script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MB: Banjir Kilat, Kesan Penerokaan Haram Lama !


TEMERLOH: Kejadian banjir kilat menyebabkan sebuah jambatan runtuh dan menghanyutkan beberapa kenderaan di Kuala Terla, Cameron Highlands pada Ahad lepas, adalah akibat daripada kesan penerokaan haram lama.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata tiada penerokaan haram baharu dikesan di daerah itu ekoran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa memantau sebarang aktiviti penerokaan di kawasan tersebut.

"...yang runtuh itu kesan lama, bukannya kita lulus bulan lepas, runtuh bulan ini. Ini akibat penerokaan haram dahulu. Sekarang, kita melalui NRE dan MKN menangani masalah itu...tiada lagi penerokaan haram," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Perumahan 2016-2020 dan PR1MA Pahang Parlimen Temerloh di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media bahawa penerokaan tanah secara berleluasa menjadi punca kepada insiden banjir kilat di Cameron Highlands.

Adnan berkata NRE dan MKN sudah mengambil alih tugas memantau penerokaan di daerah itu memandangkan kerajaan negeri tidak mampu menangani masalah berkenaan secara sendiri. #sumber
Share:

Ahli UMNO 'Tanding Bebas' Di Pecat Serta-Merta !


PETALING JAYA: Ahli-ahli Umno yang bertanding menentang Barisan Nasional (BN) dalam mana-mana pilihan raya atau pilihan raya kecil (PRK) akan terbatal keahliannya secara serta-merta, kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.

"Perlembagaan kami adalah sangat jelas. Jika anda bertanding atas platform bebas atau mana-mana platform lain tanpa persetujuan Umno anda akan secara automatik dipecat," katanya, Selasa.

Beliau memberi contoh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang bertanding pilihan raya umum (PRU) 2004 sebagai calon Bebas di kerusi Pasir Mas.

Terdahulu pada Selasa, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka Syed Rosli Harman Jamalullail mengumumkan hasrat untuk bertanding, dengan berkata beliau tidak berpuas hati dengan keputusan BN yang meletakkan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon.

Mastura, isteri kepada Datuk Wan Mohammad Khai-ril Anuar Wan Ahmad, adalah calon BN bagi PRK Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

"Memang benar saya akan bertanding. Saya amat kecewa dengan kepimpinan Umno kerana saya tidak gembira dengan mereka yang meletakkan Datin Mastura sebagai calon," kata Syed Rosli ketika dihubungi.

"Saya pasti beberapa pemimpin di Kuala Kangsar juga kecewa kerana mereka tidak diberi peluang.

"Saya sangat yakin parti akan mengambil tindakan tegas terhadap saya tetapi saya tidak ada pilihan," katanya, sambil menambah parti itu masih mempunyai masa untuk menukar calon sebelum penamaan calon pada 5 Jun. #sumber
Share:

Hubungan Azmin Dan Wan Azizah Mungkin Retak


PETALING JAYA: Tindakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli membuat laporan mengenai dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor yang diterajui oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Azmin Ali berkemungkinan besar menyebabkan parti itu berdepan ancaman perpecahan.

Perselisihan dalam parti yang menyaksikan Azmin berada di satu pihak dan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pihak yang lain sudah menjadi rahsia terbuka sebelum perkembangan terbaru ini.

Rafizi memasuki bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Malaysia sekitar tengah hari Isnin untuk mengemukakan maklumat mengenai individu tertentu, yang tidak dinamakannya, berhubung kerajaan negeri yang didakwa berurusan dengan rasuah.

Dr Wan Azizah, orang yang dilihat sejajar dengan Rafizi telah mengarahkan beliau untuk mengemukakan sebarang bukti dakwaan rasuah itu kepada SPRM.

Dakwaan itu pertama kali muncul dalam mesej kumpulan WhatsApp ahli PKR yang kemudiannya bocor ke pengetahuan umum.

Rafizi kemudian mengesahkan bahawa dia telah menulis mesej tersebut.

Dalam satu kenyataan pada 20 Mei mengenai dakwaan Rafizi itu, Azmin telah mengecam dakwaan itu, menyatakan bahawa beliau tidak mengemukakan bukti.

Tuduhan itu katanya merupakan sebahagian daripada kempen terancang untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri.

Pada Isnin, Menteri Besar Selangor tidak menghadiri beberapa majlis yang dijadualkan dan enggan memberikan kenyataan sebagai respons kepada langkah terbaru Rafizi yang melaporkan dakwaan rasuah kepada SPRM.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago (DAP) berkata sebarang perbalahan dalam parti itu tidak akan memberi kesan kepada pilihan raya kecil (PRK) akan datang.

