Showing posts with label BESDAY. Show all posts
Showing posts with label BESDAY. Show all posts

Sofea is 1

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kami dapat jemputan pergi sambutan hari jadi anak mereka iaitu Sofea. Tuan Rumah menjemput datang ke majlis pukul 4.00 petang. TEMA nya ialah "White Brown". Kami pakai mix and match je pakaian yang ada untuk suit dengan tema Tuan Rumah.

Kami beli baju gaun untuk budak 1 tahun itu as hadiah.  Angkat letak, angkat letak baju budak sebab tak tahu ukuran muat atau tak untuk baby 1 tahun tu. Akhirnya kami amik dan try pakaikan kat patung kedai tu. Nampak mcm muat. So terus g bayar. 😅😅



Cantekkkk..

Kek yang super duper lawa dan sedap.
Kek nya simple dan nampak mewah.
Tak perlu berkartun bagai. 


Banyak dessert yang best-best. Sambil gosok perut.


Lauk yang best


Penulis dan pasangan. 

Sambutan tanpa nyanyian "Happy Besday"
Tiada tiup-tiup lilin.
Sekadar doa dan iringan selawat dari warga tahfiz. Sempoi aje event. More to santai-santai, jumpa kawan, sembang-sembang..

Psst : Happy besday Sofea. 1 tahun yang indah Sofea with Mommy Ayah semua. Jadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat. Mommy kalau marah2 Sofea, Sofea lari ikut pintu belakang gi rumah Aunty ye.. Hahaha..


Ok. Bye
XoXO

Besday Mok tahun 2023

Assalamualaikum... Hai Semua...


September akhirnya meninggalkan kita.
Datang Oktober pulak.

Cerita kesah hari jadi mok aku, sekarang baru berkesempatan nak story.

24 SEPTEMBER ulang tahun mok.
Tapi sambutan dibuat agak lewat sebab tunggu anak-anak balik kampung.
Aku tak berkesempatan nak balik, sebab  suami outstation.

Adik perempuan aku order kek dan buat moeny handbouquet untuk mak.


Berkenang betul kek macam ni.
Daun keladi tu plastik.
Pasu tu kek la.. Hehe


Besday mommy


Money handbouquet ni adik aku yang gubahkan.
Duit pulak kami semua adik beradik kumpul sikit sorang


Terima kasih semua sebab menjayakan majlis 
Semoga ukhuwah adik beradik, ipar duait sentiasa harmoni hendaknya



Alhamdulillah. Ada 3 adik2 aku yang balik kampung.
Buat majlis dan makan pun berhemah sebab taknak membazir.
Peti ais pun penuh kalau nak letak makanan yang tak habis. So membeli berpada-pada.

Selamat UlangTahun Mak. Semoga yang indah2 semua untuk mak.



Ok. Bye
XoXO

Ya Allah.. Terlupa aku kesah besday tahun ni

Assalamualaikum... Hai Semua...


Baby September is here..
Haiiii korang..

Tahun ni birthday jatuh pada hari weekend - Ahad
So aku ada plan la nak keluar dan makan kat luar.
Sebenarnya lebih kepada nak spend time dengan encik suami.

Tup-tup suami kena kerja pagi ahad yang indah tu.
Suami balik sekitar jam 3 lebih, kemudian sambung kerja part time kat rumah sampai malam.

Suami insist nak ajak keluar sebab nak jugak celebrate besday aku walaupun masa tu dah pukul 8.30 malam.
Aku yang pada awalnya malas dah nk bersiap keluar, aku keluar jugak la untuk ada memori2 simple sempena hari jadi ni katanya... gituuuu..

Suami bawak ke Port makan di Puncak Alam.
Port baru katanya.


The Portload by Pulut Pulut




Best tempatnya.. Rileks je..  Santai-santai..
Ada lampu-lampu, banyak tempat duduk. Boleh pilih nak dibawah bumbung mahupun tempat duduk berbumbungkan langit sahaja.
Ada banyak stall yang jual makanan best kat sana.


Sources : Photo from Google


Sources : Photo from Google


Sources : Photo from Google


Aku makan mee ala-ala mee celup. Entah apa namanya menu ni kat papan kedai tu.
Suami pulak ambik mantau with creamy kepah macam tu.

Mee celup aku bg 9/10. Sedap tapi tak pedas walaupun ada cili tumbuk dia.
Mantau creamy butter clamp tu aku kasi 9.9/10. Bagi aku sangat sedap.
Kuah dia best dan creamy. 

