Bismillah, Assalamualaikum. PHEW! *sapu lengan baju kat dahi lap peluh-yang-tak-wujud*. Akhirnya jumaat datang lagi, meninggalkan hari-hari lepas yang menyakitkan jiwa dan raga. Okay, hyperbola tu, ahaha~ Actually, hari isnin, selasa dan rabu je yang ‘sakit’, lepas tu lega dah. Kenapa sakit? “Sakit” buat report PT le! Bayangkan, 3 report pt dalam masa 3 hari. Buat 1 report pun dah nak meroyan, inikan pula 3 report, huh! TAPI, tengah gila buat report pun boleh lagi hang out & dinner ngan makcik-makcik lain yang tension jugak. Sempat gi TC lagi kot, haha, what to do, life has to go on~ Okay, memandangkan hari ni agak lega sikit, so aku cekalkan hati untuk sambung post aussie tu, haha. So this is our the third day at sydney! 30 Ogos 2012 Sydney Hari ini bermula dengan PACKING! Yup, packing! Sebab dalam pukul 3 nanti kami akan bergerak ke wagga wagga pulak. Malam sebelumnya...
~sebuah dokumentari tentang hidup~