Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget
Showing posts with label Western Food. Show all posts
Showing posts with label Western Food. Show all posts

Sunday, April 27, 2014

MUSHROOM SUP & GARLIC BREAD

 
Mushroom Sup & Garlic Bread


Mushroom Sup

Bahannya:
80gm cendawan butang putih dicincang halus
80gm cendawan butang putih dihiris kasar
2 cawan air
1 cawan susu (Ummi guna susu full cream dutch lady)
3 sudu teh tepung gandum dibancuh dengan 1 cawan air suam)
1 biji bawang besar holland dimayang/dicincang halus
1 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu makan butter (40gm)
1 sudu makan knorr cukup rasa @ 1 kiub ayam Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada sulah @secukup rasa.


         

Caranya:
1. Cairkan butter, tumis bawang besar & bawang putih hingga layu
2. Masukkan cendawan, kacau hingga layu.
Masukkan air, susu, bancuhan tepung gandum, garam & serbuk lada sulah. Kacau sehingga mendidih.
3. Sedia untuk dihidang bersama garlic bread.





GARLIC BREAD

Bahannya:
Roti perancis 1 bantal dihiris serong @ roti sandwich gardenia
2 sudu makan soft marjerin/ butter
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit daun oregano


         

Caranya:
1. Gaul hingga sebati marjerin, bawang putih & oregano.
2. Sapu pada roti. Jika guna roti sandwich boleh dibakar menggunakan toaster..kalau guna roti perancis bakar menggunakan oven suhu 170°C selama 10minit..( kalau nak bakar guna toaster pun boleh tapi kena hiris nipis supaya muat toaster.



           


Thursday, December 19, 2013

PANCAKE BUTTER MILK

 
Pancake Butter Milk

Bahannya :
2 cawan tepung gandum diayak
2 sudu teh baking powder diayak
1 sudu teh serbuk soda bikarbonat diayak
175gm butter dicairkan
2 sudu makan gula perang
1 sudu teh garam
1 cawan susu (Ummi guna dutch lady low fat)
1 cawan butter milk ( susu + 2 sudu makan cuka makan)
1 biji telur pukul

           
Caranya:
1. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat & serbuk penaik ( baking powder)
2. Satukan semua cecair (  butter milk, susu, butter cair, & telur.
3. Masukkan garam  & gula. Kacau hingga larut.
4. Campurkan larutan diatas bersama bahan ayak (gandum + soda bikarbonat + baking powder). Kacau hingga sebati.
5. Panaskan frypan,  sendukkan  mengikut saiz yang dikehendaki.
6. Bila terdapat lubang-lubang kecil di  permukaan bolehlah dibalikkan supaya masak di kedua-dua belah  permukaan sehingga keperangan.
7. Angkat, buatkan sehingga habis bancuhan. Sedap dimakan bersama madu@ susu pekat@ jem,  buah-buahan dll.

 


Saturday, October 19, 2013

COSLAW

 
Coslaw


Bahannya :
200gm kobis dihiris halus
100gm carrot@ 1/2 batang diparut@ dihiris halus
3 sudu makan susu tegar
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan susu tepung (Ummi guna Dutch Lady madu)- ganti gula
4 sudu makan mayonis

 

Caranya :
1. Campurkan semua bahan diatas.Gaul hingga sebati. Sedia untuk dihidang bersama menu yang lain seperti lamb chop, chicken chop, ayam Goreng dll.



Wednesday, April 3, 2013

SPAGHETI DAGING SELASIH BERSAMA BROKOLI

 
Spagheti Daging Selasih Bersama Brokoli


Bahan-bahannya :
● 500gm spagheti  halus (angel hair San Remo)-dicelur 2 minit dengan air mendidih yang telah dicampur dengan 1 sudu teh garam & 3 sudu makan minyak masak. Angkat, siramkan dengan air sejuk & toskan.
● Hirisan brokoli dicelur selama 2 minit dengan air mendidih yang telah ditambah 1 sudu makan minyak masak. Angkat & toskan.


       

Bahan untuk kuah:
400 gm daging kisar brand Ramly disiram bersih & ditoskan.
3 biji bawang besar holland dicincang halus
3 biji tomato dihiris dadu.
1 sudu makan pes cili maepranom (@ 2 sudu makan cili boh
430 gm tomato puree brand kimball ( 1 tin)
1+1/2 cawan air
20 helai daun selasih dihiris halus
Garam & gula secukup rasa.
Sedikit bahan perasa ( Ummi guna cukup rasa maggie)
Minyak untuk menumis


Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu.
2. Masukkan tomato, tomato puree & pes cili. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan daging kisar, air, garam, gula & perasa. Kacau hingga kuah pekat.
4. Masukkan daun selasih. Kacau hingga rata.
5. Angkat, sedia untuk dimakan bersama spagheti. Hiaskan brokoli dan daun selasih diatasnya, sedia untuk dihidang.


