Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

31 March 2013

Tak sangkanya!!!

Assalamualaikum guys.. :D

U know what.. Skin yang saya buat jadi SOTD. Wo ho.. tak sangka. Alhamdulillah... Walaupun tak berapa cantik, tapi thanks to everyone yang rate mine. :)

Baru je publish 29 March hari tu.. hihi.. Saya baru lagi kat blogskins.com.. Hope bagi kerjasama kat saya yang masih nak menjinakkan diri dalam blogskins ye. Hahaha, tu je la kot. Salam sayang daripada saya. ^_^
Share:

28 May 2011

beberapa perkara yang saya tak suka kat bloggers

assalamualaikum . . nampak tak tajuk tu ? macam tengah marahkan , tapi tak marah pun . cuma tak berapa nak suka . kiranya agak dah lebih 200 jam tak update blog . rasa macam lama sangat . exam dah la nak dekat . doakan saya dapat jawab dengan tenang dan betul ye .

perkara yang saya tak suka kat bloggers
  • blogger yang cakap dia dah follow blog kita , padahal tak pun
  • blogger yang cerita menghina/mencaci seseorang kat blog dia , paling teruk lagi dia bagi gambar , nama dan link blog orang tu (dahsyat sungguh)
  • blogger yang suka sangat suruh orang follow blog dia
  • bloggers yang follow blog saya sebab 'comel , lawa' !
saya dah banyak dah baca kat shoutbox saya , ada yang cakap dia dah follow blog saya . padahal saya tengok tak de pun . tak pelah , saya tak kisah . cuma lain kali tak perlu tipu je . ada jugak bloggers yang suka sangat nak suruh follow blog dia sebab dia dah follow blog kita , lepas tu kalau kita tak follow , dia unfollow blog kita . sampai hati betul .

kadang2 tu , saya ada ternampak , malah terbaca post kat blog blogger2 berkaitan dengan orang yang dia tak suka . lepas tu nak caci orang tu . please la , jadilah orang yang bermulut baik . tak perlu nak heboh2kan kat orang ramai . daripada kita tak berdosa , jadi pulak berdosa sebab kutuk orang . nak ke berdosa ???

dan lagi satu , tolong jangan follow blog saya kalau tak nak komen post kat blog saya ! haha . . tak kisah la nak follow ke tak . janji follow dengan ikhlas tau . jangan paksa saya follow blog anda sebab saya tak berapa nak berkenan dengan ayat tu . maaf sangat2 .

tu je la yang saya tak suka . harap korang semua jadi blogger yang baik hati .


ada satu benda lagi nak cakap , sila baca kat bawah ni ye . .
MUNAAQASHAH MEI 2011

Hakikat Multilevel Marketing (M.L.M) dan Hukum Syara' Mengenainya
Tarikh : 29 Mei 2011 (Ahad)
Tempat : Khilafah Centre, Bandar Baru Bangi
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari

Semua dijemput hadir. Masuk Adalah Percuma!
maklumat lanjut , layari [link] . terima kasih . .
Share:

06 April 2011

saya suka tengoklah !

assalamualaikum semua . . semalam kan kan , waktu saya nak masuk kelas selepas waktu rehat , saya nampak sebuah lori yang tulis 2020 . perghhh ! saya teringat kat username blog saya . shidah2020 !! tak sangka . haha . . :D

ok2 , berbalik kepada tajuk . . :D

ni dia antara senarai blog2 yang saya suka jelajah :
  1. Rassfira
  2. doubleLIGHT
  3. hanan
  4. aisyah
  5. athirah
  6. sarah nabila
  7. fatihah
  8. mardhiah marisha
  9. dayana
  10. ida
  11. hujan
  12. syakirasyidah
  13. sheera
dah habis dah kot . . hehe :D

Share:

21 March 2011

minta maaf ye semua

kepada sesiapa yang invite saya untuk join mana2 contest , saya mintak maaf banyak2 sebab tak dapat nak join . saya malas nak join la . maaf sangat2 ye . . kalau saya rajin nanti saya akan join . :)

