Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Saturday, September 29, 2012

Intipati Bajet 2013 - Bajet Sejahtera

Sumber: BH

Sunday, June 3, 2012

Sumbangan PA system untuk Masjid Sungai Pial, Tanjung Dawai, Kedah

Tarikh: 31hb Mei 2012
Tempat: Masjid Sungai Pial, Tanjung Dawai, Kedah

Pihak PEMBELA telah dimaklumkan bahawa Masjid Sungai Pial telah dicerobohi pencuri dan telah kehilangan set PA system serta 13 buah kipas dinding.

Sehubungan itu, pihak PEMBELA dengan bantuan rakan rakan dari 'Burger Bangchik Sg Layar' serta sahabat sahabat terdekat telah bekerjasama meyalurkan bantuan berbentuk PA system baru dengan serta merta untuk kegunaan masjid tersebut. 

Namun begitu, pihak masjid masih memerlukan sumbangan kipas dinding untuk kegunaan serta memberi keselesaan kepada jemaah. Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berhajat untuk menyumbang atau mewakafkan kipas dinding, boleh menghubungi pihak kami atau emel kepada: pembelasp@gmail.com

Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang terlibat dalam usaha merealisasikan sumbangan ini. Sedikit gambar untuk dikongsi bersama. 

 Acara penyerahan sumbangan PA system oleh saudara SukriKamis

PA system sedang diuji

Saudara Nazrulnizam menunjukkan kipas dinding yang telah dilarikan pencuri.

Gambaran secara dekat menunjukkan wayar dipotong dan kipas dilarikan pencuri

Kipas yang 'selamat' dari kejadian


Wednesday, May 9, 2012

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA - PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM


Wednesday, March 7, 2012

Nukilan lawatan ke 'Rumah Di Bawah Rumah'

Tarikh: 04hb Mac 2012
Tempat: Kg Jilid 2, Sg Deraka, Merbok, Kedah Darulaman

Baru baru ini pihak kami telah menerima satu berita mengenai nasib malang satu keluarga yang tinggal agak hampir dengan tempat tinggal kami (dalam 30km dari kawasan kami). Kehidupan mereka dikatakan amat daif. Kami difahamkan mereka sekeluarga tinggal di rumah 'di bawah rumah'. 

Sebaik sahaja mendengar perkataan 'rumah di bawah rumah', lantas terlintas di fikiran kami filem 'Ibu Mertuaku'. Kami terkejut mendengar berita itu dan ingin melihat sendiri keadaan keluarga itu . Oleh itu petang Ahad yang lepas, kami pihak PEMBELA telah pergi untuk melihat sendiri keadaan keluarga tersebut. 


Rumah tersebut terletak di tengah tengah kawasan sawah padi. Jalan masuk cuma melalui batas batas bendang. Parking kereta kat tepi jalan besar dan jalan kaki masuk merentasi kawasan sawah padi.

Inilah yang dikatakan 'rumah di bawah rumah' tempat kediaman keluarga tersebut. Namun kami difahamkan mereka telah 'berpindah'.

'Kediaman' baru keluarga berkenaan. Mereka dinasihatkan oleh 'tuan rumah atas' supaya 'berpindah' kerana khuatir dan atas faktor keselamatan kerana bahagian atas rumah dah semakin reput. Takut tuan rumah atas tertimpa orang kat bawah rumah. Kami terkedu dan hilang kata kata. Anda boleh nilai sendiri dari foto foto di bawah.
 
 
 
 

Bilik air  serta tempat mencuci keluarga tersebut. 
 

Serba sedikit inilah keadaan keluarga yang tinggal di 'rumah di bawah rumah' itu. Sekarang mereka telah berpindah ke 'kediaman' baru yang hanya merupakan sebuah dangau / pondok.

Itulah kediaman keluarga Encik Ahmad Azuan Abu Yazid atau lebih mesra di panggil Wan (26 tahun). Beliau tinggal bersama isteri (31 tahun) bersama empat orang anak beliau berumur 7 tahun, 6 tahun, 4 tahun dan yang bongsu berumur 6 bulan. Beliau yang berpendapatan tidak menentu hanya melakukan kerja menangkul ketam sebagai mata pencarian untuk keluarga beliau. Isteri beliau tidak bekerja namun kadang kadang mengambil upah kupas ikan bilis bagi membantu keluarga.

