Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

Al-Bayaan ( ٱلۡبَيَانَ )

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala Puji Bagi Allah Tuhan sekalian alam yang PenguasaanNya meliputi segala alam yang zahir, ghaib dan juga alam-alam yang tidak pernah dikenali manusia. Di atas RahmatNya juga, kita muslimin tidak teraba-raba mencari persoalan Siapakah Dia yang patut kita sembah dan berterima kasih kerana kita telah pun dianugerahkanNya dengan Islam yang membawa kita mengenal Pencipta kita.


Dengan RahmatNya juga kita dianugerahkan dengan Al-Quran sebagai panduan hidup dan penggerak kemajuan bagi setiap Muslim yang benar-benar beriman. Al-Quran, wahyu yang diturunkan Allah melalui perantaraan Ruhul Quddus kepada Nabi Muhammad s.a.w. Rahmatan lil 'Alamin, membentuk peribadi Rasullullah s.a.w. menjadi contoh manusia teragung yang seharusnya dijadikan ikutan semua yang bergelar muslim.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih berpeluang menulis lagi kali ini.. Apa yang dikongsikan ini ialah hasil pembacaan dan mendengar ceramah.. Pengetahuan penulis blog ini amatlah terbatas sebenarnya untuk membincangkan perkara-perkara sebegini.. apa-apapun semoga Allah tetap memberikan hidayah...Amiin.

Allah berfirman:

A001

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani 

 A001

 (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.(1)

 A002

Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran. (2)

 A003
Dialah yang telah menciptakan manusia. (3) 

 A004
Dialah yang telah mengajar manusia bercakap berhubung dengan semua keterangan (tentang semua perkara itu dengan jelas). (4)

 A005
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. (5)

 A006

Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. (6)

 A007
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan. (7)

 A008
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. (8) 

A009 
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang." (9) - (Surah Ar-Rahman [55] ayat 1 hingga 9)



Allah SWT menjadikan alam ini sebagai pentas ilmu pengetahuan supaya manusia meneroka kemajuan. Disebabkan alam ini milik Allah maka Allah SWT telah menyediakan sebuah kitab yang sangat penting bagi membolehkan manusia meneroka alam ini. Itulah al-Quran, di dalamnya terdapat sumber segala ilmu, menjadi rujukan sepanjang zaman.


Allah telah memperkenalkan kepada manusia petunjuk di dalamnya bagi memastikan manusia mencapai matlamat hidup yang sejahtera. "Dialah yang telah menciptakan manusia. (3)  Dialah yang telah mengajar manusia bercakap berhubung dengan semua keterangan (tentang semua perkara itu dengan jelas). (4).


Yang dimaksudkan dengan Al-Bayaan ( ٱلۡبَيَانَ ) ialah percakapan dan kefahaman. Dua perkara ini kurniaan yang istimewa daripada Allah SWT yang membezakan manusia dengan makhluk lain.


Ada mufassir mengatakan manusia yang dimaksudkan itu adalah Nabi Adam as dan ada juga mengatakan Nabi Muhammad saw. Nabi Adam as diajar pelbagai nama dan sifat-sifat benda. Nabi Muhammad saw diajar untuk berbicara dan menyampaikan khabar tentang orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian. Memberitahu tentang halal haram serta hukuman dan juga tentang hari akhirat dan pembalasan.

Al-Quran bukan sekadar dibaca, tetapi untuk diambil pengajaran daripadanya. Al-Quran penuh khazanah di dalamnya, bukan hanya menerangkan tentang cara hidup di dunia seperti pentadbiran, perundangan dan kehakiman, ekonomi, akhlak dan sosial sahaja. Juga bukan hanya mengajar manusia untuk hidup di akahirat, malah al-Quran menerangkan segala kejadian alam yang melibatkan bidang-bidang lain yang tidak kurang pentingnya.


Menurut kajian pakar al-Quran yang mengkaji bilangan ayat-ayat berkaitan bidang-bidang tertentu mereka mendapati bahawa: ADA


134 ayat berkaitan Biologi.
114 ayat berkaitan Fizik.
11 ayat berkaitan Kimia.
113 ayat berkaitan Falak dan Angkasa. 
104 ayat berkaitan Geografi. 
90 ayat berkaitan Pertanian. 
6 ayat berkaitan Perubatan cara Islam. 
141 ayat berkaitan Perubatan rohani. 
5 ayat berkaitan Perubatan bayi. 
9 ayat berkaitan Perubatan penuaan. 
37 ayat berkaitan Perubatan pencegahan. 
73 ayat berkaitan perubatan dan Matematik. 
9 ayat berkaitan Pembedahan perubatan. 
22 ayat berkaitan Pembedahan mayat.
59 ayat berkaitan Peranan anggota dan saraf.
15 ayat berkaitan penyakit hidung dan kerongkong.
9 ayat berkaitan penyakit kulit.
10 ayat berkaitan penjagaan pesakit.
69 ayat berkaitan penyembuhan.
69 ayat berkaitan rangsangan kepada membuat kajian.
25 ayat berkaitan Asal usul kejadian manusia.
17 ayat berkaitan Keturunan atau baka.
4 ayat berkaitan Mata.
32 ayat berkaitan wanita dan kelahiran bayi.
37 ayat berkaitan Janin.
60 ayat berkaitan Kaji bumi.
30 ayat berkaitan Kenderaan alat perhubungan.
36 ayat berkaitan laut dan sungai.
27 ayat berkaitan Sains Sosial.
24 ayat berkaitan Sains Pemakanan.
18 ayat berkaitan sains Umum.
8 ayat berkaitan bahasa-bahasa binatang dan burung.

(Semua ini adalah petikan daripada buku Mukjizat Al-Quran & amp; Fakta-Fakta Saintifik terbitan al-Hidayah Publication).

Ada lagi lain-lain bidang yang masih belum diketahui. Hanya Allah yang Tahu semua perkara. Ilmu yang dimiliki oleh manusia berbanding ilmu Allah ibarat setitik air yang melekat di jari kita apabila dicelup dan diangkat daripada lautan.

Sehubungan dengan apa yang saya tulis di atas, saya ingin kongsikan ceramah tentang cerita artis.

Melihatkan tajuk Youtube : Artis Malaysia timbul hasrat ingin mendengar.. apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Ustaz Kazim.

Pada peringkat pengenalan ustaz memaparkan kisah 4 orang para artis veteran yang pada ketika ceramah ini diadakan, mereka berkeadaan uzur. Ustaz bandingkan dengan keadaan mereka dalam filem-filem yang pernah mereka lakunkan. Sebenarnya ceramah ini tentang Majlis Maulud Nabi.. Namun ada menyentuh tentang  tentang Al-Quran yang bijaksana yang memberikan petunjuk.. Siapa yang mengikut al-Quran dia akan mendapat cahaya keimanan. Kita kena jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai teladan dan sebagainya.. Agak lama juga nak habiskan sesi mendengar ceramah di bawah ini. Jika ada kesempatan dengarlah...banyak pengajarannya.. banyak yang disentuh dalam kehidupan.. Di bawah saya hanya tuliskan beberapa petikan ayat-ayat yang di baca... jika nak dihuraikan satu-satu pasti panjang. 


