
Esok genap 53 tahun Malaysia merdeka. Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia and frankly speaking, I’m proud to be Malaysian. Keamanan yang dikecapi sehingga hari ini masih dirasi. Cuma ada serba sedikit masalah. Maklumlah setiap negara ada masalah masing2. Baik dari segi pemimpinya dan juga rakyat. Sejarah mengajar kita tentang peritnya zaman penjajahan dahulu. Perit nenek moyang kita berperang dan berlawan demi mempertahankan negara kita dari British, Belanda, Spain, Jepun and Bintang 3. Zaman kejatuhan merupakan zaman yang amat pedih, dimana rakyat dipecahkan mengikut kaum dan ditindas. Ada yang dibunuh dengan sia-sia.
Aku berharap zaman itu tidak kembali. Aku berharap agar kita dapat belajar dari sejarah. Sekolah2 dah banyak tekankan tentang sejarah kita, tapi sedih bila kebanyakan pelajar hanya datang ke sekolah untuk bergembira. I was a school student, i played a lot, i met friends and at same time i study. I wasn’t a good student, not smart. But i love class. I love English and history class. Pelajar hari ni tak pernah try untuk tau mana asal usul Malaysia, asal usul Melayu dan tidak heran pun untuk mengetahuinya. Sedih kerana merekalah yang bakal memimpin negara. Aku akui, aku pun macam student2 lain. Asik nak main and lepak. Bila dah besar ni baru nak menyesal. Bagi aku, tak terlewat untuk berubah dan belajar lagi.
Pernah ke kita kisah dimana asal kita? Siapa yang pernah menjajah kita? Kenapa kita dijajah? Apa yang Tengku Abdul Rahman lakukan demi mendapatkan kemerdekaan kita? Dan apa yang menyatukan rakyat Malaysia?.
Betul kata Tun Dr. Mahathir, melayu mudah lupa. Pemikiran kita dah dijajah dengan hiburan dan kemewahan hidup hingga kita lupa terhadap kewajipan kita pada agama, bangsa dan negara. Sedih bila aku tanya tentang perdana menteri Malaysia yang pertama, ada juga yang tak kenal. Perlukah kita mengulangi kembali zaman kejatuhan Malaysia. Sedih juga, bila pemimpin2 sendiri lupa asal usul mereka dan berpecah sesama sendiri. Bagi mereka “ko wat kerja ko, aku wat kerja aku”. Di mana pemimpin yang sepatutnya memimpin kita tapi mereka pula yang bergaduh sesama sendiri. Masing2 hanya kejarkan glamour dan harta. Bila tiba pilihan raya barulah sibuk nak turun padang.
Bagi aku pemimpin memainkan peranan penting dalam setiap negara. Bayangkan pada zaman Rasullah, baginda berjaya menyatukan kaum Muhajirin dan ansar, kaum beragama Islam dan bukan Islam. Baginda yang hanya bermula dengan keluarga dan sahabat baginda dan akhirnya berjaya membuka kota Madinah. Dimana peranan pemimpin pada hari ini. Bagi mereka di dunia moden peranan kena berubah. Takut nanti rakyat tak suka. Pandai2 la mainkan peranan. Aku harap kita dapat belajar dari sejarah. Buka harta yang dikejar tapi kehidupan yang beragama dan tamadun. Jadikan kesilapan lama sebagai pengajaran.
NOTE: sejarah bukan untuk dikenang tapi untuk dipelajari. Happy Independence Day Malaysia. ~I LOVE MALAYSIA