"Nampaknya perbalahan dalaman sebahagian besarnya adalah dalam PKR. Memandangkan Amanah bertanding di Sungai Besar, kesannya adalah kecil," katanya.

Rafizi sendiri enggan mengulas lanjut lanjut mengenai aduannya.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa adalah 'jarang-jarang' untuk seorang pemimpin kanan parti membuat laporan terhadap ahli parti sendiri tetapi menegaskan bahawa 'ia sepatutnya dibuat dengan cara itu'. #sumber
Share:

Hamidah Mungkin Tanding Bebas PRK K.Kangsar


IPOH: Bekas ahli Umno, Datuk Hamidah Osman berkata beliau mungkin akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

"Buat masa ini, saya tak mahu komen. Dalam politik, tiada apa yang mustahil," katanya kepada The Star, Selasa.

Pada 24 November tahun lepas, parti itu memecat Hamidah yang juga bekas Exco kanan kerajaan negeri Perak atas sebab disiplin.
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khai-ril Anuar Wan Ahmad.
Wan Mohammad Khai-ril adalah antara enam yang terkorban dalam nahas helikopter pada 5 Mei lalu di Sebuyau, Sarawak.
Terdahulu pada Selasa, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka Syed Rosli Harman Jamalullail juga mengumumkan hasrat untuk bertanding, dengan berkata beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Barisan Nasional (BN) yang meletakkan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon.

Mastura, isteri kepada allahyarham Wan Mohammad Khair-il, adalah calon BN bagi PRK Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

"Memang benar saya akan bertanding. Saya amat kecewa dengan kepimpinan Umno kerana saya tidak gembira dengan mereka yang meletakkan Datin Mastura sebagai calon," kata Syed Rosli ketika dihubungi.

"Saya pasti beberapa pemimpin di Kuala Kangsar juga kecewa kerana mereka tidak diberi peluang.

"Saya sangat yakin parti akan mengambil tindakan tegas terhadap saya tetapi saya tidak ada pilihan," katanya, sambil menambah parti itu masih mempunyai masa untuk menukar calon sebelum penamaan calon pada 5 Jun. #sumber
Share:

Syed Rosli Sah Tanding Bebas Di Kuala Kangsar !


SHAH ALAM: Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail mengesahkan bahawa beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar sebagai calon bebas.

Menurut Syed Rosli, kedua-dua calon daripada BN dan Pas bukan merupakan anak tempatan dan keadaan itu akan menyebabkan pihak berkenaan gagal untuk memahami kehendak serta keperluan rakyat di Kuala Kangsar.

“Di sini saya ingin umumkan secara rasminya yang saya akan bertanding pada PRK Kuala Kangsar sebagai calon bebas.

“Saya selaku anak jati Kuala Kangsar merasakan kedua-dua calon dari Pas dan BN yang bukan anak tempatan ini sudah semestinya gagal memahami apa kehendak dan keperluan rakyat Kuala Kangsar,”tulisnya di laman sosial Facebook hari ini.


Dalam pada itu, Syed Rosli turut memaklumkan bahawa beliau sebagai ahli Umno turut merasa amat kecewa dengan kepimpinan parti kerana gagal meletakkan calon anak tempatan yang jauh lebih layak berbanding balu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Mohd Yazid.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Datin Mastura sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar yang akan berlangsung pada 18 Jun ini.

Pengumuman berkenaan telah mengejutkan banyak pihak memandangkan Datin Mastura masih berada dalam tempoh edah selama 4 bulan 10 hari.

Selain daripada itu, Timbalan Presiden Pas, Tuan Datuk Ibrahim Tuan Man turut mengumumkan Ketua Muslimat Pas Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad sebagai calon Pas bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar. #sumber
Share:

Rafizi Buat Laporan SPRM, Isu Rasuah Selangor !


PUTRAJAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli membuat laporan mengenai dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya telah memberikan maklumat yang saya ada setakat ini kepada SPRM mengenai aduan terhadap pengendalian kerajaan negeri Selangor. Harapan saya adalah supaya kita memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan tanpa dihalang oleh kuasa politik atau persepsi.

"Saya rasa perkara paling teruk yang berlaku ialah SPRM sentiasa dilihat terperangkap dalam permainan politik. Ini (membuat laporan) adalah sesuatu yang biasa yang perlu dilakukan oleh orang ramai," katanya kepada media di sini, Isnin.