Allah berfirman dalam Surah YaSiin [ 36 ] ayat 5 dan 6 bermaksud:
"Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, (5) Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai." (6)
Di sini Allah memberitahu kita bahawa al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad saw supaya baginda memberi peringatan dan amaran kepada kaumnya yang telah lama tidak diberi peringatan.
(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat) dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan  dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. (Al-Baqarah [2] : 151)
Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu dan memberi hidayat petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat). (As-Syura [42] : 13)
Syari'at yang mula-mula diturunkan ialah kepada Nabi Nuh as (8000 tahun jarak masanya dengan Nabi Muhammad saw). Allah turunkan syari'at kepada Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Nabi Muhammad saw (Nabi Ulul 'Azmi)

Allah berfirman dalam Surah YaSiin [ 36 ] ayat 66 hingga 70 yang bermaksud seperti di bawah:
(Mata hati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya? (66)
(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang. (67) 
Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? (68) 
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan; (69) 
Supaya dia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya) dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar. (70)
Al-Quran al-hakim.. Al-Quran bijaksana.. Allah tak sebut cerdik tetapi Allah sebut bijaksana.. al-Quran boleh menyelesaikan masalah.

Mudah2an kita menjadikan al-Quran bacaan seharian dan semoga kita dapat mentadabbur... dan mengambil pelajaran... Terima kasih kepada Tinie kerana memberikan award ini:


Friday, January 29, 2010

Orang-Orang yang Berjaya Dan beruntung.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda. Allah SWT telah membuka surah al-Mu'minun [23] dengan menetapkan kejayaan dan keuntungan bagi orang-orang yang ada pada diri mereka 7 sifat yang baik-baik.


Siapakah orang-orang yang berjaya dan beruntung itu?

Pertama: Itulah orang-orang yang beriman; Allah berfirman dalam ayat 1,

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman."( al-Mu'minun [23] : 1)

Orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang percaya kepada Allah dengan mengesakanNya.

Kedua: Orang yang khusyuk dalam solatnya. Allah berfirman dalam ayat 2,

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ

"Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya" ( al-Mu'minun [23] : 2)

Khusyuk di sini dimaknakan sebagai "merendah diri dan merendah hati". Ada dua pengertian khusyuk iaitu; Pertama daripada segi perbuatan hati yang tidak nampak dan kedua daripada segi perbuatan anggota lahir yang nampak.

Sehabis-habis khusyuk ialah orang itu merendah diri kepada yang disembah dan hatinya tidak sedikitpun terlintas untuk mengingat yang lain selain Allah. Ini adalah perbuatan hati. Merendah diri dengan perbuatan anggota lahir pula ialah tidak melakukan pergerakan-pergerakan selain rukun qauli. Sebaik-baik khusyuk ialah meliputi kedua-duanya.

Orang-orang yang berjaya dikatakan khusyuk dalam solat kerana akur kepada segala rukun qauli dan rukun fi'li. Oleh itu diharapkan apabila keluar daripada solat segala tindakannya juga seperti orang yang solat yakni berbuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah oleh Allah.

Ketiga: Orang yang menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Allah berfirman dalam ayat 3,

وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

"Dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia"
( al-Mu'minun [23] : 3)

Orang yang beriman sentiasa menjaga lidahnya dan tingkah lakunya. Mereka tidak berbohong, tidak memaki-maki dan tidak bertindak secara main-main. Ini kerana risaukan kemurkaan Allah SWT. Jika di dalam solat mereka tinggalkan perkara yang sia-sia; begitulah pula di luar soalt mereka.

Ke empat: Orang yang membersihkan hartanya dengan berzakat. Allah berfirman dalam ayat 4.

وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ

"Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)"
(al-Mu'minun, 23 : 4)

Memberi zakat melatih seseorang meneladani sifat Allah ar-Rahman iaitu sifat pemurah. Memberi zakat ialah memberikan sesuatu yang bukan milik kita.

Allah juga berfirman dalam surah as-Syams ayat 9 tentang membersihkan diri dengan berzakat.

"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan memberi zakat)", (as-Syams [91] : 9)

Juga dalam surah al-Baqarah, Allah menekankan konsep membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang Allah berikan kepada kita. Ini bermakna rezeki itu adalah kurniaan allah bukan semata-mata hak kita.

"...membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (al-Baqarah [2] : 3)

Dalam sirah Nabi banyak memaparkan kisah-kisah bagaimana kaum Muhajirin menginfakkan harta mereka untuk menuju jalan Allah. Saiyyidina Abu Bakar As-Siddiq banyak menginfakkan harta bagi perjuangan Islam.

Kelima: Orang yang menjaga kehormatan dirinya. Allah berfirman dalam ayat 5 hingga 7.

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (٥) إِلا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (٦) فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (٧

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya; Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: Kemudian, sesiapa yang mengingini selain daripada yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;"
( al-Mu'minun[23] : 5 hingga 7)

Fitrah manusia diberikan nafsu syahwat, namun Allah memberi peraturan supaya manusia tidak sewenang-wenagnya menurut nafsu syahwatnya. Islam menganjurkan pernikahan dalam usaha menyelamatkan iman kita daripada keinginan yang tinggi untuk menurut hawa nafsu syahwat.

Ke enam: Orang yang memelihara amanah dan janjinya. Allah berfirman dalam ayat 8

وَالَّذِينَ هُمْ لأمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ

"Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya" (al-Mu'minun [23] : 8).

Amanah itu ada bermacam-macam. Antaranya ialah hubungan kita sesama manusia seperti barang-barang yang diminta kita menjaganya, tugas-tugas yang diminta kita jalankan, rahsia-rahsia yang diminta kita menjaganya atu menyembunyikannya dan pelbagai macam lagi. Amanah pemimpin kepada rakyat, ayah kepada anak isteri, guru kepada murid dan lain-lain. Sesiapa yang khianat dalam amanah dikatakan munafik. Sabda Nabi saw; Tanda orang munafik itu tiga; Apabila bercakap dia bohong, apabila berjanji dia mungkir dan apabila diberi amanah dia khianat.

Ketujuh: Orang yang memelihara solatnya. Allah berfirman dalam ayat 9:

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ

"Dan mereka yang tetap memelihara solatnya" ( al-Mu'minun [ 23 ] : 9)

Solat fardhu ditunaikan mengikut waktunya, cukup segala syarat dan rukun. Ibnu Mas'ud telah meriwayatkan katanya: Saya bertanya, Ya Rasulullah! Amalan apakah yang sangat disukai oleh Allah? Jawab baginda: "Solat awal waktunya. Saya bertanya lagi: Selepas itu apakah yang disukai oleh Allah. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya lagi, kemudian itu apa pula? Jawab baginda; Berjuang pada jalan Allah.

Kesimpulannya siapakah orang-orang yang berjaya? Allah berfirman dalam ayat 10 dan 11;

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡوَٲرِثُونَ (١٠) ٱلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلۡفِرۡدَوۡسَ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (١١

"Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. (10) Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya". (al-Mu'minun [23] : 10 - 11)

Iaitu orang-orang yang memilki 7 sifat yang baik yang telah dinyatakan di atas. Mereka inilah yang akan mewarisi atua memang layak untuk mendapat kedudukan yang paling tinggi dalam syurga Firdaus.

Kejayaan seseorang Mukmin adalah bergantung kepada pekerti yang baik ketinggian rohani dan jiwa yang mulia. Jika ditanya kenapa 7 sifat ini sahaja yang akan mewarisi syurga firdaus, tidak disebut ibadah2 lain seperti puasa dan haji jawapannya ialah perkara ini tercakup dalam menunaikan amanah dan kita telah berjanji dalam solat kita kepada Allah bahawa segala tentang hidup kita hanyalah untuk Allah. Firman Allah di dalam Surah al-An'am [6] ayat 162:

قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Katakanlah: "Sesungguhnya ssolatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

Bila teliti perkara ini bolehlah kita ketahui di mana kedudukan kita. Semoga bermanfaat.