-----------------------------------------------------------------------------------------------

buat masa ni saya tak ada idea nak tulis apa dalam blog . kalau dah dapat idea baru saya akan update :)
Share:

23 February 2011

saya tersenarai !

assalamualaikum semua . dengan hati yang riang dan girangnya shidah nak cakap , shidah tersenarai dalam top 13 contest blog paling hebat by aida shafiena . tak sangkanya !!! balik2 , tengok kat shoutbox , wah !!! mata terbeliak kot . . hehe . . ok kawan , kalau sudi , jom vote shidah no 9 kat [sini] . thanks . .
Share:

19 January 2011

Klik2 iklan kat blog lain

Assalamualaikum . . Sejak dua menjak ni , ana kalau singgah blog orang , kalau nampak iklan2 , mesti ana klik . Sekarang ni rajin nak klik2 benda2 macam tu . Rasa best pula . Apa yang best sangat ? Jangan tanya , ana sendiri pun tak tau kenapa .


Hampir semua blog blogger Malaysia ada iklan nuffnang . Wow ! dahsyat sangat tu . Macamana boleh sampai jadi macam tu ? Sangat tak tau . Kadang tu tergelak juga ana , ada juga blogger yang mengharap sangat orang lain klik nuff diorang . Kesian kat diorang tu . Tak pe2 , jangan risau . InsyaAllah , kalau ana singgah blog kawan2 , ana klik ye .

Kawan2 , tulis blog untuk apa ye ? Untuk dapat duit daripada nuffnang ke ? Ke suka2 , saja2 ? Atau nak meluahkan perasaan ? Sebelum buat sesuatu , niat kena betulkan . Janganlah buat sesuatu perkara yang tak mendatangkan apa2 faedah kepada semua. Ada juga yang mengutuk/menghina/mencaci , orang lain kat blog . Janganlah buat macam tu , jangan cepat panas baran . Sabar banyak2 .

Berbalik kepada iklan . Kalau kawan2 nak ana klik nuff kawan2 , bagitau ye . Jangan malu2 . 'Klik2 iklan dah jadi keperluan para blogger' . Daripada blogger yang lama , sehinggalah blogger baru semuanya ada nuffnang . Daripada yang terkenal , hinggalah yang kurang dikenali semuanya ada .

Jadi , apa macam ? Ok ? Kalau tak ok , jom ok kan diri kawan2 . Banyak2lah ingatkan diri . Segala sesuatu yang terjadi , semuanya atas pilihan yang kita lakukan . Buatlah pilihan dengan betul , tepat dan bijak .
Share:

21 December 2010

bertukar ! macam2lah .

Assalamualaikum . Selamat malam . Malam yang indah ~
Nampak tak perubahan ? Sudah warna biru . Suka sangat . Nampak cantik/lawa (bangga nampak) .
Heeee ~

Apa kata malam ni kita tengok gambar2 cute , menarik dan wah !! :)



Ok tak ? Heee ~ Penat ana cari semua gambar tu , akhirnya jumpa juga gambar yang dikehendaki . Alhamdulillah .

Sejak 2 menjak ni , ana rasa agak risau . Risau sangat2 . Ada orang tau rahsia ana . Fuh !!! Punyalah ana marah . Tapi , sabar je yang ana boleh buat .

Kawan2 , doakan ana dan keluarga ana ye . Doakan jelah apa2 pun , asalkan yang baik2 . Nanti , insyaAllah ana doa untuk kawan2 ye . Semestinya ana tidak lupa akan itu .

Ana nak promote blog beberapa orang . Harap kawan2 klik ye dan baca .

Nisa' ( perjalanan seorang wanita )
shirashafrida ( wanita mustanir )
Nurul Shafiqah ( life as a muslimah )


Ok , sudah . Hanya 3 orang je. :)
Sesiapa yang nak menawarkan diri untuk ana ziarah blog dia , sila tinggalkan link kat shoutbox ana .

