Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

* Baby Tiju 3D/4D Scan *

Khamis lepas wat appoinment scan 3D 4D kat Poliklinik An-Nisa', Equine Park, Seri Kembangan.
Baby Tiju da 28 weeks masa tu.
Minggu yang paling sesuai buat 3D 4D scan adalah minggu 22-30.
Kalau lebih 30 minggu takut susah nak nampak wajah baby sebab da penuh ruang dlm tuh.
Info tentang 2D 3D 4D scan boleh baca SINI

Tepat kul 7pm da sampai klinik, tp kena tunggu dulu sbb ade couple br masuk.
Baby tiju plak cam xaktif jek, tido gamak nye.
Harap2 masa scan baby bangun la.

Lebih kurang 20 minit menunggu, giliran aku n hubby masuk plak...nerves nyeee!
Sonographer, Miss Jezzlyn sgt lembut n peramah :)
Sesi scan pun bermula, tapi agak susah nk tgk muka baby tiju sbb 2 kaki nye p tutup muka...alah pemalu sungguh anak ibu ni yer.
Jezz berusaha pujuk2 gak baby alihkan kaki.
Baby wat selamber jek tido krooh...krooh..krooh...aiyooo
Alih kaki kiri, kaki kanan nye p tutup muka.
Alih kaki kanan, kaki kiri plak naik ke muka.
Kaki da beralih, p tutup tangan plak...haish.

Tuesday, May 8, 2012

* TIJU... Baby Dragon *


Nurul Dhia's Third Junior (TIJU)
Now : 10 Weeks
EDD : 30 November 2012 (Berkongsi bulan lahir ngan Zahra, mak su Balqis & Ayah Ndak Due)




Fakta 3rd Pregnancy:
~ Alahan 2 sesi - Morning & Evening Sickness
~ Alah dengan bau2an sabun mandi, sabun basuh, shampoo & segala bau2an yg wangi pada aku sgt meloyakan - sudah 2 bulan ku x basuh kain huhuhu
~ Muntah setiap pagi adalah perkara wajib (sama 1st & 2nd pregnancy, muntah setiap pagi sampai la aku bersalin)
~ Mabuk angin, sepanjang masa badan ni ade angin jek, sendawa xhenti2, tah mana datang angin2 ni...penat tau asyik sendawa jek huhuhu
~ berat badan semakin menurun akibat selera makan yang semakin merosot.
~ Masih breastfeed zahra (1thn 6 bln)
~ Aktiviti mengepam terpaksa diberhentikan pada minggu ke-8, sebab badan sgt lemah & pening kepala setiap kali selepas pumping.

Alhamdulillah...rezeki tahun 2012 untuk Dhia's Family.
Feez & Zahra pun seronok bila tau nak dapat adik :)
Sekarang, aku n hubby sedang menikmati 1st trimester sepuas2 nye...aku golek2 mabuk, rumahtangga hubby yang uruskan...HEAVEN ngehngehngeh
Sementara aku berehat dr berblog akibat mabuk ni, kalians selak2 entry lama wat pengubat rindu yer ekekekek


Nurul Dhia: Selongkar stor cari baju2 maternity ... perut sudah kembong wiwuwiwuwiwu



Friday, July 8, 2011

*Berpantang Versi Cesarean*

Atas permintaan ramai, maka kali ni aku sharing n caring camne aku berpantang selepas bersalin c-zer ritu.
Untuk berpantang bersalin normal bole terjah entri ini yer.

Aku sendiri x jangka akan lalui bersalin secara c-zer, tupun emergency.
Selalu aku dgr kalu bersalin c-zer ni xyah berpantang teruk2 cam bersalin normal.
1 minggu lepas bersalin da bole jln2 shopping, pakai kuar jeans, mkn pun xde la byk pantang nye, xyah berbengkung lilit2, xyah berparam berpilis bagai....wah syiok nye org bersalin c-zer ni yer!

