Showing posts with label DUI. Show all posts
Showing posts with label DUI. Show all posts

Throwback Hari Movie di opis

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah berzaman story ni. Tapi nak up kat blog as kenangan. Hooo.. Biorrrr laa.. 
Berzaman dari musim halloween hingga masuk Ramadan dahni. 😆

Bila dapat email management nak buat hari movie dengan tema halloween. Terus la kita happy. Sebab? 

Ada MAKAN. 

Pastu team HR suruh sape2 ada kerusi camping untuk bawak sekali nak memeriahkan teater movie kita nanti. 

Ala buat kat opis je pun kat ruang lapang, selit letak projektor dan white screen, atur2, deko sikit. Settle. 

Sape ada pakaian tema. Pakai.
Sape xde pakaian tema. Takpe. 
Makan tetap makan.
















Tu antara gambar - gambar yang berjaya aku rembat dari phone member opis. 

Movie yang dipasang cite saw. Rasanya la kalau tak silap. Sebab aku pun xpasti sangat tajuknya. Ngeri cerita ada gergaji bagai. Ni kalau kat rumah, takde pun aku nak tengok cite ngeri gitu. Harap kat opis, nak enjoy dengan kawan2 aku layankan aje. Hehehe

Semua ni akan jadi kenangan. Best moment dengan geng2 opis.


Ok. Bye
XOxO

Menang Wanpaku challege di Office

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah lama dah event nya, tapi baru sempat nak up membangga dan membonggakkan dia kat sini. Hehehe. Ya Ampun perangai.. Haha










Ok. Bye
XoX0

Aktiviti di Office

Assalamualaikum... Hai Semua...


Company ada buat aktiviti untuk staff.
Memang company ni ada buat aktiviti setiap beberapa bulan.
Kali ni aktiviti untuk heatlh & future.

Ada 5 booth disediakan dan kita kena collect all stamp chop untuk collect all the hadiah.
  • EPF - Penerangan tentang masa depan. Ada cadangan untuk masukkan tambahan RM10 minima sebulan. Aku pun buat je la. Kalau takde duit aku stop. Hehehe
  • AIA - Ada penerangan tentang kesihatan mental & mata.
  • KLMC - Blood test untuk kesihatan. Result akan diketahui kelak.
  • CHI X - Check untuk tahu berat dan muscel dan sebagainya.
  • TOR VISION - Check mata & penerangan pasal rabun dan silau mata.
Dah dapat collect all the stamp, maka dapat la tebus hadiah sikit.



Yeay.. Akhirnya dah dapat collect all the items.


Bacaan untuk rabun dan silau mata.


Bacaan fat & muscle sebagainya


Pakej RM99 di tanggung untuk blood test


Passport 

Antara hadiah

Suka sangat hadiah ni sebab mudah. Kain lap letak sekali dalam tu. Biasa kalau letak asing asyik hilang je



Buat-buat seronok dengan geng-geng opis join aktiviti ni.
Harap kalau bekerja di tempat lain kelak, dapat la company dan opismate yang best-best macam kat sini. Huhuh

Suami outstation semalam. Aku takde kat rumah masa tu. Cepat2 aku balik sebab suami nak g Penang pukul 6.00 petang. Nanti lambat, tak sempat nak jumpa suami sebelum dia g Penang.

Sempat dia tapaukan Nasi goreng PakLi untuk dinner aku sebelum dia ke Penang.
Benci suami outstation. Tapi nak duit. haha.. Susah kan jadi pempuan ni



Bye-bye cik Suami




Ok. Bye
XoXO

Zumba with opismate

Assalamualaikum... Hai Semua...


Opis ada buat Zumba.
So, merasa la aku zumba beramai-ramai.
Biasa sorang2 je aku berjoget dalam bilik tidur malam-malam konon nak aktif la.
Feeling macam eh teruk sangat kalau aku tak ber'exercise'
Maklumla seharian kat opis cuma duduk aje kat kerusi.
Tu yang aku berjoget zumba jugak sesekali ikut youtube masa dalam bilik tidur.

Bila company ada buat zumba, cepat2 aku register.
Lagi pulak timing dia buat masa dalam waktu bekerja 1 jam sebelum balik.
So tak perlu balik lewat.