Butttt.. Air kat sini aku bg 4/10 untuk kopi ais & horlick ais.
Terlalu biasa rasa airnya. Tak pekat, tawar macam ingrediant sikit.
Aku minum kedai biasa pun lagi best dari kopi sini.
Aku tak bandingkan dengan kopi di kopitiam tau, sebab tahu akan jauh ketinggalan. Sorry!


Overall untuk melepak sini lagi aku akan repeat dan nak try menu2 lain lagi

Sempena ulangtahun kelahiran, dan bermacam dugaan tahun ini untuk kami. Semoga Allah kuatkan semangat aku. Semoga Allah tunaikan semua impian2 aku. Aminnnn


Ok. Bye
XoXo

Besday suami terlewat bersiaran

Assalamualaikum... Hai Semua...



Tahun ni besday suami bulan 11 tapi aku sambut pada bulan 12.
Lambat sebulan.
Biasanya sambut pada hari yang sama, mahupun weekend selepas besday.
Oleh kerana besday dia pada bulan 11 masa aku tengah sibuk dengan rawatan TTC, so selepas selesai semua baru aku sempat ajak suami beli kek.

Nak jugak buat2 makan kek depan TV, janji ada moment tu.
Tengah2 lepak kat rumah masa tu, lepas magrib ajak suami gi Setia City Mall.
Plannya nak makan di Secret Recipe aje. Senang, kek pun ada situ.
Ataupun kalau taknak makan berat. just nak makan shaved ice di myKory aje.

Otw ke sana, ubah plan nak beli kek aje dan balik makan di rumah.
Jam 8 malam, so baik tapau kek dan makan kat rumah aje.

Boleh la sendu2 sambut besday berdua depan TV.
Hahaha.. Malukan MIL aje kalau dia tengok "amenda la budak 2ekor syok sendiri hidang2 kek sendiri, makan sendiri, kemas sendiri, amik gambar sendiri, hahaha"


Kek favourite suami
Pandan Cheese Leleh

Gigih beli aiskrim dan jeli kelapa sekali







Selamat Ulang Tahun Encik Matt
Semoga Allah memberkati.
Ucapan lain di kad ucapan yang kalau baca dia nanges untuk 9 tahun susah senang bersama.
Hihihik


Ok. Bye
XoXo

Besday 2022

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ok. Memang dah tua tahun ni. Hahaha.. Just sekadar angka katanya.. Hahaha


Hari Malaysia 16 September.

Malam lepas bagi mak mentua makan, suami aku ajak ke Setia City Mall. Dia masuk kedai TYPO, aku pulak berpisah masuk ke Kaison cuci mata. Konon taknak la nampak apa yang cik suami nak belikan hadiah untuk aku.. Hahaha.. Di Kaison, aku beli lilin dan besday cake topper. Beli untuk besday sendiri ye.. Tak malu betul.. Hahaha. Sekejap aja kat Setia Alam, keluarnya kami ke Shah Alam suami nak pekena nasi kandar. Tengah malam suami bagi Kad dan ucapan comel-comel.




Sebelum ke Setia Alam
Gigih snap photo nakkan kenangan punya pasal.




Thanks Encik Suami atas hadiah Pen comel untuk tahun ni.


17 September 2022

Yeayyyyy..  Selamat Pagiiiii... Pagi dimulai dengan ke klinik bawak mak mentua dressing kaki di Puchong. Baliknya singgah tapau nasi lemak di Shah Alam. Eh, nasinya kurang masak. Aku gigih masak lunch awal sikit sebab sendu makan nasi lemak mentah tu.. Petang plan nak kluar, tak jadi sebab kakak ipar singgah melawat mak mentua lepas dorang balik kenduri. Malamnya pulak cancel nak keluar lepas dapat berita jiran sebelah (ayahnya) meninggal. So, khemah dipasang depan rumah kami untuk upacara esoknya. Haaa.. macam-macam betul halangannya tu.. Hehehe




Datang awal so menunggu tak lama la



Thanks Ezy untuk hadiah mengejut ni.
Tiba2 J&T letak atas pagar



18 September 2022

Nak keluar rumah tak boleh sebab masih ada khemah depan rumah. Makanya mereput aje di rumah. Gigih aku order Tealive lagi hari ni. Nak makan meggi pun tetap kena bersiap sedia dengan air sedap-sedap sikit. 



Malam tu pekena maggi soup korea (Memang jenama Maggi, cuma perasa soup korea)
Tapi bagi aku tak sedap.
Sedap lagi maggi kari.


