Jangan Terlalu Berani Mencabar – Dr Ridhuan Tee

Mingguan Malaysia 15 Ogos 2010

Kolumnis ultra kiasu The Centre for Policy Initiative (CPI), dalam artikel terbarunya minggu lalu, berulang kali menyebut nama saya. Artikel kontroversinya turut mengundang laporan polis oleh Perkasa. Saya hanya ketawa kecil membaca artikel tersebut kerana ternyata kolumnisnya amat jahil dalam memahami sejarah dan kehidupan bernegara, apatah lagi untuk memahami perlembagaan.

Beliau yang tinggal di bumi bertuah ini langsung tidak bersyukur, malah mempersendakan dan menghinakan kedudukan istimewa agama Islam dan Melayu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Saya cadangkan beliau berhijrah ke negara lain, jika negara ini sudah tidak ada lagi kebebasan baginya. Pergilah ke negara asal-usulnya atau ke barat, kerana di sana lebih banyak ‘kebebasan’ untuk membina gereja paling besar dan patung paling tinggi di dunia serta, sekolah vernakular, termasuk juga melakukan perbuatan sumbang seperti seks bebas.

Continue reading

Fokus

Hari ini saya belajar kekuatan ‘fokus’ dalam membuat satu pekerjaan.

Fokus menjamin kualiti dalam tugasan.
Fokus memastikan kita menyiapkan tugasan pada masanya.
Fokus membolehkan kita melihat perkara-perkara tersembunyi yang tidak dapat kita lihat seandainya kita tidak fokus.

Akhirnya, kita hendaklah fokus kepada tugasan diri sendiri dan mencari titik kelemahan atau kesilapan yang ada pada hasil kerja kita. Ini kerana seandainya kita hilang fokus pada tugasan sendiri, maka kita akan menjadi seperti pepatah “kuman seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak”

Ramadhan tiba lagi

Alhamdulillah kita bertemu kembali dengan Ramadhan. Ini Ramadhan pertama saya bersama anak sulung. Pastinya pelbagai pengalaman baru bakal kami tempuhi.

Selamat menyambut Ramadhan kepada pembaca blog ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih cemerlang dari tahun lepas. Kullu amm wa antum bikhair

Thanks KUSESSIANS

(me with the MPPs of KUSESS 2010)

Thanks to Cikgu Hasan, Cikgu Eley, Cikgu Ghazali and all the MPPs for providing me the chance to share a bit of my experience. It was a great opportunity and looking forward to come again later.

Wish I could spend more time with these students as they are our nation’s future. Need to help them as much as i could. Anyone wants to join me?

Design a site like this with WordPress.com
Get started