Ingin coretkan sedikit kenangan sepanjang 2016. Pahit manis 2016, yang sempat saya rapikan dlm kenangan.
Januari
Irham Faris memulakan sesi persekolahan darjah 1. Baru je rasa mendakap anak sulung kami saat kelahirannya, kini kami melihat anak kami memulakan fasa baru dlm lipatan sejarahnya :) masih manja, bila kepenatan, rajin papa layan anak manja papa berdukung blk dr sekolah petang. Rutin anak tiba2 berubah :)
Cuti2 di tepi pantai juga dgn anak2
Februari
Sempat bawa anak2 bercuti ke johor, kita ke Angry Bird Park.
Juga cuti2 du pantai pengkalan balak, melaka.
Anak2 memulakan kelas quran Al-Baghdadi.
Wajah happy apa yang direncana berjaya dilaksanakan.
Mac
Terlibat dlm program ini, sebagai penceramah jemputan.
Di ofis pula, gigih semua staff terlibat dgn taklimat dan kelas utk sistem baru yang dibeli utk kepentingan ofis.
Alhamdulillah, kami juga mendapat projek perumahan baru utk dilaksanakan. Ketika majlis pelancaran berlangsung.
Selepas agak sibuk dgn karier, masa utk family juga cuba kami luangkan sebaiknya.
Sempat cuti2 ke cherating bersama anak2 :)
Sempat juga kita cuti2 ke sabah :) kenangan manis utk kita sekeluarga :)
Juga gathering makan2 bersama family besar kami utk dua2 belah pihak. Makan2 meraikan kedatangan keluarga dr kelantan dan juga makan2 kesyukuran juga bersama fmly sy.
Makan2 di ocean houz
Gathering di kg warisan
Juga di istana bamboo.
Juga tentang hari sukan adam dan ariana :)
April
First time saya join prgram ATV. Atas urusan kerja ie marketing, company kami antara pihak yang memberi sponsor kpd program. Program bersama company agen hartanah yang banyak support office kami.
Dan inilah aktiviti lasak yang saya join sehari sebelum saya tahu saya sudah pregnant en ammar faiz. Patut la terasa sgt kepenatan itu ie 6 jam di dalam hutan meredah jalan hutan dan anak sungai.
Kira jadi gathering family sy juga la. Asalnya sebab tak sampai hati nak tinggal anak di hujung minggu.
Mei
Bulan ini juga kita ke penang sempena hari keluarga ofis mama. Uniknya kAli ni sebab semua adik beradik dan ma abah sy pun kelapangan utk join dan support majlis ofis saya. Saya hepi sgt. Kita ke batu feringgi. Lebih mengujakan, ma dan abah join kami dlm sukaneka :):)
Kita sekeluarga sempat bercuti ke Hong Kong. Nak capaikan hajat anak2 utk ke disneyland. Sejak mama pregnant, aktiviti jalan2 dan karier mama dikurangkan. Terasa juga impaknya tp kami sentiasa yakin pd rezeki Allah. Rezeki utk anak2.
Julai
Sempat juga bercuti di cherating. Cuti santai2 sbb sy mula semput dah :)
Kita sempat juga turun ke singapore. Bercuti di sentosa island, bermalam di siloso beach resort, sentosa.
Sibuk persediaan utk projek perumahan kos rendah pula. Dalam sarat masih turun padang smp ke malam :)
Masa ni banyak berehat dan keluar masuk hospital sbb masalah kesihatan ie bila aktif je sll ada tanda2 hampir premature. Tapi ada juga la bawak anak2 ke Bukit Fraser.
Oktober juga adalah bulan annual concert dan graduation adam dan ariana :)
Tengok, comel betul mama. Dua kali saiz papa ye hehe.
November
Alhamdulillah, november adalah bulan paling bahagia dan penuh syukur utk kami sekeluarga. Ahmad Ammar Faiz selamat dilahirkan. Hadiah paling berharga dan kegembiraan plg utama tahun 2016. Highlight of the year :)
Alhamdulillah, rezeki anak. Kita berpindah ke kediaman baru.
Dan adam hariez kesayangan kami juga baru menghadiri orientasi persekolahan. Ya Allah, cepatnya pantasnya semua berlalu.
Saya selalu rasa tahun 2016 tahun saya "hibernate". Saya rasa selalu lemah dan tak sihat ie alahan mengandung, sll rasa byk menyusahkan org sekeliling sy, perkembangan karier agak menurun, tak byk boleh bergerak ke sana sini, tp bila saya buka balik lipatan sejarah, alhamdulillah sy sgt bersyukur dgn apa yg dianugerahkanNya pada 2016.
Bak kata suami - wonderful 2016. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Sesungguhnya dan sejujurnya air mata saya menitis tatkala menulis entry ini. Byk kenangan yang disingkap terutama tentang kenangan dgn insan tersayang.(termasuk kenangan dan gambar2 yang tidak diupload dan dicoretkan di blog ini). Banyak kenangan diimbas kembali.
Saya menulis entry ini ketika suami di sisi. Suami pula membuai perasaan sy dgn mengalunkan beberapa lagu kenangan kami ketika lewat malam ini (3.00 am). Sungguh byk yg Allah kurnia pd sy. Semoga sy tidak tergolong dlm org yg lalai dan semoga kehadiran sy dpt menggembirakan org disekeliling sy dan diberi kemudahan utk sy juga berbakti dan berkongsi kegembiraan dgn insan2 disekeliling, samada saya kenal atau tidak, apatah lagi utk org yg bersusah senang bersama saya, inshaAllah.
Semoga 2017 juga menjanjikan sesuatu yg menbahagiakan inshaAllah. Berdoa dan berusaha yang terbaik utk masa mendatang. Kenangi dan syukuri utk masa yg sudah berlalu. Yang elok disyukuri nikmatnya, yang pahit disyukuri pelajaran yang diperolehi darinya. Senoga kita tidak diuji dgn ujian yg kita tidak mampu.
Selamat menyambut tahun 2017. Semoga impian kita tercapai pd 2017 nnti. Jangan takut berangan kerana tanpa angan2 kita bagaikan hidup tanpa haluan.
Ingin saya selitkan apa yg sll sy semat di hati. Pesanan dari ma dan abah sy. Semoga diambil pesanan ini secara positif, tak ada niat lain sekadar berkongsi, di mana seorg ibu dan ayah pasti akan sll risau dan tidak jemu menasihati anak2nya.
Ini ketika saya mula minta pandangan cum izin utk pindah ke rumah baru. Setiap masa ma dan abah byk bg nasihat dan ingatan pd sy. Semoga kita semua tidak lupa.
Pesan abah, dunia ni hanya sementara, kejar la akhirat, inshaAllah kita dpt dunia kita dpt akhirat. Kalau susah di dunia, jgn takut, ujian dunia sgt sekejap, tp takutlah utk ujian di akhirat. Kalau hilang apa yg pernah dimiliki di dunia (org kesayangan ataupun harta benda), janganlah takut kerana sudah ditakdirkan sejak azali apa yg didunia tidak pernah kekal. Ujian kehilangan juga adalah tanda Allah syg, bukan hukuman. Allah Maha Pengasih, bersangka baik sll pdNya.
Semoga anak2 mama juga ambil pedoman setiap nasihat berguna yg mama terima kerana mama risau mama khilaf dlm mendidik dan menasihati anak2 mama.
Salam sayang semua.
Mrs Nizar













































































