Menurut Encik Wan, sebelum ini mereka ada menyewa rumah namun terpaksa keluar kerana tidak mampu membayar sewa. Namun atas belas ehsan adik iparnya, mereka sekeluarga dibenarkan menumpang tinggal di bawah rumah adik iparnya kerana itu saja yang mampu ditawarkan oleh adik iparnya yang turut mengalami nasib yang hampir sama. Cuma adik iparnya lebih bernasib baik sedikit kerana tinggal di rumah pusaka yang usang dan sempit milik keluarga. Dan akhirnya Encik Wan sekeluarga terpaksa berpindah dari bawah rumah dan membina pondok bersebelahan kerana faktor keselamatan jika terus tinggal di bawah rumah.

Semasa sessi lawatan ini, kami telah menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban keluarga tersebut. Gambar di bawah adalah gambar Encik Wan bersama 3 orang anak beliau. Isteri beliau serta anak yang bongsu tidak bersama kerana pergi membuat kerja mengambil upah kupas ikan bilis.
 
 
Maklumat Terkini:
Baru baru ini kami mendapat maklumat yang Encik Ahmad Azuan akan mendapat rumah bantuan PPRT dalam masa terdekat (namun kami tidak pasti bila). Namun sebegitu, jika masih ada sesiapa yang berhajat untuk melawat atau memberi sumbangan kepada Encik Ahmad Azuan (No KP: 851014-02-6005), boleh menghubungi Encik Wan sendiri di talian: 017 4027534.

Berita mengenai nasib keluarga Encik Ahmad Azuan Abu Yazid juga ada disiarkan dalam Utusan Malaysian Online (klik untuk membaca).

Tuesday, February 7, 2012

Keratan Akhbar - Program Majlis Makan Malam Bersama Anak Yatim, Tanjung Dawai, Kedah

Sinar Harian, 06hb Februari 2012

Sunday, January 29, 2012

Karnival Pendidikan MARA 2012


Wednesday, January 18, 2012

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA - PENGAMBILAN CALON LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA UNTUK BERKHIDMAT DI DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (menggunakan keputusan percubaan SPM tahun 2011) dan warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Maklumat Lanjut: KLIK SINI

Monday, December 19, 2011

Subsidi RM200 Untuk Belia Sertai Program Kemahiran

KBS Beri Subsidi RM200 Untuk Galakkan Belia Sertai Program Kemahiran 

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan subsidi RM200 untuk menggalakkan belia menyertai program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM), kata Timbalan Menteri berkenaan Gan Ping Sieu.

Beliau berkata menerusi pemberian subsidi itu, peserta hanya dikenakan yuran sebanyak RM100 sahaja untuk mengikuti latihan kemahiran yang ditawarkan.

"Ramai belia yang berkelayakan di luar sana tidak mengetahui bahawa mereka boleh menjalani latihan kemahiran dengan yuran semurah itu, jadi kita akan mempertingkatkan usaha dengan KSM bagi memastikan lebih ramai belia menyertai program sebegini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) kepada kira-kira 1,000 peserta daripada pelbagai bidang kemahiran di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Isnin.

Program tersebut yang meliputi pelbagai bidang kemahiran seperti automatif, hospitaliti dan spa mula diperkenalkan tahun lepas oleh KBS bermatlamat mengarusperdanakan latihan kemahiran melalui persijilan tunggal SKM.

Beliau berkata belia yang menyertai program tersebut diwajibkan membuat sebuah 'portfolio' yang hampir menyerupai tesis bagi memastikan mereka benar-benar mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang.

"Portfolio ini penting kerana banyak syarikat multinasional asing yang melabur di negara ini perlu mengikuti pensijilan ISO ditetapkan oleh kerajaan.

"Selaras dengan penetapan tersebut, maka mereka (syarikat multinasional asing) perlu mencari pekerja yang benar-benar berkemahiran," katanya.

Sementara itu, Gan berkata KBS melalui Bahagian Pembangunan Kemahiran yakin dapat mencapai sasaran penyertaan 5,000 belia untuk mendapatkan penganugerahan SKM melalui program PPT pada tahun depan.

