*loue me*DIY StuffTipsBeautyStyle & EasyFormspringTwitter

Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Pepper Lunch, Sunway Pyramid & Big Bad Wolf Book Sale, MAEPS

Dah lama tak jumpa dengan my sayam and her husband ni. Aku memang dok teringat kat dia before this and tah camne, tiba-tiba malam sebelum kitarang keluar, dia text aku ajak aku teman dia gi beli barang make up kat Etude House, Sunway Pyramid. Cam tau-tau je. Tapi dalam hati aku bermonolog, dah kenapa kawan aku yang sorang ni? Buang tebiat ke ape? Oh okay.. Pembawakan budak. Haruslah faham. Hehehe. Yerla... Setau aku dia la yang paling jarang pakai make-up except ada function atau bila bersama dengan aku. Ni tiba-tiba ajak gi beli barang make-up. Mau tak musykil aku.

So on 15 October 2011, off we went to Sunway Pyramid. Sampai je terus cari Etude House yang berada kat tingkat paling atas sekali. Dah melabur duit kat situ, kitarang cari kedai makan sebab masing-masing dah lapar. Aku suggest la makan kat Pepper Lunch Restaurant since aku sendiri pun tak pernah try tapi nampak macam menarik je. Yang penting restoran ni HALAL.

Mula-mula ko kena order makanan kat kaunter and bayar dulu. Pastu nanti waiter/waitress akan anta makanan ko. Pastu dia akan tanya sama ada kita pernah makan kat situ atau baru 1st time. So kalau 1st time macam kitarang, waiter/waitress akan terangkan macam mana nak makan. So no worries :)

Berasap-asap lagi. Jom main masak-masak

Tak silap harga Chicken Pepper Rice ni RM14.80 kot
But I tell you, worth it sebab sedap..


Aku tak ingat my sayam-sayam ordered ape

Ni Chicken Pepper Rice tadi yang dah digaul sebati. Macam nasi goreng cina je kan

My sayam. Thanks to sugar dad for the 'pepper' lunch. Next time kita jumpa lagi ye

Malamnye, aku, my lil bro and my friend ke Big Bad Wolf Book Sale kat MAEPS. Actually aku tak tau pun  pasal books sale ni. Kawan aku yang bagitau. Masa masuk dalam Hall A tu, menggila jap aku. Nampak je buku kaler pink, terus aku rembat, eh boleh cenggitu?



Bila dah tapis-tapis, ni lah hasil tangkapan aku pada hari tu. Lesap RM50 untuk 7 buah buku. Eh worth it giler kan. Mak suke :)



Wednesday, August 24, 2011

Birthday Presents

Before birthday aku lagi, aku dah dapat hadiah dari orang yang I dearly love. Ingatkan bila umur makin meningkat ni dah takde orang nak bagi aku hadiah tapi masih ada lagi eh. Hehehe

A Coach wristlet pouch, a purse & a card
Eh, Coach? Seriously??! Dulu aku hanya boleh berangan je la kan. Nak beli nya tah bila. Aku bukannya mampu pun. Nak masuk butik Coach pun tak sanggup. Inikan pula nak bermimpi dapat hadiah macam ni. Then bila dapat hadiah ni, I was speechless. Serious tak tau nak cakap ape. Tak pernah aku imagine untuk dapat barang mahal camni. Actually ni hadiah from someone yang dah aku anggap macam my sister. She is so sweet & nice. Always bagi aku presents walaupun takde event penting. Kadang-kadang rasa segan pulak. Thank you so much Sis!!!

Masa aku balik hari Jumaat minggu lepas, mama ada cakap yang dia ada terima parcel. So bila aku balik rumah je, aku pun terus la mencari parcel tu. It was from my BFF, Yuna for my birthday present


Berdebar masa nak bukak kotak ni

A novel: Uda dan Dara, a DIY card, so sweet & brooches for me and my mum. 
Sangat terharu tau. Kawan aku ni memang suka sangat buat surprise. Dia selalu bajet konon-konon tak dapat bagi aku hadiah tahun ni and said sorry for thousand times. Last year dia ada buat macam tu gak. Bila aku balik rumah tengok ada parcel & ada a box of chocolate. Like macam aku akan terpedaya la kan this time. Plus mama aku dah inform aku awal-awal yang ada parcel untuk aku. Too bad Yuna, this time surprise ko tak menjadi. Cuba lagi next year. Hehehe. BTW, thank you so much Yuna. Aku terharu tengok handmade card yang ko buat. Seriously..