       

Wednesday, July 25, 2012

LAMB CHOP BERSOS CENDAWAN BLACKPAPER

Lamb Chop Bersos Cendawan Blackpaper

LAMB CHOP

Bahan-bahannya:
5 keping Lamb slice, diperap dengan lada hitam, garam & sedikit perasa (serbuk pati ikan bilis/ayam dll) selama 30 minit.
Sedikit butter


          

Cara Membuatnya:
1. Sapukan butter pada dulang pembakar, letakkan lamb, bakar sehingga masak. (Ummi guna Flip pan - bakar 15-20 minit shj).
2. Angkat & sedia untuk dihidang bersama sos cendawan blackpaper serta bahan sampingan yang lain.


SOS CENDAWAN BLACKPAPER

Bahan-bahannya:
150gm cendawan fresh shimeji ( dihiris kecil)
1 biji cendawan holland dicincang
250gm sos blackpaper
4 sudu makan sos tiram
5 sudu makan sos cili thai
1/2 cawan air
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa (kiub ayam/bilis dll)
minyak zaitun untuk menumis

          

Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang besar hingga layu.
2. Masukkan semua bahan, kacau sehingga pekat & angkat.
3. Sedia untuk dimakan bersama Lamb Chop

Bahan-bahan sampingan:
Baked been (Ummi guna Ayam Brand)
Brokoli, dicelur dalam air panas yang mengandungi  1 sudu teh garam & 1 sudu makan minyak, selama 2 minit.
Daun Salad


COSLAW

Coslaw

Bahan-bahannya:
250gm, kobis disagat & dicincang halus
1/2 batang carrot disagat & dicincang halus
3 sudu makan mayonis
1 sudu makan cuka
1 sudu teh gula/ secukup rasa
1/2 sudu teh garam/ secukup rasa
3 sudu makan fresh milk

         

Cara Membuatnya:
1. Gaul semua bahan hingga sebati, sedia untuk dimakan



Thursday, July 12, 2012

SPAGHETI SHIMEJI DAGING PERISA SELASIH & BAWANG PUTIH

Spagheti Shimeji Daging Perisa Selasih & Bawang Putih

Bahan-bahannya:
750 gm (1+1/2 paket) Sphageti direbus dengan  2 sudu makan minyak masak & 1 sudu teh garam, sehingga lembut @ masak, ditoskan.
1 botol sos spagheti selasih & bawang putih brand kimbal
6 sudu makan tomato puree
400 gm daging kisar brand Ramly
2 sudu makan pes cili dalam minyak
3 biji bawang besar holland dimayang @ cincang halus
150 gm cendawan shimeji dibuang akar & dipisahkan daripada rumpun.
1 cawan air
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa (contoh: kiub ayam, kiub@ serbuk ikan bilis,aji dll)
minyak untuk menumis


         

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga kekuningan, masukkan pes cili & tomato puree, kacau hingga sebati.
2. Masukkan daging kisar & air, kacau sekejap, biarkan mereneh selama 15 minit@ sehingga daging masak.
3. Masukkan sos Spagheti kimbal, garam , gula & bahan perasa, kacau hingga sebati.
4. Masukkan Cendawan shimeji, kacau 2 minit & angkat.
5. Tuangkan kuah spagheti keatas mee spagheti, hiaskan dengan daun kemangi. Sedia untuk dihidang.

        



Saturday, June 9, 2012

PIZZA AYAM NENAS

Pizza Ayam Nenas


Doh Pizza

Bahan-bahannya: (untuk 7 biji pizza size regular)
1 paket yis segera (11gm)-dibancuh dengan 3/4 cawan air suam, 2 sudu teh gula & 1 sudu teh susu tepung, dikacau sebati & dibiarkan selama 10 minit hingga berbuih.
6 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak (Ummi guna minyak bunga matahari)
1  cawan air

    


Cara Membuatnya:
1. Campurkan semua bahan, uli sampai kenyal & tidak melekat. (kalau doh keras + air, kalau lembik + gandum)
2. Bahagikan doh kepada 7 bahagian, biarkan selama 30minit dengan bekas yang tertutup.
3. Ambil sebiji doh, canaikan kepada diameter yang dikehendaki. (Ummi guna tangan sahaja, leperkan diatas pinggan yang rata.
4. Cucukkan dengan garpu pada permukaan doh, sedia untuk diletakkan filling & bahan-bahan lain diatasnya.

