Followers

Wednesday, December 18, 2013

Pengumuman: Berhenti buat sementara waktu.

Bismillah...

Makluman kepada semua pelanggan yang dihormati:
Pihak kami terpaksa menghentikan urusan perniagaan buat sementara waktu. Segala tempahan tudung labuh & purdah telah pun ditutup (Maaf, masih ramai yang bertanya melalui inbox page untuk order).

Jika ada yang tidak mendapat duit baki semasa tempahan/jual beli sebelum ini, harap dapat maklumkan melalui inbox, sekiranya pihak kami terlepas pandang tentang hal ini.

Insyaallah, urusan jual beli dan tempahan akan dibuka semula dalam tempoh beberapa bulan dari sekarang. Kami akan memaklumkan semula di wall page pada masa akan datang.

Terima kasih kepada semua yang pernah bermuamalat denganSufy Solehah Collection. Mohon maaf atas segala kekurangan.

Mode: Menunggu kelahiran cahaya mata. Hajat doa dari semua agar Allah mudahkan segala urusan. Ameen~
Semoga Allah redha. Jazakumullah. 



Thursday, October 10, 2013

Perempuan dan gambar.


Perempuan dan gambar.

Posing cantik-cantik, ambil gambar.
Kadang-kadang edit, letak caption yang menarik.
Kemudian ramai like dan komen.
Bila ada yang minta izin copy, share, atau mungkin save, marah pula.
Eh?

"Boleh tak saya nak copy gambar ni?"
"Tak boleh".
"Dilarang sama sekali."
"Saya tak izinkan."
"Saya tak redha."

Itu yang minta izin, mana tahu ramai je yang copy/save terus. Kemudian dijadikan profile picture atau cover photo atau guna untuk tujuan yang tertentu, siapa tahu?

Awak, kalau tak nak bagi orang 'ambil' gambar awak, hak milik awak tu, buat apa nak tayang kat orang? Fb ni mudah je, senang je orang nak copy/save mana-mana gambar yang diorang berkenan. Banyak je yang saya jumpa gambar lawa-lawa, cantik-cantik, dijadikan profile picture. Ye, memang banyak. Banyak gambar yang sama.

Kalau tak nak bagi, tak payahlah kongsi. Mudah je kan? 
Simpan untuk diri sendiri, atau mungkin gambar kahwin, simpan untuk diri dan suami. Kan ekslusif tuuu...

Kalau yang memang tak kisah atau memang nak berkongsi dengan umum atau dah memang letak watermark siap-siap, terpulanglah. Boleh fikir sendiri. Setiap orang ada pandangan masing-masing, ada pegangan masing-masing.

"Saya nak tunjuk kat kawan-kawan saya je pun".

Boleh PM atau buat private album. Ada je sahabat-sahabat saya buat macam tu, saya pun buat macam tu jugak dulu. Atas permintaan, kawan-kawan nak tengok, buat jelah. Kemudian saya delete semula.

Ada juga page2 tertentu rancak meng-upload gambar perkahwinan/gambar pengantin, yang saya pun tak pasti empunya gambar sedar atau tidak gambarnya digunakan. Dan saya pun tak pasti sama ada admin page bertanya/minta izin dahulu terhadap pemilik gambar tersebut. Atau mungkin terjumpa di internet dan tuannya langsung tidak kisah? Saya tak tahu.

Terdetik mahu menulis. Sebab dah banyak kali jumpa, suka sangat upload gambar banyak-banyak, bila ada orang ciplak, marah. Ini cuma pendapat saya. Saya pun bukan tak letak gambar langsung, saya bukan anti dengan orang yang suka upload gambar. Eh, taklah.

Cuma, kalau tak nak bagi orang 'curi' gambar awak yang cun tu, lebih baik jangan upload langsung. Mencegah dari awal lebih selamat. Sebelum gambar-gambar anda tersebar lebih jauh.

Point saya ialah mereka yang 'gigih' upload gambar tapi marah bila ada yang guna gambar mereka. Motif upload gambar?

Sekadar pandangan peribadi. 
Maaf andai ada salah silap.
Teguran untuk diri sendiri juga.
(Takut pulak tulis panjang-panjang ni)

P/s: Biasanya saya google gambar yang ada, kalau sesiapa rasa saya ambil/guna gambar dia tanpa kebenaran, silalah bagitau ye. 

[Jie Nazirah]

Wednesday, October 9, 2013

Muslimah, isteri, berhati-hatilah~


Perkongsian tulisan UZAR dalam solusi berkaitan "Jangan biarkan dosa bersarang di Facebook". 

