Rasulullah bersabda;
Maksudnya;
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)
Para ulamak Islam telah bersepakat mengenai pensyariatan korban berdasarkan ayat dan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa amalan korban merupakan amalan yang paling Allah sukai di Hari-Hari ‘Eidul Adha, di mana binatang yang dikorbankan akan didatangkan di Hari kiamat sepertimana keadaan dan sifatnya ketika disembelih dan diletakkan darahnya yang telah diterima di sisi Allah, sebelum darah tersebut tumpah ke bumi. Korban juga merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS berdasarkan firman Allah;
Maksudnya;
“ Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar.” (Surah As-Soffaat : ayat 107)
Bersempena dengan kedatangan Eisul Adha 1431 yang lalu, ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Bandaraya Johor Bahru telah melaksanakan ibadah Qurban di perkarangan Raudhatus Sakinah Johor pada tanggal 19 Nov 2010.
Banner Qurban IKRAM Bandaraya JB
Lembu 1 untuk diqurbankan
Lembu 2 untuk diqurbankan
Bersedia diqurbankan
Terimakasih kepada semua yang datang dalam majlis qurban tersebut. Muga segala bentuk amalan telah diterima di sisi Allah SWT.
Qurban di Raudhatus Sakinah Johor
Jalinan Mesra Ibu Bapa RS Johor
18 Julai 2010 jam 8.30 pagi bertempat di Pejabat JIM Desa Skudai telah berlangsung perjumpaan Jalinan Mesra antara ibubapa pelatih dan para petugas serta sukarelawan RS Johor . Perjumpaan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara kedua-dua belah pihak. Beberapa keping gambar sebagai rakaman majlis:
Pengerusi RS Johor, Hjh Sumilah memberikan ucapan alu-aluan seterusnya berkongsi maklumat penting berkaitan dasar penubuhan RS dan beberapa panduan untuk ibu bapa lakukan selepas anak-anak tamat bimbingan.
Pengurus RS Johor, Pn Solihah pula memperingatkan kembali beberapa peraturan asas RS untuk dipatuhi oleh ibubapa bagi memudahkan proses bimbingan terhadap anak-anak.
Al Fadhil Ustaz Rifki Mydin dengan kupasan beliau tentang pendidikan anak-anak serta panduan dan doa bagi memudahkan proses bimbingan.
Sebahagian kaum ibu dan sukarelawan yang turut sama hadir.
Tiga dalam satu....video klip, sembang santai dan kudapan....menjalin mesra hubungan petugas dan tetamu.
Muga program seterusnya yang dirancang akan menjadi kenyataan dengan izin Allah jua....
Jalinan Mesra HSA
10 Mac 2010 Raudhatus Sakinah Johor menerima kunjungan tetamu dari Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Sultanah Aminah (HAS), Johor Bahru. Rombongan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah, Doktor Naimah.
Tujuan lawatan adalah untuk menjalin hubungan yang lebih erat antara pihak hospital dan masyarakat di samping ingin mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti dan program yang dijalankan di Raudhatus Sakinah. Lawatan ini adalah merupakan sebahagian dari program Jalinan Mesra HSA.
Dr Naimah (berbaju kuning) bersama rombongan HSA dan ajk RS
Rombongan dari HSA sedang 'berkongsi' sesuatu dengan pelatih-pelatih RS
Kunjungan Pelajar UTHM

6 feb 2010, Raudhatus Sakinah Johor (RSJ) telah dikunjungi oleh lima orang pelajar Fakulti Pendidikan dan Teknikal UTHM, Batu Pahat Johor.
Kunjungan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan masalah seks rambang di kalangan remaja sekolah.
Kehadiran mereka disambut oleh Pengerusi dan Pengurus RSJ.