Aku rase cam pelik la bila difikir2kan balik, kenapa bersalin c-zer xperlu berpantang mcm bersalin normal.
Sedangkan tubuh kite mengalami perubahan selama 9 bln gak semasa mengandung tak kira la bersalin normal atau c-zer kan?
Mesti nak kena 'berubat' lama cam berpantang bersalin normal kan?
Mak aku bersalin 11 kali secara normal, mmg xde pengalaman tuk jaga org bersalin c-zer.
Tapi mak aku tetap suruh aku berpantang mcm bersalin normal dulu.
Sbb badan kite perlu 'berubat' lepas bawak baby 9 bln, lg pun badan tu nak pakai lama.
Yes, sgt setuju, sbb tu mak aku maintain awet muda mcm anak dara, x mcm org beranak 12!

Aku pun berusaha google sana sini tentang cara2 berpantang secara c-zer ni.
Mcm mana nk berbengkung?
Bole x nk berurut?
Bole x nk bertungku?
Mcm2 la aku cuba selongkar pasal berpantang c-zer nih.

Thursday, March 10, 2011

* Tips Tentukan Jantina Anak *




Selepas kejayaan aku mendapat sepasang cahaya mata ni, ramai la plak bertanya petua camne nak dpt anak perempuan.

Aku rase da macam ahli nujum pak belalang pun yer, bila tolong tilik kat carta purba cina.
Aku rase mcm pakar sakit puan pulak bila bg tips itu ini tuk dpt anak perempuan...wahahaha.Nerd smile
Aku ngaku mmg aku n hubby berusaha keras untuk dptkan anak perempuan, alhamdulillah berkat usaha + doa + tawakal, akhirnya berhasil Wink
Mungkin kalians boleh refer petua/ tips ni, selain merujuk pada carta purba cina DI SINI

Tips untuk dapat bayi perempuan :

1. Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat - dr buku harun din pemberian my mom

Maksudnya : “ Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.”

2. Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari ke-11 hingga hari ke-19 dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi. Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulasi ...

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami. kawasan pintu rahim lebih berasid, ini akan melemahkan kromosom Y dan
membiarkan kromosom X sampai ke pintu rahim...)


4. Tidur mengiring ke kiri selepas bersama (sila minta izin suami dulu kalau terpaksa membelakangi suami yer )

5. Kedudukan suami di posisi bawah juga membantu anda mendapat anak perempuan ~ ngehngehngeh Rolling on the floor laughing

6. Isteri tidak perlu mencapai kepuasan yang tinggi

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali. elakkan dari memakan makanan laut
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu yer)
4. banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua2 pasangan

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan – perutnya meleper atau membulat.


Tips untuk dapat bayi lelaki:


1. Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat,


Maksudnya : ” Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.”

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari ke-21 hingga hari ke-28 /hari sebelum period dr kiraan hari pertama selepas waktu subur) Kenapa dlm waktu tidak subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yg perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormon suami perlu lebih aktif dr isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sbb first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)

3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin(Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur mengiring ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan mengiring ke kanan)

5. Isteri juga perlu mencapai kepuasan yang tinggi kerana boleh mengeluarkan cecair beralkali semasa persetubuhan, ini akan meransang pergerakan kromosom Y

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan laut (seafood)
2. Makanan yang berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka dan
minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba.

3. Zat-zat logam kalsium dan magnesim diperlukan.
4. Amalan minuman kurang manis

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf
2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama“Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”
3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki – perutnya membesar atau lonjong ke depan

Ada lagi cara lain seperti teknik 'Douching' iaitu basuh dalam faraj dengan satu alat khas yg boleh dibeli kat mana2 farmasi. Cecair samada asid atau alkali ni digunakan 2jam sebelum bersama ~ aisey agak seriau la nak guna teknik ni Confused smile

Kalians ade petua lain mau share?? sila2 la.





Friday, November 12, 2010

* Teknik Pernafasan Ketika Bersalin *

Di kala buhsan2 menghitung hari, aku sempat la surfing pasal teknik pernafasan yg betoi semasa bersalin nnt.
Aku xtau pun teknik betul nye, masa feez dulu main hentam jek sampai kena marah ngan doc sbb menjerit bukan meneran...huhuhu
Ish3 doc ni aku jerit sbb eksited la...kuikuikui.
Bila bace info2 kat internet baru tau byk peringkat teknik pernafasan bersalin ni upernye.

