Bismillah, Assalamualaikum. Pernahkah anda fed up dengan kuiz yang bertimbun? Pernahkah anda rasa muak dengan kuiz sampai dah tak kisah dah apa jadi dengan kuiz? Pernah tak? Owh, maybe aku je yang rasa macam tu, ngee~ Okay, sekadar nak melepas tension je tu, huhu. Alkisahnya… Sepatutnya hari ni ada kuiz industry. Minggu depan ada kuiz GIT (isnin), kuiz physical pharm (rabu) dan kuiz pharmacognosy (jumaat). Kemudian kuiz industry di anjak ke hari isnin. So, kuiz week 11 dah ada 4. Okay, takpe-takpe, boleh hidup lagi, cuma sesak nafas je, hehe. Tiba-tiba semalam prof Noriah masuk kelas; “we’ll fix the date for CVS quiz next week,” Ouch! Blurr sekejap. Kuiz CVS selalu gabung dengan respiratory (kira cam set combo ar ni). Eventhough dalam jadual depan kelas kata 1 kuiz je, tapi dalam jadual hidup aku 2 kuiz, cuma gabung jadi 1 paper je. Okay, congak-congak balik. Hurm, kiranya kuiz week 11 dah ada 6. Erk. ...
~sebuah dokumentari tentang hidup~