Sayangnya, cuaca tak berapa mengizinkan.
Duk berzumba la kami dalam keadaan gerimis, dan beberapa kali tukar naik ke stage ramai2 sebab hujan. Tapi stll have funnnnn...
Kita rasa geng perempuan ni gigih.
Nahhhh.. yang lelaki pun blh tahan "we want more.. we want more"
Hehehe.

Berpeluh jugak la walaupun 1 jam je zumba dalam keadaan cuaca sedikit hujan.
Seronok sebab ramai-ramai.

Ada lagi kelak aku join lagi.



Find me??
Celah mana duduk?
Seronok have fun 


Psst :  Dulu zaman duk hostel masa degree, kalau ada aktiviti senang robik, aku join ye walaupun sorang2 takde geng. Sebab seronok bila buat sama2 kalau buat sorang 10 minit pun dah rasa penat.


Ok. Bye
XoXO

Menang Games Event CNY company

Assalamualaikum... Hai Semua...


CNY tahun ni merasa la aku join geng2 HQ sebab aku dah pindah naik ke HQ.
Tahun lepas CNY, aku masih di opis lama.
Geng2 HQ meriah sebab setiap perayaan ada je decoration & makan2..
Aku pun apa lagi, join sekali la makan-makan.
We also have a symbolic simple LOU SANG session together before makan2..

Ada Fun Games jugak masa event ni, which is categories :
1. Individual
2. Grouping.

Untuk invidiual, setiap peserta kena gunting gambar yang diprint atas kertas.
Sape cepat dan teliti hasilnya dikira pemenang.
Teka aku dapat no berapa?
No 4.
Nasib baik la dia kira pemenang sehingga no 5.. So aku dapat la hadiah angpau.


Jadik la buat raso-raso.



Untuk grouping, setiap team kena hasilkan lantern daripada set lantern yang company sediakan. Alaaa.. macam kau beli lantern dalam plastik, buka pastu kena cantumkan jadikan lantern. Aku join team finance. Aku sorang Malay, 3 lagi chinese lady. Aku ni takut2 kalau sebab aku tak reti pasang lantern team aku boleh kalah. Eh, rupanya dorang pun semua first time nak buat lantern ni. Hehehe..
Aku tengok group lain dah nampak bentuk lantern..
Team aku ni masih lagi duk cantum-mengantum.. Terkial-kial dan gigih la aku buat dengan team..
Ehhhhh.. tiba2 group kami yang siap dulu... Siap ada masa untuk touch up lagi..
Yeayyy.. Menang No 1... Dan dapat box of chocolate.



Sources : Photo from Google
Lantern macam ni kami buat.



Lepas bahagi-bahagi dengan team, dapat la ini.
Boleh la buat kunyah2 dalam kete


Happy CNY geng!
Happy Holidaysssssss.
Have Fun yaaa..
Tak sabar nak tunggu mok ayoh aku dan adik beradik datang dari Tganu sabtu ni..
Berkumpul di Homestay.
And ada majlis kawen abang aku..
Yeayyy.. Cant wait.


Ok. Bye
XoXO

Penutup Raya 2022

Assalamualaikum... Hai Semua...


Takde cite lain.. Citer hal beraya aje blog ni. Hahaha..
Tak de cite lain ke? Sendu aje.. Hik2..

Musim raya weekend memang pergi jemputan rumah terbuka aje la.
28hb hadir jemputan rumah kawan sekolah suami di Saujana Utama.
Kawan2 dorang pun dah jadi kawan aku.
Sebab selalu berkumpul dan melepak.
Sepatutnya 29hb ada rumah terbuka di Puncak Alam rumah abang aku.
Dorang cancel sebab bapa mentua koma di wad kena strok.
Rupanya tanggal 29hb tu jugak bapa mentua dia meninggal. innalilllahwainnalillahirojiun.
Semoga ditempatkan di kalangan yang beramal soleh. 

Bergambar mana sempat aje sebab semua dah nak balik time ni.


Selasa last Syawal.
HR buat jamuan untuk department dorang.
So dorang invite kami.
Last minit baru tahu ada jemputan raya.
Aku takde la berbaju raya.
Hari tu plak memang kebetulan naik moto aje g keje dengan suami.
Niat asal nk g lunch sama2 sambil gosip.
Bila dah dapat jemputan, terus la pegi sebab segan plak kalau tak pergi.
Macam sombong sangat ko jadi orang kan..hehehehe.