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama
Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).

Teknik pernafasan peringkat Transisi
Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.

Teknik pernafasan peringkat kedua
Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.

Teknik Meneran
Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yangs esuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa tekbik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.

"Overwhelming Urge“
Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.

“so-so urge“
Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).

“No Urge“
Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.

Teknik spontan
Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.

Teknik Purple Pushing
Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.

Teknik Laboring Down
Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran.

Sumber: Pa & Ma



* Masih lagi kembung...lalala *

Aku tau ramai yg menunggu berita gembira kat blog ni kan...huhuhu
Aku masih lagi kembung, masih belum kempis.
Arini da masuk 39w 2d, tapi kdg2 perut ni mengeras tetiba, ditambah sakit senggugut skit2.
Mula la berdebar2 plus excited pikir da nak tiba masa kah???
Tapi kejap2 jek, pastu sakit tu ilang.

Haiish...belum lg nmpknye, tepuk2 usap2 peyut
"Anak ibu bila nak kuar ni, da x saba nak tgk anak ibu (ibu da x larat senanye nak bawa peyut ni huhuhu)"
Seronok sgt kot SEJU dok dlm kapal selam lelama... xmo kuar gak lg :)

EDD sepatutnye 16 Nov, sehari sebelum raya haji...harap2 sgt sebelum raya haji aku da bersalin.
Risau takut xde sapa nak sambut anak aku nnt.
Doc n nurse sibuk ngan ketupat lemang la katakan...imaginasi yg tinggi..kuikuikui
Bulan nov ni byk gak tarikh idaman aku kalu ikutkan.
Kalu 9 Nov lalu sama tarikh lahir Mak su Balqis feez...da lepas plak huhuhu
Pastu berangan nak 12 Nov, sbb nnt dlm Mykid no ic cantik jek tersusun 101112-06- ......
Kalu 16 Nov ni plak sama tarikh lahir ngan adik aku no 6.

Isnin baru2 ni, agak mencemaskan...macam biasa p check up kt KK Temerloh...panggilan manja klinik tepi sungai hihihihi
Aku mmg ade problem low placenta di awal kehamilan lg.
Tapi bulan sept aritu, last scan uri da berada kat atas.
Doc pun cakap xde ape perlu dirisaukan.
Bila sampai sini, nurse sini x puas hati, sbb kes aku mcm tergantung.
X pernah dpt follow up dr doc kat KK sana.
Mmg pun, dlm buku tiap kali ade tulis refer to doc, tapi aku xpenah jumpe doc lepas last scan september tu.
Bila aku tanye nurse sana, dia ckp uri da ok kan, xperlu la jumpe doc.

Sepatutnye, aku kena wat scan setiap bulan.
Tapi stop sampai september jek, dan report scan tu pun doc x penah tgk...sbb aku prefer scan private, malas nak set appoinment scan kat hospital kajang ritu.
Scan kat KK Kajang asyik rosak memanjang.

Ok, berbalik check up kat temerloh, aku da naik risau bile dgr nurse ckp camtu.
So, after settle kat KK terus p Klinik private wat scan n kebetulan feez demam rindu kat abah nye.
Suhu badan feez panas sgt 39c... dpt la 1 shoot kat punggung feez huhuhu.
Pas feez settle, turn aku plak.
Lepas citer pjg lebar kat doc, terus doc wat detail scan.
Baby ok, cuma kecik skit xsampai 3kg.

Sampai part uri, doc ckp ade masalah skit.
Ujung uri masih dok kat pintu rahim.
Walaupun sikit, tp risau x lepas jek kalu bersalin normal n takut berlaku bleeding masa bersalin.
Aku rase cam nak nanis da, sesak dada ni umpama bernafas dlm lumpur.
Doc wat surat tuk refer kes aku pada doc pakar kat HoSHAS, tuk decision samada bersalin normal atau caesar.
Waaaa....rasa cam nak terberanak kat situ gak time tu.