Kawan2 , kalau suka blog ana tolong like page blog ana kat fb ye . Bagi yang dah like tu , ana nak ucapkan banyak2 terima kasih . Dan , tolonglah komen2 , please .Tidak lupa juga kepada followers ana . Tak sangka blog ni ada peminat . Terima kasih ye follower semua . Jangan lupa amik award tau .

Lagi sekali ana minta maaf kepada manusia2 yang suruh ana follow blog dia . Maaf sangat2 . Ana agak ' malas '  untuk nak follow blog anda . Malaaaasssss ! Maaaaaaaffff . .

Ana juga nak katakan , dekat blog ana tak ada copyright / hak cipta . Sesiapa yang nak copy , silakan . Jangan malu2 . Dan apa2 award kat dalam blog ana ni , kalau nak amik amik je . Tak perlu minta izin . Dan sila jaga adab tak kiralah dimana2 pun anda semua berada . Akhlak baik , insyaAllah masyarakat akan baik kepada anda . Jangan risau ye .

Ana tak suka blog yang ada tulis copyright . Fuhhh ! Sungguh tidak suka , tapi tak pe la . Ana tak benci pun orangnya . Cuma tak suka tengok perkataan COPYRIGHT .

Kalau kawan2 nak request tutorial , cakap je . InsyaAllah ana akan buat entry tentang tu . Tapi , kadang2 tu malaslah juga . InsyaAllah akan diusahakan . Terima kasih banyak2 kepada pelawat blog ni . Semakin hari semakin meningkat . Jumlah pelawat blog ni dah 16,247 . Alhamdulillah . . Syukur kepada Allah .

Post yang paling banyak dibaca post ni :
special award untuk anda semua
Kalau kawan2 nak amik award tu , amik je tau . Sebab award tu khas untuk semua . Happy sangat2 sebab ramai yang amik award ana tu . Bangga rasanya .

Oklah kawan2 . Ana nak off . Assalamualaikum . Jaga hati , iman dan juga kesihatan . ❤
Share:

20 December 2010

3 award dalam 1 hari..

Hari ni ana dapat 2 award . . Pertama daripada kak azyla , yang satu lagi daripada cinta Ilahi . Syukran kepada ke dua2 muslimah yang sudi bagi ana award ye .


Award daripada kak azyla

Photobucket
Award daripada cinta Ilahi

Dan yang terakhir daripada umar


Kalau anda semua nak , amik je la ye . Sekian :)
Share:

15 November 2010

Ciri2 kebanyakkan bloggers



Assalamualaikum . . Hampir setiap hari dan mungkin setiap hari kita melihat para blogger ( tak semua ) yang menyuruh blogger lain follow blog mereka . Kadang2 tu ana nak tergelak je . Kenapa nak follower banyak ? Bagi ana , para pembaca lebih penting daripada pengfollow dan penziarah . Kerana pengfollow dan penziarah tak selalu dan mungkin juga tak baca apa entry yang anda tulis . Kalau macam tu la , tak payahlah nak update blog .

Ramai juga ana lihat para blogger yang menulis entry yang tak ada faedah , maksud ana perkara2 mengenai kehidupan mereka dan lain2 lagi . Malah perkara2 yang berkaitan gosip yang menyebabkan orang lain tahu aib seseorang . Memanglah blog untuk menulis apa2 sahaja . Tapi , bukankah lebih baik menceritakan perkara2 berfaedah yang boleh mendatangkan pahala ? Dan aib orang sama sekali haram untuk dedahkan walaupun orang tu artis ! HARAM dedahkan !

