~Salam~
Semalam aku ke Melaka untuk urusan kerja di Merlimau. Perjalanan lebih kurang 200km dari JB ambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai. Untuk ke Merlimau, aku pilih exit Pagoh sebab rasa cam dekat sikit berbanding keluar ikut Tangkak atau Jasin. Lagi pun kalau keluar ikut Pagoh aku akan melalui kawasan perkampungan yang membuatkan bila driving sorang-sorang jadi tak mengantuk.
Kalau ikut Tangkak pun ok juga cuma kena tambah tol lebih kurang 3 ringgit lebih lepas tu ikut jalan sort cut kawasan sawah padi kat kampung apa nama entah. Kampung tu sempadan Tangkak dengan Merlimau, kira Johor dengan Melaka lah. Kemudian tembus jalan Batu Gajah – Merlimau. Kalau ikut Jasin plak kena tambah tol lagi seringgit lebih dari Tangkak. Tapi semenjak jalan dari tol Jasin ke Merlimau macam sual, aku dah jarang ikut situ. Tapi kalau nak cepat kadang-kadang lalu gak.
Ok. Balik semula cerita aku ada urusan kerja kat Merlimau.
Aku bertolak dari JB lebih kurang pukul 10 pagi dan sampai di Taman Peridustrian Merlimau(TPM) lebih kurang pukul 12 tengahari. Buat kerja apa yang patut lebih kurang pukul 6 aku pun balik. Bukan balik je JB tapi balik ke rumah kawan kat TMJ iaitu Taman Merlimau Jaya. Memang setiap kali outstation ke Melaka aku akan tumpang rumah kawan. Masa perjalanan balik tu tiba-tiba ada road bloc pulak kat simpang menuju Jalan Merlimau-Jasin. Aku tak buat salah, apa nak takut. Sejak dua menjak ni aku tengok polis rajin buat roadbloc kat situ. Mungkin sejak adanya Pusat Latihan Polis kat dalam kawasan TPM dan sejak tu kerap kali polis buat roadbloc kat situ.
Ok. Balik cerita road bloc tadi.
Bila aku lalu kat depan bro polis dia lambai-lambai suruh jalan. Dalam hati kata “kalau soh jalan baik tak payah buat road bloc! Habiskan boreh jek”. Aku dengan bangganya pun jalan. Ala, tak buat salah apa nak takut. Maka bergerak la aku menuju ke rumah kawan di TMJ. Sebelum tu singgah kat pekan Merlimau beli apa yang patut.
Malam sebelum keluar makan tengok berita dulu. Ada berita tentang kemalangan bas kat Karak hinggalah berita tentang ura-ura minyak bakal naik. Sambil-sambil layan berita tu, tiba-tiba aku macam terdengar pembaca berita ada sebut pasal lesen ..aha…betullah lesen.
Waduh! baru aku teringat lesen aku dah mati 30 May lalu. Last week ada teringat nak renew. Tapi tangguh punya tangguh rupanya aku sudah driving dari JB ke Merlimau dengan lesen dah mati daaa atau dalam bahasa JPJ sudah tamat tempoh. Pergh! kalau la masa road bloc tadi polis mintak lesen, tak ke haru. Memang nasib aku baik. Tu la siang tadi punya belagak kat polis tak check. Skang kecut. 😀
Pagi tadi sebelum sarapan tanpa berlengah aku terus ke Pejabat Pos Pekan Merlimau untuk renew lesen di situ. Huh! 3 tahun. Baru tenang jiwa lepas lesen hidup kembali.
Renew lesen dah, sarapan pun dah, kemudian sambung keje semalam kat TPM. Habis lebih kurang pukul 3 pm dan terus berangkat balik ke JB. Dalam perjalanan pulang beberapa kali terima sms mengatakan minyak akan naik. Ada yang kata seringgit dan bla..bla..bla. Lebih kurang pukul 3.30 pm, aku singgah kat Shell Bukit Pasir untuk tuang minyak Proton Iswara Biru Company punyer. Nampak lengang je stesyen minyak tu. Betul ke minyak naik esok?
Kemudian aku teruskan perjalanan dan tiba di pejabat Jalan Kempas lebih kurang jam 6 petang. Lewat sikit sebab kat highway hujan lebat. Dalam perjalanan dengo gak radio kalau-kalau ada berita minyak naik. Tak dok la pulak. Sms dah bertalu-talu masuk ni macam mengiyakan minyak akan naik. Selepas layan main ping pong sepapan dua, lebih kurang pukul 7 aku pun balik melalui Lebuhraya Pasir Gudang menuju ke rumah aku. Masuk je Lebuhraya aku terpandang stesyen minyak Petronas, makkk oiiiii! banyaknyer kereta beratur nak isi minyak. Level minyak kereta aku menunjukkan tinggal separuh. Kalau aku beratur gak mahu Maghrib kat Petronas ni. Takpelah aku teruskan perjalanan balik.
Dalam perjalanan aku tengok kat kiri-kanan lebuhraya semua stesyen minyak penuh dengan kereta beratur. Aku masih tak percaya lagi. Ya ke minyak naik?
Tiba kat rumah, lepas solat terus mengadap TV, tengok berita. Sah! memang sah! esok 5 Jun 2008 minyak petrol naik 78 sen!
Sekian.