Terus Zasss ke Bahagian Klinik Pakar Obstetrik & Ginekologi HoSHAS.
Masuk bilik Dr. Melati yg baik hati.
Wat detail scan sekali lagi....

Doc: Ooh..ok jek ni, xde ape2 la
Aku: Hah..ok?? Tadi scan doc sana ckp uri saya ade skit kat pintu rahim tu
Doc: Kalau dia wat camni mmg nmpk uri awk kat situ...tgk. Ni saya letak kat betul2 bawah rahim, jauh sgt uri tu dr pintu...ni kepala baby...nmpk?
Aku: ooo...mcm tu (lega mak huhuhu.)
Doc: Da tau gender baby....tu nampak x?
Aku: Rase2 nye girl ( aku senyum)
Doc: Ha'a...mmg anak dara, ok...settle ye

Lega...baru la rase bernafas dengan tenang.
Baru terjun dr katil, tetiba....

"Eh, dia x bgtau plak saya tadi perut baby kecik...baring semula...baring semula"
Aku ternganga...apakah?
"Awk da 38 w...tapi ukuran perut baby 32 w...kite ukur semula"
ngeeengee

Sekali lg Peyut aku di suluh, SEJU kat dlm da x tenang..marah betul asyik kena suluh jek.
Ukur sana, ukur sini, check air ketuban...serahkan pd yg pakar.

Doc: Tulang ok, saiz otak ok, air ketuban cukup....berat baby pun ok...3kg je...tapi perut awk besar betul. Mmg besar mcm ni yer?
Aku: Hihihi..ha'a perut saya mmg besar (sengih kerang busuk malu2 aku)
Doc: Hah..nampak tu muka baby
Balqis: Macam mana nak tgk, x paham la
Mak: Kata nak jd doc, kena la belajar.
Balqis: Yela, balqis nampak tapi x paham la
Doc: Ni pun da canggih skit scan nye, kalau dulu2 punye nmpk pasir jek. Doc pun belajar berbulan2 baru pandai dan paham (rajin plak doc ni melayan balqis)
Doc: Ni mata, hidung, mulut..oooo masam nye dia. Apa yg dimarah sgt agak nya...masam je muka baby ni. Saya print lg jelas...adik boleh nampak jelas yer.

Doc pun print sekeping bg kat Balqis.
Balqis dok belek2 sambil garu2 kepala.
Pastu x puas hati soh aku plak terangkan ape benda la tercetak tu...haishhh mak su, mak su

Alhamdulillah, nampak ibu ok, baby pun ok.
Semoga semua selamat, amin.
Kalians, doa2 kan la aku n seju selamat yer :)

Ops...sampai kat rumah

Balqis: kakak, doc ckp lelaki ke perempuan?
Aku: Kan doc ckp tadi perempuan.
Balqis: Nak letak nama ape yer, kena buat list ni.

Mlm tu balqis berusaha keras wat list nama2 baby perempuan.
Nama, makna dan Jumlah undian...apakah???

Aku: Nape ade jumlah undian plak ni?
Balqis: Senang nanti nak kira nama mana yang undian tertinggi, yang tu la bg kat baby nnt.
Aku: Sape plak yg nak ngundi nye? Kat rumah ni bape org je ade.
Balqis: Kawan-kawan balqis la
Aku: huh...?

Dan setiap kali balqis balik dr sekolah, dia akan melaporkan jumlah undian setiap nama dlm list tu...huhuhu
Apa2 je mak su.





Thursday, October 14, 2010

* Checklist Hospital *

Senarai Barang Yang Perlu Dibawa Ke Hospital.
Senarai ni aku ambil dr New Mum Book, hadiah dr Hospital Sultan Hj Ahmad Shah, Temerloh, Pahang masa bersalinkan Hafeez 2 tahun lepas.

