Friday, September 21, 2012
LAPORAN POLIS SELURUH NEGARA AKAN BERLANGSUNG SEHINGGA HARI AHAD INI!
Hari ini 8 laporan polis telah dibuat terhadap Datuk Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia kerana salahguna kuasa, berniat jahat, cuba campurtangan dan mempengaruhi proses penyiasatan terhadap SUARAM. SUARAM menjemput rakan- rakan NGO dan orang awam untuk membuat laporan polis di balai polis berhampiran anda. Tekanan yang diberikan mampu membuat perubahan!
LAPORAN POLIS SELURUH NEGARA AKAN BERLANGSUNG SEHINGGA HARI AHAD INI!
Sila hantarkan salinan report yang dibuat melalui emel atau faks: Emel: [email protected] (Sila scan dalam bentuk .jpg, .png atau .pdf) Faks: 03-77843526
Kalau sesiapa dipanggil untuk memberi keterangan, sila hubungi SUARAM di 0133845740 @ 03-77843525 untuk mendapatkan nasihat. Di bawah adalah sample laporan polis yang diguna pakai. Sila tukar yang mana berkenaan. Terima kasih!
- – - -
ADUAN POLIS
Tarikh – 20 September 2012
Aduan terhadap – Datuk Ismail Sabri bin Yaacob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia
Aduan dibuat Oleh-
Saya membuat aduan polis ini terhadap Datuk Ismail Sabri bin Yaacob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia kerana beliau telah campurtangan dan mempengaruhi proses pendakwaan.
Tindakan Beliau mengatakan SUARAM akan didakwa sebelum siasatan tamat adalah tindakan berniat jahat dan mala-fide. Tindakan ini juga akan memberi tekanan kepada kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang sedang membuat dan masih membuat siasatan. Tindakan beliau membuat kenyataan sebelum Peguam Negara memutuskan untuk mendakwa juga memperbodohkan tugasan Peguam Negara dan ia sekaligus memberi pendirian dan keputusan politik untuk mendakwa SUARAM sebelum proses siasatan selesai.
Pihak Polis mesti menyiasat kenyataan Datuk Ismail pada 18 sepetember 2012 dimana akhbar antara tajuk media adalah:Utusan: “Suaram akan didakwa minggu ini” dan Malaysiakini: “Minister: Suaram to be charged this week”.
Saya berharap pihak polis membuat siasatan terhadap Menteri yang tidak bertanggungjawab ini secara serius kerana beliau telah membatasi kuasa beliau dan telah mencemarkan proses siasatan terhadap SUARAM.
Anda juga boleh muat turun laporan disini.
Source: http://www.suaram.net/?p=3803
Monday, January 02, 2012
Condemn police brutality in UPSI
Saturday, January 29, 2011
Monday, November 29, 2010
Semasa Wan Azizah membela nasib Melayu yang miskin, PERKASA belum lahir lagi!
Sunday, November 21, 2010
"Pro-ISA", Pengkhianat Rakyat yang sebenar!
Sunday, October 31, 2010
[Reprint]Bina Kuasa Rakyat, Kuburkan Hegemoni UMNO
Persoalan di hadapan kita:
Penganjur telah bertanyakan tiga soalan yang cukup relevan, iaitu -
1) Adakah kerajaan BN yang diterajui oleh Najib adalah sebuah regim fasis atau menuju ke arah fasis?
2) Apakah pula pendirian yang harus rakyat pelbagai kaum pegang terhadap regim tersebut?
3) "Di manakah jalan keluar Rakyat jelata dibawah pemerintahan regim fasis?"
Persoalan ini cukup tajam dan jitu. Namun saya hendak menambah dua lagi soalan yang ada kaitan dengan tiga soalan di atas, dan dua soalan ini adalah persoalan yang paling pokok untuk zaman transisi ini:
1. Adakah rejim UMNO-BN akan tumpas?
2. Adakah mereka akan hilang kuasa secara aman dan senyap atau mereka akan lawan sehingga akhir?
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11219!
Saturday, October 23, 2010
Go ahead, French strike!
Workers, students and the people all over the world, let's follow!
One country follow by another country, start our strike! Solidarity for change!
