantar lapan anggota dan sebuah jentera dan sebaik tiba mendapati lima beranak itu telah dikeluarkan dengan bantuan orang ramai, katanya.
Kawasan lokasi kejadian gelap ekoran tiada lampu jalan. #sumber

Share:

Air Selangor: Tony Pua Gesa Khalid Henti Salahkan Syabas


PETALING JAYA: Kerajaan Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab dan penyayang perlu melakukan lebih daripada sekadar 'menyalahkan Syabas' berhubung krisis air, menurut Ahli Parlimen DAP Tony Pua.

Selain mengatur satu pengajaran untuk beliau mengenai 'apa yang kerajaan negeri telah lakukan' dan 'mengapa Syabas perlu disalahkan', beliau berkata barangkali mungkin lebih penting bagi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan pegawai kerajaan negeri pergi membuat lawatan ke rumah-rumah keluarga yang perlu beratur dengan baldi bagi mengambil air dari tangki bekalan.

"Saya pasti penduduk-penduduk ini sangat berminat mendengar tentang perkara itu," kata beliau dalam satu kenyataan pada Ahad, membidas Menteri Besar buat kali kedua pada minggu ini.

Beliau berkata Abdul Khalid mungkin betul dalam menuding jari kepada Syabas untuk isu-isu air, tetapi ia tidak menjelaskan mengapa kerajaan negeri begitu cepat memberi jaminan bahawa tidak akan ada sebarang gangguan air yang akan berlaku.

"Beberapa penduduk mungkin tertanya-tanya tentang mengapa kerajaan negeri begitu cepat menawarkan jaminan apabila kerajaan amat sedar bahawa Syabas enggan bekerjasama atau menghadiri mesyuarat negeri yang dianjurkan," katanya.

Beliau menambah, jika kerajaan negeri tidak dapat memenuhi janji-janjinya, ia harus melakukan sesuatu untuk menyediakan bantuan segera kepada mereka yang terjejas oleh isu air.

"Patutkah kami tidak mempunyai simpati dan meletakkannya sebagai 'Pelan B' apabila mangsa menderita akibat gangguan air yang lama? 

"Sudah pasti, kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab dan prihatin perlu melakukan lebih daripada hanya menyalahkan Syabas - walaupun mereka memang pihak yang sah untuk dipersalahkan," katanya.

Beliau juga menyokong penuh cadangan MP Serdang Ong Kian Ming untuk menubuhkan pasukan petugas yang terdiri daripada Menteri Besar, wakil utama yang dipilih dan pegawai kerajaan negeri untuk mengenalpasti dan mengkaji penyelesaian masalah bagi isu air.

"Jawatankuasa ini bukan sahaja akan memberikan pihak berkuasa negeri peluang untuk mengajar wakil-wakil yang dipilih yang jahil tentang isu ini, tetapi juga membenarkan ahli dewan tempatan untuk berkongsi dengan pemimpin-pemimpin atasan negeri tentang masalah dan sakit yang dirasai oleh masyarakat supaya penyelesaian, terutamanya dalam jangka masa pendek, boleh diperolehi," kata Pua, membidas Khalid yang sebelum ini berkata beliau perlu belajar lebih lanjut mengenai isu air sebelum bertindak memberikan kritikan.

"Sementara menunggu kerajaan negeri mengambil alih Syabas, kita tidak boleh hanya duduk dan membiarkan Syabas memberikan perkhidmatan sehingga menjadi satu penghinaan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat," kata Pua. #sumber
Share:

Dua Warga Tempatan Cedera Akibat Di Tembak Di Puchong


KUALA LUMPUR: Dua orang warga tempatan termasuk seorang wanita daripada sekumpulan lapan sahabat, cedera ditembak suspek tidak dikenali di Puchong Gateway, berhampiran Km30.6 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), awal pagi Ahad.

Dalam kejadian 5.10 pagi itu, enam lelaki dan dua wanita itu yang menaiki tiga buah kereta, sebelum itu dipercayai berada di sebuah rumah rakan mereka di Kampung Baru, Batu 14, Puchong.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata, kesemua mereka yang ketika itu dalam perjalanan pulang, telah didatangi sebuah motosikal Honda EX5 hitam yang ditunggangi dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

"Tiba-tiba pembonceng motosikal itu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dan rakan-rakan sebelum melarikan diri.

"Pengadu (mangsa) lelaki mengalami kecederaan di paha kanannya manakala mangsa wanita pula cedera pada tangan kanan dan kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Menurut beliau berikutan hasil pemeriksaan di tempat kejadian, pihaknya menemui enam kelongsong peluru jenis 9mm dan sepucuk pistol serta satu kesan das tembakan pada bahagian pintu kereta mangsa.