Tuesday, December 22, 2009

Puji dan Syukur

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Pembaca sekalian, tulisan ini adalah hasil daripada catatan saya semasa mendengar ceramah tentang Alhamdulillah yakni ucapan pujian atau kesyukuran.

Sifat Rububiyah Allah ialah mengurus segala yang diperlukan oleh semua makhluk ciptaanNya termasuk manusia. Segala yang diperlukan oleh manusia telahpun disediakan sebelum manusia diciptakan.

Kita sebagai makhluk tidak perlu rasa khuatir kerana Alah Rabb telah sediakan. Alhamdulillah ialah pujian dan syukur kepada Rububiyah Allah kerana Allah (Rabb) memelihara, mendidik, mengurus, mengatur segala ciptaanNya; khususnya manusia melalui 4 nikmat seperti dalam al-Quran al-Karim melalui 4 surah daripada 114 surah yang Allah mulakan dengan ucapan Alhamdulillah / ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ

PERTAMA: Dalam surah al-An'am yakni surah ke enam:

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَجَعَلَ ٱلظُّلُمَـٰتِ وَٱلنُّورَ‌ۖ ثُمَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِرَبِّہِمۡ يَعۡدِلُونَ


Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka. (Q.S. Al-An'am [6] : 1)

Dalam ayat ini; Alhamdulillah ialah pujian dan syukur kepada Rububiyah Allah kerana terciptanya langit dan bumi dan segala isinya. Allah ciptakan secara percuma untuk manusia. Allah ciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk membahagiakan manusia yang hidup di antara keduanya. Allah (Rabb) memelihara, mendidik, mengurus, mengatur manusia supaya bahagia atau senang di dunia dan senang juga di akhirat. Jika nak dihitung nikmat Allah tak terhitung dik terlalu banyak. Diberinya udara untuk kita hirup, bayangkan jika tak ada udara dapatkan kita bernafas.


KEDUA: Dalam surah al-Kahfi iaitu surah ke 18 ayat 1;

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَـٰبَ وَلَمۡ يَجۡعَل لَّهُ ۥ عِوَجَاۜ (١


Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (Q.S. Al-Kahfi [18] : 1)

Dalam ayat ini kita wajib puji dan syukur kepada Allah swt kerana menurunkan kitab al-Quran. Sukar nak faham kenapa Allah suruh puji dan syukur kerana diturunkan al-Quran? Nikmat al-Quran lebih besar daripada bumi serta langit dan segala isinya, kenapa? Bayangkanlah jika tidak diturunkan al-Quran hidup menjadi kucar kacir. Dengan tidak ada petunjuk dapatkah manusia menuju arah yang betul? Bayangkan jika di jalan raya tidak ada 'traffic light' walaupun sekejap, apa yang terjadi, sudah tentu tersangkut berjam-jam tak dapat ke depan atau ke belakang.

Maklumat dalam al-Quran boleh mengubah nasib manusia, yakni daripada calon ahli neraka kepada calon ahli syurga. Contohnya Sayyidina Umar bin Khattab dahulunya adalah calon ahli neraka tetapi selepas turunnya al-Quran berubah menjadi calon ahli syurga dan banyak lagi.

KETIGA: Dalam surah Saba' yakni surah ke 34 ayat 1;

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَهُ ٱلۡحَمۡدُ فِى ٱلۡأَخِرَةِۚ وَهُوَ ٱلۡحَكِيمُ ٱلۡخَبِيرُ (١


Segala puji tertentu bagi Allah Yang Memiliki dan Menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dialah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (Q.S. Saba' [34] : 1)


Dalam ayat ini Allah menyatakan patut puji dan syukur kerana Allah jadikan langit, bumi dan segala isinya dan akhirat. Nikmat Allah di akhirat ialah syurga yang Allah sediakan kepada orang-orang yang berbuat kebaikan semasa berada di dunia. Allah bagi tahu kita jika buat baik balasannya syurga; buat jahat balasannya neraka. Kalau manusia tak percaya akan adanya akhirat dan balasan-balasanya; lalu apakah yang akan membuatkan manusia berikhtiar untuk berbuat baik dan meninggalkan laranganNya?

Jika tidak ada nikmat di akhirat sia-sialah hidup manusia. Ini adalah satu bentuk kasih sayang allah kepada manusia. Allah beritahu kita apakah amalan-amalan yang boleh bawa kita ke syurga atau neraka; jika tak diberitahu tentu kita tak bersedia dengan amalan yang baik.

KE EMPAT: Dalam surah Fatir; surah 35 ayat 1;

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ فَاطِرِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ جَاعِلِ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ رُسُلاً أُوْلِىٓ أَجۡنِحَةٍ۬ مَّثۡنَىٰ وَثُلَـٰثَ وَرُبَـٰعَۚ يَزِيدُ فِى ٱلۡخَلۡقِ مَا يَشَآءُۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (١

Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: Dua, tiga dan empat; Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Q.S. Fatir [35] : 1)

Dalam ayat ini Allah menyuruh kita memuji dan syukur kerana Allah turunkan malaikat-malaikat dengan pelbagai tugas; ada yang menjaga manusia, jika tak mengantuk dingantukkan, ada yang menjadikan org koma kerana terlalu sakit, bila dah koma hilanglah rasa sakit; bayangkan jika tak mengantuk asyik berjaga. Ada malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan, menjaga manusia di jalan-jalan dan pelbagai tugas lagi termasuk menulis amalan manusia.

Sunday, December 20, 2009

Bila Dah Kembali.. takkan kembali lagi

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

".. dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)". (Al-Hasyr [59] : 7)

Allah menyeru manusia agar memajukan diri dengan mengambil ajaran daripada Rasulullah saw kerana itulah cara terbaik bagi manusia meniti jalan ke syurga.

Di bawah adalah ayat-ayat daripada surah (As-sajadah [32] : 5 - 12):

Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Dia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku daripada perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa. (5) Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; (6) Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; (7) Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang; (8) Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (9)


Mesej yang disampaikan oleh Allah dalam ayat-ayat di atas ialah Allahlah yang mentadbir segala sesuatu, dan DIAlah yang mencipta manusia daripada air mani yang busuk lagi menjijikkan apabila manusia melihatnya tertumpah di luar rahim; tetapi apakah manusia terfikir bahawa itulah kejadian mereka sehingga sanggup menderhaka kepada Allah swt dan juga RasulNya.

Dan mereka (yang kafir) itu berkata: Adakah apabila kami telah hilang lenyap dalam tanah, kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baru? Betulkah demikian? (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya. (10) Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan). (11) Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin. (12) (As-sajadah [32] : 5 - 12)


Orang-orang kafir; mereka tidak percaya akan adanya hari kebangkitan dan pembalasan. Namun Allah mengingatkan melalui Nabi Muhammad saw bahawa nyawa akan diambil dan akan dikembailkan apabila datangnya hari akhirat.


Justeru Allah, menerusi ayat 12 surah As-Sajadah ini mengingatkan kita bahawa kita mesti patuh akan ajaran Allah swt dan Nabi Muhammad saw; kerana ada kena mengena dengan persoalan hari akhirat yakni ketika orang-orang yang berdosa menyesal dan ingin kembali ke dunia untuk melakukan kebaikan setelah mereka melihat betapa ngerinya keadaan di akhirat nanti. Ketika itu mereka menyesal kerana tidak berbuat kebaikan semasa di dunia, namun penyesalan itu sudah tidak berguna lagi.