So, bergambar la sampai nak pitam.
Dalam geng HR ni ramai melayu.
So selalu la jumpa dalam surau.




Maka habisla episod raya blog aku ni untuk tahun 2022.
Tahun ni paling banyak rumah terbuka/jemputan.
Tahun ni sakan berbagi duit raya siap pecahkan tabung hello kity dan cari duit kertas sebab bank kat area opis aku limitkan sorang RM200 saja.

Semoga berjumpa lagi Syawal & Ramadan tahun depan. 

Ok. Bye
XoXO

Dah start derita pindah opis

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kami geng2 office shoplot ni kena pindah masuk HQ.
Tenancy agreement tamat Mac 2022.
So, slow2 nak kena kemas barang pindah HQ
HQ depan shoplot ni aje (ajeeeee.. tapi penat jugak menapak).
Tapi tetap kira beruntung sebab HQ depan office sekarang aje, so environment persekitaran opis tetap sama.
Kat sini ada banyak kedai, bank, kedai2 serbaneka, faciliti, mall, kedai2 penting, ada hawker, ada farmasi, dan banyak lagi.
Aku seronok kerja area sini, sebab nak mana2 cuma menapak jalan kaki tak perlu start kereta dan cari parking.
Kalau suami jemput balik dari opis pun, aku boleh lepak mana2 kedai dulu tunggu dia.

Nasibbbbbbb baik aku bkn jenis simpan banyak barang kat opis, so nak pindah ni tak banyak barang peribadi aku.
Yang banyaknya file project yang aku kena take care.
Nak demam rasa bila kena check mana file yang nak, mana yang taknak. stresssss




Workstation tahun 2020, tak banyak berbeza dengan yang sekarang

Ok. Bye
XoXO

Hamper CNY kali ni

Assalamualaikum... Hai Semua...


Company aku memang takde hamper raya aidilfitri, maklumlah company cina.. CNY je membara meriah geng-geng depa. Kalau raya puasa sendu sikit la sebab yang islam ada 2 orang je.



Tiap kali CNY memang dapat berlambak hamper yang membolehkan setiap staff bawak balik 1-2 hamper seorang. Tahun-tahun sebelum ni memang ada contractor yang bagi hamper "halal" untuk geng Islam ni.
Hamper "halal" means memang semua item dalam hamper ni ada cop halal/ tak diragui la.
Tahun ni takde hamper "halal", so dorang agak-agak dan bagi je hamper kat geng Islam kat sini.
Pandai dorang bagi aku yang ada biskut/coklat sebab kata mereka yang ni ada tanda halal kat packing makanan ni.

Mana-mana yang diragui tak payah ambik katanya.

Ni antara yang tak diragui dan ada tanda halal.
Biskut & Coklat
Pasta & Minuman Sarang Burung

Antara yang aku taknak
Akar herba yang aku tak tahu nak masak apa.
Makanan/Bahan masakan yang aku tak tahu nak masak apa
Ada yang takde tanda halal & aku ragui sebab aku tak tahu ianya memudaratkan atau tak.
So ambik langkah jaga-jaga "Pilihlah apa yang tak diragui sebab jadi darah daging kita"
Dorang amik barang yang aku taknak ni.

Dah 8 tahun company cina. 2 tahun sebelum tu company melayu. Lagi lama dengan geng cina berbanding geng melayu. Alhamdulillah, masing2 melayan baik each other. Hormat agama masing-masing. Take care/ tanya khabar family each other.
Takecare kat kita macam dah adik beradik.
Dorang geng cina ni selalu la nasihatkan aku beli rumah, kereta tak hebat takpe janji ada rumah, amik insurance kad, saving, invest, jaga kesihatan diri, jaga makan elak penyakit bahaya, family first.

Bab financial dorang No1.

Psst : Korang dapat hamper tak tahun ni? Ke demam "limau" je??? 

Ok. Bye

Mood bercuti dah ni

Assalamualaikum... Hai Semua...


Hari ni opis dah start sunyi.
Esok bertambah sunyi. Bertambah krik krik depan PC masing-masing.
Kerja company cina, CNY memang sepi sendu dalam opis.
Esok tinggal 3 orang je geng opis termasuk aku.
Jangan ada yang ngajak aku tonton drama udah la..

Jumaat cuti sebab company aku bagi cuti free kat semua staff.
Apa lagi, kira 4hari la tak kerja (termasuk sabtu ahad).
Harusla aku yahooooo kuat-kuat..

