
Potte ( Jambatan ) Vecchio di Florence. Tempat orang jual barang kemas kat kedai-kedai atas jambatan tu.
Assalamualaikum and Good Day
Syukur akhirnya dapat juga tulis entry terakhir Europe trip saya yang macam dah basi ni, sampai nak cerita pasal trip kat Malaysia pun tak boleh lagi. OKlaa, seperti German, Perancis dan banyak negara Europe yang lain, kemudahan keretapi laju ~300km/j maksimum, dengan kekerapan yang banyak memudahkan pelancong bergerak ke seluruh Europe tanpa sempadan ( kecuali Switzerland yang memerlukan penumpang cop passport ). Macam saya dan isteri jarak 255km dari Venice ke Florence hanya mengambil masa selama 2 jam dan jarak perjalanan kami dari Florence ke Rome sejauh 278km, lebih kurang 1 jam setengah, lebih laju disebabkan jalan keretapi dia tak banyak terowong bawah bukit.

Piazza Signoria, macam satu kawasan luas yang penuh dengan muzium dan patung-patung lama
Pagi sebelum bertolak ke Rome kami berjalan-jalan di sekitar Florence yang dikatakan bandar keagamaan Italy, kerana penuh dengan gereja dan muzium. Banyak patung-patung lama zaman Zeus di sini terutama di Plaza Signoria. Florence juga terkenal dengan produk kulit buatan tangan. Barang kemas juga banyak dijual di sini iaitu di atas jambatan yang ada rumah kedai di atasnya dinamakan Ponte Vecchio.

Kami check out awal pagi, kononnya nak ke Pisa pagi tu tapi tak sempat bila tengok jarak perjalanan keretapi dia agak jauh dan memeningkan bila terpaksa beli tiket keretapi kat mesin, lagipun tak habis study lagi huhu. Petang tersebut selepas ambil beg kat hotel Saya dan isteri bertolak ke Rome sebagai destinasi terakhir kami sebelum pulang ke tanah air. Sampai kat Rome saya membeli tiket untuk 2 hari bagi rangkaian metro, trams dan bas. Peliknya, tiket metro di Rome tidak dijual di kaunter tiket atau mesin tapi di kedai surat khabar ( tobacco and newspapers shop ). Puaslaa saya cari kat mesin untuk beli tiket tu, nasib la ada mamat Italiano tu tegur walaupun saya tak paham. Orang Itali agak peramah dengan pelancong, ada yang jujur dan ada yang nak ambik kesempatan mintak tips, jadi hati-hati la.

Malang train ni kena conteng...
Metro di Rome tidaklah canggih sangat, ada 2 je rangkaian metro diorang. Ada juga trams, keretapi slow atas jalan, tapi lebih kurang macam bas je laa. Terkejut bila tengok satu coach metro ni penuh dengan grafiti, terus amik kamera snap gambar. huh teruk jugak vandalisme kat Rome ni. Satu yang menarik di Rome ialah dengan kebanjiran warga Bangladesh yang bekerja dan juga berniaga di situ, tidak seperti Malaysia, diorang bebas menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Kebanyakannya pernah bekerja di Malaysia, siap bagi salam dan tegur saya dalam Bahasa Melayu lagi. Kadar tukaran matawang yang tinggi menyebabkan mereka boleh hidup senang dan boleh kirim wang ke negara asal dalam kadar yang amat tinggi.

Jumpa jugak orang Malaysia kat Rome, siap selisih kat Florence lagi hari sebelumnya tapi tak perasan. Orang Malaysia yang kerja sambil study kat UK.
Petang itu kami ke Colosseum, satu tapak arkeologi terbesar di dunia dalam kawasan Forum Roman dan Palatino, kebanyakan tenggelam sepenuhnya di dalam tanah, dan proses menggali dan membaik pulih dilakukan sehinggalah sekarang. Dengan tiket 13.5 Euro seorang, saya dapat melawat ketiga tempat ini dalam masa dua hari. Tiket di beli secara online sebelum ke Germany lagi, so tak payah beratur panjang nak beli tiket.