19 Sept 2022

Lepas 2 hari gigih suami keluar belikan kek jugak. Nak jugak makan-makan kek depan TV. Kek banyak sold out kat Secret Recipe. So amik mana yang available aje la..


Cute Cake Topper & lilin

Banyak lilin, aku cucuk semua.
Hehehe.

Thanks Encik Suami.



Nah sekuntum bunga untuk tuan blog ni.
Hepi Besday 


P/S : Entry as kenang-kenangan. Setahun sekali hari jadi kan.. Harusla di kenang. Kihkihkih..


Ok. Bye
XoXO

Besday Hubby dan makan-makan

Assalamualaikum... Hai Semua...


26 NOV setiap tahun.
Happy Besday Encik Suami..
Aktiviti tetap sama.
Makan-makan. 
Nak lagi sedap makan kek depan TV layan neflix.

Malam besday suami ajak tengok wayang cite James Bond di Setia City Mall.




Esoknya jalan2 cari makan.
Ke Port baru "LAPAR BETUL.CO" di Meru.
Aku suka kedai macam ni sebab banyak pilihan









Menu masa hari pertama pergi (siang)

Menu masa hari kedua pergi (malam)
Malam time sabtu ahad beratur ramai orang.
Mujur kami pergi lepas magrib. So dapat meja.

Untuk sambutan sendiri
Aku beli kek balik makan kat rumah dalam bilik sambil tengok Neflix.


28 NOV 2021
Kawan sekolah Encik Suami ajak makan..
Aku hulur duit kat suami, katanya kawan dia nak belanja sempena besday.
Boleh pulak dia arrange order kek & lagu besday dari staff kedai.
Encik Suami dah tentu segan.. hahaha..
Both of us memang jenis besday je sambut senyap2 kat rumah berdua. hehe
Melepak di Kedai One Serambi Cafe, Bukit Jelutong
(InsyaAllah, next time kami nak belanja dorang plak)


Lawaknya, masa staff kedai dtg bawak kek dan nyanyi suami aku bangun sebab mak dia call. Dia keluar kedai utk jawab call mak.so xjadi nk surprisekan dia. Kelam kabut tiup lilin matikan api dan buat surprise semula lepas suami aku masuk kedai. Apa lagi, kali kedua tu, memang satu kedai la nyanyi. Suami tak perasan pun masa dia bangun jawab call, org kedai datang ke meja kami siap nyanyi lagu. Bila balik rumah, aku ceritakan dia terkejut. 

Laaa.. Yeke.?? Tanya dia. 



Lamb Burger



Fizzy Mango & Long Black Hot


Spagheti Seafood



Kek comel dak besday

Photo kenangan


Tahun ni tak tahu nak beli apa.
Beli dompet je.

E.P.I  B.E.S.D.A.Y

Ok.Bye
XoXO

Besday Mok dan Ayoh warded

Assalamualaikum... Hai Semua...

24 Sept 2021

Besday Mok.

Seminggu sebelum, adik aku update kat group whatsap adik beradik..
Sape nak bagi duit tong tong untuk kumpul bagi besday mok..

Dapat sekitar RM750.
Pastu hadiahkan mak periuk nasi kecil dan kerusi tolak barang.
Selebihnya cash.



Ramai yang tak boleh balik sebab PKP.
Yang ada cuma adik2 yang berada di kampung/berhampiran rumah.
Berbanding tahun lepas, aku boleh balik dengan suami tahun lepas naik kereta.
Means dah setahun la suami aku tak balik kampung aku,
Aku last balik bulan March naik bas (siap pergi balai polis time tu sebab aku nak balik jenguk orang tua).

Photo dari group whatsap family
-with cucu yang ada kat rumah masa majlis-


Photo dari group whatsap family


Malam lepas ada aktiviti malam tu, ayah aku lelahnya makin teruk.
Terus la ipar dan adik bongsu aku bawak g hospital.
Kena tahan wad 3 hari.
Duduk hospital ok la sebab ada masuk oksigen direct.
Kalau kat rumah guna ubat sedut biasa je (dah tak membantu kalau lelah terlalu teruk)

Adik lelaki bongsu aku boleh temankan kat wad.
Tapi kena buat swab test (airliur) kat pak guard.


Adik perempuan aku ambik ayoh keluar wad lepas balik praktikal.
Siap sempat dorang g makan ikan celup tepung sampai2 bawak mak ayoh round pusing2 bandar.


Hepi Besday Mok. Semoga Allah merahmati mok setiap masa. Semoga Allah penuhi semua hajat..
Semoga kesihatan ayoh beransur pulih. Rumahtangga aman damai selalu.



Ok. Bye
XoXO