IBU
* Kain Sarung/Batik - 4 helai
* T-shirt - 4 helai
* Tuala Mandi - 1 helai
* Toileteris
* Tuala wanita - 1 bungkus

BAYI
* Baju - 4 helai
* Lampin/Kain Bedung - 10 helai
* Tuala mandi - 2 helai
* Pampers - 1 bungkus kecil

Lain-Lain
* Pinggan
* Cawan/botol Air
* Sudu
* Makanan kering (biskut/roti) dan minuman

Perhatian: Tidak perlu membawa barangan lain selain daripada barangan di atas.

Senarai di atas biasa nya khas untuk hospital kerajaan.
Kalau swasta mungkin ade yg disediakan oleh pihak hospital, contohnya alatan makan & minum.
Dan yg paling penting, botol susu adalah dilarang sama sekali kalau hospital kerajaan ni.
Sebab nak galakkan ibu2 menyusukan anak dengan susu ibu!
Masa bersalin kan Hafeez dulu pun, ada ibu yg kena sound ngan nurse sbb bawa botol susu dan 1 tin susu formula.

Kebanyakan hospital swasta, botol susu dibenarkan, malah ada yg bg sampel susu formula percuma lagi tau.
Jadi, kepada ibu2 yg berniat nak breastfeed baby selepas bersalin, sila maklumkan awal niat kalian untuk menyusukan anak dengan susu ibu sekiranya bersalin di hospital swasta, sebab tak semua hospital swasta yg menyokong penyusuan ibu ni.




Tuesday, July 27, 2010

* Projek Khas Buat SEJU *

Preggy kali ni, aku sgt rajin rasenye.
Berazam nak jahit itu ini tuk persiapan menyambut SEJU.

Weeken baru ni, aku berjaya siapkan 2 misi.
Misi 1, menjahit kain bedung chumel2 buat SEJU (^_^)
Aku borong Cotton Flannel kat Nagoya yg mmg tgh sale skrg ni.
Rambang mata nak pilih kain, kartun sume tomei2!


Dpt la 7 helai kain bedung, rase cam nak tambah lagi kot.

Bukan boleh pakai sebagai bedung jek, boleh juga dijadikan selimut baby.
Ukuran aku buat memang besar 36 x 36 inchi.
Ade yang berkenan boleh la tempah ngan acik... :wink:

Misi 2, Tukar kain alas Baby Bath Seat Cradle Chair Support yg da reput.
Baby bath seat ni hadiah mak cik aku masa Feez lahir.
Da buruk n reput sgt2 kain alas nye.
Jadi aku pun jahit la guna kain yg baru, agak mencabar bile jahit part alas kepala bentuk LOVE tuh.
Bape kali buka jahit... buka jahit bantal kecik tuh...huhuhu



Ade lagi 2 misi tertangguh.
Insyallah, sempat kot siap sebelum SEJU kuar.
Walaupun ini kali ke-2 sambut org baru, tapi aku semangat lebih wat persiapan tuk wat sendiri semua barang2 SEJU.
Masa Feez dulu aku lebih tumpukan persiapan tuk Breastfeeding.
Hinggakan persiapan lain, ala kadar je aku sediakan.
So, kali ni aku nak wat persiapan yg x sempat aku buat masa Feez dulu.




Thursday, July 22, 2010

* Ibu + SEJU 23W *

AKU :D

Check up kelmarin, dpt result mgtt.
Berdebar-debar tunggu result mgtt, rase cam mase amik result SPM dulu2 jek.
Alhamdulillah, paras gula aku normal.
Peningkatan gula lepas minum air gula tu pun ciput jek naik nye.
Tak sampai 5 mmol/l pun.
Tapi aku tetap kena kawal makan.

Berat tetap naik cecah 2kg dlm masa 2 minggu...adeh.
Tu pun aku da diet habih da tu, mkn nasi sesenduk sekali sehari jek.
Walaupun senanye nafsu makan meronta2 nak bedal nasi byk2.
Baru masuk 23 weeks, berat aku da naik 10kg dr berat asal...uwaaaa.
Banyak tu weh, 5 bln da 10kg...cukup 9 bln bape la berat aku naik...ngengenge.

