Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Monday, 12 December 2011

Jika pasanganku adalah

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)


Jika pasanganku seorang Doktor,
Sakit demamku akan dirawat segera.

Jika pasanganku seorang Guru,
Akan dicurahkan segala ilmu kepada anakku.

Jika pasanganku seorang Polis,
Diriku terasa selamat disisi nya.

Jika pasanganku seorang bergelar Dato',
Alangkah bertuah diriku.

Jika pasanganku seorang Driver, 
Akan dibawa diriku kemana sahaja.

Jika pasanganku seorang Pemuzik,
Diulit diriku dengan lagunya.

Jika pasanganku seorang Ustaz,
Alhamdulillah, dibimbing diriku je jalan Allah.

Jadi, tidak kiralah siapa juga pasangan kita itu,  
Bersyukur lah dengan apa yang diperolehi.
Kerana itu adalah jodoh kita yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.
Anggaplah ianya satu ujian dan juga anugerah.

Tuesday, 29 November 2011

Tersentuh Hati

As Salam & Selamat Sejahtera 

Setiap keluarga di dunia ni pernah mempunyai masalah.
Tak kira samada keluarga itu senang atau susah, orang tu berpangkat atau tidak,
 mesti ada masalah w/pun sikit.
Sy ni suka membaca blog, tidak kira la berkenaan apa pun.
Termasuk la blog ini.
Banyak kisah2 yang menarik untuk menambahkan pengetahuan.
Tadi, sy ada terbaca satu kisah ni di situ.
Kemudian ada seorang pembaca yang komen dalam entry tu & membuat sy tersentuh hati.
Komen nya tertulis seperti dibawah :

"assalamualaikum..trpandang tajuk perbincangan,mengingatkn sy akn mslh y saya hadapi..alhamdulillah..ayh saya tidak smpai berkahwin dua..begini ceritanya..

ayah telah mndapat seorang kerani baru di tempat kerjanya beberapa tahun y lalu..alhamdulillah,bebanan kerja boleh diringankan..tetapi lama kelamaan hubungan bos dan kerani brlanjutan sehingga diluar waktu pejabat..kadang2 mereka berSMS,sehingga waktu lewat malam..kadang2 mak sengaja mmbaca SMS ditelefon ayh,sedih hati seorang isteri pabila trbaca SMS "love u sayang..sayang dh makan?..rindu kt sayang"..ya Allah..adakah ayahku mmbuat maksiat dengan isteri org ditempat kerjanya..subhanallah..kesedihan ibu tak mampu ditanggung..akhirnya kami adik bradik mengetahuinya..sakitnya hati kami,sehingga kadang2 timbul rasa bencikn ayah..kebelakangan ini..ayh slalu marah2 mak..walaupon itu silap die..keegoan die makin trserlah..sakitnye hati kami..bile melihat mak menangis..tp diingatkn itu ayh kami..kalu tdak..ad jugak y kna sumpah seranah..sekarang..sy mnjdi semakin prejudis trhadap lelaki..sy tidak suka pulang kerumah utk mndengar bebelan ayh memarahi emak..sebelom rase sayang brtukar benci..sy tenangkn mak..biar la ap ayh nk wat ngn pompuan lain..dose ats bahu die..mak dh tegur die marah..biar la mak..asl mak trus taati ayh,sudah..kekadang saya tidak mengerti kenapa mak sy trlalu mengikut kemahuan ayh..smpi sy tgk layanan seorang hamba kepada tuannya..dan ayh,kenapa buta utk melihat pengorbanan mak y brsusah payah itu..sekarang sy sedar akn kesalahan ayh..mungkin sy sudah pandai menilai..ayh tidak mnjalankn tngunjawabnye kepada kluarga..hanya mncri duit..y lain semua diserahkn kepada emak..sehingga mmbaiki kereta,mmbeli perkakas letrik,membaiki paip bocor,mnjaga keselamatan umh..sumanya diletakn dibahu emak..ayah tidak mengambil tahu perihal anak2..pabila ank y meningkat remaja tidak mndpt prhatian y sewajarnya..diberi kebebasan..akn hanyutla ank itu..dengn harapan ap y brlaku kpd adik sy,diambil iktibar oleh ayh..utk lbih mnjga kami..tetapi,harapan tingal sengsara..mak y dipersalahkn 100%..sakitnya hati kami..erm..skrang utk mengubat hati sy y sakit ini..hanya doa y xputus2...smoge ayh sedar akn silap die..sakit hati tuk lihat kesedihan mak... "

Mungkin ini salah satu ujian dari Allah S.W.T untuk keluarga dia. 
Setiap manusia mempunyai masalah yang berbeza2
dan setiap masalah itu juga ada jalan penyelesiannya.
Hanya pada Allah tempat kita bermohon pertolongan, InsyaAllah masalah itu dapat diselesaikan.
Cuma cepat atau lambat sahaja. 
Sama2 la kita mendoakan kesejahteraan diri & keluarga kita, dan juga seluruh umat Islam. Amin.

Tuesday, 1 November 2011

Apa Yang Anda Tak Tahu Tentang Seorang AYAH

As Salam & Selamat Sejahtera (^_^)


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Sumber : FB 

"Sebak, sedih, pilu & teringatkan ayah yang berada di rumah, dikampung atau dimana saja adalah emosi yang hadir dengan sendirinya selepas membaca artikel di atas. Tetapi mungkin ada juga yang tidak merasa perasaan itu langsung selepas membaca artikel ini. Mungkin kerana ayahnya telah menimbulkan kebencian yang mendalam terhadap diri anaknya. Walau ayahnya mati sekalipun, dia tidak akan merasa sedih. Isi hati, siapa yang tahu?? Ingatlah, tiada yang mustahil di dunia ini."