Terdapat kira-kira 50 orang yang hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi menunjukkan sokongan mereka kepada Rafizi termasuk Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen; Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan  Datuk Saifuddin Abdullah.

Rafizi meluangkan masa hampir sejam di pejabat SPRM.

Pada Selasa lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Rafizi perlu membawa semua bukti rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor termasuk habuan wanita dan wang yang ada padanya terus ke pihak SPRM.

Wan Azizah yang ditemui semasa sidang media selepas mesyuarat Biro Politik PKR di Ibu Pejabat PKR turut memberitahu, biro politik juga akan meneliti dakwaan tersebut dan sekiranya ia melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti. #sumber
Share:

TMJ: Jangan Tangkap Orang Yang Hina Diri Saya !


PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta pihak polis supaya tidak menangkap mereka yang membuat kenyataan berunsur hasutan terhadapnya.

Sebaliknya Tunku Mahkota Johor itu berharap pertemuan dapat diatur antara beliau dan mereka yang terlibat.

"Saya lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara saya dengan individu-individu tersebut dan memberikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Isnin.

Baru-baru ini seorang penyokong bola sepak Pahang, Muhammad Masyhur Abdullah ditahan polis kerana dituduh mengutuk Tunku Ismail yang juga pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Twitter. #sumber
Share:

Zahid: BN Gunakan Strategi Kempen Tanpa Calon


TOKYO: Barisan Nasional (BN) akan menggunakan strategi 'kempen tanpa calon' bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar susulan calonnya, Datin Mastura Mohd Yazid, yang masih berada dalam tempoh edah.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata strategi yang julung kali diguna pakai jentera BN semenjak parti itu ditubuhkan, telah mengambil kira fatwa mengikut hukum qat'ie dalam Islam yang berkaitan tempoh edah seseorang wanita yang kematian suami.
"Umno mengadakan perbincangan dengan beberapa ulama, termasuk mereka yang menganggotai jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, selain turut berbincang dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, bagi mendapatkan pandangan dan pendapat," katanya kepada wartawan Malaysia di sini bagi menjernihkan beberapa pendapat yang berbeza tentang kedudukan calon BN dari segi kedudukan edah dalam hukum Islam.
Beliau berkata beberapa kaedah telah dicari untuk memperkenalkan Mastura kepada pengundi termasuk merakamkan ucapannya yang akan disiarkan di semua pusat daerah mengundi dan lokasi-lokasi sasaran, selain melalui komunikasi tanpa lisan.
"Yakinlah, kaedah ini telah kami (BN) fikirkan bagi menghormati hukum yang telah ditentukan dan diharap pengundi di Kuala Kangsar yang hampir 60 peratus beragama Islam memahami situasi itu," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata strategi kempen tanpa calon itu telah dijelaskan kepada pemimpin komponen parti BN yang bukan beragama Islam di Kuala Kangsar supaya mereka dapat menjelaskan isu berkenaan kepada para pengundi.
Beliau berkata Mastura akan berada di rumahnya sepanjang kempen diadakan  kerana masih dalam tempoh edah.
Ditanya mengenai penerimaan Mastura oleh pengundi di kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Ahmad Zahid berkata calon BN itu mempunyai kelebihan tersendiri yang   berpengalaman luas dalam bidang politik negara dan banyak bergaul dengan pengundi kawasan itu semasa suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan dari 2004 hingga 2013, dan kemudian sebagai Anggota Parlimen Kuala Kangsar sejak 2013.
"Saya yakin beliau akan diterima baik berbanding calon lain yang tidak bergaul di kawasan undi..., dan tentunya beliau akan melakukan yang terbaik," katanya.
Menyentuh usul Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) di Kelantan, beliau berkata ia tidak akan menjejaskan mereka yang bukan beragama Islam.
Ahmad Zahid berkata sebelum rang undang-undang itu diluluskan dan dikuatkuasakan ia perlu melalui tujuh peringkat, termasuk mendapat kelulusan  Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Majlis Raja-raja.
"Kesemua proses tersebut akan memakan masa yang panjang. (Selain itu) ia hanya akan dilaksanakan di Kelantan. Saya harap orang bukan Islam jangan terlalu khuatir tentang usul persendirian yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Anggota Parlimen Marang dan Presiden PAS)," katanya. #sumber
Share:

Netizen Di Gesa Henti Sebarkan Maklumat Palsu !


GEORGE TOWN: Adik kepada seorang pelajar kolej berusia 21 tahun yang maut akibat terjatuh merayu orang ramai berhenti berkongsi gambar dan maklumat palsu mengenai kejadian itu.