Katanya, kesemua mereka (lapan sahabat) kini disoal siasat bagi membantu dan mengenal pasti motif kejadian itu. #sumber
Share:

Wee, Mah Jumpa Najib Bincang Portfolio Yang Perlu Di Pikul


JOHOR BARU: Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai portfolio mereka dalam Kabinet.

Wee yang baru dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri menggesa orang ramai supaya menunggu pengumuman rasmi Perdana Menteri dan tidak mendengar khabar angin mengenai tugas yang akan dikendalikannya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai spekulasi kononnya akan diberikan portfolio bagi menjaga hal ehwal masyarakat Cina di negara ini.

"Ada banyak khabar angin, tekaan dan malah ada yang mengaku mempunyai maklumat tepat daripada sumber yang boleh dipercayai.

"Namun walau apa pun kita tetap perlu tunggu pengumuman Perdana Menteri," katanya pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Agung MCA Bahagian Johor Baru di sini.

Tambah Wee, beliau dan Mah akan memulakan tugas secepat mungkin mulai Isnin di pejabat sementara di Putrajaya sementara menunggu mesyuarat Kabinet pada Rabu. #sumber
Share:

PM Ziarah Haji Hadi Awang Di Institut Jantung Negara (IJN)


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak pada tengah hari Ahad meluangkan masa menziarahi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Difahamkan kunjungan Perdana Menteri ke IJN berlangsung kira-kira 45 minit.

"Sempat melawat Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara tengah hari tadi.

"Alhamdulillah, kesihatan beliau bertambah baik. Marilah kita doakan agar beliau segera sembuh agar dapat menyambut Ramadan bersama keluarga," demikian tulis Najib di Facebooknya.




Perdana Menteri turut berkongsi sekeping gambar beliau bersama Abdul Hadi.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berusia 67 tahun itu menjalani pemeriksaan perubatan susulan di IJN selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Istanbul, Turki hujung bulan lalu. #sumber
Share:

Video "Orang Ramai Belasah Peragut" Tersebar Di Facebook


PETALING JAYA: Sebuah video yang menunjukkan sekumpulan anggota masyarakat memukul seorang peragut dan kemudian merayu supaya dihantar ke balai polis telah tersebar di media sosial. 

Video dua bahagian, yang dimuat naik di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia, menunjukkan seorang lelaki muda dipukul dan disoal oleh sekumpulan lelaki lain kerana lelaki terbabit didakwa menikam muka seorang wanita, 

"Berapa umur kau? Berapa lama kau dah buat kerja ini (meragut)?," demikian suara-suara yang dapat didengar dalam video itu.

Menurut keterangan di laman Facebook itu, kejadian itu berlaku dekat Lebuhraya Duke.

Lelaki muda itu diheret ke arah seorang wanita yang dikatakan sebagai mangsa, di mana orang ramai terus memukulnya dan kemudian mengikat tangannya di belakang. 

"Tengok apa yang telah kau buat," kata salah seorang lelaki, disusuli tendangan di kepala lelaki yang dikatakan sebagai penjenayah itu.

Kesan darah dilihat di kepala dan muka lelaki muda itu yang merayu untuk dihantar ke balai polis. 

"Hantar saya ke balai, bang," katanya berulang kali.

Pengguna laman sosial yang melihat video itu tidak bersimpati terhadap lelaki yang melakukan perbuatan seperti itu dan dilaporkan tidak membangkang tindakan kumpulan yang berkenaan. #sumber
Share:

Mesyuarat Air Selangor: SYABAS Hantar Pekerja Bawahan


PELABUHAN KLANG: Barisan Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tidak memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri ketika diminta menghadiri mesyuarat bagi membincangkan status pembangunan dan penyaluran air seluruh Selangor yang dilaksanakan setiap dua hari.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata dalam mesyuarat yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Kushrin Munawi itu hanya dihadiri 50 kakitangan bawahan termasuk pihak lain berkaitan tanpa pengurusan tertinggi.

“Apabila kita adakan mesyuarat tersebut, kita panggil pegawai tertinggi Lembaga Urus Air Selangor (LuAS), Suruhanjaya Perkhimatan Air Negara (SPAN) termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. mereka semua datang tetapi lima pegawai eksekutif tertinggi SyYABAS yang kita jemput tak datang.

“Mereka (SYABAS) hantar kakitangan yang purata gaji mereka tak sampai RM150,000 sebulan sedangkan lima mereka itu kumpulan gaji hampir RM3 juta sebulan tapi tidak hadir.

“Ini menunjukkan Kerajaan Negeri masih belum menguasai perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua yang menyalahkan Kerajaan Negeri berkenaan gangguan bekalan air terbaru yang berlaku di negeri itu.

Beliau berkata, pihak tertentu seharusnya memahami kedudukan Kerajaan Negeri yang tidak mempunyai kuasa untuk meminda pengurusan SYABAS bagi menyelesaikan masalah air sebelum pengambilalihan industri air dapat dilakukan.