Antara contoh dosa yang boleh berlaku semasa menggunakan facebook:

* Mendedahkan keaiban suami / isteri. 
>> Kadang-kala kita mungkin bangga tapi orang membaca anggap itu satu keaiban yg perlu disorok. Semua kena faham bahawa tak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga di alam maya.

* Terlebih upload gambar.
>> Fitrah wanita memang gilakan pujian.
>> Agak pelik kerana sebahagiannya telah bersuami dan seolah-olah suami beri sepenuh keredhaan kepada isterinya untuk menayangkan kecantikan kepada khalayak tanpa sedikit pun rasa cemburu dan prihatin.
>> Dibimbangi ramai pula suami yang dayus kerana redha dengan dosa si isteri.

------------------------------------------

Pesanan untuk diri dan semua:

Jangan asyik sangat bercerita lagi-lagi hal dalam bilik/sulit/peribadi. Kalaupun nak berkongsi, tak perlu jaja di facebook. Satu dunia boleh baca, tahu?

Jangan asyik sangat upload gambar sendiri lagi-lagi dalam keadaan bertabarruj atau pose yang kurang sopan (bahasa kasarnya 'gedik'..err?). Begitu juga gambar kemesraan suami isteri yang berlebihan, terlalu sweet dan romantik, kesian orang yang belum kahwin tengok gambar-gambar macam tu. "

Si suami, tolonglah ada perasaan cemburu bila kecantikan isteri yang hak milik anda dikongsi dengan khalayak ramai. Biarlah suami sahaja yang puji isteri cantik, tak perlu ada lelaki lain puji isteri anda cantik. Tanya isteri, nak tayang kecantikan untuk lelaki ajnabi (dosa) atau untuk suami (pahala)?

Kata mahu bercinta hingga ke syurga, tetapi kenapa mengumpul saham dosa & ada pula suami yang redha dengan dosa yang isteri lakukan? Awal-awal lagi sudah menjauhkan diri dari redha Allah. Lelaki, jangan jadi suami dayus.

Bukan sahaja yang telah berkahwin, yang belum berkahwin, sebagai anak perempuan, muslimah pula tu, perlu dan wajib menjaga aurat. Tak semestinya kena tunggu ada suami dahulu baru nak jaga batas syara', tahu?

Pemilik cintaku setelah Allah dan rasul,
Bimbinglah isterimu menjadi wanita yang solehah.
Kerana isterimu ini mahu menjadi bidadarimu di syurga nanti.
Semoga Allah redha.
Ameen.
:')

Monday, October 7, 2013

Cinta High Class - Kak Fatimah Syarha



"Setiap yang bertunang, ataupun yang ada perasaan sebelum nikah ini sedang berdusta, sedang tak menjadi dirinya yang sebenar.

Jadi, kalau kamu bercouple, berkawan-kawan, 20 tahun sekalipun, kamu takkan kenal dia. Yang kamu kenal adalah lakonannya. Buang masa je kalau kita kata nak kenal dulu sebelum nikah.

Kita hanya akan mengenal seorang PACAR, bukan seorang SUAMI. Sebab masa berkasih yang kita cari cuma keindahan-keindahan, kita cari hanyalah keseronokan.

Masa berkahwin, kita kenal dia, kelemahan dan kebaikan dia. Kita cuba bantu untuk tingkatkan potensi dia. Dan, kalau kita berpacaran, bercouple sebelum nikah inii, syaitan akan jadikan itu satu modal penting untuk rosakkan alam rumahtangga kita nanti.

Sebab masalahnya, 
>> ada masalah yang kita undang, 
>> ada masalah yang tak diundang. 

Yang kita undang ialah 
>> bila kita sekarang tak setia, 
>> bila kita sekarang tak ambil Allah nombor satu, 
>> bila kita sekarang sanggup dekati jalan-jalan zina.

Dah nikah nanti pasangan kita duk fb dengan suami orang, pasangan kita duk fb dengan isteri orang, jangan terkejut... Kalau dia tawarkan cinta kepada adik, duk puji kecantikan wajah adik, jangan terkejut nanti dia jadi seorang suami yang mata keranjang. Kalau caranya itu tak meletakkan Allah nombor satu, tak takut pada Allah, dia sedang persembahkan cinta yang rapuh yang sementara untuk adik. Dan cinta itu takkan bawa bahagia.

Tapi kalau kita ambil sebab cinta itu kerana agama dan akhlaknya, kerana Allah, Allah takkan lenyap, cinta itu pun takkan lenyap..."

[Kak Fatimah Syarha]


Friday, October 4, 2013

Buku "Senyumlah II".


