Rumah Sakeenah Johor

Pusat Aktiviti Wanita dan Keluarga

Tiga Dalam Satu


Wajah ceria Raudhatus Sakinah Johor terkini.



“….hijrah bermakna berubah dari suatu keadaan yang kurang baik kepada suatu keadaan yang lebih baik. Untuk menjadi baik dan hebat kita tidak perlu menjadi seperti orang lain. Sebaiknya gunakanlah kemampuan yang ada pada diri kita sendiri untuk mencipta kehebatan itu….”

Begitulah antara isi kandungan tazkirah yang disampaikan oleh Sdr PM Ainollotfi, YDP JIM Johor dalam majlis “tiga dalam satu” di Raudhatus Sakinah Johor, pada petang 23 Disember 2009.


Majlis ini diadakan sempena sambutan Maal Hijrah, juga bagi meraikan hari jadi pelatih-pelatih serta sebagai majlis perpisahan kepada beberapa orang pelatih yang akan menamatkan sesi bimbingan di sini.

Alhamdulillah walaupun di sebelah pagi hujan turun renyai-renyai, tetapi di sebelah petang cuaca begitu damai dan cerah secerah wajah-wajah pelatih dan petugas RS dalam majlis yang diadakan di perkarangan padang badminton Raudhatus Sakinah Johor.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam oleh Sdr M.Noor Daud semasa majlis berlangsung. Terimakasih daun keladi, lain kali tolonglah kami lagi…..



Sukarelawan membuat persiapan majlis.




Ajk Pengurusan dan warden santai menunggu ketibaan tetamu.





Pengerusi Raudhatus Sakinah Johor memberikan kata-kata aluan.




Sdr Ainollotfi dengan sesi tazkirah.




Ajk, sukarelawan dan pelatih bersama-sama mendengar tazkirah.




Hmmm....mana satu nak mula ni...nampak sedap belaka...




Pengurus RS Johor, Pn Solehah (kiri - sebagai Chef Cook) dengan kek coklat.




Yummy...yummy...enak dan berkhasiat....




Menjamu selera sambil bermesra........





Perut kenyang...hati girang...senyum pun panjang.....




Tiga sekawan...Ketua Wanita JIMJ, Pengerusi RS dan YDP...Berbincang dan merenung masa depan RS Johor...




Saat perpisahan ternyata memilukan....warden cuba memujuk....





Cameraman...apa yang diteropong tuh?.....





...Nah!...ini dia wajah cameraman kita .....



Terimakasih kepada semua yang hadir, YDP, Ketua Wanita, ajk pengurusan, para sukarelawan, khususnya Teacher Jamilah M.Yunus yang menaja makanan petang itu. Muga semua yang dilakukan merupakan amal-amal ikhlas yang akan dinilai di sisi Allah SWT.

KUNJUNGAN YB ROBIA KE RS JOHOR

RS Johor merasa berbesar hati menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, YB Dr Robia Kosai diiringi En. Mohd Faizal Abu Bakar (Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru), Pn. Manisah (PA YB Robia) dan Cik Mawarni bagi meninjau sendiri hal ehwal berkaitan pengurusan RS Johor.

Mereka amat berpuas hati dan kagum dengan usaha yang dijalankan dan bersedia membantu dalam beberapa hal yang berkaitan dengan RS Johor, antaranya berkaitan pendaftaran RS Johor dan juga bantuan kewangan yang boleh disalurkan oleh JKM.



YB Robia dan En Faizal mendengar penerangan tentang RS



Pengurus RS Johor memberikan penerangan tentang pengendalian pelatih di RS Johor



Pengerusi RS Johor menjawab pertanyaan yang dikemukakan

PENYERAHAN KE 10

Walaupun Raudhatus Sakinah (RS) Johor baru menjejaki usia setahun pengoperasiannya, namun dalam tempoh itu seramai sepuluh orang bayi telah disempurnakan kelahirannya.


Pagi ini bertempat di Pejabat Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Johor yang terletak di Taman Desa Skudai, berlangsunglah majlis penyerahan anak angkat yang ke sepuluh kepada keluarga angkat, dalam suasana sedikit sayu tetapi damai.