Dia membuat rayuan itu di Facebook berikutan penyebaran gambar dan berita di media sosial berkaitan mangsa, P. Darshwini.

Mangsa telah jatuh dari tingkat 16 sebuah blok apartmen di Island Park, pada Khamis lalu.

P. Thirptisonia menggesa netizen berhenti menyebarkan berita palsu mengenai kakaknya itu.

Dia menulis: "Tolong berhenti menyebarkan khabar angin mengenai kematian kakak saya. Tiada adik yang mahu melihat gambar kematian kakaknya di sana sini. Tolong hentikannya! Terima kasih."

gambar ngeri kejadian itu telah diedarkan secara meluas di media sosial seperti WhatsApp.

Turut dikongsi ialah satu klip video menunjukkan seseorang terjatuh dari bumbung sebuah bangunan tinggi.

Bagaimanapun Thirptisonia berkata: "tidak ada kena mengena dengan kakak saya".

Selain itu terdapat juga posting oleh seseorang yang mengaku sebagai teman lelaki Darshwini.

Beliau berkata, siaran-siaran media sosial telah ditambah kepada kesedihan beliau.

"Tolong berhenti menyebarkan cerita palsu dan khabar angin mengenai dirinya. Sebaliknya sila berdoa untuk dirinya untuk berehat dengan aman. Itulah kurangnya anda semua boleh lakukan untuk malaikat cantik saya. "

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, video itu tiada kaitan dengan mana-mana kes di negeri ini.

"Ia satu kejadian di China dan mangsa adalah seorang lelaki.

"Siasatan menunjukkan Darshwini jatuh dari sebuah apartmen dan bukan dari atas bumbung," katanya.

ACP Mior berkata kematian Darshwini adalah satu kes kematian mengejut namun menjadi kontroversi apabila orang ramai mula menyebarkan maklumat palsu di media sosial.

"Kami sedang menyiasat sama ada dia mengalami kemurungan atau sebab-sebab lain," katanya. #sumber
Share:

Jambatan 'Kg Orang Asli' Runtuh, 853 Terkandas !


CAMERON HIGHLANDS: Sebuah jambatan sepanjang 12.2 meter yang merupakan laluan utama penduduk perkampungan Orang Asli di Pos Terisu, di Cameron Highlands runtuh awal pagi Ahad menyebabkan 853 penduduk terkandas.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Zainalabidin (ulang: Zainalabidin) Othman berkata jambatan yang terletak di Batu 49, Kuala Terla itu runtuh akibat rempuhan air sungai yang naik mendadak berikutan hujan lebat antara pukul 2 hingga 3 pagi.

"Dipercayai lokasi jambatan yang runtuh itu adalah tempat di mana laluan arus dua anak sungai iaitu Sungai Tringkap dan Sungai Kuala Terla bertembung masuk ke sungai utama iaitu Sungai Ulu Telom.

"Penduduk sekitar telah bergotong-royong dengan menggunakan besi untuk dijadikan laluan sementara bagi kegunaan motosikal. Sehingga kini tiada pihak yang berkaitan tampil untuk membantu," katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Sementara itu, beliau berkata tiga buah kereta dan tiga buah motosikal mengalami kerosakan dihanyut air sungai akibat hujan lebat di Jalan Kolam Air, Brinchang, Cameron Highlands.

"Dalam kejadian antara pukul 2.30 pagi hingga 3 pagi itu, kesemua kenderaan telah dibawa oleh arus sungai tetapi telah dapat diselamatkan kerana tersangkut pada bahagian rumah mangsa.

"Keadaan ini berlaku kerana rumah mangsa berhampiran dengan anak sungai dan mangsa juga telah membuat laporan polis," katanya.

Zainalabidin berkata pihaknya percaya punca kedua-dua kejadian disebabkan sungai yang tidak boleh menampung limpahan air akibat hujan lebat.

Tambah beliau, terdapat beberapa kejadian lain turut berlaku di sekitar Brinchang, Tanah Rata dan Kampung Raja antaranya kejadian kereta pelancong dihempap pokok serta kejadian rumah dimasuki air. #sumber
Share:

Edah, Mastura "Tidak Dapat Sertai" Kempen PRK !


KUALA KANGSAR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid (foto) memohon maaf kepada seluruh jentera parti kerana tidak dapat menyertai kempen yang dijadual bermula 5 Jun depan.   

Mastura, 55, berkata beliau mengambil keputusan itu kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana yang ditetapkan hukum Islam bila seseorang wanita kematian suami. 