:: Buku Senyumlah 2 ::

>> Harga: RM17.00
>> Postage: RM6 semenanjung, RM9 sabah & sarawak
>> Sesiapa yang berminat boleh PM 
Jie Nazirah atau Badiuzzaman Tn Ibrahim

------------------------------------------------

SINOPSIS:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah mengutuskan RasulNya, Nabi Muhammad S.A.W. Selawat salam ke atas Baginda dan seluruh ahli keluarganya, para sahabat dan tabieen dan seluruh pendokong ajaranNya.

Buku kecil ini hasil dari beberapa catatan di alam Facebook (FB), yang bersifat mauizah, iaitu peringatan bagi anak-anak yang sedang menempuh alam remaja. Tulisan ini adalah luahan hati seorang ayah kepada anak yang dikasihinya, sebagai satu peringatan bagi mencari keredhaan Ilahi.

Nasihat seorang ayah dan ibu terkadang tidak mampu diucap oleh lidah. Ada masanya ia lebih baik dalam bentuk tulisan agar ia boleh terus dibaca dan diulang. Anak hari ini adalah bakal ayah dan ibu masa depan. Apa jua nasihat yang didengari hari ini akan menjadi pedoman baginya untuk menasihati anaknya pada masa depan. Lantaran itu, catatan dalam FB ini, tentulah bukan tulisan ilmiyah yang didokongi sumber rujukan tertentu. Ia adalah luahan nasihat agar hati yang jauh dari Allah dapat didekatkan, dan seterusnya mampu mengolah menjadi mutiara amalan seharian.

Catatan ini adalah berupa hadiah dari seorang ayah dan ibu buat anaknya, dan saya tinggalkan beberapa halaman kosong di bahagian belakang buku ini untuk catatan tangan ayah dan ibu khusus untuk anaknya. Gunalah ruang ini untuk menambahkan nasihat dan ingatan sebagai tanda kasih sayang seorang ayah dan ibu kepada anaknya. Semoga suatu hari nanti, ia akan menjadi catatan yang sangat mahal harganya. Semoga tulisan ringkas ini dapat disebar sebagai perkongsian nasihat dari seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya dalam menempuh cabaran kehidupan yang sementara ini.

Salam sayang dan senyum selalu. Kerana senyuman adalah penawar diri dan hati yang tidak berhajat bertemu doktor dan menelan pil bagi mendapatkannya. Hormat dari hamba Allah.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Thursday, October 3, 2013

Buku "Senyumlah 1".



:: Buku Senyumlah 1 ::

>> Harga: RM17.00
>> Postage: RM6 semenanjung, RM9 sabah & sarawak
>> Sesiapa yang berminat boleh PM 
Jie Nazirah atau Badiuzzaman Tn Ibrahim

------------------------------------------------

SINOPSIS:

Menusuk kalbu, santai, mudah dibaca, berlian ilmu dan memotivasikan kita untuk terus bersenyum. Itulah deskripsi daripada pembaca yang sudah memiliki buku ini.

Ramai antara kita yang tidak faham mengapa senyum adalah sedekah. Ramai juga yang tidak faham mengapa digalakkan berdoa, berzikir, istighfar dan jangan ditinggalkan sembahyang.

Segalanya ini dibongkar jelas oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam buku sulungnya ‘Senyumlah’ yang dilancarkan dengan jayanya 1 Julai 2012 lepas.

Segala ciptaan Allah adalah sempurna. Begitulah juga dengan sistem badan manusia.

Namun demikian, ramai manusia yang tidak faham bagaimana sistem badannya berfungsi dan apakah kaitan ajaran Islam kepada sistem badan manusia.

Sebenarnya semua berkait, secara jelas tapi terlindung.

Di sebalik buku motivasi yang mudah dibaca dan bersifat santai ini, Ustaz Tuan Ibrahim menyelit keajaiban peranan air liur yang bakal membuka dimensi baru dalam pemahaman agama Islam.

Sedarkah kita, selain bernafas, apakah yang dilakukan manusia setiap minit tanpa sedar?

Iaitu menelan air liur.

Ketika kita melihat benda lazat, air liur terjana, dan kita menelan secara tidak sedar.

Ketika kita membaca, air liur terjana, dan kita menelan secara tidak sedar.

Begitu juga ketika sembahyang, ketika berzikir, beristighfar dan juga mengumpat!

Mudahnya air liur sebenarnya elemen terpenting sistem badan manusia yang menjaga tubuh badan – segalanya bermula daripada mulut – dan elemen menjaganya adalah air liur.

