Challenge Status Quo

sell_on_change 

Saya menyambut baik pandangan Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa penjawat awam patut mencabar ‘status quo’ ataupun keadaan sedia ada bagi membuat pembaikan.

Sebelum itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga memberi pandangan agar jabatan Kerajaan patut sentiasa mencari ruang untuk pembaikan, juga menunjukkan bahawa ada harapan untuk agensi-agensi kerajaan menjadi bertambah baik dari keadaan sedia ada.

Pada pandangan saya, jabatan kerajaan merupakan nadi utama dalam mana-mana masyarakat dalam sesebuah negara. Ini kerana peratusan besar ‘rakyat marhaen’ adalah pekerja di jabatan kerajaan. Maka kecemerlangan dalam operasi jabatan kerajaan akan menunjukkan sejauh mana terdidiknya masyarakat di negara tersebut. Tidak seperti agensi swasta yang mana lebih terperinci dan mempunyai syarat yang lebih ketat dalam memilih pekerja, maka sudah pastilah agensi-agensi swasta ini lebih efisien dalam operasi mereka.

Continue reading

Jejak Rasul beri petunjuk

jejak-kaki-nabi

Katakanlah: “”Kepunyaan Allah-lah timur dan barat; Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.” (2:142)

Membaca surat pembaca di NST beberapa hari lepas (lihat bawah), mengingatkan saya kepada kisah para sahabat r.a dengan Raja Najasyi di Habshah.

Kisah yang cukup menyentuh hati tu, memaparkan bagaimana dekatnya kepercayaan Najasyi yang memeluk agama Nasrani pada ketika itu, dengan agama Islam. Dalam satu kata-katanya yang mahsyur setelah mendengar penjelasan rombongan para sahabat r.a:-

“Kepercayaan kamu dengan kepercayaan saya adalah ibarat dua titik cahaya yang datang dari satu sumber yang sama”

Continue reading

Lepas ni apa?

pergaulan+bebas

Selama 5 tahun saya di  luar negara, saya melihat sendiri bagaimana rosaknya akhlak muda-mudi barat, seks bebas, arak bebas, bertukar pasangan secara bebas. Tidur di tepi tong sampah pada awal pagi Ahad adalah lumrah, kerana mabuk pada malam Sabtu. Semua yang saya perhatikan di sana adalah seburuk-buruk akhlak manusia, dan itu menjadi lumrah di sana.

Semasa saya tingkatan 1, ketika itu seandainya ada pelajar lelaki dan perempuan bercouple & berpegangan tangan, baik di sekolah atau selepas sekolah, itu adalah isu besar dan sensasi.

Naik tingkatan 3, isu pelajar ‘dating’ di tempat gelap dan melakukan hubungan intim adalah isu besar dan sensasi. Pegang tangan dah kira lumrah.

Continue reading

Design a site like this with WordPress.com
Get started