Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

Raya 2011


Memandang masih dalam mood raya, so terasa nak story-story pasal raya.

Fakta raya tahun 2011 aku:

1. Raya setiap tahun pon macam biasa la balik negeri sembilan. Dua-dua nenek aku orang negeri, kampung pon kat negeri dua2, jadi mak ayah aku mmg tak payah nak osom la balik kg sape.

2. Raya kali ni aku demam. Best kan. Demam start melanda masa hari terakhir puasa. Tekak rasa ya rabbi sakit nak telan air liur pon payah. Dalam pada demam tu aku gagahkan jugak la untuk tolong2 masak lauk pauk untuk raya. As always la gotong royong dengan mak sdara dan sepupu sepapat masak menu hari raya. Tapi menu tak la banyak, simple-simple je.

3. Raya tahun ini first time raya tanpa along pada hari raya pertama. Maklum la along da kawen, jadi this year along raya dengan mentua dia di Kepong dl then hari raya kedua baru balik negeri raya dengan kitorang pulak.

Nah gambar raya sikit.


BERSIH 2.0

4. Raya kali ni memang paling bajet. Sebab aku takde shopping ape pon untuk raya. Baju gune je baju yang tempah untuk wedding akak aku aritu. Baru sekali pakai, jadi decide satu famili pakai je balik baju tu. Jimat! Kasut pon aku tak beli, pakai je kasut yang ari2 bawak gi keje. Sempoi. Kire mmg tak beli ape2 lah utk persiapan raya.


Sebahagian dari anak beranak Ghani's clanz. kalau gather sume mmg memasing nampak cam semut je la jawabnya.

5. Part best raya tahun ni adalah mainnn MERRCUNNNN!! Oh yeah sangat best sbb tahun ni instead of men mercun yang sedia ada, kazen2 laki buat mercun sendiri. Ni sume kerja anak paktam Qayyum dan Shairi. Diorang amek tin sardin n kacang peas, combine2 tin tu, pastu goncang2 dengan karbait cikit, pastu wat cam mini meriam. (qayyum btl ke cani care dia?)

mini meriam buatan sendiri dari tin sardin

Mule2 tu main for fun la, tapi takde la bahaya pon meriam ni sebab dia kuar bunyi je takde la meletup or kuar api percik2 tu. Kazen aku ajar just masukkan karbait dalam tin tu, pastu goncang2 cikit. Kuarkan lebihan karbait. Ready, bakar sumbu pastu KEBABOMMMMMM.

Tapi kadang2 bunyi dia takde la kebabomm tapi bunyi macam bunyi kepeiihhhh je. Tak mantap sgt la. Macam bunyi kentut tak lepas. Tapi sume pon tetap funn sebab main ramai2. 

Port main mercun kitorang depan umah wan. Mengadap jalan raya. So tetibe diorang dapat idea untuk kacau orang yang tgh drive kat jalan raya tu. Jalan tu jalan kampung la, jalan menuju ke pekan. Tapi malam2 raya ni banyak la kete yang lalu. Jadi pe lagi, niat jahat memasing memuncak, so diorang letak meriam mini tu betul2 depan pagar umah wan, betul2 ngadap jalan raya, then bila agak2 ada kete or motor yang nak lalu, diorang ni standby pastu bile lalu je bakar sumbu n kebabom la bunyinye. Kalau bunyi tu kuat, maka orang2 dalam kete terkejut lah, yang bawak motor terhuyung hayang cikit. Ada satu tu pakjang aku cite terkejut sampai terangkat tangan ke siling kete pastu muke orang dalam kete tu dok cari sape punye keje. Pastu   kitorang bantai gelak ramai2 tanda puas hati. Haha. 

Wah jahatkan!!! Hahaha. Tahun depan tak sabar nak main lagi. Kitorang make sure tahun depan gune tin milo, sebab bunyi lebih mantoppp. Anak2 maktam meh la balik kg awal cikit, leh kite main malam rayyaa. Syiiokkkk owwww.

--------------------

Ok lah..

Tu saje untuk kali ini. 

Bye! See u at next entry!

Saturday, October 16, 2010

10.56 pm (Raiyyya)

Oke. Perlu dimaklum seawal awal awalnya ini adalah the very-very-very backdated punye entri. Raya da abez kan. Jadi izin laluan untuk aku cite pasal raya sebab aku kene gak cite sebab kene masok dalam online diary nih. Jadi sila set up kepala ini raya punye cite.

Jadi lebih menarik kalau cite bersama gambarrajah. Senang tengok gambar da boleh tangkap ape yang nak dibebelkan. Bergerak ke gambar pertama.



Balik kampung konfem akan buat aktiviti yang klu kat kl memang takkan ade la nak buat. Petang2 bosan, jadi kua umah main2 laman terus pakat main bola. Memula main bola tampar, disebabkan bola tu tak makan penampar, terus tukar jadi main baling selipar atas request paksu. Bila da dok kampung kene la main permainan tradisional. Baru style. Dimulakan dengan lattalitampelom untuk divide kumpulan.



