Showing posts with label Fiqh. Show all posts
Showing posts with label Fiqh. Show all posts

Monday, February 6, 2017

Cahaya Yang Menerangi


Cahaya Yang Menerangi 
 Penulis: USTAZ MUHADIR HAJI JOLL 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM22.00 

 CAHAYA YANG MENERANGI menghimpunkan soal jawab bersama Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki dalam isu akidah dan hukum-hakam feqah. Soalan-soalan yang diajukan semasa sesi pengajian talaqqi ini dijawab oleh Syeikh Nuruddin secara spontan. Ustaz Muhadir telah mengambil inisiatif untuk membukukan soal jawab ini supaya manfaatnya dapat menyebar lebih luas kepada masyarakat. 

Antara permasalahan yang dijawab oleh Syeikh Nuruddin: 
 * Membawa atau memegang al-Quran digital 
 * Solat menghormati waktu 
 * Bangkai cicak dalam makanan 
 * Air mata orang hidup menitis ke muka mayat 
 * Pakaian bernajis disekalikan dengan pakaian lain di dalam mesin basuh dan banyak lagi.

Monday, October 10, 2016

Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji Mazhab Al-Syafi`i


Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji Mazhab Al-Syafi`i 
 Penulis: Dr Mustafa Al-Khin, Dr Mustafa al-Bugha & Ali Asy-Syarbaji. 
Penterjemah: Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri 
 Harga: RM229.00 (1 set 4 jilid)

Monday, August 1, 2016

Matla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain


Kitab Matla' Al-Badrain 
Penulis: Abdul Faqir Al-Fatani Muhammad 
Penerbit: Darul Ma'arif 
Harga: RM9.00  

Merupakan antara kitab fiqih yang paling terkenal di Tanah Melayu. Ditulis oleh al-'Alim al-'Allamah Syaikh Wan Muhammad bin Wan Ismail bin Wan Ahmad bin Wan Idris bin Wan Tih bin Syaikh Wan Senik al-Karisiqi al-Fathani. Atau dikenali juga dengan nama Syaikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani atau Muhammad Shaghir al-Fathani (di kalangan orang Arab) atau Syaikh Nik Mat Kecik al-Fathani di kalangan orang Melayu di Mekah. Beliau adalah cucu saudara kepada al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani.

Saturday, June 18, 2016

Fiqah Kecantikan Hukum-hakam Berhias dan Bersolek


Fiqah Kecantikan Hukum-hakam Berhias dan Bersolek 
 Penulis: Dr Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kassim & Dr Ahmad Dahlan Bin Salleh 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM20.00 

 “Fiqah Kecantikan” adalah sebuah buku mengenai hukum–hakam berhias dan bersolek mengikut panduan Islam. Buku ini bertujuan menyuntik kefahaman dan keyakinan pembaca dalam menentukan imej wanita solehah yang benar-benar mendamaikan hati. “Fiqah Kecantikan” ini juga mampu menarik wanita bagi memilih prinsip imej dan penampilan Muslimah yang bertepatan dengan syariat Islam.

Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa


Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa 
 Penulis: Ustaz Fauwaz Fadzil Noor 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM28.00 

 Buku ini menghimpunkan kompilasi beberapa aspek kehidupan penting yang perlu diambil tahu oleh wanita, malah menjadi persoalan sejak sekian lama. Risalah ini turut menjawab pelbagai topik penting tentang masalah- masalah hukum yang berkaitan dengan wanita. Banyak daripada permasalahan tersebut terbiar tanpa penjelasan disebabkan oleh ketiadaan waktu yang sesuai untuk bertanya atau merupakan perkara yang malu untuk ditanya oleh kaum hawa. Apatah lagi, pada zaman ini, kemungkinan orang yang bertanya tentang masalah tersebut dipandang tidak baik oleh orang lain. Oleh itu, buku ini mampu memandu para wanita Muslimah moden hari ini dan golongan lelaki yang ingin membimbing ahli keluarga ke jalan Islam yang benar.