Allah menyuruh kita ambil panduan daripada ayat ini; jangan menyesal ketika berada pada hari akhirat, kerana sesal kemudian tidak berguna. Allah menyuruh kita menyesal semasa berada di dunia ketika ini. Selagi kita hidup hendaklah kita memerhati dan meneliti syarat-syarat yang Allah tentukan bagi mendapat syurga yang kekal dengan nikmat yang tak terhingga yang tak pernah kita rasa, dengar dan lihat. semuanya telah Allah terangkan dalam al-Quran dan disampaikan melalui mulut Nabi kita Nabi Muhammad saw dengan memberi khabar gembira dan amaran-amaran.


Ayat 12 ini memberi gambaran apa yang berlaku pada hari akhirat nanti; yakni orang2 yg berdosa yang tidak mengerjakan suruhan Allah mengaku melihat akan balasan-balasan kepada pendosa di hadapan skrin yang ditayangkan kepada mereka. Ketika itu mereka berkata bahawa mereka telah insaf dan meminta supaya dipulangkan ke dunia agar boleh beramal dan mereka begitu yakin dapat mengamalkannya.


Adakah Allah mengizinkan mereka kembali ke dunia? Sedangkan dunia ketika itu sudah binasa, dan apakah jika mereka dikembalikan ke dunia mereka akan mampu menutup segala kelemahan-kelemahan dan menebus segala kesalahan mereka selama ini. Alangkah tertipunya manusia; ketika diberi peluang semasa hidup di dunia mereka melakukan segala-galanya menurut nafsu, mereka susah untuk bangun waktu subuh untuk solat subuh berjemaah; mereka biarkan telinga mereka dikencingi syaitan. Mereka lupa akan Allah ketika mencari rezeki, adakah rezeki mereka halal. Jika mereka solat adakah mereka tunaikan segala perjanjian yang dibuat semasa solat. Jika dalam doa iftitah mereka janji hendak memuji Allah banyak-banyak, pagi dan petang, janji bahawa hidup dan mati mereka hanya untuk Allah, dan lain-lain perjanjian semasa membaca al-Fatihah, semasa membaca selawat ketika tasyahhud dan ketika berdoa yang lain-lainnya; bila dah berakhir solat adakah janji-janji itu ditunaikan?


Pada kesempatan ini penulis mengingatkan diri sendiri dan pembaca agar menyelongkar banyak lagi rahsia-rahsia mengapa Allah menyuruh kita berbuat kebaikan dan melarang kita berbuat kejahatan. Ingatlah bahawa hidup kita di dunia ini hanya sementara. Bila dah kembali ke tempat asal kita takkan kembali lagi ke dunia yang fana ini.

Thursday, November 19, 2009

Malaikat Bertugas Bergilir2

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat yg mulia.

Allah berfirman:

سَوَآءٌ۬ مِّنكُم مَّنۡ أَسَرَّ ٱلۡقَوۡلَ وَمَن جَهَرَ بِهِۦ وَمَنۡ هُوَ مُسۡتَخۡفِۭ بِٱلَّيۡلِ وَسَارِبُۢ بِٱلنَّہَارِ

Sama sahaja kepadaNya(bagi Rabb): Sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya(berterusterang); dan sesiapa yang bersembunyi pada waktu malam hari yang gelap dan yang keluar berjalan pada waktu siang. Bagi tiap-tiap seorang manusia ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. (Surah Ar-Ra'd [13] : 10)

Allah swt memberitahu bahawa DIA mengetahui semua makhlukNya sama ada merahsiakan ucapannya mahupun yang berterus terang. Allah dapat mendengarnya dan tidak ada sesuatupun yg tersembunyi daripadaNya sama seperti yg difirmankanNya dalam surah An-Naml ayat 25

وَيَعۡلَمُ مَا تُخۡفُونَ وَمَا تُعۡلِنُونَ

"dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan". (An-Naml [27] : 25).

Firman Allah "dan sesiapa yang bersembunyi pada waktu malam hari yang gelap dan siapa yang keluar berjalan pada waktu siang", maksudnya semuanya diketahui oleh Allah. Tiada perbezaannya sama ada gelap ataupun terang. Semuanya Allah mengetahui.

Allah juga memberitahu bahawa bagi setiap manusia ada malaikat yg Allah perintahkan utk menjga manusia bergilir siang dan malam. Ada malaikat penjaga waktu siang dan ada malaikat penjaga waktu malam; malaikat menjaga manusia daripada kejahatan dan kecelakaan. Malaikat ini satu menjaga pada bahagian hadapan dan satu lagi pada bahagian belakang manusia. Selain itu ada malaikat yg bertugas mencatat segala amlan baik dan buruk manusia. Di sebelah kanan mencatat amalan baik dan di sebelah kiri mencatat amalan buruk manusia.

Menurut tafsir Ibnu katsir; manusia ini dikelilingi oleh 4 Malaikat pada siang hari dan 4 Malaikat pada malam hari dengan silih berganti, dua sebagai penjaga dan dua yang lainnya sebagai pencatat amalan.

Dalam tafsir al-Khazin hadis sahih daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda maksunya: Ada beberapa malaikat selalu mengikuti kamu bergilir-gilir, iaitu malaikat pada malam hari dan malaikat pada siang hari, mereka berkumpul pada waktu solat subuh dan solat asar, lalu naiklah malaikat sebelumnya berada bersama kamu, dan Allah menanyakan kepada mereka; sedangkan ALLAH MAHA MENGETAHUI keadaan kamu. Bagaimana kaeadaan hamba2Ku ketika kamu meninggalkan mereka? Malaikat menjawab : Kami mendatangi mereka , mereka sedang solat, dan kami meninggalkan mereka , mereka pun sedang solat".

Bermakna di sini; tiap2 hari malaikat itu memberi laporan dua kali tentang amalan anak Adam terutama tentang solat yang didirikan; adakan dikerjakan atau tidak; malaikat menjadi saksi.

Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan daripada Abdullah; dia berkata Rasulullah saw bersabda; "Tidak ada seorangpun di antara kalian yang tidak ditemani oleh pendamping, daripada jin, dan pendamping daripada malaikat. Mereka bertanya: "Apakah demikian pula dgn engkau wahai Rasulullah? Baginda menjawab; "Demikian juga aku, tetapi Allah menolongku (terhadap pendamping daripada jin itu) sehingga ia tidak menyuruhku kecuali untuk berbuat baik". Hadis diriwayatkan oleh Muslim.

Wednesday, August 5, 2009

Surah Al-Fil (Gajah) ababil - sunnatullah yang diperlekehkan

سُوۡرَةُ الفِیل
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصۡحَـٰبِ ٱلۡفِيلِ (١) أَلَمۡ يَجۡعَلۡ كَيۡدَهُمۡ فِى تَضۡلِيلٍ۬ (٢) وَأَرۡسَلَ عَلَيۡہِمۡ طَيۡرًا أَبَابِيلَ (٣) تَرۡمِيهِم بِحِجَارَةٍ۬ مِّن سِجِّيلٍ۬ (٤) فَجَعَلَهُمۡ كَعَصۡفٍ۬ مَّأۡڪُولِۭ (٥


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2) Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan; (3) Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; (4) Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. / (5)

Teringat suatu ketika dahulu Ustaz yang kami jemput semasa memberikan ceramah motivasi di sekolah kami, menceritakan tentang surah ini. Menurut ustaz tersebut orang2 Barat telah mengkaji Al-Quran dan dalam banyak ayat2 Al-Quran mereka menemui banyak perkara atau idea bagi menghasilkan ciptaan2 untuk tujuan sesuatu. Sebagai contoh katanya dalam surah Al-Fil ini mereka mengkaji lalu mengambil ilham dan mencipta kapal terbang dan peluru berpandu berdasarkan batu2 yang dijatuhkan oleh burung2 Ababil mengenai sasaran mengikut orang2 tertentu yang disasarkan, begitu juga mereka mencipta kereta kebal berdasarkan gajah dalam surah ini.