Bacaan Hasil Ujian MGTT Bagi Ibu Hamil

Aras glukosa dalam plasma vena (mmol/l)

Puasa 2 jam selepas glukosa diambil
_Normal <6 <8
_Tolerans glukosa yang terganggu 6-8 8-11
_Diabetes >8 >11

Sumber: http://www.edaransalindah.com/menarik-diabetes%20semasa%20hamil.htm

SEJU ;D

Aku mula rasa SEJU's 1st movement bila da masuk 4bln.
Lambat sikit berbanding FIJU dulu, Hafeez masuk 3 bln da rase geli2 da dlm peyut ni.
Terkejut gak bile ada benda bergolek2 dlm peyut.
Aku suka la main2 ngan SEJU, bile aku mengiring ke kanan, terasa dia bergolek2 ke kanan, aku pusing plak ke kiri, dia pun bergolek2 ke kiri.
Rasa geli2 pun yer.

Masuk 23 week ni, da macam World Cup stadium la plak peyut ni!
Walaupun musim world cup da tamat, SEJU aktif menendang2.
SEJU menendang x kira siang malam..., x kira kiri kanan depan belakang, x kira kuat ke slow!
Lebih terasa bile time kelaparan.
Buhsan + Borink agaknya duduk dlm kapal selam tu sorang2.
Toys pun xde nak wat main2 kan.
Main ngan cik tali pusat je la....kuikuikui.

Sepatutnye masa check-up kelmarin aku kena wat scan, nk check position uri camne.
Tapi scan klinik rosak la plak...ces.
Da eksited nak tau gender SEJU.
Nampaknye weeken ni scan kat Temerloh jela, alang2 balik kg weeken ni.

Nota Gediks: Diri ini x sabar nak shopping brg2 pink. Semoga termakbul..amin, amin, amin





Thursday, July 8, 2010

* Aku Nampak BESAAAR!!! *

Aku da bolat!
Aku da gumoks!
Uwaaa...rase nak nanis jek.

Check up baru2 ni dapat berita kurang best.
Aku kena jalani GTT (Glucose Tolerance Testing).
Senang cite nak cek sama ada aku ada diabetes ke tak.
Untuk info yang lebih lanjut, sila ke laman ini.
Appoinment ditetapkan esok ujian tu.
Alahai, selalu aku dgr teman2 bercerita pasal test ni...dgr pun aku da seram sejuk wei.
Kena puasa, pastu minum air gula yg pekat manis likat tu, pastu kena cucuk ngan jarum panjang amik darah plak.......ngeeeee.

Dalam family aku mmg xde sejarah penyakit ni.
Tapi.... disebabkan berat aku bertambah dgn jaya nya dua bulan berturut2 iaitu 3-4kg dlm tempoh sebulan tau!..sebulan!
Maka doc soh buat GTT.

Hadeiii..tula makan ikut nafsu lg.
Sume di belasah, x control langsung.
Memang aku akui, pregnan kali ni aku berselera sgt.
Time tido jek aku x mkn, lain mengunyah memanjang.

Dan aku pun perasan, badan aku semakin bolat, gumoks dgn cepatnye.
Semakin berat diri ini ku rasakan.
Semua org tegur aku nmpk BESAAAAR!

Harap2 xde pape la.
Aku berjanji akan control makan pasni...ceh da terkena baru nak sedar diri...haish.





* Baru lah Adil *

Balqis: Kakak da tahu ke adik hafeez lelaki atau perempuan?
Aku: Belum, baby kecik lg, x nampak lg.
Balqis: Kak chana soh bgtau kalau da tau baby ape. Dia nak belikan baju kat jepun.
Aku: Kalau Balqis nak lelaki ke perempuan?
Balqis: Tentu lah nak perempuan.
Aku: Kenapa plak?
Balqis: Kalau perempuan baru lah adil. 2 sama. Kalau lelaki nanti kakak sorang jek perempuan dalam keluarga kakak. kesian kakak..hmm (dengan nada sedih gitu)
Aku: oh, ye tak ye gak. .. huhuhu

Memang da beribu kali gak la si balqis ni dok tanye baby ape? baby ape?
Sabar yer mak su, x lama lg tau la.
Doa2 la dapat baby girl plak.
Penat tau acik plan giler2 nak wat baby girl ni.
Siap tgk carta purba cina lg.
Bila sampai bulan tuk baby girl, sungguh2 ngan hubby bekerja keras time tu....hahaha..ops 18 sx sudah.

