Aku terfikir…

Sekrang ni saya dah bekerja, itu bagus. Kerana saya dah ada gaji sendiri dan boleh mula berdikari.

Itu juga bermakna, saya akan kena berusaha keras lagi sebab Raya Puasa tahun ni kena mula beri duit raya kepada sepupu-sepupu yang kenit-kenit tu. Itu budaya keluarga saya ni, fortunately (??)

Saya terfikir…disebabkan budaya duit raya ni lah, Bank Negara dipaksa untuk menyediakan duit kertas dalam stok yang mencukupi utk setiap musim raya. Maka jadi kerja BNM lah untuk melayan tukaran-tukaran wang yang mendadak permintaannya setiap tahun.

Siapa yang memaksa BNM ni untuk bekerja keras? Budaya itulah yang menyebabkan BNM kena pulun.

Siapa yang buat budaya tu? Melayu. Dan Cina juga ek?Angpau?

Hmm…kuat juga suara ‘budaya Melayu’ ni.

Apa kata jika suara itu dikuatkan untuk ‘budaya Islam’?, seperti tutup aurat dan jgn berdua-duaan di taman-taman. Sure akan penat JAKIM(seperti penatnya BNM) sebab di ‘paksa’ untuk mengejar dan tangkap pemuda pemudi harapan bangsa di tasik-tasik pada malam hari (juga siang hari).

Tak gitu?

Wang bukanlah Kasih Sayang

Entry saya kali ini berkait dengan entry Ustaz Halim . Tapi sebenarnya saya hanya ingin menceritakan apa yang berlaku pada hari ini di tempat kerja saya, dengan takdir Allah ianya berkait sedikit dgn entry Ustaz Halim.

Di Plant tadi, saya ditugaskan untuk menjaga Radiographic Testing untuk piping di Turbine. Sambil memerhatikan kawasan testing tersebut untuk mengawal lalu lintas, saya berbual dengan seorang pekerja.Pekerja ni adalah seorang pembantu Am, ataupun saya istilahkan sebagai Runner utk kerja-kerja di sini.

“Mu kawing dok gi?” (Kamu dah kawin ke?)
“Doh” (Dah)
“Anok brapa org doh?” (Dah berapa org anak?)
“Nok masuk due ni” (Nak masuk 2 org)
“Org Puang mu kije dok?”(isteri kamu kerja ke?)
“Dok” (Tak)
“Bakpe org puang mu dok kije?” (Sebab apa isteri kamu tak kerja?)
“Aku dok bui, payoh kalu org puang kije ni, mmg le buleh je bagi duit ke org jage anok,cuma kita tok dapak kasih sayang tu, kita hilang hok tu.Sebak kalu org jage dari kechek, dia akang sayang ke org tu, bukang mok ye” (Aku tak bagi, susah kalau isteri kerja ni, memang la boleh bagi duit kat orang untuk jaga anak, cuma kita akan hilang kasih sayang mak. Sebab kalau orang lain jaga dari kecik, dia akan sayang ke penjaga tu, bukan mak dia.)

Sampai di sini saya memang tersentak. Rasa terharu pun ada bila dengar dia cakap mcmtu. Dan kata-kata ni keluar dari seorang orang kampung, yang belajar pun ntah setara mana. Saya teruskan perbualan selepas itu, berkenalan dengan dia.

Continue reading

KEMBARA

Perjalanan akan menambahkan pemandangan, sekaligus memberi pengalaman/ilmu berharga.

Ziarah saya baru-baru ini ke rumah seorang qudama, pelbagai permata berharga dikumpulkan.

Dalam satu athar disebut “la atho’u syaiton li akhuka” Jangan membantu Syaitan terhadap saudara kamu.
Kita akan ada kawan lama yang dulu baik, tapi sekrang makin jauh. Makin jauh sehingga kita tak tahu apa yang jadi kepada dia. Dulunya mungkin beramal, tapi ntah2 sekrang tak lagi. Dulu mungkin beriman, tapi skrang wallahu’alam.

Jangan bantu Syaitan terhadap saudara kamu, iaitu teman2 kamu. “Sesungguhnya mukmin itu bersaudara” (Hujurat: 10). “Serigala akan mudah memakan kambing yang keseorangan/terkeluar dari kelompoknya”(hadis)

Apabila teman kita bersendirian, dia akan mudah digapai syaitan. Begitu juga kita. Pernah kita rasa keseorangan dan fikir nak buat menda2 yang merepek?

Pastikan kita sentiasa ‘catch-up’ dengan teman-teman kita. Dengarlah kisah mereka, masalah mereka, bantulah mereka, paling tidak pun cukup sekdar mendengar masalah mereka. Kerana kita takut seandainya kita biarkan mereka keseorangan tanpa support, boleh jadi mereka menerawang dan jadi lebih buruk dari hari ke hari.

Jangan biarkan teman kita sorang-sorang, Jangan bantu syaitan terhadap saudara kita.

Design a site like this with WordPress.com
Get started