Banyak lagi perkara ana nak katakan di sini . Ana lihat juga ramai blogger yang meletakkan gambar mereka di dalam blog . Ada yang cantik , comel , kacak dan sebagainya . Bagi ana kecantikan , kecomelan dan kekacakkan bukan untuk tontonan ramai dan bukan juga untuk ditayangkan . Sebaliknya , kecantikan , kecomelan dan kekacakkan adalah untuk dijaga . Kerana itu semua milik Allah . Ana nak tanyalah , kenapa para blogger meletakkan dan memasukkan gambar mereka di dalam blog ? Adakah untuk menarik perhatian ramai dan adakah untuk para penziarah blog anda memuji anda ? Para blogger perlu hati2 dengan gambar yang diletakkan di dalam laman2 sosial . Kerana tak semua manusia baik . Tengoklah sekarang , teknologi dunia sangat2 canggih . Para manusia yang pakar dalam editan gambar mungkin akan mengambil gambar2 anda untuk diedit . Mungkin mereka akan edit gambar anda supaya nampak seksi , buruk , hina dan lain2 . Jika anda tidak berhati2 , mungkin anda akan menyesal .

Ada lagi hal yang menarik perhatian ana . Ramai juga blogger yang membuat entry yang banyak mengenai kecantikan . Adakah mereka hidup untuk nampak cantik ? Bukankah tujuan kita hidup hanya untuk menyembah Allah dan taat perintah-Nya dan Rasulullah serta meninggalkan larangan2-Nya ? Kenapa nak cantik ? Adakah cantik itu ukuran Allah kepada hamba2-Nya untuk masuk syurga ? Bukankah taqwa itu lebih penting daripada kelihatan cantik ? Ada juga para blogger yang jelous dengan kecantikan para blogger yang cantik . Bagi ana , cantik itu bukan daripada rupa paras , tapi cantik itu daripada iman . Jika imannya cantik , maka seluruhnya akan kelihatan cantik . InsyaAllah . .

Ramai bloggers yang meletakkan gambar mereka bersama kekasih mereka . Ana rasa sangat pelik dan selalu tertanya2 , mereka tidak tahu malukah meletakkan gambar seperti itu ? Orang2 kafir melihat mereka bergambar bersama2 kekasih , mana mungkin orang2 kafir nak masuk Islam kerana melihat gambar2 mereka . Ana rasa sangat2 malu melihat gambar2 para blogger seperti itu . Apalah ana nak jawab di depan Allah nanti kerana ana tidak menegur mereka . :(

Bukankah lebih baik buat blog untuk DAKWAH ? Dapat ganjaran pahala yang banyak dan insyaAllah masuk syurga .

Ana suka bloggers yang berdakwah dalam blog . Tapi , hanya berapa peratus je yang menulis blog tetang Islam . Sedangkan dakwah tu WAJIB bagi seluruh umat Islam ! Tidak boleh kata tidak ! Sayang sangat2 , blog yang menceritakan tentang Islam tidak banyak yang ziarah , sebaliknya blog yang menceritakan gosip banyak pula yang ziarah . Maka bertambah2lah dosa . Nauzubillah . .

Ada juga orang buat blog kerana POLITIK . Bagus apa . . Bukan tak bagus . . Sebab apa ana cakap bagus , sebab politik yang diceritakan adalah politik Islam bukan politik kufur . Malah ana suka sangat2 nak baca entry2 di dalamnya . Tapi , kalau blog tentang politik2 di Malaysia yang kufur ni , ana langsung tak minat . Tapi2 , kena juga baca untuk mengetahui info2 semasa ( terpaksa , untuk dakwah ) .

 Ada juga blog mengenai tutorials . Ni pun ana suka . Kadang2 ana ambil tutorial2 tu untuk edit blog ana ni . Terima kasih kepada blog2 yang ada tutorials . Suka sangat . . ^__^

Sebenarnya , kalau bloggers yang menyuruh ana follow blog dia , memang ana akan follow . Tapi , kalau tak suruh tu , ana takkan follow :p . . Kadang2 tu , ana terfikir nak follow atau tak nak . Sebab blog dia tu tak ada faedah . Jadi , agak susah ana nak follow . Harap maaf kepada bloggers yang seperti tersebut . Ana cadangkan kepada para blogger supaya ubah blog anda semua kepada blog yang lebih berfaedah daripada sebelumnya . Nak tak ? Ni hanya cadangan ana , sebab kalau anda semua ubah kepada yang berfaedah anda semua akan dapat pahala daripada anda cerita benda2 yang mengarut yang langsung tidak dapat pahala dan mungkin dapat dosa .