Da usaha, doa & tawakal la plak.
Apa yang penting baby sihat sempurna sifat....amin.





Monday, June 14, 2010

WhY? WhaT? WhY? dan SEJU

"Nurul, apsal lama tak update blog?"
"Ari2 buka blog dhia, tapi xde update pong. bile nak update ni?"

"Akak da x update blog ke?"
"Nape kedai x leh masuk??"

bla..bla..bla..


Jenuh aku nak menjawab soklan2 tu.

Hampir 3 bulan ku menyepi kan diri upernye yer..huhuhu.

Terharu sungguh kalians masih sudi jenguk umah pink ku ni walaupun tuan umah nye ilang tah ke mana.


Why? Why? Why???
Why?

Seperti kalians sedia maklum, daku sedang mengandungi SEJU (second junior).

Dan sedia maklum la kan aku ni kalu time camni mmg mabuk sakan.

Jap kang uwek!...pastu Uweeekk lg dan lg dan lg...huhuhu

Mmg aku x berdaya langsung buat ape2.

Hanya mampu melayan pening lalat, muntah, mabuk sambil makan minum dan tido aje...hihihi
Urusan umah tangga dan feez ku serah bulat2 kat hubby.

Why?

Memasak? - aku xbole masuk dapo, xtahan bau sabun pinggan dan bau2an masak2 ni. Paling x tahan bau nasi yg tgh dimasak....waaaa....cepat2 aku lari kurung dlm bilik. Terpaksa la aku letak jawatan jap.


Membasuh? - aku xleh tahan betoi ngan bau sabun basuh, terus loya yg amat. lebih2 lg kalu kain yg da siap basuh tu. mmg aku x dekat la, rase nak buang sume kain2 tu...hahaha.


Hafeez? - kalu masa feez dulu, aku x suka bau badan hubby. tapi kali ni, aku x leh tahan bau badan feez, alahai cian feez. bile feez dekat, cepat2 aku soh feez p main jauh, main ngan abah...ape nak kate meraung la anak teruna ku itew...nak x nak terpaksa la aku menahan loya setiap kali feez dok ngan aku...huhuhu...bukan salah ku weh!


Blog? - kalians jgn gelak tau, aku nak bgtau ni. ni pelik skit ku rase. sepjg mabuk ni aku benci tgk blog, x kira blog aku or blog sesape saje. kadang2 aku tgh semangat nak menulis, tapi bile buka blog jek, aku termenung jap pastu aku rase serabut giler...rase pening pale ni, nak termuntah bagai, cepat2 tutup balik. sudahnye...bersawang la umah pink ku ni kan. Mungkin ni pembawakan budak kot. Agaknye SEJU x suka ibu berblog kot. soh ibu berehat sakan...huhuhu


Sayangbabyibunet? - aku terpaksa tutup kedai sementara waktu sbb x mampu nak handle dlm keadaan kesihatan yg x menentu. Insyallah, sayangbabyibu.net akan beroperasi seperti biasa dlm bulan ni. sedang update stok2 baru. wink!


SEJU...


Alhamdulillah, SEJU now 17 weeks, sihat berpusing2 di dlm.

Sekali sekala SEJU wat tendangan halus sambil kuis2 ...chumil..chumil ...

Feez panggil Adik, kadang2 baby sambil tepuk2 peyut ibu pastu letak pipi atas peyut ibu.
MUaaah....bertempek air liur kat peyut ibu...huhuhu
Cuma feez semakin manja ngan ibu, kalu time nak ngamuk2 mesti ngan ibu.