Timbalan Menteri itu berkata keyakinan itu berdasarkan penyertaan menggalakkan sebanyak 3,500 orang belia berbanding 3,000 orang yang disasarkan pada peringkat awal bagi tahun lepas untuk program tersebut.

"Saya yakin melalui kerjasama erat yang terjalin antara Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dan Bahagian Pembangunan Kemahiran di peringkat kementerian sejak tahun lepas, kita mampu merealisasikan sasaran itu," katanya.

-- BERNAMA

Thursday, November 24, 2011

Tuesday, November 22, 2011

Tawaran Biasiswa Sukan Persekutuan Sesi 2011/2012


*klik pada imej untuk paparan lebih jelas

Maklumat Lanjut: KLIK SINI
Untuk memohon: KLIK SINI

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 Tahun 2012

*klik imej untuk paparan lebih jelas

Maklumat lanjut, sila rujuk syarat-syarat kelayakan kemasukan di bawah:

1) Semenanjung Malaysia - KLIK SINI
2) Sabah / Sarawak - KLIK SINI
3) Sistem Permohonan MRSM - KLIK SINI

Permohonan secara on-line boleh dibuat pada 17 November hingga 30 November 2011.

Pengambilan Program Khas Sukses Asas Kemahiran Teknikal (SAKTI) PERDA-TECH

*klik imej untuk paparan lebih jelas

Tarikh tutup permohonan: 16hb Disember 2011 (Jumaat)

Maklumat Lanjut / Iklan Penuh: KLIK SINI

Download Borang Permohonan: KLIK SINI

Thursday, May 19, 2011

Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011

Date: 25th - 29th May 2011
Venue: PWTC, Kuala Lumpur
Time: 10.00am ~ 9.00pm

Tuesday, May 10, 2011

Info: Latihan 1Malaysia - Latihan Percuma di ILP Perai


Maklumat Lanjut/ Borang Permohonan: KLIK SINI

Maklumat Tambahan: 1 Malaysia Training
Merujuk kepada Ucapan bajet 2011 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, kerajaan telah mengumumkan untuk menjalankan Program Latihan 1 Malaysia di pusat latihan terpilih di seluruh negara. Justeru itu, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mempelawa warga kerja dan orang awam untuk mengikuti latihan kemahiran secara Modular (Part Time) secara PERCUMA di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) seluruh negara.

Program ini juga akan dapat membantu rakyat dalam usaha meningkatkan pendapatan pada masa akan datang dan melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran.

BIDANG-BIDANG YANG DITAWARKAN
* Kimpalan
* Pembuatan
* Pengeluaran
* Perkhidmatan
* Percetakan
* Penyelenggaraan Elektrik
* Elektronik
* Sivil
* ICT

KAEDAH LATIHAN & TEMPOH
* Program dilaksanakan di 27 Institusi Latihan JTM (ILP, ADTEC, JMTI)
* Program berbentuk Modular (16 jam – 250 jam)
* Dilaksanakan selepas waktu pejabat (Isnin – Jumaat) dan hujung minggu (Sabtu & Ahad)
* Program latihan adalah secara PERCUMA.

SYARAT KELAYAKAN
* Warganegara Malaysia
* Lepasan Pelajar Sekolah/ Graduan/ Golongan Pekerja/ Pesara/ Orang Awam.

Saturday, May 7, 2011

Info: Latihan 1Malaysia - Free Course JMTI, Penang

Details / Application form: CLICK HERE

Maklumat Tambahan: 1 Malaysia Training
Merujuk kepada Ucapan bajet 2011 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, kerajaan telah mengumumkan untuk menjalankan Program Latihan 1 Malaysia di pusat latihan terpilih di seluruh negara. Justeru itu, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mempelawa warga kerja dan orang awam untuk mengikuti latihan kemahiran secara Modular (Part Time) secara PERCUMA di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) seluruh negara.

Program ini juga akan dapat membantu rakyat dalam usaha meningkatkan pendapatan pada masa akan datang dan melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran.

