Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts

Monday, March 28, 2016

Al-Quran Al-Karim & Terjemahan Al-Ghufran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida' Beserta Asbabun Nuzul & Hadith


Al-Quran Al-Karim & Terjemahan Al-Ghufran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida' Beserta Asbabun Nuzul & Hadith 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM80.00 
 Pilihan Warna: Biru, Oren, Hijau, Ungu 

 Al-Quran Al-Karim & Terjemahaan Al-Ghufran dengan Panduan Waqaf & Ibtida' yang pertama diterbitkan. Dilengkapi dengan nota kaki bagi menjelaskan makna-makna kalimah yang kabur dan ayat-ayat yang memerlukan penjelasan yang lebih mendalam. Bertematik untuk membantu pemahaman ayat mengikut tajuk. Terjemahan kontemporari untuk pelbagai generasi. Keluaran eksklusif dengan adanya warna-warna yang menarik. Sesuai dijadikan hadiah kepada suami isteri, ibu ayah dan sahabat handai.

Wednesday, March 16, 2016

Al Quran Per Kata Kaedah Berwarna Al-Andalus


Al Quran Per Kata Kaedah Berwarna Al-Andalus 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM90.00 
Pilihan Warna: Biru, Merah, Hijau, Kuning

 Al-Quran Terjemahan Per Kata Berwarna yang tidak terpisah pada ayat dan lebih mudah dibaca. Kaedah Belajar Terjemahan Per Kata dengan cara diwarnakan setiap perkataan atau kalimah pada ayat-ayat Al Quran dalam Bahasa Arab dan Bahasa Malaysia.  

Dilengkapi dengan Asbabunuzul, Hadis Sahih, Riyadhus Salihin dan Kamus Bahasa Al Quran yang semakin menambah nilai produk ini.

Sunday, January 17, 2016

Al-Quran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida’ Bertajwid


Al-Quran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida’ Bertajwid 
 Penyusun: Prof Madya Dr Hj Abd Raof Tan Sri Hj Hassan 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM95.00 

 Al-Quran Al-Karim dengan Panduan Wakaf & Ibtida’ beserta hukum tajwid yang menggabungkan 2 elemen penting iaitu hukum tajwid dan wakf ibtida’(memberhentikan dan memulakan bacaan). 

 Keistimewaan Al-Quran ini adalah ia menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca Al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. Memudahkan para pembaca untuk mengenalpasti hukum hakam bacaan Al-Quran, malah ia juga dapat meminimumkan kesilapan bacaan hukum tajwid serta kesilapan dalam memberhentikan dan memulakan bacaan pada pertengahan ayat yang panjang. 

 Al-Quran ini juga sesuai untuk dijadikan permulaan untuk mengenali dan mempelajari hukum tajwid. Didatangkan dengan 4 warna untuk pilihan pengguna iaitu ungu, kuning, hijau dan turquoise.

Monday, December 28, 2015

Ar-Ruh Al-Amin: Belajar Membaca Al-Quran Bertajwid Dalam Masa 50 Jam

Ar-Ruh Al-Amin: Belajar Membaca Al-Quran Bertajwid Dalam Masa 50 Jam
Penulis: Hj Muhammad Roihan Hasbullah Nst
Terbitan: Pustaka Syuhada 
Harga: RM12.00

Tuesday, April 7, 2015

Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril (Edisi Kemas Kini)


Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril (Edisi Kemas Kini) 
 Penulis: Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM16.00 

 Kaedah jibril adalah buku yang mendedahkan teknik hafazan Al-Quran untuk golongan awam langkah demi langkah. Segala fakta, teknik dan tip yang diterangkan dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis menghafaz al-Quran selama lebih 15 tahun. Ia juga adalah rangkuman interaksi penulis mengajar golongan awam menghafaz Al-Quran melalui pelbagai bengkel dan seminar yang dianjurkan. 

 Kaedah dan panduan yang disusun secara santai dan ringkas memudahkan para pembaca memahami setiap langkah menghafal setiap ayat Al-Quran secara praktikal. Membaca buku ini akan mendorong dan memberi semangat baru kepada mereka yang bercita-cita menjadi hafiz, walau apa jua latar belakang dan usia mereka!