Wednesday, June 15, 2016

Fathul Qarib Al-Mujib Fi Syarhi Alfaz Al-Taqrib (Kitab Feqah Lengkap)


Fathul Qarib Al-Mujib Fi Syarhi Alfaz Al-Taqrib (Kitab Feqah Lengkap) 
 Penulis: Ibnu Qasim Al-Ghazi 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM29.00

Kitab Fathul Qarib Al-Mujib ini adalah hasil karya Qadi Abu Syuja’ atau Syeikh al-‘Alim al-Allamah al-Imam Syihab al-Dunya wa al-Din, Ahmad bin Husain bin Ahmad al-Asfahani al-Syafie rahimahullah. Beliau merupakan seorang ulama besar Mazhab Syafie. Kitab ini telah disyarah dan diberikan penjelasan oleh Imam Muhammad bin Qasim al-Ghazzi. 

 Sebuah kitab klasik yang menghimpunkan perbicaraaan feqah lengkap Mazhab Syafie. Perbahasan bab feqah berkisar tentang : - Kitab Taharah, Kitab Solat, Kitab Zakat, Kitab Puasa, Kitab Haji - Kitab Jual Beli Dan Beberapa Akad Mu’amalah Selainnya - Kitab Pembahagian Warisan Dan Wasiat - Kitab Nikah Dan Hukum-Hakam Yang Berkaitan Dengannya - Kitab Jinayat, Kitab Hudud, Kitab Jihad - Kitab Haiwan Buruan Dan Sembelihan - Kitab Hukum-Hakam Perlumbaan Dan Memanah - Kitab Hukum-Hakan Pengadilan Persaksian - Kitab Pembebasan Hamba.

Kitab ini amat popular dan dijadikan sebagai bacaan dan rujukan di pengajian sekolah pondok tradisional atau pesantren klasik di rantau Nusantara sehingga hari ini. Semoga pencerahan dan perkongsian ilmu yang terdapat di dalam kitab ini dapat kita manfaatkan untuk memberi manfaat kepada diri kita sendiri dan orang lain. Insya Allah.

Tuesday, June 14, 2016

Usul Fiqh & Kaedah Fiqh (Modular STPM)


Usul Fiqh & Kaedah Fiqh (Modular STPM) 
Penulis: Dr. Ab. Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali 
 Terbitan: Pustaka Salam 
 Harga: RM22.00

Monday, April 25, 2016

Kaedah Usul Fiqah


Kaedah Usul Fiqah 
 Penulis: Prof. Dr Wahbah Zuhaily 
Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM26.00 

 Ilmu usul fikah adalah yang sangat digemari oleh para ulama yang cenderung kepada syari'at Islam. Ini kerana ilmu tersebut sebagai mana yang telah dituliskan oleh para mujtahid sebagai dasar melakukan ijtihad dan istimbat hukum dari sumber dalil-dalil syari'yah ijtihad. Dan sebenarnya itulah yang tepat dan lengkap bagi mewujudkan ijtihad dengan manhaj dalam memahami syari'at.Selari dengan itu ilmu usul fikah tentu menghasilkan alasan-alasan dalam berfikir yang benar dan mengenali segala aspek hukum, samada hukum hakam yang didapati dalam nas-nas, mahupun hukum hakam yang dihasilkan oleh ijtihad, sehingga membantu pula dalam mengetahui masalah-masalah hukum tersebut, baik yang sudah ada atau masalah-masalah yang terkini.

Tuesday, April 12, 2016

Ringkasan Kitab Al Umm (3 Jilid)


Ringkasan Kitab Al Umm (3 Jilid) 
 Penulis: Imam Syafi'i 
 Terbitan: Pustaka Azzam 
 Harga: RM270.00 

 Imam Syafi'i merupakan orang pertama yang memiliki gagasan dan idea cemerlang mengenai hukum Islam, yang dituangkan secara sistematik ke dalam sebuah karya yang diberi judul al-Umm. Usaha pembukuan ini sejalan dengan perkembangan ilmu pengetahuan keislaman saat itu. Perkembangan ilmu pengetahuan ini mulai berlangsung pada masa Harun al-Rasyid (145 H -193 H), dan puncaknya pada masa Al Ma'mun(170H 218 H). 