Maka lepas dapat kumpulan berterbang terbanglah selipar. Pakai plak selipar jepun yang getah berat tu. Sekali kene badan memang ketap bibir jek. Tapi sebab fun sakit tolak tepi. Penat je aku mandi awal petang tu last2 kene mandi balik sebab berpeluh sakan. Da berlari sakan berpeluh sakan la kan. Grup lawan suke main sepak selipar jauh, siap sepak bawah kete. Bila da penat nak kejar kalah la. Bila tertonggeng2 amek selipar bawah kete alih2 diorang da siap susun selipar. Haha. Ngelat!

Pastu bila da amek gambar harus tengok beramai2 padahal skrin kamera tu kecik je. Tak menyempat nak tunggu transfer memasing nak tengok aksi memasing. Pastu setiap gambar nak ulas kan macam da jadi pengulas berita kat tv. Semua kepala rapat supaya dapat tengok gambar. Bila da maghrib baru la masing2 masok umah. Tu pon bila paklong da sound da maghrib sila masok umah. Heehehe



Malam raya main mercun. Abglong supply mercun malam tu memang main bagai nak gile. Wan dok terjerit2 dari dalam umah soh hati2 main mercun. 'HATI2 MAIN KORANG OI!!!' Wan riso mercun masok umah agaknye. Sori wan. Tapi bunyi mercun buat sore wan tenggelam tak dengar ape dah. Kehkeh



Ahli pakatan mercun. Bila mercun da abez stock baru merendah diri main bunga api plak. Kalau tak masing2 tak heran dengan bunga api. Tapi bunga api zaman sekarang ni da ngelat. Dia punye belerang da ciput je skang. Pendek. Baru je nak pusing2 tangan tetibe da padam da. Dulu lama pegang kat tangan siap pusing2 umah 2 3 round baru padam. Jadi mase main tu baru je nak feel terus terbantut. Tak syiok!





Main mercun sambil berposing inilah yang jadinye. Bila mercun bunyi sreeettttttt nak meletup masing2 lari selamatkan diri sambil jerit2 'arrgghhhhh mercun nanti nanti lari'. Bila da stuck tak dapat lari last2 berdiri statik jela sambil tutup mata jari plak tutup telinga. Bajet bile tak dengar bunyi mercun tu macam selamat la kan.Haha. Bila mercun meletup tepok ramai2 macam ade pesta. Mase main depan umah tetibe 4 5 orang polis lalu depan pagar slow2 jek. Kitorang ape lagi terus pusing badan membelakangkan diorang buat2 borak n muke try buat seslamber mungkin. Tapi polis2 tu lagi wak slumber ngan kitorang, jalan bodo je macam makin angin. Agaknye diorang pon da tak kuasa da. Mane taknye klu da sepanjang2 kampung sume dok main mercun last2 diorang yang surrender. Haha. Lawak je rasa time tuh!



Oke malam tu memang memasing as alwiz dari mak sedara sampai la cucu sume gile posing. Pantang hala kamera terus berlari sorong badan sorong muka nak bergambar. Hakikatnye malam tu gile best. Abez je main mercun terus amek tender pasang langsir wan sambil tengok tv. Bila raya tengok tv ramai2 memang best. Lagi tengok cite lawak. Lawak tahap biasa pon leh jadi gelak kuat. Kadang2 gelak sebab tengok orang gelak. Bergelimpangan la memasing depan tv tengok cite.



Dan inilah kami di pagi rayeeeeeee. Suke sangat gambar2 raya tahun ini. Pagi raye memasing berkumpul, bila da tengah ari sikit aku ngan my famili baru gerak gi kampung belah ayah plak. Kampung mak ayah dekat gile, 7 minit je klu naik kete. Jadi diorang ni memang tak gado2 atau kene obejus untuk tentukan tahun ni balik kampung sape. Pagi raya mesti ada perasaan pelik bila makan sebab rasa cam puasa lagi. Bila raya perut aku akan jadi sefleksibel yang mungkin, masok dan takkan penuh2. Pegi raya umah orang setakat makan kuih2 je tak main la, mesti bedal menu berat2. Lontong, nasi impit dan sebagainye. Amek plak bukan untuk rasa2 je tapi kuantiti memang nak melantak. Air plak nak yang ade kaler je. Klu sejuk banyak air batu lagi bercawan2 minum. Pastu malam bila nak tido perut rasa cam ade kerja2 pembinaan bangunan 60 tingkat.


Demikianlah serba sedikit kisah raya yang dipublish lepas syawal pon da berlalu. Nanti ade lagi satu backdated punye story. Perlu masok dalam blog jugak nanti leh buat hari ini dalam sejarah. Semoga tahun depan raya masih gembira seperti, raya tahun depan ntah along ade ke tak sebab tahun depan along da jadi bini orang. Da kene main o-be-jus raya balik kampung mane. Hukhuk. Okelah, mau pergi nonton tivi pulok.


Till then
Bye~

::silentmonologue::