Sunday, March 29, 2015

Asbabun Nuzul, Sebab-Sebab Turunnya Ayat Al-Quran



Asbabun Nuzul, Sebab-Sebab Turunnya Ayat Al-Quran 
 Penulis: Imam As-Suyuthi 
 Terbitan: Pustaka Al-Kautsar 
 Harga: RM78.00 

 “Tidak mungkin dapat memahami tafsir sebuah ayat tanpa mengetahui kisahnya atau mengetahui penjelasan sebab turunnya.” (Imam Al-Wahidi) 

 “Penjelasan sebab turunnya ayat adalah cara yang sangat kuat dalam memahami makna dari Al-Qur`an.” (Ibnu Daqiq Al-‘Ied) 

 “Mengetahui sebab turunnya ayat dapat membantu untuk memahami makna dari ayat tersebut, sesungguhnya mengetahui sebab akan mewarisi pengetahuan terhadap apa yang disebabkannya. Banyak dari ulama salaf terdahulu menemui kesulitan dalam memahami makna ayat, maka dengan mereka mengetahui sebab turunnya ayat, kesulitan tersebut kemudian akan hilang.” (Ibnu Taimiyah) 

Buku ini ditulis oleh seorang ulama besar, yakni Imam Jalaluddin As-Suyuthi. Di dalam bukunya ini, beliau memaparkan tentang riwayat-riwayat sebab turunnya ayat (Asbab An-Nuzul), karena dengan Asbab An-Nuzul ini, akan membantu seorang mufassir atau mereka yang berkecimpung dalam Al-Qur’an untuk dapat mempermudah dalam berbagai hal yang berhubungan dengan Al-Qur’an serta Mengetahui hikmah yang terkandung dalam hukum yang disyariatkan oleh agama.

Tuesday, February 18, 2014

Al-Quran Al-Karim Al-Haramain


Al-Quran Al-Karim Al-Haramain 
 Saiz: A5 (separuh A4) 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM35.00 

 Didatangkan dalam 4 warna, al-Quran al-Karim ini sistematik mengikut tema, daripada sumber yang sahih merujuk metode penafsira para ulama’ yang mempunyai jalan riwayat kepada Rasulullah SAW dan para sahabat (bil ma’sur). Diharapkan menjadi solusi terbaik memahami tata cara ibadah, muamalat, akidah, sirah nabawi, kisah Nabi & Rasul, Asmaul Husna mahupun terapi Qurani. Lebih istimewa, mushaf ini dilengkapi panduan ilmu tajwid berwarna penuh. Mushaf Resam Uthmani terjemahan bahasa Melayu secara sistematik ini pilhan terbaik dijadikan panduan hidup. 

 Warna: Merah, Hitam, Hijau, Biru


Saturday, December 21, 2013

Al-Quran Al-Karim Karya Bestari Amazing


Al-Quran Al-Karim Karya Bestari Amazing 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM135.00 

 Al-Quran Al Karim Karya Bestari Amazing menawarkan kepada masyarakat klasifikasi-klasifikasi utama al-Quran dengan lebih ringkas, mudah dan sahih. Ia merujuk kepada kaedah penafsiran para ulama yang mempunyai jalan riwayat kepada Rasulullah SAW dan para sahabat sehingga boleh diharapkan sandaran dalam memahami al-Quran.

Antara ciri-ciri istimewa:

- 7 klasifikasi utama Al-Quran
- Terjemahan Bahasa Malaysia
- Terjemahan per kata Bahasa Arab
- Panduan hukum tajwid berwarna
- Hukum kaedah tartil
- Syama'il Muhammadiyyah: Penjelasan atau gambaran diri Rasulullah
- Tibbun Nabawi: Penjelasan mengenai rawatan fizikal melalui Al-Quran & Sunnah
- Asbabun Nuzul
- Kisah nabi & rasul, pengajaran & nasihat
- Sirah Nabawi
- Kompilasi doa harian berasaskan hadis sahih
- Perbahasan ayat berdasarkan kitab muktabar

Sunday, October 27, 2013

Mutiara Al-Quran


Mutiara Al-Quran 
 Penulis: Khairi Ismail 
 Terbitan: Mustread 
 Harga: RM16.90 

Hakikatnya, buku ini cenderung kepada pengkajian dan pendedahan tentang kelebihan al-Quran dari sudut pandang ilmu bahasa Arab. Sehubungan itu, diharapkan semoga hasil penulisan ini mampu menanamkan kembali rasa cinta kita kepada bahasa syurga dan bahasa kekasih kita Nabi Muhammad SAW, iaitu bahasa Arab yang mulia.