Kitab Al-Umm merupakan fasa awal perkembangan ilmu hadis menjadi ushul Fikih sebagai suatu disiplin ilmu. Kitab ini menjadi rujukan utama bagi kalangan ahli fikh Syafiiyah dalam menyusun karya-karya mereka hingga saat ini. Buku ini dirangkum agar memudahkan para pembaca awam gambaran fikih metodologi Imam Syafi'i.

Dalam kitab ini, Imam Syafi'I memaparkan apa saja yang difahaminya dari para sahabat Nabi Muhammad SAW. baik dalam bidang aqidah, akhlaq, muamalah, siyasah, dll. Buku ini adalah salah satu buku induk yang seharusnya dibaca terlebih dahulu. Al Umm diringkas hanya menjadi 3 jilid sehingga mudah dan praktis untuk dibaca dalam ringkasan Al Umm.

Tuesday, March 15, 2016

Pengantar Usul Fiqh


Pengantar Usul Fiqh 
Penulis: Ustaz Abdul Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin 
Terbitan: Pustaka Salam 
Harga: RM25.00

Monday, February 8, 2016

Shahih Fikih Sunnah Lengkap


Shahih Fikih Sunnah Lengkap (4 Jilid) 
 Penulis: Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim 
 Terbitan: Pustaka Azzam 
 Harga: RM395.00 

 Buku Shahih Fikih Sunnah merupakan terjemahan dari kitab Shahih Fiqh As-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudih Madzahib al-Aimmah karya Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim. Beliau mengumpulkan berbagai dalil dari Al-Qur'an, As-Sunnah, atsar para Sahabat, Tabiin, dan pendapat para ulama tentang berbagai masalah hukum, kemudian memilih pendapat yang paling kuat (rajih) disertai berbagai argumen untuk memudahkan dan memperluas wawasan pembaca dalam memahami fikih Islam. 

 Buku Shahih Fikih Sunnah edisi lengkap ini, dimulai dari sejarah munculnya ilmu fikih, kewajiban mengamalkan Al-Qur'an dan As-Sunnah, menyikapi perbezaan antar madzhab. Juga buku Shahih Fikih Sunnah ini terbagi dalam empat jilid, di antara kitab-kitab pembahasannya, iaitu; kitab thaharah (bersuci), kitab shalat, kitab jenazah, kitab zakat, kitab puasa, kitab haji dan umrah, kitab sumpah dan nadzar, kitab makanan dan minuman, kitab pakaian, perhiasan dan memandang aurat lawan jenis, kitab nikah dan talak, kitab hudud, kitab pidana dan dan denda, dan terakhir pembahasan kitab al-buyu (jual-beli).

Tuesday, January 13, 2015

Deme Wasap, Ambe Reply - Ustaz Azhar Idrus


Deme Wasap, Ambe Reply 
 Penulis: Ustaz Azhar Idrus 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM18.00 

 Ustaz Azhar Idrus, pendakwah nombor 1 di Malaysia, kali ini tampil dengan buku terbaru beliau, Deme Wasap, Ambe Reply berkenaan Fikah Remaja. Buku ini adalah buku siri soal jawab beliau yang ketiga. Ia mengandungi persoalan-persoalan fikah harian yang selalu remaja tertanya-tanya, yang merangkumi pelbagai aspek seperti hiburan, ibadah, isu semasa, akidah, dan banyak lagi. Buku ini juga memuatkan karikatur Ustaz Azhar Idrus yang mencuit hati, selain warna dan grafiknya yang menarik. Sesuai untuk semua lapisan umur dan masyarakat

Monday, January 5, 2015

Idaman Penuntut Pada Menghuraikan Yang Kusut (Ilmu Fiqah) - Penggal Yang Pertama


Idaman Penuntut Pada Menghuraikan Yang Kusut (Ilmu Fiqah) Bahagian Ibadat Penggal Yang Pertama 
 Penulis: Haji Abd. Ghani bin Haji Yahya 
 Harga: RM10.00

Saturday, October 11, 2014

Indahnya Ibadah Muslim Kosmopolitan


Indahnya Ibadah Muslim Kosmopolitan 
 Penulis: Prof. Dr. K.H. Miftah Faridi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM35.00 

 Buku Indahnya Ibadah Muslim Kosmopilitan ini mengupas hukum dan merungkai permasalahan fiqh secara menyeluruh. 