"Tempoh syarak ini wajib saya patuhi dan saya amat mengharapkan kefahaman seluruh jentera parti khususnya di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi akan kedudukan saya ini. 

"Jika menurut amalan parti dan gerak kerja pilihan raya, selaku orang yang dinamakan sebagai calon, saya seharusnya berada bersama seluruh jentera parti dan masyarakat untuk berkempen.  

"Insya Allah, sekiranya saya diberi tanggungjawab sebagai anggota Parlimen, saya akan laksanakan amanah yang diberi sebaik mungkin sebagai kesinambungan kepada apa yang telah dirintis oleh arwah suami saya (Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad)," katanya menerusi tayangan video selepas pengumuman calon dan pelancaran jentera BN , Sabtu.

Pengumuman nama calon dan pelancaran jentera itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.  

Mastura turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Ahmad Zahid dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.  




"Saya sekadar penyambung kepada perjuangan serta memikul amanah untuk meneruskan khidmat bakti arwah suami saya kepada rakyat Kuala Kangsar.  

"Pilihan raya ini bukan soal saya, tetapi BN sebagai wadah perjuangan seperti mana amanah yang pernah digalas oleh arwah suami saya dalam menabur bakti kepada rakyat di sini," katanya.  

Sementara itu, anak sulung Mastura, Wan Emir Astar, 26, berkata keluarganya terkejut dengan keputusan pucuk pimpinan parti memilih ibunya untuk meneruskan perjuangan untuk rakyat Kuala Kangsar. 

"Biarpun kami masih berkabung dengan kehilangan arwah papa tetapi kita perlu meneruskan kesinambungan dan legasi arwah papa sebelum ini.  

"Ibu kami selalu berdamping dengan arwah papa 24 jam dan beliau lebih memahami apa yang warga Kuala Kangsar perlukan," katanya sambil menambah beliau dan tiga lagi adik beradik akan membantu Mastura.  

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang juga suami Mastura dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.  

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun,manakala penamaan calon pada 5 Jun. #sumber
Share:

Pengerusi PAC Nafikan Artikel Wall Street Journal


KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin menafikan bahawa pemilik Good Star Limited adalah Low Taek Jho atau Jho Low seperti yang dinyatakan oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) dengan mengaitkan surat Bank Negara terhadap jawatankuasa itu.  

"Ini kerana Bank Negara Malaysia sendiri menyatakan maklumat yang diberikan adalah bertaraf risikan. PAC bukan badan perisikan dan maklumat yang diterima mestilah sahih dan benar," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.  

Beliau berkata: "Disebabkan maklumat yang diterima PAC adalah bertaraf risikan, PAC tidak boleh memasukkan maklumat itu kerana ia bercanggah dengan tugas dan tanggungjawab dan boleh menimbulkan prejudis terhadap pelbagai pihak". 

"Selain itu, Bank Negara Malaysia sendiri sudah menyatakan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah selesai dan syarikat berkenaan sudah dikenakan kompaun secara pentadbiran.  

"PAC juga telah membentangkan laporan ke Parlimen, oleh itu perkara ini telah selesai dan tidak perlu dipolitikkan," katanya. #sumber
Share:

Zakat Fitrah Negeri Pahang Kekal RM7.00 Seorang


KUANTAN: Kadar zakat fitrah untuk umat Islam di negeri ini kekal sebanyak RM7 seorang selepas mengambil kira harga beras semasa.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan (foto) berkata, bagi melancarkan urusan kutipan zakat fitrah, seramai 968 amil telah ditauliahkan dalam negeri Pahang.

Beliau meminta orang ramai membuat bayaran kepada amil yang telah diberi tauliah Muip di tempat masing-masing bermula daripada awal Ramadan dan selewat-lewatnya sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

“Saya memandang berat jumlah zakat fitrah yang dikutip kerana tidak memperlihatkan penambahan yang ketara setiap tahun. Sejak tiga, empat tahun lepas hanya RM6 juta berjaya dikutip.

“Agak membimbangkan kerana mungkin ada orang yang tidak membayar zakat sedangkan jumlah penduduk semakin bertambah,” katanya

Sementara itu katanya, sesiapa yang enggan membayar zakat fitrah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 40 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala sesiapa yang didapati memungut zakat fitrah tanpa diberi kuasa atau dilantik oleh Muip telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 38 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Wan Abdul Wahid berkata, pihaknya mensasarkan kutipan zakat sebanyak RM7 juta tahun ini berbanding RM6 juta lebih pada tahun lalu.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh layari  portal Muip di www.muip.gov.my

Dalam perkembangan lain, sempena Ramadan ini, Muip telah menyalurkan bantuan am kepada masjid-masjid di negeri Pahang agar dapat meningkatkan lagi aktiviti Ihya Ramadan.

