~Salam~
Inilah episod seterusnya setelah Mahathir keluar. Episod keluar dan masuk. Realiti politik di Malaysia memang begitu, sentiasa ada yang keluar dan sentiasa ada yang masuk. Juga lompat-lompat masuk keluar. Dalam kes Ezam ni dia keluar, pastu buat Parti baru, kemudian keluar dari Parti baru dan kemudian masuk ke parti yang dia pernah keluar dulu. Walhasil balik asal daaa.. 😉
Ramai yang membuat spekulasi Ezam masuk kerana Mahathir sudah keluar. Atau Ezam masuk kerana tawaran BAEK PUNYA. Itu kena tanya Ezam sendiri. Yang pasti Ezam kata kat TV semalam dia masuk sebab nak buat reformasi dalam parti dia masuk semula. Mungkin dulu dia tak dapat buat reformasi sebab Mahathir ada kat dalam. Dan bila Mahathir bukan PM lagi dan sudah keluar maka dia masuk semula untuk buat dari dalam.
Dulu-dulu Ezam buat reformasi kat jalanraya. Tapi kini tidak perlu lagi. Tak payah berpeluh-peluh, berhujan asid sampai kena tangkap polis. Adat orang berjuang, di kejar-kejar dahulu, di gari-gari dahulu, di ISA-ISA dulu, bersenang-senang kemudian. Berjuang tetap berjuang. Matlamat sama cuma wadah berbeza.
Macam Cristiano Ronaldo, matlamat nak jadi pemain terbaik dunia dan menang banyak piala, tak kisahlah sebagai pemain MU ke atau pemain Real Madrid. Mana offer lebih dia sapu. Bagus tu. Kalau Ronaldo belah dari MU dan join Real, ada chance Liverpool menang EPL nanti…hehe 😀
Seharusnya kita tak perlu gundah, marah dengan keputusan Ezam. Doakan lah yang terbaik buat beliau. Restulah niat dia demi melaksanakan reformasi dari dalam. Anggap saja ini perjuangan murni untuk dia melakukan perubahan demi bangsa, agama dan negara. Harap-harap berjaya lah. 🙂
Sekian.