 Antara isu yang dibincangkan adalah: 
 Bagaimana Tatacara Solat ketika Sakit dan Diatas Kapal Terbang? 
Bolehkah menunda Ibadah Haji dan Umrah dengan alasan Sibuk Bekerja? 
Bolehkah Berhutang Bagi Menunaikan Ibadah Haji? 
Bolehkan Makan Makanan yang Tidak ada Logo Halal? 
Apakah Hukum Mengucapkan Selamat Hari Krismas/Natal? 
Haramkah Nikah Mut'ah? 
Bolehkah Membawa Telefon yang Mempunyai Aplikasi Al-Quran ke Tandas? 
Apakah Hukum Kaedah Bayi Tabung Uji? 
Bolehkan Menamatkan Penggunaan Alat Bantuan Ke Atas Pesakit yang Koma (Euthanasia)?

Wednesday, October 8, 2014

Wanita Bertanya Rasulullah Menjawab: Tip-Tip Permasalahan Wanita Untuk Wanita


Wanita Bertanya Rasulullah Menjawab: Tip-Tip Permasalahan Wanita Untuk Wanita 
 Penulis: Hamizul Abdul Hamid 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM22.00 

 Realiti kehidupan zaman Nabi saw menggambarkan Rasulullah saw sangat prihatin terhadap kehidupan wanita, terutamanya dalam bertafaqquh fid Din (pendidikan nilai-nilai agama). Rasulullah saw membentuk Halaqah (forum kajian) keagamaan yang khusus diperuntukkan bagi wanita. Serta menyediakan waktu-waktu khusus bagi wanita yang ingin belajar dan bertanya mengenai nilai-nilai agama, mahupun bercurah hati (perkongsian) perihal ragam permasalahan hidup yang mereka hadapi.  
Di dalam buku ini banyak ditampilkan pertanyaan-pertanyaan kaum wanita yang disampaikan kepada Rasulullah saw. Terutamanya berkaitan permasalahan suami isteri, kekeluargaan, sosial, muamalat, pendidikan anak-anak, taharah, ibadah dan pengurusan jenazah. Semoga naskah ini dapat memberikan sumbangan positif serta pengetahuan bagi para Muslimah agar menjalani kehidupan senafas dengan nilai-nilai agama.

Tuesday, April 15, 2014

24 Jam Dipayungi Syariat


24 Jam Dipayungi Syariat 
 Penulis: Imam Abu Syuja’ 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM30.00 

 24 Jam Dipayungi Syariat mengupas fikah Islam dalam kehidupan seharian Muslim secara lengkap dan komprehensif. 24 Jam Dipayungi Syariat mengandungi 16 bab, bermula daripada bab versuci sehingga bab jenayah dan muamalat. Buku ini juga dilengkapi dengan dwibahasa Arab-Melayu, warna yang menarik, serta bergambar bagi memudahkan lagi pemahaman. Semoga dengan kehadiran buku ini di pasaran, syariat memayungi hidup kita semua, dan memandu kita ke jalan-nya. Insya Allah.