Manakala persediaan menyambut Aidilfitri, Muip akan menyalurkan bantuan kepada asnaf, fakir dan miskin sebanyak RM3.64 juta. #sumber
Share:

Jemaah Masjid Selesa Dengan Pengurusan Lama


KUANTAN: Jemaah Prihatin Masjid Tepian Putra membantah pembubaran dan pengambilan sekretariat pengurusan masjid yang baharu kerana sudah selesa dengan cara pengurusan yang dilaksanakan sejak setahun lalu.

Mereka mendakwa pembubaran itu boleh memberi persepsi negatif terhadap perancangan program yang direncanakan sebelum ini lebih-lebih lagi ketika Ramadan nanti.

Abdul Wahab Abdullah (foto), 61, berkata, walaupun tinggal di Bukit Sekilau, beliau selesa menjadi kariah di masjid itu kerana pelbagai aktiviti dilakukan seperti ceramah, mengaji dan program kebajikan.

Menurutnya, usaha sekretariat sebelum ini tidak boleh dipersoalkan kerana masjid itu ‘hidup’ disebabkan oleh pelbagai inisiatif mereka melaksanakan pelbagai program.

“Kami senang berkomunikasi dengan mereka. Apa sahaja usul kami sebagai jemaah di sini diterima yang kemudiannya dibawa ke dalam mesyuarat untuk diputuskan.

“Tambahan pula, menjelang bulan Ramadan banyak program yang mereka rancang bersama pihak luar. Bila keadaan ini berlaku, akan timbul rasa tidak selesa kerana program diuruskan dengan pihak lain sedangkan perbincangan dibuat dengan pihak lain,” katanya.

Menurut Abdul Wahab, tidak pernah timbul mereka di dalam sekretariat itu menyandang jawatan untuk kepentingan sendiri.

“Saya nampak cara mereka buat kerja dan bila hal ini (pembubaran) berlaku, seolah-olah usaha mereka sebelum ini tidak dihargai,” katanya.

Seorang lagi jemaah, Mohamed Azlan Mohamed Ariff, 59, berkata, kedudukan masjid yang strategik di pusat bandar menyebabkan orang ramai selesa menunaikan solat di sini.

Menurutnya, meskipun sekretariat yang terlibat bukan individu dari kawasan masjid, namun atas rasa tanggungjawab mereka laksanakan tanggungjawab dan mengimarah masjid secara bersama.

“Jika mereka tiada, saya rasa mungkin masjid ini sepi dan ‘tidak hidup’. Setiap program bersama jemaah dianjurkan secara tidak langsung menjadikan kami seronok datang ke masjid ini,” katanya.

 Sehubungan itu, mereka merayu pihak Majlis Ugama Islam dan Adat resam Melayu Pahang (Muip), Jabatan Agama Islam Pahang, Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan bersikap adil dan telus untuk membantu menyelesaikan isu ini. #sumber
Share:

Kes "Hina TMJ", Penyokong Pahang Di Bebaskan


JOHOR BAHRU: Seorang penyokong bola sepak Pahang, Muhammad Masyur Abdullah (foto) yang direman dua hari oleh pihak polis kerana dituduh mengutuk pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dibebaskan jam 2 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Peguamnya Chan Kheng Fai berkata polis memohon melanjutkan tahanan reman tetapi dibantah oleh peguam. Penolong Pendaftar Majistret Johor Bahru, Nuriza Mustafa memutuskan untuk menolak permohonan polis dan memerintahkan Masyhur dibebaskan.

“Setahu saya mereka (polis) akan buat siasatan selanjutnya. Akan bagi masa dua minggu untuk siasatan.

“Jika ada tuduhan atau perlu ambil keterangan akan panggil semula,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Masyhur melalui peguamnya mengucapkan penghargaan diatas keprihatinan dan sokongan kawan-kawan dan keluarga sepanjang tempoh penahanan.

“Terima kasih kerana memberikan sokongan kepada kawan-kawan dia, daripada keluarga, ambil berat pasal dia tiga hari ini,” katanya.