Kawasan arkeologi Colosseum, Forum Roman dan Palatino, sehari suntuk baru habih jalan
Esoknya saya dan isteri sambung lagi berjalan kat Forum Roman dan Palatino kat sebelah Colosseum tu, rasanya dah berapa km dah berjalan sampai kaki pun dah sakit-sakit walaupun tak berpeluh sebab cuaca yang amat nyaman sekitar 14-20 degree Celcius. Tapi bila memikirkan peluang sekali seumur hidup, saya gagahi jugak la, jalan macam orang tempang, huhu. Petang itu kami ke Vatican City, satu negeri bebas yang memerlukan permit khas untuk masuk ke dalamnya ( bukan ruang terbuka seperti yang kami masuk tu ) Ada pengawal berbangsa Swiss menjaga setiap pintu masuknya. Macam rasa dalam filem je bila teringat banyak filem dilakonkan disitu seperti Pink Panther dan 2012, walaupun sesetengahnya dibuat di dalam studio.

Trevi Fountain. gambar kecik scene dari cerita "When in Rome" kat air pancut lain...huhu
Hampir malam kami naik metro lagi ke Trevi Fountain, antara air pancut yang wajib di lawati di Rome. Orang sana cakap kalau kita buang duit dalam tu, nanti mesti kita akan datang balik ke Rome. Macam cerita “When in Rome”, air pancut yang dimaksudkan tu bukan air pancut macam dalam filem tu, tapi air pancut yang kami pergi tu.. mungkin sebab tak dapat kebenaran, jadi diorang berlakon je di air pancut roundaboard kat tengah-tengah kota Rome. Fuh malam tu kami balik ke hotel dengan kepenatan maksima, kaki sakit tak ingat, sampai sapu ubat krim pun tak rasa apa. Esoknya kami balik dengan menyuruh tokey hotel kami yang baik hati ( Art in Accommodation – sebuah apartment yang diubahsuai menjadi bajet hotel 5 bilik, 85 Euro semalam, huhu ) telefon teksi. Dengan barang yang banyaknye, kaki sakit, memang tak larat dah nak naik metro dan train ke airport, melayang 45 Euro.
Video pengalaman sepanjang di Italy seperti di bawah:
Maka selesaila Euro Trip saya selama 2 minggu bekerja di Germany dan seminggu berjalan-jalan di France dan Italy. Tiga negara dengan tiga ragam dan perangai. Pada saya, saya lebih sukakan Germany, negaranya lebih tenteram, tak tahulaa sebab saya tak pernah pergi ke Berlin lagi, setakat Frankfurt dan bandar populasi Islam di Mannheim. Tapi selama di Germany saya nampak rakyatnya lebih berhemah dan profesional terutamanyaa di jalan raya. Saya pernah di sapa oleh seorang makcik di supermarket yang membeli laluan kepada saya untuk bayar dulu sebab barang dia banyak. Di kawasan perlancongan Black Forest ada seorang driver siap buat emergency brake lagi apabila nampak kami mahu melintas jalan, huhu terharu sungguh. Mungkin agak sukar berkomunikasi tetapi apabila anda mulakan dengan sedikit bahasa Jerman dan English, banyak juga yang tahu berbahasa English rupanya. Tapi untuk shopping, antara tiga negara tersebut, Italy yang terbaik…
Secara ringkas bajet yang anda perlukan untuk seminggu trip kat Euro termasuk makan minum dan cenderahati adalah dalam 1000 Euro tak termasuk tiket kapal terbang. Secara ringkas belanja kami adalah seperti berikut
Tiket kapal terbang – tiket MAS mahal sikit, last minute beli untuk wife sebab business trip. Anda boleh pakai AirAsia dalam lingkungan RM2000 pergi balik ke London. MAS RM4000 pergi balik ke Europe ( tiket promosi )
Tiket keretapi ( 2 org )
– Manheim -> Paris = 78 Euro
– Venice -> Florence = 58 Euro
– Florence -> Rome = 62 Euro
Tiket Flight Paris ke Venice = 197 Euro
Hotel : Paris 3 malam = 162 Euro , Florence = 50 Euro, Rome 2 Malam = 170 Euro
Metro Tiket Paris & Rome = 46 Euro
Tiket Colosseum = 27 Euro
Makan dan Cenderahati = 15 Euro x 7 hari = 105 Euro
Teksi ke Rome Airport = 45 Euro
Jumlah = 1000 Euro cun, kali tukaran matawang RM4.60 = RM4600 tak termasuk tiket kapal terbang.
Kalau kaki shopping tu kena bawak lebih sikit laaa. Takpun bersedia dengan hutang kad kredit… 🙂