Esok last kerja pastu nak chow balik kampung!
InsyaAllah..
Siap amik annual leave lagi sebab nak clearkan cuti..
Sama naik dengan geng cina nak sambut CNY.. kihkih


Hamper pun satu sorang dapat.
Kalau last year, geng malay dapat yang special "Halal" Hamper.
This year takde.. Mana yang tak halal aku bagi kat opismate.
Rembat coklat, biskut yang bertanda halal & tak diragui.
Limau pakat-pakat amik wat balik rumah masing-masing.

Tiba-tiba hari ni terasa macam hari Jumaat.
Gigih aku siapkan kerja, naik HQ jumpa Account Department bagai.
Siapkan kerja. So nanti naik cuti takde kerja tertunggak lagi.
Ringan sikit kepala.

Psst : Selamat bercuti geng! Take care !

Ok. Bye
XoXO

My workstation zaman 2020

Assalamualaikum... Hai Semua...


Seronok tengok si Ezy ni gigih mendeko Pantry  ini dan workstation dia.
Deco guna barang Eco kat tempat keje dia pun ada..
Untuk workstation aku tak gigih nak mendeco sebab cuba nak minima kan apa yang ada jer.





Ada tray, set alat tulis, kalendar & botol air je
Bekas tisu gulung aku amik dari sample hotel yang tak guna.
Masa tu office aku buat ID untuk hotel, so banyak sample yang kami dapat

Tray untuk Doc in and out,
Notes untuk sistem yang tengah guna sekarang



Gigih letak semua alat tulis dalam pek plastik buah anggur (guna apa yang ada)..
Senang aku letak setempat je


Cabinet belakang letak bekal/alatan lunch
Bantal untuk nap time lunch.hehehe
Tray untuk dokumen2 KIV/ tunggu turn untuk filing
Sudu pun guna yang amik sample masa projek ID hotel dulu.

Meja agak penuh sebab aku guna 2 monitor. Laptop aku sambung ke monitor besar.
Tak kuasa nak jegilkan mata tengok skrin laptop kecik.
Sejenis yang kalau boleh nak sesimple mungkin kalau melibatkan meja kerja.
Sebab senang nak buka file drawing, tender bagai.
Takde nak deko letak photo frame bagai, gambar orang kesayangan semat kat hati je.. hehehe


Psstt : Jangan intai, takde nampak plastik pos laju, memang sejenis tak kerap beli online berbanding officemate yang lain.

Ok. Bye
XoXO

FAMILY DAY 2016 : GAMBANG WATER PARK

Assalamualaikum... Hai Semua...


Banyak betul undangan majlis kawen, rumah terbuka pada 30-31 July hari tu..
Tapi oleh kerana dah booking awal nak ke Company Family Day maka tak boleh la nak cancel...
Kang kena denda RM300 kang.. leleh ayer mata wei..

Treasure hunt company suami pun tarikh ni jugak..
Tapi aku dah tanya suami awal2, nak g tresure hunt atau family day aku?
Dia pilih nak g family day. So jangan banyak songeh lagi lepas dah booking yer..

Kami pilih untuk naik bas yang company sediakan sebab malas nak drive..



Sumber : Disini




30 JULY 2016 (SABTU)

8.30am - Gerak dari KL
12.00noon - Tiba di Gambang Resort.
1.00pm - Makan tengahari.
2.00 - 4.30pm - Mandi di Waterpark
4.30pm - Check in & Rest.
6.30pm - Makan Malam.
9.00pm - Aktiviti bebas

31 JULY 2016 (AHAD)

8.30am - Breakfast
10.00am - Supposedly trip to Safari. Aku tak pergi. Melepak kat bilik packing untuk balik.
12.00noon - Check Out & Lunch
1.00pm - Balik KL
5.00pm - Sampai KL dan balik HOMEMANISHOME..

Rindu rumah sendiri walaupun kemana kite pergi kan..

Nak compare family day yang last year di Bukit Tinggi, Pahang..
Makan kat Bukit Tinggi lagi heaveennnnn.. Heheh..Bab makan No 1.
Dari breakfast, lunch & Dinner memang kat Bukit Tinggi lagi terbaik dan banyak pilihan.

Bab bilik okey la. Not bad.
Bilik Deluxe Studio ni agak besar, so take time nak sejukkan bilik dengan aircond.
Ada balkoni so ada la tempat nak ampaikan pakaian mandi waterpark tu.
Kami dapat bilik di Block 3.

