Showing posts with label segmen. Show all posts
Showing posts with label segmen. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Contest Doodle Glinder

Assalamualaikum..

Bila suatu hari, sugar glider yang bernama Gandalf the Grey tidak lagi mahu mengembangkan sayapnya.. eh.. eh.ada sayap ke?. hukhuk..Mengembangkan tanganya.

Gandalf tidak suka melompat lagi. Terkinja2 seperti manusia di dalam club yang pernah dilihatnya. Namun keinginan untuk terbang meluap2. Maka,


yeah..
aku terbang..

nak join? jom

contest ni dianjurkan oleh MIJ a.k.a merah itu jambu

Friday, August 12, 2011

"Segmen Kreatif Bersama Budak_Bertopeng"

Assalamualaikum

Sambil berblogwalking, ternampak satu segmen ni. Baca punya baca, tarikh tutup nya 27hb 8. Maknanya masih boleh join. Suka untuk join sebab segmen ni lain dari yang lain.

Segmen ni adalah anjuran Cik Anis.

Bila menatap bulat...

Teringat satu cerita kartun superhero yang diminati waktu zaman kanak-kanak. Iaitu BATMAN

Dalam cerita tu, Lambang ni selalu diguna untuk panggil batman datang. Letak dekat spotlight kemudian pancarkan kat langit. Simbol batman tu macam gambar kat atas ni la. Paling syok, bila Batman bawa kereta macam kilat. Masa kecik2 dulu memang la kagum. hingusan lagi.
Bila besar ni, bila tengok kereta laju2. Hati bersuara, "nak mati ke bawak kereta laju2 ni". ermm..

the end.

memilih

nur dano

dan semua blogger

Saturday, July 30, 2011

SEGMEN TAULADAN : JOM INGAT PESANAN IBU AYAH

As salam

Disebabkan malam ni aku free.. Aku rasa rajin plak nak join satu segmen ni. Ini first aku join segmen. Segmen ni bagus, boleh muhasabah diri.

Segmen ni dari mr syafikmokhtar.

Ayah aku seorang yang tegas dan pendiam. Semua anak2 dia takut nak cakap or mintak apa2. Semuanya di wakilkan kepada emak. Lelaki seperti ayah payah nak tunjuk kasih sayang pada anak2 dia. Tapi aku tahu, ayah selalu bertanya mak pasal anak2 dia.

Tapi, satu hal yang ayah pesan. " Jangan jemu menuntut ilmu, Jangan dikejar ilmu dunia semata2, ilmu akhirat juga". Kata ayah, ayah bersyukur sebab anak2 ayah semua boleh bersekolah, tak buta huruf. Ada ilmu agama, tahu ilmu dunia. Boleh fikir mana baik dan buruk.

Pesanan emak pula, memang banyak la kalau nak cerita. Dari sekecil2 hal sehingga sebesar2 hal. Setiap perkara akan ada pesanan nya. Contohnya, kalau nak tido. Jangan lupa basuh kaki, gosok gigi dan baca doa tido. Kalau dengan Orang yang lebih tua, Nak jalan tu tundukkan kepala, Jangan suka mencelah orang sedang bercakap. Macam2 pesanan bergantung pada situasi la.

Bila aku dah dekat U, pesanan lebih direct dan lebih kedewasaan la. Jangan nak gedik2 bercinta sampai terbengkalai buku2 belajar, Jaga adab, jaga maruah diri. Jangan berlagak, jangan dan jangan.. Sekarang aku dah pun grad. Alhamdulillah.

Mak pun dah berpesan dah " nnti bila dah dapat kerja, jangan nak sombongkan diri". rajin bertanya. Tolong orang yang memerlukan bantuan kita" .. Aku belum dapat kerja lagi ni dah dapat pesanan. Bertapa mereka menyayangi ku.. aku suka dan sayang mereka.

Biasalah kan. Mereka sebagai orang tua ingin kan yang terbaik untuk anak2 agar anak2 tidak terpesong dan jadi manusia yang 'manusia' . Bukan manusia monkey or haiwan2 lain. Aku bersyukur mempunyai emak dan ayah seperti kamu encik ayah dan puan emak. Sayang kamu..

insan terpilih untuk aku tag ialah cik sha.