Sunday, March 17, 2013

Al-Quran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida’ (Saiz 3, Pink)


Al-Quran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida’ (Cover Pink) 
Saiz: 13.5 cm x 19.2 cm 
 Penyusun: Tan Sri Hj Hasan Azahari & Dr Raof Tan Sri Hasan 
 Terbitan: Telaga Biru 
Harga: RM55.00 

 Al-Quran Al-Karim dengan panduan waqaf dan ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan system warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. 

 Al-Quran Al-Karim dengan panduan waqaf dan ibtida’ ini tidak sesekali mengubah tanda waqaf yang sedia ada dalam Al-Quran. Jika pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam Al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan. 

Didatangkan dengan saiz yang lebih kecil berbanding yang sebelumnya untuk memudahkan pembaca membawanya ke mana-mana. Lebih praktikal dan semoga lebih bersemangat untuk membacanya.

Al-Quran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida’ (Saiz 3, Biru)


Al-Quran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida’ (Cover Biru) 
Saiz: 13.5 cm x 19.2 cm 
Penyusun: Tan Sri Hj Hasan Azahari & Dr Raof Tan Sri Hasan 
 Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM55.00 

Al-Quran Al-Karim dengan panduan waqaf dan ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan system warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. 

Al-Quran Al-Karim dengan panduan waqaf dan ibtida’ ini tidak sesekali mengubah tanda waqaf yang sedia ada dalam Al-Quran. Jika pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam Al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan. 

Didatangkan dengan saiz yang lebih kecil berbanding yang sebelumnya untuk memudahkan pembaca membawanya ke mana-mana. Lebih praktikal dan semoga lebih bersemangat untuk membacanya.

Thursday, March 14, 2013

Al-Qur'an Pelangi (Tanpa Terjemahan)


Al-Qur'an Pelangi (Tanpa Terjemahan) 
Saiz: 14 x 19 cm 
Terbitan: Pustaka Darul Iman 
Harga: RM95.00

Sunday, October 7, 2012

Al-Quran Tajwid dan Terjemahan Beserta Asbabun Nuzul, Hadith Shahih dan Indeks Tematik

Al-Quran Tajwid dan Terjemahan Beserta Asbabun Nuzul, Hadith Shahih dan Indeks Tematik
Terbitan: Telaga Biru

Harga: RM130.00 (saiz besar); RM70 (saiz kecil)
Saiz: 29.5 cm x 22 cm (saiz besar); 15 cm x 21.5 cm (saiz kecil)

Di era yang penuh dengan kemajuan serta memerlukan pemahaman yang padat dan segera, Al-Quran Tajwid dan Terjemahan Resam Othmani Beserta Asbabun Nuzul, Hadith Shahih dan Indeks Tematik dalam Bahasa Melayu dipercayai mampu mempermudahkan serta memahami al-Quran, dan amat sesuai digunakan di semua lapisan masyarakat termasuk peringkat persekolahan, majlis ta’lim di surau dan masjid. Dengan demikian, amal yang kita lakukan adalah berlandaskan dengan ilmu yang telah kita fahami. Kitab ini merupakan transformasi ke atas kitab al-Quran yang lain yang bertujuan menyemarakkan lagi nilai penyelidikan dan pemahaman ke atas hukum Allah dengan merujuk kepada refrensi yang mu’tabar. Oleh itu kitab ini sangat perlu dimiliki oleh setiap muslim yang ingin merasai kelazatan membaca al-Quran.

Tuesday, October 2, 2012

Al-Quran Terjemahan Diari Kulit Berbintik

Terbitan: Darul Iman
Saiz: 4 inci x 6 inci
Harga: RM45.00 (tidak termasuk caj penghantaran)

KELEBIHAN
  • Mendapat kelulusan JAKIM.
  • Saiz yang kompak, tahan lasak dan mesra pembaca menjadikan ia senang dibawa ke mana-mana.
  • Disertakan juga 3 penanda bacaan untuk tanda bacaan harian, hafazan harian dan tadabbur harian.
  • Sangat sesuai dijadikan sebagai cenderahati dan hadiah.
  • Memudahkan hafalan kerana ianya mudah dibawa dan senang dirujuk.