Di bawah ini saya copy n paste daripada sini

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala Puji Bagi Allah Tuhan sekalian alam yang PenguasaanNya meliputi segala alam yang zahir, ghaib dan juga alam-alam yang tidak pernah dikenali manusia. Di atas RahmatNya juga, kita muslimin tidak teraba-raba mencari persoalan Siapakah Dia yang patut kita sembah dan berterima kasih kerana kita telah pun dianugerahkanNya dengan Islam yang membawa kita mengenal Pencipta kita.

Dengan RahmatNya juga kita dianugerahkan dengan Al-Quran sebagai panduan hidup dan penggerak kemajuan bagi setiap Muslim yang benar-benar beriman. Al Quran, wahyu yang diturunkan Allah melalui perantaraan Ruhul Quddus kepada Nabi Muhammad s.a.w. Rahmatan lil 'Alamin, membentuk peribadi Rasullullah s.a.w. menjadi contoh manusia teragung yang seharusnya dijadikan ikutan semua yang bergelar muslim.

Sebelum Keputeraan Baginda pada 12 Rabiulawal, tahun 570 masihi menyaksikan satu peristiwa bersejarah terpahat dalam lipatan ingatan umat Islam di seluruh dunia. Sejarah yang menyaksikan ketamakan, kebencian dan kekufuran yang menguasai jiwa seorang Gabenor bongkak Dari Yaman. Abrahah Ashram, Gabenor yang dimaksudkan mengumpulkan segala kekuatan ketenteraan yang ada pada kerajaannya, mengorak langkah menghala satu tujuan tekad untuk menyerang Mekah dan menghancurkan Kaabah, rumah Allah yang menjadi Kiblat bagi umat Islam sehingga kiamat.

Dilengkapi dengan kenderaan perang antara yang paling digeruni pada zaman tersebut, gajah; menjadi petanda yang diingati oleh penduduk Mekah zaman tersebut lalu dipahatkan ke dalam lipatan sejarah di mana tahun berlakunya serangan tersebut dikenali juga sebagai Tahun Gajah. Terdorong oleh hasutan Iblis dan kekecewaan diatas "Kaabah' buatannya sendiri yang tidak dapat menarik tumpuan pedagang dan saudagar-saudagar ke daerahnya, Abrahah dengan angkuh mencabar Allah, mengimpikan kehancuran Baitullah, binaan yang dibuat atas perintah wahyu Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.

Abrahah Ashram yang berasal dari kerajaan Kristian Abyssina (Ethiopia kini), menjadi Gabenor Yaman setelah berjaya merampas kuasa dan menjatuhkan kerajaan pimpinan golongan Yahudi Himyarite Yaman. Gerakan untuk menghancurkan Kaabah ini bermula dengan fanatisme agama yang melampau yang menguasai kerajaan pimpinannya dan orang-orang yang menyokongnya. Kaabah mesti dihancurkan! Tekad melampau ini diterjemahkan melalui pengumpulan ketumbukan tentera yang tidak langsung terlawan oleh penduduk dan penjaga Kota Suci Mekah.

Dimabukkan dengan cinta dunia yang melampau, dihanyutkan pula oleh hedonisme yang tiada batasan serta kealpaan dan kesesatan dalam penyembahan berhala yang lama berakar umbi, tiada jiwa yang bangun menentang kerana takut serta tidak berkeupayaan untuk berbuat demikian. Masing-masing jiwa sibuk menyelamatkan diri, harta benda serta anak pinak masing-masing. Tanggungjawab dikirikan, keduniaan dikinikan. Tetapi keyakinan segelintir daripada mereka kepada Allah tidak pernah luntur. Bagi mereka ini rumah Allah, Allahlah yang memeliharanya dan seharusnya Rumah Allah, Allahlah yang patut mempertahankanya. Inilah tekad dan yakin Abdul Muthalib, nenda kesayangan Rasullullah s.a.w. Ternakan, harta benda dan keluarganya diselamatkan dulu kerana itu adalah miliknya dan Dialah yang seharusnya mempertahankannya.

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya) , lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah : 255)

Allah, hanya Dia mencukupi. Allah hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Allah, jika Dia mahukan, tentulah Abrahah Ashram ini mati serta dihancurkan sebaik melangkah keluar dari Yaman. Dan Allah, jika Dia mahukan tentulah seluruh alam yang terkandung makhluk-makhlukNya yang kufur kepadaNya ini Dia Binasakan sama sekali.

Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya (kerana ngeri dan takutnya kepada kemurkaan Allah terhadap penduduk bumi yang lupakan kebesaran Allah sehingga menyeleweng dari jalan yang benar); dan malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi. Ingatlah! Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Asy - Syuura : 5)

Tetapi, Dia Yang Maha Mengetahui mengenai segala tindakanNya. Ditangguhkan hukumanNya di dunia keatas Abrahah dan tentera-tenteranya itu merupakan satu rahmat, peringatan dan pengajaran bagi Muslimin supaya diambil akan iktibar. Sebaik Abrahah menghampiri kota Mekah, Allah Yang Maha Kuasa mengirimkan tentera-tenteraNya untuk menghancurkan gerombolan tentera bergajah ini. Tentera-tentera yang dikirimkan Allah merupakan burung-burung yang membawa bersama mereka ketul-ketul batu dari 'tanah liat keras yang dibakar' sebagai senjata untuk dihumbankan ke atas angkatan bergajah tersebut. Langit pun mula diselubungi bayangan azab Allah yang sedang menanti Abrahah dan tentera-tenteranya.

Saat perintah Allah dilaksanakan, ianya tidak diawalkan mahupun dilambatkan walau sedetik, burung-burung Ababil tersebut menghujankan tentera Abrahah dengan batu-batu dari 'tanah liat keras yang dibakar', menimpakan ke atas tentera-tentera Abrahah lalu mereka, termasuk Abrahah dihinggapi satu wabak penyakit akibat dari serangan tersebut yang kemudiannya mengakibatkan tubuh badan mereka seakan-akan kelihatan seperti daun-daun kering yang dimakan ulat. Mereka semua kemudiannya hancur sama sekali tanpa ada satu jiwa pun yang terselamat. Begitulah gambaran bagaimana Abrahah serta tentera-tenteranya dimusnahkan Allah dan gambaran ini disebut jelas oleh Allah dalam Surah Al - Fiil ayat satu hingga 5.

Ketenangan pun mula kembali menyelubungi Kota Mekah dan Kaabah kembali menjadi tumpuan. Tidak lama sesudah peristiwa serangan tentera bergajah tersebut, seluruh alam ini diKurniakan Allah dengan satu kelahiran, kelahiran yang membawa berjuta rahmat kepada seluruh Alam ini. Subuh hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah ini menyaksikan Nabi Muhammmad s.a.w. diputerakan.

