Showing posts with label Busselton. Show all posts
Showing posts with label Busselton. Show all posts

Wednesday, January 11, 2017

53rd Festival of Busselton

Festival of Busselton kini berlangsung dari 1-31 Januari 2017. Banyak aktiviti yang telah dirancangkan untuk sebulan semasa musim cuti sekolah ini. Kalau sesiapa yang berada di Busselton masa ni boleh la jenguk-jenguk apa yang menarik kat sini. :)

Contohnya tayangan filem, seperti ini:



Maklumat lanjut boleh layari laman web Festival of Busselton ata facebooknya.


 






Wednesday, August 6, 2014

Mandalay Holiday Resort and Tourist Park (Facilities) - Busselton

Jom tengok suasana dan kemudahan yang ada di Mandalay Resort ini...

Pertama sekali ada kedai serbaneka bersekali dengan kaunter resepsi yang menjual barang keperluan asas serta makanan. Terdapat juga kemudahan sewa dvd dengan harga berpatutan. Kemudahan wi-fi disediakan dengan caj mengikut jam atau hari.

Kawasan persekitaran resort sangat bersih dan terdapat kemudahan meja panjang untuk berkelah, tempat berBBQ dan juga menyiang ikan. Di samping itu ada beberapa taman permainan di sekitar kawasan termasuklah jumping pillow. Selain chalet, terdapat penginapan jenis studio dan caravan untuk yang mempunyai caravan.

Apa yang menarik ialah disekitar kawasan yang dipenuhi dengan pokok peppermint ini, tinggal sejenis binatang terlindung iaitu ring tail possum. Waktu malam kadang kala boleh terdengar binatang ini berjalan di atas bumbung, bunyinya seolah macam orang memakai kasut getah (gumboots). Jadi satu malam kami pun keluar dari chalet dan menyuluh ke atas pokok. Ada 2 ekor possum yang memandang ke arah kami. Saling berpandanganlah jadinya.. he he.. memang comel sekali. :)
Abang bergambar depan chalet

Picnic bench depan chalet

Chalet jenis lain.. suka tengok bersih aje persekitarannya

Adik tak sabar nak berjalan-jalan

Musim sejuk pun mandi kolam dan cuba water slide!

Sekali terjun dalam air terus menggigil

Terus lari masuk ke heated indoor pool

Ada 3 jenis kolam di sini.. Yang ni indoor pool
2 buah kolam di bahagian luar
Lepas mandi, menuju ke taman permainan pula
Masa untuk melompat dengan kawan-kawan baru

Lompatlah tinggi-tinggi

Puas hati dapat lompat

Waktu malam suluh torchlight nampak possum atas pokok.. Hello!

Comel betul!


Chalet lagi

Abang tunggu nak pegi games room pulak sebelum check out

Main dekat games room pula

Main ping pong pula

Bat pingpong sewa dari kaunter resepsi





Ok dah puas hati tinggal sini dan main macam2, jom balik!
Bye2 Busselton, ada rezeki boleh datang lagi :)

Monday, August 4, 2014

Mandalay Holiday Resort and Tourist Park - Busselton

Kami ke Busselton sekali lagi pada awal musim sejuk, iaitu kira-kira 2 bulan lepas. Dah lama pun, tapi sekarang baru nak update.. :) Kebetulan masa ni ada tawaran penginapan di Mandalay Holiday Resort sempena winter. Ye lah musim sejuk dan di luar musim cuti sekolah tak ramai yang pergi bercuti.

Tawaran penginapan di superior spa chalet ini sangat berbaloi berbanding harga biasa dan waktu cuti sekolah. Tambahan pula ada banyak kemudahan yang menarik untuk seisi keluarga. Selain dari spa, kemudahan di chalet ini lengkap dengan alatan dan kemudahan memasak seperti dapur, peti sejuk, mesin basuh dan dishwasher. Staf yang bertugas juga sangat peramah dan membantu dengan membawa sendiri tetamu ke chalet masing-masing. Selain itu mereka turut memastikan heater di pasang terlebih dahulu supaya tetamu terasa selesa sebaik melangkah masuk ke dalam chalet. Best kan?

Jom tengok kemudahan dan suasana di dalam chalet...
Ruang tamu dan meja makan. Chalet ini muat untuk 4 orang

Tv, radio dan dvd player di ruang tamu

Dapur

Pinggan mangkuk dan sebagainya lengkap tersusun

Bilik untuk anak-anak.. siap bawa bantal busuk masing-masing :p

Bilik utama

Spa

Kelengkapan mandi

Mesin basuh dan dryer

Gambar pemandangan Jeti Busselton

Sibuk angkut barang dan adik pula tengah tinjau spa :)

Ada tv dalam bilik utama

Kerusi dan meja di beranda

Chalet 42

Mesin dishwasher

Senduk dan sebagainya tersusun kemas

Begitu juga sudu, garfu dan pisau

Lengkap dengan mangkuk adunan dan sebagainya

Cawan dan mug dll

Pinggan mangkuk tersusun

Hah baldi dan seterika pun ada.. 

Alarm clock radio pun disediakan

Periuk scanpan tuu

Set periuk mahal ni

Cerek, toaster dan tray pun ada