Filling Ayam Pizza


Bahan-bahannya:
200gm isi ayam dihiris halus
1+1/2 biji bawang holland dimayang/cincang halus
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk oregano
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang hingga layu, masukkan ayam & serbuk cili, kacau hingga ayam masak.
2. Masukkan garam, gula, perasa & oregano, kacau hingga sebati.
3. Sedia untuk diletakkan diatas doh pizza.

         

Bahan-bahan lain pizza:
Sos cili thai (Ummi guna life)
2 jurai nenas dipotong kiub
Serbuk oregano
250 gm monzarella cheese diparut
sedikit minyak untuk dilenserkan pada dasar periuk/ dulang pembakar (Ummi tak guna oven, Ummi guna periuk Tupperchef brand tupperware @ boleh guna periuk yang bertapak tebal yang lain)

         

Cara Membuatnya:
1. Panaskan periuk (guna api yang paling perlahan), sapukan sedikit minyak didasar periuk, masukkan doh pizza yang telah disediakan.
2. Sapukan 2 sudu makan sos cili, taburkan nenas di atas permukaan doh, taburkan filling ayam diatasnya.
3. Taburkan monzarella cheese diatasnya &  akhir sekali diikuti dengan sedikit serbuk oregano. Tutup tudung periuk, bakar selama 5-10 minit dengan api yang perlahan. (Kalau guna oven bakar dalam suhu 180 darjah selama 10minit-guna api bawah sahaja.)
4. Angkat & sedia untuk dihidang.



Tuesday, February 7, 2012

SPAGHETTI HALUS BERSOS DAGING MUSHROOM

Spaghetti Halus Bersos Daging Mushroom


Bahan-bahannya:
500gm spaghetti halus (Angel Hair Spaghetti-San Remo)
2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh garam
Air secukupnya untuk merebus




Cara membuatnya:
1. Rebus air bersama minyak masak & garam hingga mendidih.
2. Masukkan spaghetti, masak selama 2 minit & angkat.
3. Siramkan dengan air paip (apabila sejuk spaghetti tidak melekat).
4. Toskan, sedia untuk dihidang bersama sos spaghetti.




SOS SPAGHETTI


Bahan-bahannya:
400gm daging kisar, dibasuh bersih & ditoskan (Ramly brand)
7 biji cendawan butang dihiris halus
3 biji bawang besar holland dicincang halus
325gm sos spaghetti mushroom kimball (1 botol)
2 sudu makan tomato puree
3 sudu makan cili boh
2 biji tomato dicincang halus
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis




Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan tomato, tomato puree & cili boh, kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan daging, kacau sehingga daging masak.
4. Masukkan semua bahan lain, kacau hingga ihidang berszasebati, renehkan sekejap dengan api yang perlahan.
5. Sedia untuk dihidang bersama spaghetti.

Thursday, August 18, 2011

BUTTER CRAB

Butter Crab

Bahan-bahannya:
5 ekor ketam, dibuang kulit cengkerang, dibersihkan & dibelah 2
10 biji bawang putih dicincang halus
2 tangkai daun kari
3 tangkai cili kering dipotong serong
1/2 cawan susu segar/cair
1 biji telur
3 sudu besar butter/planta/marjerin
minyak untuk menggoreng ketam
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa (serbuk@ kiub pati ayam/aji/dll)

Ketam yang telah digoreng


Bawang putih, cili kering & daun kari


Tumis bawang putih, daun kari & cili kering dengan butter
Cara Membuatnya:
1. Perap ketam bersama garam, serbuk lada hitam/putih & sedikit bahan perasa selama 15-30 minit.
2. Goreng ketam di dalam minyak yang panas sehingga masak.
3. Angkat, toskan minyak, hidang diatas pinggang.
4. Panaskan butter/planta/marjerin, tumis bawang putih bersama daun kari & cili kering sehingga kekuningan/ naik bau.
5. Masukkan telur & susu, kacau sehingga telur & susu bergentel .
6. Masukkan garam, gula & bahan perasa secukup rasa.
7. Kacau sehingga telur menjadi kekuningan seperti garing.
8. Angkat dan taburkan diatas ketam yang telah digoreng tadi.
9. Sedia untuk dihidang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...