1437 tahun telah pun berlalu dari peristiwa serangan tentera bergajah tersebut. Surah Al Fil yang diwahyukan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu tempoh kerasulannya mengandungi iktibar dan pengajaran yang jika diteliti mempunyai impak yang sangat besar ke atas kemanusiaan dan penguasaan kuasa dunia. Biarpun hanya mengandungi 5 ayat, ramalan serta pengajaran yang terdapat dalam surah ini menjamin kuasa dunia tetap berada di tangan umat Islam jika umat Islam tetap berpegang teguh dengan Al-Quran. Sayang sekali, tradisi literasi bagi umat Islam dari seribu tahun yang lampau hanya menekankan kepada pengajaran aspek sirah, cara bacaan serta pemahaman lapisan luaran ayat-ayat Al-Quran sebegini.

Amat malang sekali perkara yang tersirat yang sepatutnya dikaji dan diambil perhatian ini juga sentiasa diabaikan. Pengajaran-pengajar an yang telah diabaikan berabad lamanya ini kini sudah pun mula memakan diri umat Islam bila empayar-empayar Islam yang kuat satu ketika dahulu mula mengalami kejatuhan dan kemusnahan. Bila ayat-ayat Al-Quran serta pengajaran-pengajar an yang terdapat didalamnya diperlekehkan, sedikit demi sedikit kekuatan ummah semakin meluntur dan kemudian Allah s.w.t. mencabut rasa takut dan gerun dalam hati musuh-musuh Islam. Hari demi hari mereka semakin berani memperlekehkan Islam dan umatnya. Ini semua adalah hasil perbuatan dan sikap umat Islam itu sendiri.

1437 tahun yang lalu, sewaktu Baitullah diancam dengan pencerobohan tentera bergajah pimpinan Abrahah, Allah s.w.t. telah mematahkan pencerobohan tersebut dengan satu cara yang sepatutnya dicontohi dan dipelajari oleh Muslimin seluruh dunia jika kita mengambil perhatian dan iktibar. Allah s.w.t. boleh saja memusnahkan Abrahah Ashram dan tentera-tenteranya dengan apa saja cara yang Dia inginkan. Tetapi satu cara ini dipilih sebagai satu petanda dan pengajaran supaya umat Islam mencontohinya dan mengambil iktibar dari cara pelaksanaannya. Jika diikut dan dicontohi berabad lama dahulu, tentulah pada ketika dan waktu ini, empayar kegemilangan Islam; jika diizinkanNya masih utuh dan digeruni seluruh dunia.

1437 tahun yang lalu, 'pengeboman' udara menggunakan senjata dengan magnitud pada skala pemusnahan besar besaran ke atas sasaran tentera penceroboh (bukan orang awam) dilakukan Allah s.w.t., dengan menggunakan 'pesawat-pesawat' udara yang merupakan burung-burung Ababil. Sepertimana yang dapat kita lihat pada waktu kini, 1437 tahun yang lalu, teknologi serangan udara dengan menggunakan 'bom pemusnah besar-besaran' yang mengakibatkan tentera-tentera lawan dimusnahkan dengan ditimpa penyakit yang membawa maut dan mati serta merta telah pun digunakan Allah s.w.t. ke sebagai contoh supaya difahami muslim dan diikuti sunnahNya bagi mempertahankan diri apabila diserang.

Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). (Al- Hajj : 39)

Senjata berupa 'batu-batu dari tanah liat keras yang terbakar' ini juga digunakan Allah s.w.t. ke atas kaum Lut, kaum yang dibinasakan kerana ingkar dengan perintah Allah dengan melakukan hubungan terlarang dan songsang. Kisah mengenai 'batu-batu dari tanah liat keras yang terbakar' yang Allah s.w.t. timpakan ke atas kaum Lut ada disebut dalam surah Hud ayat 82 dan surah Al Hjir ayat 74. Kaum ini dihujankan Allah dengan batu-batu ini setelah bumi mereka diterbalikkan dan ini menyebabkan keseluruhan kaum dan daerah tempat tinggal mereka musnah sama sekali.

Agak menyedihkan apabila dikenangkan dengan apa yang menimpa Muslimin kini, ketidakupayaan untuk mempertahankan diri, agama dan negara jelas menguasai daya usaha umat Islam sedangkan segala petunjuk dan pengajaran telah pun diwahyukan dan diterangkan dengan jelas dan nyata kepada kita.


Lebih malang lagi apabila apa yang disebutkan Allah s.w.t. untuk panduan Muslim untuk memperkuatkan ummah ini akhirnya dikuasai oleh oleh barat kini. 1908 menyaksikan 2 adik beradik Wrights, Wilbur dan Orville Wrights, mengorak langkah mengisi kekosongan dan tanggungjawab yang ditinggalkan dan dialpakn seribu tahun lamanya oleh umat Islam, untuk memajukan diri dan seterusnya menguasai teknologi yang akhirnya membawa kepada penguasaan kuasa barat ke atas daerah baru bumi yang selama ini hanya dikuasai burung, kelawar dan unggas.

Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat tidak mengambil tempoh yang lama untuk mengambil kesempatan setelah mengetahui mengenai kejayaan adik beradik Wrights ini. Mereka seterusnya menggunakan teknologi baru ini dan menyerapkan ia masuk sebagai satu dari teknologi kenderaan perang yang bakal digeruni kawan dan lawan. Kini 99 tahun setelah kejayaan penerbangan dengan bantuan mekanikal yang pertama, pihak barat terutamanya Amerika Syarikat telah menjadi satu kuasa besar dunia yang mana mereka kini telah mula mengalihkan arah tumpuan mereka beberapa dekad lalu ke arah negara-negara Islam untuk dijadikan musuh 'ketamadunan' baru mereka setelah tamat perang dingin. Kini umat Islam sendiri dibom dan dihujani dengan senjata-senjata kimia dan senjata-senjata bersadur bahan nuklear oleh pihak-pihak tidak bertamadun ini.

Pihak Amerika juga telah mencuba meniru sunnatullah dalam surah Al Fiil ini pada sekitar tahun 1944 dengan menggunakan sejenis kelawar untuk membawa bahan letupan dalam perancangan mereka untuk mensabotaj Jepun. Projek ini dinamakan dengan nama “Project X-Ray”. Menurut perancangan asal ‘Project X-Ray’ ini, sebuah bekas simpanan yang kelihatan seakan-akan bom yang mempunyai 26 bahagian didalamnya, yang mana setiap satu bahagian mengandungi 40 ekor kelawar yang telah dilengkapkan dengan bom ‘napalm’ seberat 17 gram. Mereka merancang untuk memuatkan beratus-ratus bekas ini dalam pesawat-pesawat pengebom B-24 yang akan berlepas dari pengkalan udara Amerika di Alaska.

Bekas-bekas yang dibawa oleh pesawat-pesawat pengebom B 24 ini akan digugurkan pada ketinggian 5000 kaki. Setelah digugurkan, bekas-bekas yang diikat pada payung terjun tersebut akan diaktifkan pada ketinggian 1000 kaki dan melepaskan berjuta-juta kelawar yang telah siap dipasangkan dengan bom-bom ‘napalm’. Pihak Amerika telah menetapkan sebuah bandar perindustrian di Teluk Osaka, Jepun sebagai sasaran utama. Beberapa siri ujian telah dibuat sebelum perencangan mereka ini dapat dilaksanakan.