Thursday, March 13, 2014

Fiqh Hiburan dan Rekreasi


Fiqh Hiburan dan Rekreasi 
 Penulis: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00 

 Fiqh Hiburan dan Rekreasi adalah satu lagi buku siri pemikiran karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Buku ini membincangkan dengan lebih terperinci perkara berkaitan hiburan dan rekreasi seperti: 

- Batasan syarak berkenaan ketawa dan jenaka 
- Hukum berhibur dengan tarian dan tepukan 
- Hukum berhibur dengan drama dan filem 
- Jenis sukan yang dilarang dalam Islam 
- Pendirian Islam berkenaan aktiviti bersukan 
- Hukum senaman yoga 
- Hukum sukan berisiko tinggi seperti mendaki gunung, perlumbaan kereta, pertunjukan sarkas, gusti, dan tinju. 
- Hukum permainan minda seperti daun terup 
- Hukum pertandingan melalui telefon, kupon, dan tiket peraduan

Wednesday, August 7, 2013

Ensiklopedia Imam Al-Syafie (2 Jilid)


Ensiklopedia Imam Al-Syafie (2 Jilid) 
Penulis: Dr. Akram Yusuf Umar Al-Qawasimi 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM60.00 setiap jilid 

 Buku ini mengumpulkon ensiklopedia lengkap kehidupan Imam al-Syafie yang merangkumi seluroh hidup dan perkembangannya, keilmuan beliau yang merangkumi disiplin ilmu yong dikuasai dan metodologi yang digunakan, karya ilmiah peninggalan beliau, sejarah perkembangan mazhab Syafie, dan istilah mazhab Syafie serta penggunaannya dalam karya ilmu Fiqh dan Usul. Ensiklopedia ini perlu dibaca dan dimiliki oleh para pembaca supaya kita semua dapat mencontohi semangat dan usaha bersungguh-sungguh seorang tokoh yang hebot ini dalam menuntut dan mengembangkan ilmu pengetahuan, terutamanya yang berkaitan dengan Ilmu Fiqh dan Usul al-Fiqh secara keseluruhannya.

Tuesday, July 30, 2013

Soal Jawab A-Z Tentang Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah & Hari Raya


Soal Jawab A-Z Tentang Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah & Hari Raya 
Penulis: Ahmad Adnan Fadzil 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM25.00 

 Buku “A – Z Soal Jawab Puasa , Tarawih, Zakat dan Hari Raya” ialah pilihan tepat bagi anda. Setiap kali kedatangan bulan Ramadhan, umat Islam seluruh dunia majoritinya bersungguh-sungguh dalam memanfaatkan bulan ini. Bulan Ramadhan bagaikan pesta ibadah bagi seorang mukmin yang benar-benar menghayati dan merasai kenikmatan ibadah di bulan Ramadhan.Anda perlu memiliki buku ini kerana ia dipersembahkan dalam bentuk soalan dan jawapan yang sering menjadi permasalahan. Merungkai setiap permasalahan yang timbul dalam ibadah puasa, tarawih, zakat dan hari raya secara lengkap serta mudah difahami. Penyediaan jadual, gambar rajah dan carta untuk membantu kefahaman para pembaca. Menyelesaikan persoalan yang berlaku dengan mengutamakan pandangan mazhab asy-Syafi‘i berserta dalil.

Thursday, July 11, 2013

Wanita Dambaan Syurga - Bimbingan Lengkap Fiqah Wanita Berdasarkan Realiti Zaman & Tempat


Wanita Dambaan Syurga - Bimbingan Lengkap Fiqah Wanita Berdasarkan Realiti Zaman & Tempat 
Penulis: Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi 
 Terbitan: Inspirasi Media 
 Harga: RM69.00 

Naskhah Wanita Dambaan Syurga - Bimbingan Lengkap Fiqah Wanita Berdasarkan Realiti Zaman & Tempat adalah modul komprehensif, tetapi mesra pembaca, dalam mendidik wanita menyempurnakan tanggungjawab mereka. Sama ada sebagai seorang anak, isteri, ibu, teman, pekerja, malah sebagai seorang hamba kepada Pencipta, kewajipan wanita perlu dilunaskan berdasarkan ilmu yang autentik dan amalan yang luhur. Tidak memadai dengan itu, buku ini juga disusun bagi memenuhi keperluan wanita yang hidup pada zaman moden yang berbeza dan lebih mencabar. Juga meraikan perbezaan setempat yang menatijahkan keperluan berbeza.