Semuga anak yang dilahirkan dalam keadaan suci besih ini akan membesar menjadi insan soleh, di bawah asuhan dan bimbingan keluarga angkat manakala ibu yang melahirkan akan menginsafi apa yang telah berlaku serta kembali ke pangkal jalan dan meneruskan kehidupan mendatang.



Ibu yang melahirkan bersama-sama keluarga angkat melalui prosedur
'pengangkatan' dihadapan Pesuruhjaya Sumpah, disaksikan oleh Pn Soleh,
(bertudung kuning) Pengurus RS Johor.




Bayi lelaki ke sepuluh RS Johor, berusia dua minggu, bersama-sama
salah seorang ajk dan sukarelawan RSJ, Pn Siti Fatimah, sejurus sebelum
diserahkan kepada keluarga angkat.

Sehari di Raudhatus Sakinah

Menjalani kehidupan seharian di Raudhatus Sakinah (RS) bagi para pelatih adalah sesuatu yang agak membosankan, terutama bagi mereka yang baru melangkahkan kaki ke situ. Masakan tidak, sebelum ini kebebasan menjadi milik mutlak mereka. Tetapi atas nama kebebasanlah mereka terperangkap oleh pukulan badai yang semakin mengganas.

Bagi kami, ajk pengurusan dan sukarelawan RS sentiasa berfikir cara terbaik bagi menggembirakan pelatih ini di RS. Di samping program-program bimbingan yang berterusan, kami juga merancang beberapa aktiviti luaran.

Gembira….bila melihat keceriaan di wajah pelatih…di saat kami mengadakan majlis sambutan hari jadi secara berkelompok….




Sukarelawan turut membantu




Rambutan segar...baru dipetik dari sekeliling rumah...



Seronoknya.....



...Happy birthday to you....



....Kangkung segar...turut menjadi mangsa...



...Pengalaman membakar ayam bagi mereka...




...yummy...yummy....glupp...gluppp...bila nak makan ni?




Syahdu….sewaktu pelatih ini diminta memberikan ucapan sempena hari lahir mereka….

”Kami semua sangat terharu....walaupun kami dah buat banyak dosa dan kesilapan namun makcik-makcik di sini tetap menyayangi kami....masih ada rupanya yang sayangkan kami”, luahan hati seorang pelatih sambil menyeka air mata....

Terimakasih kepada semua ajk dan sukarelawan. Muga Allah meredhai usaha kita bersama....

Tinta Seorang Sukarelawan

Dikongsikan sedutan catatan tinta seorang sukarelawan RS:

--------------------------------------------------------------------------------

"Antara pelatih yg sempat aku temui, Ira (bkn nama sbnr) berusia 15 thn dan ditempatkan di RS krn ditangkap khalwat di sebuah hotel. Ira hampir genap setahun tinggal di RS. Zura (bkn nama sbnr) 23 tahun dimasukkn ke RS krn gejala murtad. Yaya (bkn nama sbnr) 20 thn tlh selamat melahirkan seorg bayi lelaki yang kini tlh diserahkan kpd sebuah keluarga angkat. Apa yg cukup mengagumkan aku, stlh mereka dimasukkn ke RS, begitu besar perubahan pd diri mereka. Setiap hari mereka akan bangun seawal jam 3.30 pg utk Qiamullail, puasa sunat isnin dan khamis tidak pernah ditinggal dan tadarus al-Qur'an. Rata2 shbt2ku mengagumi perubahan mereka tmasuk shbt2 rijal. Bg mereka, wpun pelatih2 ini pernah mbuat kesilapan...tp mereka lbh baik dr wanita2 di luar sana yg masih bergelumang dgn dosa. Sekurang2nya mereka telah btaubat.



Harapanku, masyarakat tidak memandang hina mereka ini kerana tanpa sokongan kita, sukar utk mereka meneruskan perjuangan mereka di Raudhatus Sakinah. Moga sinar hidayah terus menerangi hidup mereka...Amiin..."

Pelawat

Kalendar Islam

cbox


ShoutMix chat widget