Ketahuilah . . jika anda semua menulis entry yang membuka aib orang lain , anda akan dapat dosa dan para pembaca juga akan berdosa . Malah anda berdosa besar kerana ada orang lain yang baca entry anda . Jadi , kena hati2 dalam menulis blog . Jangan pernah sesekali membuka aib orang lain dan BERGOSIP !

Akhir kata , ana mohon maaf kepada manusia2 yang membaca dan terbaca entry ni kalau2lah ada yang terasa . Ana tulis entry ni pun adalah kerana untuk amar ma'ruf nahi mungkar bukan sebab nak menghina atau apa2 . Ana harap sangat2 anda semua faham apa yang ana sampaikan ni . Semoga kalian diredhai Allah . Amin ! Jaga diri baik2 ye kawan2 semua .
 
p/s : ana sayang anda semua , sebab tu la ana tulis entry ni :) :)
Share:

10 November 2010

Alhamdulillah . . dah boleh buka . .

Assalamualaikum kawan2 . . ^_^
Jom kita terjah web ni MyKhilafah.com . Tengok2lah ye dan baca sekali . Jangan tak baca .


 Orenkan ? Suka sangat2 sebab banyak ilmu , dapat memantapkan lagi fikrah dan dapat mengetahui apa yang tidak ketahui . Mantap ! :)

Ana harap anda2 semua selalu tersenyum . . :)

“Dan tiadalah kami mengutus kamu (Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” [TMQ al - Anbiya : 107]

sesungguhnya telah ada pada diri RasulluLLAH itu suri tauladan yang baik bagi kalian(iaitu)bagi orang-orang yang mengharap(rahmat)ALLAH dan (kedatangan)hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH” [TMQ al - Ahzab : 21]

Jika anda semua klik pada link di atas insyaAllah kalian akan dapat pahala , kerana sesungguhnya laman web tersebut laman web ilmiah , fikrah , politik dan sebagainya . Semuanya ada dalam Islam . Jadi , jangan takut dan malu2 untuk mengklik .

Sekian sahaja untuk kali ini . Assalamualaikum . .
Share:

09 November 2010

Blog Mantap ! ! !

Assalamualaikum kawan2 , sahabat2 dan saudara2Q .
Apa khabar kalian semuanya ? Semoga kalian sentiasa dalam lindungan - Nya . Amin . .

Ana nak memberitahu kawan2 , sahabat2 dan saudara2 semua mengenai 1 blog ni yang sangat2 bagus dan mantap ! ! ! Kawan2 , sahabat2 dan saudara2 semua nak tahu tak blog apa yang ana maksudkan ?
Kawan2 , sahabat2 dan saudara2 silalah mengunjungi dan menziarahi blog JUNDU AS - SYABAB .

Jika anda perhatikan dan baca di blog tersebut , anda pasti merasakan kebangkitan Islam . :)
Blog yang penuh dengan ilmu kan ? ? Bagi sesiapa yang inginkan pengetahuan yang lebih luas , layarilah blog tersebut ya . Kerana ia sangat2 bagus , tak rugi pun . Malah dapat pahala , insyaAllah . .

Kawan2 , sahabat2 dan saudara2 . .
Akhir kata , ana nak menyeru kepada kalian semua agar menegakkan kembali Khilafah yang jelas2 wajib bagi seluruh umat Islam tidak ada yang terkecuali . Beramar ma'ruf nahi mungkarlah kalian semua . InsyaAllah kita akan mendapat redha Allah . Senyum selalu . . :)

  ^_______________^
Share:

Chat with me