Siri-siri ujian awal menunjukkan bahawa teori pengeboman menggunakan kelawar yang dirancang tersebut, seakan-akan membuahkan hasil. Tetapi satu kemalangan yang berlaku dalam siri ujian yang dijalankan di pengkalan tentera udara Amerika bertempat di Carlsbard, New Mexico, menyebabkan perancangan yang dibuat terbantut. Kemalangan tersebut disebabkan oleh kelawar-kelawar yang telah siap dipasangkan bom itu terlepas dari bekas simpanan secara tidak sengaja sehingga menyebabkan berlaku letupan dan kebakaran di pengkalan udara tersebut. Berikutan dengan kejadian tersebut, projek ini telah dipindahkan tanggungjawabnya kepada pihak tentera laut dan seterusnya dipindahkan pula tanggungjawab tersebut kemudiannya kepada Tentera Marin Amerika. Setelah semua perancangan dan ujian baru dibuat, pihak Tentera Marin Amerika telah membuat satu pengeboman ujian menggunakan kaedah ini ke atas sebuah sasaran olok-olok berasaskan bandar Jepun yang dibina diatas tapak ujian tentera bertempat di Dugway Proving Grounds, Utah. Ujian pengeboman yang dilakukan tersebut disifatkan sebagai amat berjaya. Menurut laporan yang dikeluarkan berikutan kejayaan ujian tersebut, pihak tentera Amerika menyatakan bahawa kaedah pengeboman menggunakan kelawar ini amat efisien jika dibandingkan dengan kaedah pengeboman menggunakan bom-bom konvensional yang lain. Menurut mereka lagi, jika pengeboman dilakukan dengan menggunakan kaedah bom biasa, hasil pembakaran napalm yang diperolehi hanya sekitar 167 hingga ke 400 pembakaran yang berlaku bagi setiap pesawat pengebom yang melancarkannya. Tapi dengan mengggunakan kelawar untuk melancarkan bom-bom napalm ini, menurut mereka, hasil yang diperolehi adalah sekitar 3625 hingga 4748 pembakaran yang diperolehi bagi setiap peawat pengebom yang melepaskannya. Walaupun berjaya dalam siri ujian ini, ‘Project X-Ray’ ini akhirnya dibatalkan ekoran dari kemajuan projek yang terlalu lembab dan disamping kos yang banyak dibelanjakan. Mereka-mereka yang terlibat dengan projek ini menyatakan bahawa, projek ini hanya akan sedia dilancarkan ke atas Jepun pada akhir tahun 1945, sedangkan pihk Amerika sudah beria-ia benar ingin menamatkan peperangannya dengan negara matahari terbit ini. Tapi ini bukanlah faktor utama yang menyebabkan projek ini dibatalkan, alasan utama ialah kerana projek bom atom yang turut diuji sebelum dari itu telah pun siap dibangunkan dan kesan yang dibawa oleh bom atom ini lebih dasyat lagi.

Kini mereka pada tahun 1945 telah mula menguasai satu kuasa pemusnah besar-besaran sepertimana yang Allah sebutkan juga dalam surah Al Fiil ini. Dua daripada bom hasil teknologi ini telah pun digugurkan ke atas dua bandar Jepun, Hiroshima dan Nagasaki melalui pesawat yang dinamakan dengan nama 'Enola Gay'. Bom pertama yang diberi jolokan nama 'Little boy' telah memusnahkan sama sekali bandar Hiroshima, dan kemudian dari itu, Nagasaki pula dibom dengan bom yang diberikan jolokan nama 'Fat Man'. Mangsa-mangsa pengeboman ini menjadi seperti 'daun-daun kering yang dimakan ulat' seperti yang tesebut dalam surah Al-Fil seribu tahun yang lalu. Kesan-kesan jangka panjang kepada mangsa-mangsa serangan ini kekal hingga kini. Kini Republik Islam Iran pula bakal menjadi medan ujian bagi senjata pemusnah besar-besaran bagi pakatan negara-negara tidak 'bertamadun' ini.

Tinggallah Islam terus tenggelam bila Al-Quran ditinggalkan hanya pada amalan pembacaan, bukan pemahaman dan diambil pengajaran. Kini barat menguasai hampir semua ramalan dan apa saja yang disebut dalam Al-Quran kecuali Iman. Sebutlah apa saja dan pandanglah apa yang terbaik dan bermoral yang terdapat di barat, semuanya telahpun disebut dan dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran. Terutamanya ayat-ayat yang mengajar dan menunjukkan kepada kemajuan dan apa yang boleh dan mampu dicapai oleh umat manusia melalui pengetahuan sains dan teknologi.




Begitu juga dengan sains disebalik kelahiran Nabi Isa a.s. tanpa 'campur tangan' benih lelaki. Kini, barat membuktikan ayat-ayat yang menerangkan keajaiban di sebalik kelahiran Nabi Isa a.s. boleh dicapai dengan kemajuan teknologi waktu ini. Biarpun tidak sama dengan kelahiran melalui mukjizat yang Allah s.w.t. kurniakan, kelahiran dalam proses sebegini memang dapat diusahakan oleh manusia dengan izin Allah s.w.t. Ayat-ayat yang menerangkan mengenai mukjizat kelahiran Nabi Isa a.s. ini sekarang telah pun dibuktikan benar sedangkan selama ini, ayat-ayat Al-Quran sebegini menjadi satu bahan lawak dan senjata bagi pewaham dan penentang Islam dengan menjadikan ia sebagai dalil dalam menidakkan serta memperlekehkan mukjizat teragung, Al-Quran; Kalamullah Teragung. Kini mereka beriya-iya benar untuk memulakan projek untuk mengklon pula manusia setelah berjaya melakukan perkara yang sama ke atas seekor kambing biri-biri yang dinamakan sebagai Dolly pada tahun 1997. Biarpun berjaya dengan beberapa projek pengklonan ke atas beberapa spesis haiwan selepas itu, projek tersebut melahirkan spesis haiwan yang sama dengan induknya tetapi klon-klon tersebut mempunyai berbagai jenis kecacatan dan ketidaksempurnaan. Begitu juga dengan Dolly, biri-biri yang menjadi hasil klon pertama juga mengalami berbagai masalah kesihatan.

Biarpun banyak yang telah dicapai Barat, masih terdapat banyak lagi ayat-ayat dalam Al-Quran yang menunjukkan kemajuan-kemajuan yang bakal dan boleh dicapai oleh manusia. Antaranya penguasaan manusia dalam mencapai kelajuan cahaya sepertimana yang dibuktikan oleh peristiwa Israk Mikraj yang mana Nabi Muhammad s.a.w. sendiri bergerak dengan selamat dalam kelajuan ini menunggang Buraq dan ditemani oleh Jibril a.s.. Albert Einsten yang diagungkan komuniti sains ada menyatakan dalam teori kerelatifannya bahawa agak mustahil dan tidak munasabah bagi manusia untuk dapat bergerak dalam kelajuan yang menyamai kelajuan cahaya. Mengapa perlu digusarkan tentang kenyataannya ini, dia hanyalah seorang manusia yang dianugerahkan akal bijaksana melampaui zamannya, tetapi dia tidak maksum. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan seorang insan yang terpilih dan menjadi Kekasih Allah Pemilik, Pencipta dan Pentadbir seluruh alam ini. Setiap kenyataan yang datang dari Rasulullah s.a.w. merupakan wahyu yang dibimbing oleh Allah s.w.t. Ilmu-ilmu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. merupakan petunjuk secara langsung dari Allah s..w.t. tanpa ada sebarang kecacatan atau ketidaksempurnaan padanya. Albert Einstein pernah melakukan satu kesilapan besar yang amat dia sesalkan sepanjang kariernya sebagai saintis. Kesilapan yang terjadi ini merupakan hasil dari penyelidikannya yang dibantu dengan maklumbalas tambahan oleh ahli-ahli kajibintang mengenai fenomena alam semesta yang sebelum itu disifatkan oleh para ahli-ahli kajibintang tersebut sebagai statik.