Kad bilik tak boleh flash malam lepas dinner tu, call reception tak berjawab busy kot.
Bila turun ke reception, technisen terus ikut ke bilik dan check.
Rupanya bateri flash kad di pintu tu dah low. Tukar sekejap dah setel.
Maintenance dia OK dan bertindak pantas.




Peraturan masuk Water Park.

1. Tak boleh bawak masuk makanan dan minuman luar kecuali mineral water. Dorang akan check beg & beg tangan. Makanan yang diambil akan disimpan dan boleh tuntut masa keluar nanti.

2. Semua benda yang disewa macam pelampung, pondok, loker ada deposit. Deposit akan dapat semula kalau semua benda tu dipulangkan dengan keadaan baik.

3. Tempoh sah tag nama satu hari, kalau nak keluar boleh masuk semula. janji tag tak rosak dan boleh discan. Sama jugak dengan Safari Park.

4. Dalam waterpark area, semua tak guna duit. Kalau nak belanja sila top up tag anda. balance duit boleh refund semula. Tapi dalam sana makanan dan minuman mahal la. Standard la tempat macam tu.

5. Tempat salin baju banyak, jangan risau.. Tapi kalau orang melimpah2, memang kena tunggu turn jugak la untuk salin baju..

6. Dalam Safari aku tak boleh komen sebab tak masuk.

7. Kalau korang datang ramai2. sewa pelampung satu pun dah okey.. Gilir2 guna.. Sebab nak menjaga pelampung sehari suntuk penat jugak wei.. Kalau tinggal merata nanti hilang dan deposit burn. Lagipun semua mainan kalau nak main guna pelampung, korang nak kena angkat pelampung panjat tangga.. Berurat keting wei!

8. Kalau datang time peak season macam weekend mahupun cuti sekolah, kena beratur untuk main certain2 mainan. Memang beratur lama.. Hanya 1-2 mainan la yang akan kena beratur lama.. Aku beratur 45 minit untuk main benda alah tu. Ntah apa namanya.

Aku tak komen pasal tiket dan pakej sebab tiket yang kami dapat ni memang under company..

ANTARA PERMAINAN DI WATER PARK


Slide untuk kanak-kanak.
Sources : Google

Cabana yang kena sewa kalau nak duduk tu.


Aqua Play

Aqua Play


Wave Pool

Glacier River
Mula-mula santai, pastu ada ombak..
Best jugak

Lane Racer

Slide kanak-kanak.
Tapi orang dewasa pun boleh naik kalau main dengan anak2 kat situ..
yang ni kena naik pelampung.

Ni antara mainan yang ada kat bawah2 sana dengan dengan area kanak-kanak.
Untuk lebih extreme kena naik atas sikit la..
Sana kebanyakannya dewasa la yang naik gelongsor panjang2 tu..
Seriau aku..
Naik benda alah tu, jantung terasa tercampak keluar.



Kami menginap di Deluxe Suite di Cannabean.
Ni antara view bilik.
Untuk couple dapat bilik ni,











Opsss... 
Dah letak barang baru ingat nak snap photo


Dalam bilik ni dah ada iron and board.
Tapi bilik untuk geng2 single takde pulak iron. Terpaksa dorang g bilik iron.




NI antara yang sempat aku tengok di websitenya :

Facilities / Services

  • Wooden cabanas for rental
  • Multiple entry lockers for rental
  • Single, double and family tubes for rental
  • F&B Outlets
  • Kiosk
  • Prayer room
  • First aid room
  • Gift Shop
  • Top Up Counter
  • Washroom
  • Shower Room


Operation Hours

  • Wednesday & Thursday 
  • From 11:00 AM - 6:00 PM
  • Friday, Saturday, Sunday, Malaysia School & Public Holidays 
  • From 9:30 AM - 6:30 PM 
  • Park is CLOSED every Monday & Tuesday EXCEPT during Malaysia School & Public Holidays

Tickets 
  • Adult: RM 32.00. 13 years and above
  • Child: RM 22.00. Child above 90cm until 12 years old
  • Child below 90cm entrance is FREE

Habislah 2 hari 1 malam ktorang kat sana..

Psst : Kebanyakan gambar dari sumber google &website gambang sendiri.

Ok.Bye