Kalau anda penat…

Fikirkan syurga tidak lama lagi…

Lepaskan dunia kerana ianya akan ditinggalkan..

Amal, amal, dan amal kerana itulah tujuan hidup ini dijadikan…

67:2 Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun

Sabar, sabar, dan sabar kerana itulah sunnah dalam berurusan…

103:3  kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Kadang-kadang saya rasa kita perlu jadi seperti kuda lumba…ditutup matanya agar hanya mampu melihat kehadapan. Agar ia boleh terus, terus dan terus, tidaklah ia mampu pandang ke belakang, dan tidak juga ia mampu melihat apa yang berlaku kepada kuda lain,ia akan terus maju kehadapan…mengejar kejayaan yang hakiki…….syurga Allah s.w.t.

Dunia yang Fana

Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, – Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, – (an-Naziat 34-35)

Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah satu keseronokan. Keseronokan yang telah ditentukan secara halus dan mantap… tetapi ia tetap hanya sekadar keseronokan. Keseronokan yang akan sampai ajalnya… maka apabila tiba malapetaka besar, ia akan menyelubungi semua yang wujud… langit yang dibina, bumi yang diratakan, gunung yang dipasak, hidupan dan kehidupan. Bahkan ia lebih dahsyat dari semua itu. Ia menutup dan meliputi segala sesuatu!

Ketika itu, setiap insan akan teringat usahanya. Teringat­kan usahanya dan cuba menghadirkannya, jika selama ini dia lalai dan lupa untuk berusaha disebabkan peristiwa-peristiwa hidup dan keseronokan. Tetapi, teringat dan cubaan untuk menghadirkan usaha ketika itu tidak lagi bermakna. Tiada faedahnya kecuali hanya mendatangkan perasaan kecewa dan putus asa, lalu tergambarlah azab dan siksaan yang menunggu!

Keajaiban Solat Subuh (2)

 

49:14  “Orang-orang Arab Badui itu berkata: “”Kami telah beriman””. Katakanlah (kepada mereka): “”Kamu belum beriman, tetapi katakanlah: “”Kami telah tunduk””, karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tiada akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang””.”

Bahasa lidah selalunya tidak selari dengan apa yang diyakini dalam hati. Begitu pula ribuan ungkapan lisan tidak bersesuaian dengan amal perbuatan. Seorang mukmin sejati dan jujur adalah seorang yang mampu menyesuaikan antara perkataan dengan perbuatannya. Perkataannya seiring dengan apa yang ada di hatinya. Manakala orang munafik pula zahirnya nampak baik dan bersih, namun hatinya keras bagaikan batu atau bahkan lebih keras lagi.

Allah taala mengetahui apa-apa yang terpateri di dalam hati. Dia mengetahui kerdip mata yang tidak jujur dan segala apa yang tersembunyi dalam dada. Dia Maha Mengetahui apa-apa yang ada di dalam diri orang munafik dan orang mukmin, di samping mengetahui orang yang berdusta atau bersifat jujur. Allah kemudian berkehendak untuk menguji para hambaNya bagi mengetahui rahsia hati yang tersembunyi dalam jiwa,  memperlihatkan siapa yang hanya banyak bercakap tanpa mengamalkan apa yang dia katakan, atau meyakini sesuatu namun tidak mengikut pentunjuknya. Continue reading

Design a site like this with WordPress.com
Get started