Dalam pemerhatiannya sebelum tahun 1915, Albert Einsten terpaksa memasukkan satu pemalar tetap kosmos bagi formula persamaan yang berkaitan kosmos yang dilakukannya bagi membolehkan formula persamaan tersebut menepati teori mengenai alam semesta yang statik dan tidak berkembang sebagaimana dianuti oleh majoriti pengkaji bintang dan saintis di zaman tersebut. Pemalar tetap ini bagaimanapun terpaksa diubah oleh Einstein setiap kali dia membuat pemerhatian ke atas alam semesta dan perkara ini membingungkannya dan seterusnya menyedarkan dirinya bahawa kemungkinan alam semesta ini statik adalah tidak dapat diterima kebenarannya. Tahun-tahun berikutnya menyaksikan Einstein sendiri mengakui bahawa pemalar tetap kosmos yang dia masukkan ke dalam formula persamaan kosmos sebelumnya merupakan satu kesilapan paling besar dalam kariernya sebagai saintis.

Perkara ini kemudiannya dibuktikan benar bila Edwin Hubble, seorang saintis dari Amerika Syarikat, pada tahun 1929, melalui pemerhatiannya ke atas sejumlah bintang menerusi sebuah teleskop berskala besar, membuktikan bahawa semua objek dalam kosmos ini berkembang dan sedang menjauhi planet bumi. Pemerhatiannya ke atas perubahan spektrum cahaya bintang-bintang ini juga membuktikan bahawa bukan setakat objek-objek ini menjauhkan diri dari planet bumi, malahan semua objek-objek yang terdapat di angkasalepas ini menjauhkan diri antara satu sama lain. Penemuan ini telah menggemparkan komuniti sains dunia waktu itu. Satu-satunya kesimpulan yang dapat dibuat dari penemuan ini ialah alam semesta ini berkembang secara tetap dan perkara ini juga membuktikan bahawa ayat mengenai pengembangan kosmos seperti yang diwahyukan kepada Rasululah s.a.w. sangat tepat dan mendahului masa.

Dan langit itu Kami dirikan dengan Kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) dan sesungguhnya Kami jugalah yang mengembangkannya.

(Adh Dzhariyat : 47)

Di sini juga jelas bahawa ilmu wahyu yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. sangat bertepatan dengan pengetahuan sains walaupun Rasulullah s.a.w. tidak mendapat pendidikan formal, malahan merupakan seorang yang tidak dapat membaca dan menulis, berbanding Einstein yang mempunyai pendidikan formal duniawi yang melengkapkan dirinya dengan segala pengetahuan sains dan teknologi tetapi ilmu yang diwahyukan terus oleh Pencipta seluruh alam ini kepada Rasulullah s.a..w. telah mendahului pemikiran zamannya dan hanya dibuktikan benar lebih 1300 tahun selepas Al-Quran diturunkan.

Bagi saintis muslim seluruh dunia, garispanduan mengenai segalanya yang ingin dicari kepastiannya ada terdapat dalam Al-Quran. Jadikan Al-Quran sebagai garis panduan supaya tidak tersasar dan membuang masa mengkaji perkara-perkara yang sudah jelas tidak langsung bertepatan dengan syariat dan apa yang dinyatakan Allah s.w.t. melalui Rasulullah s.a.w.

Persetankan dengan golongan pesimis lembab dan taboo jumud yang telah melontarkan maruah Islam 1000 tahun ke belakang. Cangkuk-cangkuk parasit yang menahan kemajuan ini perlu ditinggalkan. Islam itu progresif dan Islam juga pencetus dan pembawa kemajuan. Tetapi di tangan parasit jumud yang fanatik dan berkepentingan sendiri, ilmu-ilmu wahyu cuma ditekankan kepada kefahaman literasi luaran tanpa mengambilkira lapisan-lapisan ilmu bermagnitud besar yang dibawa bersama ayat-ayat yang sama. Meninggalkan Al-Quran bererti membawa impak yang sangat buruk kepada umat Islam. Seribu tahun dahulu, Islam paling berkuasa, paling maju dan kemudiannya apabila mula meninggalkan Al-Quran dan sunnah maka kini umat Islamlah yang paling mundur.

Apakah perlu seluruh dunia Islam dihujani bom-bom kuffar barulah ummah akan kembali kepada ajaran sebenar Islam. Begitu juga dengan keadaan umat Islam di Malaysia kini. Kita seharusnya sedar dengan berbagai-bagai ancaman terhadap akidah dan pegangan iman kita selama ini. Kemunculan golongan-golongan munafik disebalik topeng Islam progresif, liberal, plural dan lebih ‘sederhana’ dari Islam asal yang tidak langsung berlandaskan kepada Al-Quran secara keseluruhannya semakin menjadi-jadi, ditambah pula dengan bantuan-bantuan kewangan, sokongan dan moral dari pihak-pihak luar yang hanya ingin mengambil kesempatan.

Al-Quran bukan untuk diambil separuh-separuh atau mana-mana ayat yang disukai diikuti dan mana-mana ayat yang tidak disukai dan menepati citarasa dan cita-cita mereka ditinggalkan. Al-Quran perlu dihayati dan diamalkan keseluruhannya. Syarat bagi umat Islam untuk kembali menguasai dunia hanyalah dengan kembali bepegang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan dari sinilah penguasaan ilmu-ilmu sains dan teknologi hebat akan bermula. Sama seperti yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. yang mula membentuk akhlak para sahabatnya menjadi mereka-mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan kitabNya sepenuh hati. Dari sini para sahabat Rasulullah s.a.w. ini mula mengorak langkah mengembangkan Islam dengan menguasai dunia dan seterusnya generasi-generasi yang mewarisi kemakmuran dan kekuatan ekonomi ini mula menguasai teknologi dan ilmu-ilmu yang kemudiannya melonjakkan tamadun Islam jauh kehadapan.

Dan pada waktu zaman kegemilangan inilah, Salahuddin Al-Ayyubi kembali menguasai BaitulMaqdis pada tahun 1187 masihi selepas BaitulMaqdis ditawan oleh tentera-tentera salib pada tahun 1099. Hampir seratus tahun lamanya masa diambil untuk menguasai semula Tanah Suci ketiga umat Islam ini selepas penguasaan keatasnya terlepas ke tangan tentera salib biarpun beberapa ratus tahun sebelum itu Saidina Umar Al-Khattab berjaya menakluknya pada tahun 638 masihi dan menguasainya selama hampir 500 tahun.

Perkara yang sama juga perlu direnungkan dan diambil langkah oleh umat Islam kini. Untuk kembali menguasai dunia, ianya mengambil masa dan pengorbanan, jika tidak dimulakan langkah dan usaha tersebut mulai sekarang, maka kejayaan yang diimpikan itu pasti akan terlontar lebih jauh kebelakang.

Jadi, kembalilah kepada Al-Quran, kerana disanalah bermula pengajaran dan kemajuan. Kembalilah kepada Al-Quran kerana disitulah bermulanya keamanan dan kembalilah kepada Al-Quran kerana disanalah kepastian masa hadapan.

Related Posts with Thumbnails