Al-Quran Terjemahan Diari Kulit Berjalur

Terbitan: Darul Iman
Saiz: 4 inci x 6 inci
Harga: RM45.00 (tidak termasuk caj penghantaran)

KELEBIHAN
  • Mendapat kelulusan JAKIM.
  • Saiz yang kompak, tahan lasak dan mesra pembaca menjadikan ia senang dibawa ke mana-mana.
  • Disertakan juga 3 penanda bacaan untuk tanda bacaan harian, hafazan harian dan tadabbur harian.
  • Sangat sesuai dijadikan sebagai cenderahati dan hadiah.
  • Memudahkan hafalan kerana ianya mudah dibawa dan senang dirujuk.

Wednesday, August 29, 2012

Al-Quran Waqaf & Ibtida'

  Al-Quran Waqaf & Ibtida'
Penyusun: Tan Sri Hj Hassan Azahari & Dr. Raof Tan Sri Hassan
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM75.00

Al-Quran Al-Karim dengan panduan Waqaf & Ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. Al-Quran AL-Karim Dengan panduan Waqaf & Ibtida’ ini tidak sesekali merubah tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran. Jika pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan.

Thursday, August 9, 2012

Keajaiban Surah-Surah Al-Quran

Keajaiban Surah-Surah Al-Quran
Penulis: Ustaz Sharhan Safie
Terbitan: Vesselmas
Harga: RM18.00

Buku ini menyingkap 114 surah Al-Quran menurut Nabi Muhammad SAW & keluarganya yang merupakan panduan hidup kepada semua manusia sepanjang zaman.


Sunday, June 24, 2012

Asbabun Nuzul

Asbabun Nuzul
Penulis: Zulkifli Mohd. Yusoff
Terbitan: PTS
Harga: RM59.00

Buku Asbabun Nuzul: Sebab-Sebab Turunnya Ayat al-Quran ini menghuraikan sejarah dan sebab di sebalik peristiwa turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW berdasarkan hujah dan dalil yang sahih. Buku ini dapat membantu orang awam memahami makna-makna al-Quran dengan lebih mudah dan jelas. Ia disusun dan ditulis oleh dua orang pakar tafsir al-Quran iaitu Professor Dato' Dr Zulkifli Mohd Yusoff dan Muhammad Mukhlis dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Tuesday, March 6, 2012

Kaedah Resam Uthmani dalam Al-Quran

Kaedah Resam Uthmani dalam Al-Quran
Penulis: Ustaz Mahadi Dahlan al Hafiz & Ustaz Hj.Azahari Hj.Othman al Hafiz
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM6.00

Saturday, February 4, 2012

Agar Al-Quran Menjadi Teman

Agar Al-Quran Menjadi Teman
Penulis: Dr. Majdi al-Hilali
Terbitan: Zaman
Harga: RM25.00

Apakah Anda juga mencari kebahagiaan, ketenangan, dan kedamaian hati? Merindu mendekatkan diri kepada-Nya? Menginginkan hati Anda benar-benar hidup?
Al-Quran menyeru kita untuk mendapatkan semua itu. Wahai orang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kepada sesuatu yang memberi kalian kehidupan (al-Anfâl [08]: 24).

Al-Quran benar-benar akan menumbuhkan iman di hati—betapapun kerasnya hati itu—dan membuatnya dahaga akan cinta kepada Allah; rasa yang mengalahkan cinta dan takut kepada siapa dan apa pun selain-Nya.

Al-Quran adalah ruh dan sumber tenaga hati. Siapa yang kehilangan Al-Quran, ia kehilangan peluang besar untuk hidup secara hakiki, kehilangan kesempatan menikmati kebahagiaan, keridaan, dan surga dunia.

Al-Quran bukan lembaran teori. Ia tidak akan mewujud dalam kenyataan jika kita tidak bersungguh-sungguh memetik manfaatnya.

Disertai kisah, pengalaman, dan pesan para ulama klasik dan kontemporer, buku ini hadir menemani para pencinta Al-Quran untuk membaca Kitab Suci secara substantif: untuk mendapatkan petunjuk, obat jiwa, dan perubahan diri menjadi lebih baik, lebih berhasil, dan lebih bahagia.