Cuma nak kongsi je…Ada peristiwa, kejayaan, pencapaian dan juga kenangan…
JANUARY – Ops banjir. Operasi menyelamat pencawang telekomunikasi yang terjejas akibat banjir besar di Johor pada awal tahun. Banjir besar kali ke-2 dalam masa 3 minggu. Kali pertama pada hujung Disember 2006. Sesuatu yang perlu di insafi kenapa musibah ini menimpa rakyat Johor.
Tujuan operasi ini untuk memastikan tiada gangguan pada coverage dan kerana pelanggan kami sanggup berkorban apa saja…hehe..macam YES jek.. 😛
Gambar : aktiviti memasang generator disebabkan bekalan TNB terputus. Hampir-hampir naik bot untuk ke tempat ini. Akhirnya nekad je redah guna 4WD. Basah jugak lah karpet dalam 4WD tu.
FEBUARI – Join Bicara Jutawan Forum(BJ) setelah diperkenalkan oleh seseorang. Selain menimba ilmu, aku berpeluang mengenali beberapa blogger tersohor tanah air seperti Pakdi, Enaku, Azree MH, Alyani, Al-Irfan.
MARCH – Mula usha-usha blog orang, baca-baca, komen-komen. Juga ada permintaan dari seseorang supaya ada blog sendiri. Yang buat lagi semangat nak ada blog sendiri bila menang kuiz kat blog Pakdi.
APRIL – Menyambung aktiviti mengusha blog orang sebab belum ada blog sendiri.
MEI – Dengan rasminya mula berblog pada tarikh 9 Mei iaitu bersamaan dengan hari lahir aku. Sehingga hari ini, inilah blog yang aku ada. Itu pun jarang-jarang update.
JUN – Pasukan aku Juara Liga Futsal Celcom Wilayah Selatan. Nak jadi juara tak susah, senang je…caranya kena menang semua game sampai masuk final. Lepas tu masa final kena jaring gol lebih sikit dari pasukan lawan. Contohnya, kalau lawan score 1, team kita kena score 2. Masa final team aku score 5 dan lawan 1. Mudahkan….memang menang mudah…hehe 😀
Gambar : The Medal..

JULAI – Menyertai pertandingan futsal antara wilayah di KL. 32 pasukan ambil bahagian. Hanya berjaya ke suku akhir. Kira oklah masuk akhir juga tapi cuma tambah suku je.
Gambar : Ini dia pemain-pemain team aku. Nama team 2G2G FC atau sebutan dalam bahasa Jawa tuji-tuji ef si…gambar ini di snap di Ampang Sports Planet.

OGOS – Bulan kemerdekaan ke-50. Ada apa dengan Malaysia selepas 50 tahun? Sudah tentu kes jenayah semakin naik, naik dan naik kerana moral rakyat semakin turun, turun dan turun….Hujan pun sungguh lebat turun… 😉
SEPTEMBER – Beli rumah ke-2….Alhamdulillah rezeki ALLAH bagi.
OKTOBER – Hari Raya….Kali pertama beraya sebagai blogger… 😀
NOVEMBER – Pindah ofis baru. Ofis baru ni lebih besar, selesa, suasana macam kampus dan paling penting parking free. Ofis baru ni letaknya di Kempas. Apa? Kemmm….PAS? Ya!
DISEMBER – Kali ke-3 ke Langkawi dan pertama kali tengok LIMA. 2 kali pergi sebelum ni juga pada bulan Disember. Kenapa Disember ya? Kerana aku tak pegi bulan Jan,Feb….Nov 😀
Azam 2008 -> Inginkan pendapatan tahun 2008 melebihi tahun 2007…. insyaALLAH 😛