Menurut Ustaz Tuan Ibrahim, air liur terbahagi kepada dua, air liur baik dan air liur beracun....

Untuk bacaan lanjut, dapatkan buku Senyumlah tulisan motivasi Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man secara online sekarang!

Saturday, September 21, 2013

Catatan: Tudung Labuh.


Bismillahirrahmanirrahim.. 

Harini sy nk share sesuatu pasal tudung labuh.. Orang yg pakai tudung labuh, tak pernah merasa diri sempurna sbb mmg mereka xsempurna..tp mereka bertudung labuh tu, memang satu mujahadah dlm melawan kehendak dunia utk mencapai satu tahap kesempurnaan..

Dan org bertudung labuh TAK KAN PERNAH BOLEH mengata pd org tak bertudung labuh wpun dlm hati, sbb siapa kita utk men"judge" tahap kesempurnaan seseorang..

Zaman skrg ni, ada mcm2 jenis tudung labuh,kaler2,style2,pusing2,belit2,ade grup sokong tudung labuh, kartun n model2 cantik pkai tudung labuh, nk tnjuk cantik dan ayunya org bertudung labuh..smua tu tak perlu..sbb kita bertudung labuh, bukan utk berfeshen, nmpk moden, bukan utk nampak cantik, jauh sekali utk buat org pandang & tertarik dgn kita..

Sbb kita pakai tudung labuh untuk tutup aurat,cari redha Allah, utk rasa selesa terutama bila org tak lg perasan dgn kehadiran kita sbb kesederhanaan dlm pakaian kita, Allah saja tahu perasaan selesa dan rilex tu bila org xpandang pn kita...

Sy pernah terima byk kritikan sbb bertudung labuh, ada lelaki yg pernah kata "tudung kamu labuh sgt tuh" , "kalau pkai tudung tiga segi yg labuh tu lg nmpk cantik" "tudung ni feshen lama, kosong je"malah ada yg kata "berpakaian seperti ahli sihir" "berpakaian konon ikut sunnah tp akhlaq blum tentu baik" mcm2 org kata.. malah masa nk interview kerja ada yg sarankan "tukarlah tudung,pakai yg kecik sikit,yg 3 segi labuh tu,nmpk cantik sikit, nnti da dpt kerja tukarlah balik takut org tak terima kerja"..mcm2.. 

tp sy nk share, spanjang sy bertudung labuh, tudung labuh tak pernah menghalang sy dr buat apa2 yg sy suka&minat..bila sy interview krja, sy nk org ambil sy kerja dgn apa sy sbnrnya&sy yakin dgn penampilan sy..sy debat, sy main sukan badminton, bowling etc, sy jd komanden kawad, sy perform, sy present, sy jd mc majlis2 org,sy masuk board meeting, smua sy pkai tudung labuh..Dan Alhamdulillah..itu xpernah sikit pn menghalang sy,ok je Allah mudahkn semuanya.. 

jd buat adik2 dluar sana yg bertudung labuh, sama2 kita istiqamah dlm mnjaga pakaian kita..biar kemas, bersih dan xkedut2,sbb kita bawa penampilan seorang Islam..buktikan wpun pnampilan mcmni, tetap boleh bwa kita pergi jauh dan jd org berjaya..

Wahai Allah..
sesungguhnya kami berusaha mencapai cinta dan redhaMu, maka tetapkanlah hati2 kami agar istiqamah d jln menuju syurgaMu..

Wahai Allah..
Sesungguhnya hati2 ini adalah milikMu sepenuh2 Cinta kmi pd Mu..

Wahai Allah..
Cinta kami hanya utkMu..

Wahai Allah..
I love u Allah...  
wallahua'lam....

[Kak Aishah Fauzi, 8 September 2013]

------------------------------------

 


Mula bertudung labuh pada tahun 2000.
*Sebab masuk maahad, wajib bertudung labuh. Dan terus 'jatuh hati' bila tengok kakak-kakak senior berjubah+bertudung labuh sewaktu program luar waktu sekolah. Sejuk mata memandang.*

Mula berniqab pada tahun 2009.
*Sebab pernah jadi pelajar sementara di pondok pada penghujung tahun 2008. Satu sem mencari kekuatan dan akhirnya mendapat ketetapan hati untuk berpurdah. (I just asked for my mom's permission after a year wearing it, huhu..) 
*Jahit sendiri, dan akhirnya terjebak dengan bisnes online, jual tudung labuh+purdah (atas sokongan moral adik2: Insyirah Soleha dan Asma Suardi)) 

Semoga mampu istiqamah.
Semoga Allah redha.
Ameen~