Penolong Pengurus syarikat insurans berusia 29 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pada Rabu lalu selepas dituduh menghantar mesej jelik dalam Twitter untuk menghina dan menyakitkan hati pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Suspek yang berasal dari Temerloh itu dituduh mengeluarkan komen berkenaan melalui akaun Twitter ‘Keluang Man’ sebagai reaksi terhadap gambar manipulasi grafik yang memaparkan TMJ sedang menikmati hidangan seekor gajah tertera perkataan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) dalam laman Twitter Johor Southern Tigers.

Gambar makan gajah itu menjadi viral selepas JDT menewaskan pasukan Pahang 6-0 dalam perlawanan Liga Super hujung minggu lalu dan TMJ dilaporkan berkata gambar makan gajah itu sekadar ‘suka-suka’ dan ‘sedikit perang psikologi’.

Namun bagi Masyhur, dia berdepan dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah. #sumber
Share:

Ribut Di Pekan, Atap Melayang Sangkut Di Pokok


PEKAN: Sebuah keluarga  terkejut dengan kejadian ribut dan angin kencang yang menerbangkan atap rumah mereka hingga ke atas pokok petang tadi. Kejadian berlaku di Kampung Sawah berhampiran Kampung lamir dekat sini.



Menurut sumber, hujan dengan ribut yang amat dasyat telah melanda kawasan Pekan. Kejadian ini benar-benar tidak disangka oleh sebahagian daripada pada penduduk di sini. Tambahan pula dengan cuaca kering dan kemarau yang melanda sejak sekian lama. 


Apapun, kejadian petang tadi tidak melibatkan kemalangan nyawa. Difahamkan, ribut yang melanda turut meranapkan melibatkan beberapa buah rumah di Kampung Penur. Malah ada kenderaan yang ranap dihempap dek pokok kelapa ketika kejadian tersebut. #pdonews
Share:

Remaja, Teman Wanita Di Tumbuk ADUN Di Kedah


ALOR SETAR: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Kedah, Datuk Azmi Che Husain didakwa bergaduh dengan pasangan remaja di khalayak umum sehingga mencederakan seorang wanita dalam satu kejadian di sini baru-baru ini.
Insiden tersebut berlaku pada 15 Mei lalu di hadapan pusat beli belah Aman Central dimana Adun tersebut memberhentikan keretanya disebelah kereta mangsa dan kemudiaan disusuli dengan pergaduhan.
Satu laporan polis juga dibuat dan dalam laporan tersebut, teman wanita lelaki tersebut memandangkan teman wanitanya, Nur Shahirah Mokhti mengalami kecederaan selepas cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
Remaja tersebut bernama Alif Adam juga memuatnaik status dalam akaun Facebook miliknya (Adam Hoonigan) berserta video insiden pergaduhan tersebut.
“Tiba tiba lelaki 50-An dari kereta tersebut telah turun dari keretanya dan membuka pintu kereta saya dan menarik kunci kereta saya.
“Lelaki 50-An telah menumbuk saya di bahagian mulut saya. Akibat dari itu, mulut saya mengalami luka. Kemudian lelaki 50-An tersebut telah menarik tangan saya untuk keluar dari kereta dan apabila saya keluar dari kereta saya telah menumbuk lelaki 50-An tersebut….
….Datang pula (2) lelaki 20-An dari kereta tersebut dan mereka bertiga memukul saya,” kata Adam dalam laporan polis yang dibuatnya sejurus selepas insiden tersebut.
Menurut Adam, selepas beberapa hari kejadian baharu beliau mengetahui lelaki 50-an yang menumbuknya adalah seorang VVIP dan berjawatan tinggi dalam kerajaan negeri.
“Selepas beberapa hari dari hari kejadian, barulah saya mendapat tahu dari rakan ayah saya yang bekerja di Wisma Negeri Kedah yang lelaki berusia 50-an tersebut adalah Datuk Azmi Che Husain, seorang Timbalan speaker Negeri Kedah.
“Tujuan saya kongsikan perkara ini adalah untuk beliau tampil memberi keterangan kepada pihak polis agar kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Saya amat tidak berpuas hati kerana saya dan teman wanita saya dipukul oleh 3orang samseng jalanan yang berpangkat (VVIP),” tulis Adam dalam status akaun Facebooknya.
Menurut mangsa tersebut, individu didakwa Adun Umno tersebut beredar dari tempat kejadian dan beliau terpaksa membawa teman wanitanya ke Kedah Medical Center (KMC) ekoran kecederaan dialami teman wanitanya itu.
“Kemudian kereta tersebut terus beredar dari tempat kejadian. Saya telah membawa teman wanita saya ke KMC Alor Star Kedah kerana telah mengalami sesak nafas yang sangat teruk,” kata Adam dalam laporan polis.
Adam juga menunjukkan salinan laporan polis dan perubatan sebagai bukti insiden tersebut berlaku. #sumber
Share:

