Showing posts with label Soup. Show all posts
Showing posts with label Soup. Show all posts

Sunday, March 2, 2014

Sup ekor dan choc bundt cake for birthday girl

Jom tengok menu ringkas kali ini iaitu sup ekor.. atau orang sini panggil sup buntut :) Biasanya kalau tiada idea nak masak mesti teringat nak buat sup, sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tak kiralah sup tulang, daging atau ayam, atau sup ekor macam ni. Anak-anak pun berselera makan nasi kalau ada kuah sup, atau boleh juga buat mi/bihun sup.

Kek coklat pula saya buat untuk sambutan hari lahir anak perempuan kakak yang menjadi kenalan baik kami sekeluarga di sini.. Resepi kek boleh dilihat di SINI dan kali ini saya masukkan kacang walnut. ;)
Sup ekor yang sempoi aje

Kek bundt coklat dengan kacang walnut

Monday, November 4, 2013

Membeli makanan laut segar dan mi sup simple

Pertama sekali Salam Maal Hijrah kepada anda semua. Sedar tak sedar dah masuk tahun baru dalam kalendar Islam. Semoga tahun ini kita menjadi lebih baik dan berjaya dunia akhirat hendaknya. Amin..

                                      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Masa mula-mula datang ke sini agak 'pening' juga nak cari ikan segar ni. Kat pasaraya memang ada jual ikan, tapi biasanya telah dipotong dalam bentuk fillet dan yang dah disejuk beku. Entah macam mana rupa ikannya? Selain tu ikan dan makanan laut dijual di kedai-kedai seafood. Kalau teringin kembung atau cencaru kami akan beli ikan dalam pack yang frozen di kedai oriental.

Kemudian baru tahu ada pasar basah menjual ikan di Market City, Canning Vale setiap pagi Sabtu. Setakat ni tak pernah lagi ke sana sebab tengok suasananya boleh tahan meriah, susah kalau bawa anak-anak ke sini. Maklumat lanjut boleh baca di SINI.

Selain itu tak jauh dari rumah ada 2 buah kedai seafood, satu kedai tu agak besar dan harganya boleh tahan juga iaitu Seafresh Myaree. Apapun kami lebih suka ke kedai Kaili's ni yang membuat jualan murah setiap hari Sabtu.

Kaili's terletak di Myaree, iaitu di kawasan kedai berhampiran Chan's brothers. Kena masuk melalui pintu menuju ke Lime's baru nampak kedai ni terletak di hujung.

Alamatnya:
Shop 12/1 Marshall Road,
Myaree WA 6154
Just off Leach Hwy between Bunnings and McDonalds.

Phone: 08 9317 6243
email: melville@kailis.com.au

Ikan bream.. cari dalam bahasa melayu Ikan Kuku? ye ke?

Sirip, kepala ikan dan tulang ikan pun diorang dah pandai jual dan beli

Bugs ni kalau tak silap udang lipan kan? Udang kat sebelah tu pun agak murah

Macam ni lah rupa kedai menjual makanan laut ni

Yang dah dipotong siap pun ada dijual. Sebelah tu ada salmon, snapper dan ikan kerapu kalau tak silap. Tak sempat snap gambar dia dah siram dengan ketul ais :p

Snapper

Balik beli ikan tapi tak sempat masak dah lapar, so buat mi sup simple dulu untuk alas perut. Fishball beli kat kedai oriental :)

Sunday, November 3, 2013

Garage sale dan menu grill

Baru-baru ni sebuah kedai barangan kelengkapan dapur telah membuat garage sale. Menarik sekali tu sebab waktu inilah diorang habiskan stok barang dapur. Mulanya rancang nak beli set sudu dan garfu, lepas tu tengok barang elektrik pun ada.. apa lagi terus beli set electric grill ni sebab dah lama berkenan. Selain dari tu boleh lagi capai mana yang sempat.

Bila dah ada grill ni terus semangat nak menggril. Jom tengok menu yang telah berjaya dibuat :)
Gril ni ada tray berbentuk macam ni dan jika diterbalikkan jadi permukaan rata

Grilled beef and lamb

Marinate dengan rempah portugis

Inilah rupa kotak grill.

Sempat juga saya beli set teko comel beserta tea cosy

Muat untuk 2-3 cawan

Botol yang boleh menuras air sebanyak 300x guna

Sudah masak!

Ini pula grilled portuguese chicken with  potato, garlic bread and homemade mushroom chicken soup

Saya masak dalam oven dulu baru grill untuk pastikan bahagian dalam ayam betul-betul masak

Marinade yang digunakan untuk ayam dan daging. Memang sedap