Malah, dalam masa yang sama, katanya, semua pihak diminta memberi peluang kepada Kerajaan Negeri sekurang-kurangnya enam bulan selepas pengambilahan sebelum menimbulkan sebarang pertikaian.

“Untuk ini, kita sudah minta Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk menyiapkan program pengambilalihan .

logo syabas“Katakan bulan Julai kita ambil, kena bagi masa enam bulan untuk urus, tetapi jika kita ada masalah baru boleh kata Kerajaan Negeri tidak cerdik urus air. Kena bagi kita masa kerana dalam perniagaan juga diberi masa,” katanya.

Beliau berkata, sebelum proses sepenuhnya pengambilalihan, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa penuh kepada SYABAS.

“Kalau kita mempunyai kuasa penuh nanti bolehlah kalau nak kata Kerajaan Negeri bodoh ke tolol. Jadi, waktu ini tidak boleh kata Kerajaan Negeri tidak buat kerja,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Khalid berkata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili juga kesal dengan tindakan SYABAS kerana gagal memastikan pengagihan air dilakukan secara lancar. #sumber
Share:

Pelakon Watak Utama Transformers. Shia LaBeouf Di Tahan


LOS ANGELES: Pendukung watak utama siri Transformers, Shia LaBeouf ditahan pihak berkuasa di sebuah studio kerana menyebabkan gangguan dan menggunakan bahasa lucah kepada pihak berkuasa.

Menurut jurucakap pihak New York Police Department (NYPD), George Tsourovakas, pihaknya menerima laporan berkenaan kelakuan luar batasan aktor tersebut di studio terbabit dan sebaik tiba di sana, pengawal keselamatan telah pun mengarahkan LaBeouf untuk beredar namun dia enggan berbuat demikian.

Sejurus selepas itu, pemegang watak Sam Withwicky bagi siri Transformers itu menjadi tidak terkawal dan mula mengeluarkan perkataaan lucah sehingga mengganggu ketenteraman orang awam.

“Dia menjadi sukar, agresif dan tidak terkawal secara lisan, sehingga ke satu tahap, beliau enggan beredar walaupun diminta oleh pihak pengawal dan ketika itulah pihak kami terpaksa ambil tindakan.

“Beliau kini telah ditangkap dan ditahan,” katanya.

Mengesahkan penahanannya, Pegawai Penyiasat Brian Sessa berkata, LaBeouf terpaksa diiring keluar dari studio tersebut bersama pihak polis selepas gagal bekerjasama dengan pihak polis.

Menurut sebuah laporan portal semalam, dia kini berada dalam tahanan pihak polis untuk tindakan lanjut manakala jurucakap LaBeouf masih gagal untuk dihubungi bagi kenyataan lanjut. #sumber
Share:

Awas! Felda Tidak Pernah Lantik Agensi Edar Borang Rumah


KUALA LUMPUR: Felda tidak pernah melantik mana-mana agensi atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mewakilinya dalam sebarang permohonan perumahan bagi generasi baharu Felda.

Felda dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan pengedaran borang permohonan perumahan palsu tersebar kerana badan itu baru sahaja melancarkan projek Sentuhan Kasih di Tenggaroh 3, Johor Baharu.
    
"Tidak dinafikan bahawa Felda sedang melaksanakan beberapa projek perumahan seperti Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) dan Sentuhan Kasih Felda. 
    
"Borang perumahan kedua-dua projek ini hanya boleh didapati di rancangan tersebut dan akan dikeluarkan sesudah projek tersebut siap," menurutnya.
    
Menurut Felda, sebarang pertanyaan berkaitan PGBF dan Sentuhan Kasih perlu diajukan kepadanya dan bukan mana-mana pihak mahupun NGO yang tidak dilantik oleh badan itu.
    
Ini adalah bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, menurutnya. #sumber
Share:

Isu "Pukul Isteri", Awie Aku Beri Keterangan Kepada Polis


KUALA LUMPUR: Penyanyi rock terkenal tanah air, Awie atau nama sebenarnya Azhar Othman, 45, mengakui telah dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan mengenai dakwaan dia memukul isterinya, Rozana Misbun, 36, baru-baru ini.
Penyanyi utama kumpulan Wings itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan menyerahkan siasatan itu kepada pihak polis.
Awie yang ditanya mengenai tiga keping gambar wanita yang tersebar di internet didakwa sebagai Rozana yang cedera teruk dipukul berkata, dia masih belum melihat gambar tersebut.

“Jika benar gambar itu tersebar, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk sebarang tindakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Lantikan Orang-Orang Besar Negeri Pahang Tidak Bersifat Kekal, Tertakluk Tempoh Masa Dan Penilaian Prestasi Dan Budi Bicara Raja

KUANTAN : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.