Abah pun x leh dekat nak pujuk.

Orang lain lg la feez xmo.

Ibu la gak yg kena pujuk, kadang2 penat sgt layan kerenah feez ni.... hadeeiii.


Pregnan kali ni mabuk cuma sampai 3 bln jek.

X macam masa feez dulu, 5 bln aku mabuk2.

Cuma morning sickness jek masih ade lg....rase nye sampai bersalin kot ade, cam yg 1 st dulu. Tapi aku cepat sgt rase penat, mengah, semput.

Baru2 ni, doc bgtau uri aku kat bawah lg, tapi disebabkan terlalu awal lg, ade ape nak dirisaukan sgt.

Uri tu akan bergerak ke atas sendiri, tapi kena hati2 supaya xde bleeding ke ape.

Kalu ade bleeding kena cepat2 p hospital...xmo xmo.

xleh wat keje2 berat, angkat benda berat2 (mmg aku da lama x angkat berat), dukung anak ( yg ni mmg aku x leh elak, sbb feez akan meraung sakan kalu aku x layan dia).

Kadang2 aku cakap kat SEJU "adik main2 kat dalam tolak2 uri ibu naik ke atas yer sayang, soh kawan dok kat atas ye." hihihihi

Harap2 masuk 24 weeks nnt wat scan semula, uri da naik ke atas, amin.


Breastfeeding....

Alhamdulillah, misi BF feez 2 thn tercapai.

Dan sekarang feez masih lg BF (Tandem Nursing).
Tapi aku da stop aktiviti mengepam sejak mabuk melanda.

Lgpun setiap kali aku pam, sgt sakit dan aku jd pitam.

Nak xnk aku stop mengepam...juz direct bf jek.

Tu pun ya ampun, berair mata ni menahan pedih bile feez menyusu.

Nipple kite agak sensitip bile pregnan ni. Cobaan....
Bole ke bf masa pregnan ni? soklan cepu mas yg selalu serang aku sejak akhir2 ni.

Aku akan citer lebih lanjut tentang "Tandem Nursing" di entri lain yer.

hahaha...pjg plak bebel kali ni.
Lepas gian lama x berblog.

Sesungguh nye aku sgt rindu kemeriahan berblog n berdiskusi ngan kalians semua.

Banyak yg nak aku kongsikan sepjg 3 bln aku bercuti dr berblog.

Harap kalians sabar menanti update seterusnye yer.

Salam sayang wat kalians semua...muaaah!



Wednesday, March 17, 2010

* ( ^_^ ) *

Sakit tekak, gatal tekak, demam skit2...on off demamnye, pening kepala...bla bla bla
Bile da jadi camni mula la idup ku jd tak tenteram.
Sume benda wat x kena, makan ade selera tapi kadang2 x lalu nak makan walaupun peyut ku suda bernyanyi riang.
Tekak ni la ngade2, memilih plak nak disumbat ape.
Waaaaa...tensen acik tau!
Nak Makan!!!!





Bau2an tertentu buat aku rase x tenteram.
Rase cam nak pakai topeng oksigen jek.
Lemas nak sedut udara sekeliling, tiada lagi udara segar bgku.
Sume telah tercemar!!!


Bertambah haru biru idup ku dgn tekak yg sakit ni, rase cam nak garu tekak ni soh kuar ape2 yg patut.



Pening2 lalat kepala walaupun tiada lalat yg berkeliaran kat aku huhuhu.
Terasa di awang2an bile bergerak ke sana ke mari.
waaa....xsukaaaa!

1 jek benda aku suka skrg ni...... Taraaaa!!




Asam jeruk yg buat ku rase nyaman sekali.
Buat aku lupe akan sakit penin, mual tekak sume.
Adeh, terliaur meleleh da ni....nyum nyum

Ni sume perbuatan Abah Hafeez la ni...huhuhu


Alhamdulillah.... (^_^)
Rezeki Dhia's Family bertambah tahun ni.



Oh, Feez masih belum mengerti, wat dek jek.
Makin manje ade le...huhuhu