Ratu Naga Junjung Quran, Nafi Dakwaan Beli Data

KUALA LUMPUR: Pemilik Akaun Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah hari ini bersumpah di hadapan al-Quran bahawa beliau tidak mengenali Azharuddin Othman @Abdullah.
Azharuddin semalam mendakwa Ema terlibat dalam pembelian 900,000 nama dari pangkalan data penduduk Malaysia bagi mencukupkan 1.2 juta tandatangan Deklarasi Rakyat.
Ema berkata, beliau tidak mengenali dan tidak pernah berkomunikasi dengan Azharuddin seperti yang didakwa pengatur cara komputer bebas itu dalam sidang medianya semalam.
Justeru beliau bersumpah bagi membersihkan namanya.
“Wallahi, Wabillahi, Watallahi.
“Saya Syarul Ema Rena binti Abu Samah buat sumpah ini di hari Jumaat yang suci bahawa saya tidak pernah mengenali atau bercakap atau berhubung dengan Azharuddin Othman @ Abdullah kad pengenalan 861022465285.
“Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” lafaznya sambil menjunjung al-Quran dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini. #sumber
Share:

Tak Hadir Kawad, Pelajar Cedera Akibat Dibelasah

KUANTAN: Pelajar tingkatan dua salah sebuah sekolah menengah di Beserah dipukul teruk oleh pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan semalam. Menurut sumber awal kejadian, pelajar tingkatan lima iitu tidak berpuas hati bila mangsa tidak dapat hadir latihan berkawad yang dipimpin olehnya. 
Mangsa pengsan bila dipukul dari arah belakang dan ditendang beberapa kali dibahagian kepala serta badan ketika rebah. Mangsa dikejarkan ke hospital dengan ambulan bila keadaannya didapati serius oleh pihak sekolah. 

Difahamkan pelajar tingkatan 5 itu adalah anak kepada kakitangan sekolah terbabit. Manakala mangsa sehingga kini masih ditahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan kerana mengalami masalah dalaman dibahagian belakang lehernya.
Isu ini telah menjadi viral di laman sembang sosial sejak semalam. #pdonews
Share:

RUU Hudud: ADUN MCA Gurun, Umur Keluar Parti


SUNGAI PETANI: Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong meletak jawatan daripada parti itu sebagai bantahan susulan usul persendirian Rang Undang-Undang (RUU) mengenai hudud dibentangkan di Parlimen.

"Saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA sehingga isu ini berubah haluan," kata Dr Leong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun pada sidang akhbar di Sungai Petani pada Jumaat.

Katanya, beliau menyerahkan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah untuk membuat keputusan mengenai kedudukan sebagai exco.

Bagaimanapun Dr Leong berkata beliau akan kekal sebagai Adun Gurun.

Pada Khamis, RUU Persendirian Pindaan Kuasa Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya dibentangkan di Dewan Rakyat.

Namun begitu, usul berkenaan ditangguhkan dan akan dibawa ke sesi Dewan Rakyat akan datang untuk dibahaskan. #sumber
Share:

Perbahasan RUU Hudud, Di Tangguhkan Oktober !


KUALA LUMPUR: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai hudud hanya akan dibahaskan di Parlimen pada Oktober depan atas permintaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hadi yang membentangkan usul tersebut di Dewan Rakyat pada pagi Khamis membuat permintaan bahawa ia akan dibahaskan pada persidangan akan datang.
Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman mahu mempercepatkan usul tersebut di dalam senarai  aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat.
RUU itu disenaraikan sebagai item No.15 dalam senarai aturan mesyuarat Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen pembangkang membantah usul Azalina itu dengan alasan masa tidak mencukupi telah diberikan untuk meneliti RUU tersebut.
Anthony Loke (DAP-Seremban) berkata ia adalah kali pertama RUU persendirian itu dipercepatkan dibawah Kertas Perintah untuk perbahasan.
"Ia hanya dibahaskan pada pagi tadi oleh Hadi dan dipercepatkan ke item No.15 dibawah Kertas Perintah untuk perbahasan.
"Adakah langkah pada saat akhir ini satu muslihat politik?," katanya.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul itu diundi secara terbuka di Parlimen. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Lantikan Orang-Orang Besar Negeri Pahang Tidak Bersifat Kekal, Tertakluk Tempoh Masa Dan Penilaian Prestasi Dan Budi Bicara Raja

KUANTAN : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.