Yang ni pulak a slice of New York Cheesecake from Secret Recipe. I just love this cake. Sedap giler oo.
So, thank you to my big bro cuz belikan ur sister this cake. Nyum nyum, nak lagi boleh?
 
Yang ni pulak aku dapat masa keluar shopping last Sunday.
Semuanya Nemo belikan sebagai hadiah hari jadi and raya. Mula-mula aku taknak sebab taknak la dia spend too much for me tapi dia insist juga supaya aku terima semua ni. My Nemo sangat sweet *sob sob*
Thank you so much sayang.

Guys..
I love all the presents.. 
Seriously aku terharu sangat. Even kalau tak bagi hadiah and just wish je pun, aku dah cukup happy dah.

And thanks kat korang yang wished 'Happy Birthday' kat aku di Facebook, handphone & blog
Love you all!!

p/s: Tapi mIRa dikecualikan dalam kes ni. Sila bawa aku makan tempat yang best-best dan bagi aku hadiah berganda sebab lupa birthday aku. Sekian harap maklum

Saturday, July 24, 2010

The Last Song Novel


Aku baru je habis baca this novel walaupun dah beli pada 10 May yang lalu. Punyala lama ek. Tapi sebenarnya aku baru je start baca beberapa hari yang lepas. Masa mula-mula beli adik aku yang baca dulu, tu pun tak habis. Then bila dia dah balik belajar, aku amikla. Tapi tu pun aku just letak kat side table tepi katil je. Bila free-free baru aku baca. Bila dah start baca and rasa seronok, susah la nak stop pulak.

Bagi aku kan.. Baca novel English, feeling dia lain tau. Jarangla novel English nak buat aku nangis. Novel melayu, yah. Memang aku pernah feeling-feeling sampai termenangis. Eh.. Bergenang.. Eh, sama je lan kan.

Tapi kan novel Nicholas Sparks yang baru ni mampu buat aku bergenang air mata kot. For the first time. Pfuhh.. Memang dasyat la. Mungkin everytime aku baca, aku bayangkan aku berada kat tempat tu.. bayangkan perasaan setiap character yang ada.

Citer dia mengisahkan tentang kehidupan Veronica "Ronnie" Miller yang terumbang ambing selepas penceraian parents dia. Ronnie stay kat New York dengan her mom dan adik dia, Jonah. Masa summer, mak dia suh dia bercuti kat umah ayah dia di Wrightsville, North Carolina.

Mula-mula Ronnie memang tak suka.. Actually tak nak pun gi bercuti kat situ tapi terpaksa sebab mak dia suruh. Walaupun ayah dia cuba berbaik-baik dengan dia, tapi Ronnie rejects and cakap nak balik New York before summer habis.

Tapi bila dia kenal dengan Will, dia tak sangka yang dia akan tersuka dan terjatuh cinta dengan that guy. Dia start bagi peluang pada diri dia untuk merasai kebahagiaan-kesedihan-yang dia sendiri tak sangka.

Biasalah dalam percintaan, mesti akan ada konflik. Macam-macam konflik yang timbul sampaikan ko rasa cam nak lempang je. Tapi end up, dorang berbaik-baik balik.

Novel ni Okla. Mudah difahami. Oh ya, agak-agak ko lost je or tak dapat nak hayati, ikut style aku.. Ko tengok cover novel tu and start bayangkan situasi yang dorang hadapi cuz actor tu charming betul (tapi tak boleh lawan Ryan Gosling in The Notebook). Hehehe

Tapi sekarang ni aku ada kemusykilan la. Aritu masa aku buat entry ni.. Aku dah check kat GSC bila je citer ni akan ditayangkan. Tak silap aku bulan July. But then bila aku check GSC sekarang, citer ni tak tersenarai pun. Aku dah siap check dari bulan July hinggalah December. Ke aku yang termiss. Tapi macam tak mungkin.

p/s: So far aku dah tengok citer A Walk To Remember, The Notebook & Dear John based on Nicholas Sparks Novels. Citer-citer dia memang berkesan kat hati. Yang paling aku suka, The Notebook. Sangat-sangat best but minus the censored part la ;)

p/s: Oh tadi aku mimpi pasal Ryan Gosling. Dalam mimpi aku, Ryan Gosling tu Melayu. Mengarut