BIDANG-BIDANG YANG DITAWARKAN
* Kimpalan
* Pembuatan
* Pengeluaran
* Perkhidmatan
* Percetakan
* Penyelenggaraan Elektrik
* Elektronik
* Sivil
* ICT

KAEDAH LATIHAN & TEMPOH
* Program dilaksanakan di 27 Institusi Latihan JTM (ILP, ADTEC, JMTI)
* Program berbentuk Modular (16 jam – 250 jam)
* Dilaksanakan selepas waktu pejabat (Isnin – Jumaat) dan hujung minggu (Sabtu & Ahad)
* Program latihan adalah secara PERCUMA.

SYARAT KELAYAKAN
* Warganegara Malaysia
* Lepasan Pelajar Sekolah/ Graduan/ Golongan Pekerja/ Pesara/ Orang Awam.

Info: Latihan 1Malaysia - Free Course at ILP Arumugam Pillai, Nibong Tebal

*click on image to enlarge


Details / Application form: CLICK HERE
------------------------------------------------------------------------------------------
For information: 1 Malaysia Training
Merujuk kepada Ucapan bajet 2011 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, kerajaan telah mengumumkan untuk menjalankan Program Latihan 1 Malaysia di pusat latihan terpilih di seluruh negara. Justeru itu, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mempelawa warga kerja dan orang awam untuk mengikuti latihan kemahiran secara Modular (Part Time) secara PERCUMA di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) seluruh negara.

Program ini juga akan dapat membantu rakyat dalam usaha meningkatkan pendapatan pada masa akan datang dan melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran.

BIDANG-BIDANG YANG DITAWARKAN
* Kimpalan
* Pembuatan
* Pengeluaran
* Perkhidmatan
* Percetakan
* Penyelenggaraan Elektrik
* Elektronik
* Sivil
* ICT

KAEDAH LATIHAN & TEMPOH
* Program dilaksanakan di 27 Institusi Latihan JTM (ILP, ADTEC, JMTI)
* Program berbentuk Modular (16 jam – 250 jam)
* Dilaksanakan selepas waktu pejabat (Isnin – Jumaat) dan hujung minggu (Sabtu & Ahad)
* Program latihan adalah secara PERCUMA.

SYARAT KELAYAKAN
* Warganegara Malaysia
* Lepasan Pelajar Sekolah/ Graduan/ Golongan Pekerja/ Pesara/ Orang Awam.

Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2011

Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2011 akan diadakan pada 13 hingga 14 Mei 2011 bertempat di Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

Pelbagai acara menarik akan diadakan seperti:
- Karnival Sukan
- Karnival Usahawan
- Karnival Kerjaya dan Pendidikan
- Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
- Persembahan Band Rakan Muda
- Motivasi Perdana oleh Kumpulan Hijjaz dan Ust. Mohammad Kazim b. Elias
- Pelancaran Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2011

Maklumat lanjut, sila hubungi:
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (04-7324500)
Majlis Belia Negeri Kedah (04-7343008)

Wednesday, May 4, 2011

Pengambilan Perajurit Muda TLDM Semenanjung Malaysia 2011

*Klik imej untuk paparan lebih jelas

Sumber / Maklumat Lanjut: KLIK SINI

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja 2011

Selamat Hari Pekerja 2011 buat semua dan selamat bercuti dan berhujung minggu.
~ikhlas dari Warga PEMBELA~

Sekadar info:
Tema Hari Pekerja 2011: " Pekerja Merealisasi Transformasi Negara"

Tema “Pekerja Merealisasi Transformasi Negara” dipilih sebagai penghormatan kepada warga pekerja seluruh Malaysia. Warga pekerja inilah yang membanting tulang penuh berdedikasi dan komitmen jitu serta mempunyai semangat juang yang tinggi untuk terus memperbaiki prestasi dan produktiviti melalui kemahiran, kualiti, integriti, proaktif, berinovatif, kreatif dan berprestasi tinggi sejajar dengan Program Transformasi Kerajaan bagi merealisasikan negara berpendapatan tinggi seiring dengan Wawasan 2020.

Sumber: SINI


Saturday, April 30, 2011

Info: Permohonan Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang


Permohonan Baru Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang dibuka sekarang. Untuk makluman, tempoh permohonan mulai 02 Mei 2011 hingga 31 Julai 2011.

Maklumat Lanjut: http://epp.penang.gov.my/
Related Posts with Thumbnails