Anak yang susah hati bila mak selalu mengadu sakit lutut
Assalamualaikum wbt... Selamat sejahtera.. Emak umi merupakan salah seorang pengidap tegar sakit lutut...Setiap kali balik kampung dan tengok pergerakan emak yang agak terhad, sebak sangat rasa dihati! Sudah hampir 4 tahun mak mengerjakan solat secara duduk...Umi percaya, ramai yang mengalami dilema seperti umi, anak yang susah hati bila emak selalu mengadu sakit lutut kan? Umi cukup sensitif setiap kali dengar atau baca perkataan sakit lutut! Nak tahu kenapa? Semuanya bermula pada bulan Ramadhan tahun lalu apabila mak terpaksa dibawa ke Kuantan Specialist Hospital (KSH) kerana secara tiba-tiba mak tak boleh bangun untuk ke bilik air gara-gara tidak dapat bergerak akibat terlalu sakit di bahagian lutut! Masih terbayang di mata saat doktor tunjukkan keputusan x-ray lutut mak. Doktor cakap mak mengalami osteoarthritis kerana tulang rawan di bahagian lutut mak sudah terhakis dan geselan di antara dua tulang lutut mak yang menyebabkan kesakitan yang mak alami...