Archive for July 4, 2007

Sepetang di Mersing

Salam semua..

Beberapa minggu kebelakangan ni rutin aktiviti saya agak sibuk sikit. Tugasan kerja, kerja luar daerah,latihan futsal, melencong dan lain-lain. Walau pun sibuk sempat lah jugak on komputer dan ziarah blog rakan-rakan tapi tak sempat nak update blog. Mintak maaf la kepada rakan-rakan yang singgah blog ni tapi takde cerita terbaru untuk tatapan. 😀

Sepatutnya Isnin lalu (2-5 Julai) saya ada kursus di Shah Alam. Kursus tentang produk terbaru peralatan telekomunikasi tapi saya terpaksa tolak kerana ahad(1 julai) baru balik dari Kuala Lumpur kerana menyertai kejohanan Futsal anjuran syarikat.

Bayangkan lah kalau saya pergi juga kursus tu. Baru balik dari KL selepas tu kena pegi KL semula. Bayangkan lah…hmmmm…Amacam? boleh bayangkan? susah-susah je bayangkan…hehe.. 😀

Sebenarnya saya terkilan juga tak dapat pergi kursus tu tapi takpalah lepas ni ada 3 kursus lagi bakal menyusul hingga bulan ogos..wahh!.. asyik turun-naik KL lah pasni.

Walaupun tak pergi kursus, tugas lain dah menanti di Kluang dan Mersing. Semasa saya tulis entry merapu ni saya berada di Mersing. Semalam kerja hingga subuh. So, siang hari one haul day rehat. Sementara ada masa terluang ni sempatlah saya menulis walaupun mata ni macam nak terlelap bagi isyarat suruh tidur..

Lepas subuh tadi dah tidur kejap tapi macam susah nak lelap mata. Bangun je terus capai laptop dan sambung ke 3G. Dengan kemudahan 3G ni mudah lah bagi saya nak access internet di mana-mana. Di hotel, tepi pantai, atas bukit pun boleh access internet yang penting ada coverage.  

Kalau di Mersing ni hanya satu operator je yang ada sistem ni iaitu syarikat tempat saya bekerja. Operator mana? hehe…yang nyata bukan Maxis ya… 😀

Oh ya. Mungkin ada yang belum tau apa itu 3G. Secara ringkasnya, 3G ni merupakan teknologi henfon generasi ke 3 yang membolehkan pengguna henfon membuat panggilan suara dan video. Disamping tu capaian internetnya lebih laju dengan kadar sehingga 384Kbps.

Buat masa ni hanya Maxis dan Celcom saja yang ada sistem ni. Digi masih dengan sistem EDGE dan akan datang(tahun ni…) MITV bakal berada dipasaran dengan produk 3G. 2 lagi operator pun akan lancarkan produk 3G ni tapi tak tau bila.

Mungkin tahun depan ada 5 operator dengan produk 3G. Pasaran pasti akan semakin sengit dan yang paling untung ialah pengguna sebab sudah tentu ada perang harga.

Sebagai pekerja tugas saya cuma pastikan kualiti perkhidmatan yang di tawarkan pada pengguna berada ditahap terbaik. Kalau ada gangguan sikit-sikit tu biasalah. Sebab itu untuk elakkan gangguan pada waktu siang, kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf dibuat pada waktu malam. Seperti yang saya buat semalam. 

Hmmm…cukuplah untuk catatan hari ni. Lepas ni nak ronda-ronda bandar Mersing. Hampir 6 bulan tak ke sini. Rasanya macam ada sikit perubahan mungkin persediaan untuk pilihanraya agaknya…

Sekian. Lintas langsung dari Mersing. 😀

p:s : tau tak Mersing kat mane? ingat Mersing…ingat Pulau Tioman…

Comments (15)

Design a site like this with WordPress.com
Get started