Showing posts with label Comel. Show all posts
Showing posts with label Comel. Show all posts

Sunday, February 20

Shaye dah mula sukakan dia.

Salam semua. Wazzup! Sorry lah bizi skett tak selalu updated sangat. Minggu ni adalah minggu berjimba. Seronok. Thanks kepada semua yang sudi meluangkan masa. Shaye malas nak balik minggu ni sebab nak seronok-seronok kat sini. Mimi sayang, sabar skett okey? Nanti kak Iya pulang. Minggu ni pegi "Terengganu" untuk mencanting batik. Seriously best gilak. Nanti shaye updated cerita pasal pegi mencanting batik.


Berbalik kepada tajuk. Ehem. Shaye sedang dilamun cinta. Hahaha. Pecaye? Tak payah la pecaye. Shaye sudah mula sukakan si Yoshi ni. Sangat cute. Yoshi ni adalah milik kakak shaye. Baru je shaye jumpa dia dua,tiga minggu lepas. Masa tu Yoshi kecik lagi. Ni shaye datang rumah kakak shaye lagi, dia dah besar panjang. Omaigod. Sangat gebu.


"Psssstt Nemo, bukan kau takut kucing ke?" Hahaha. Shaye takut kucing jalanan saja. Kucing pegi klinik ni shaye tak takut dah. Sebab diorang sangat-sangatlah manja. Kelmarin shaye pergi ikot kakak shaye selamatkan anak-anak kucing yang sakit mata. Omaigod, kesian sangat. Mata anak kucing tu macam dah nak tersembul. Takut dan kesian sangat.


Masa shaye pergi rumah "kakak penyelamat kucing", omaigod rumah dia ada lebih 20 lebih ekor kucing. Feel masa mula-mula masuk rumah. Gilak! Banyaknye kucing. Dan shaye dikerumuni kucing-kucing. Korang bayangkan "ikan Nemo" dikerumuni kucing? Hahaha. Takott okeh. Tapi nasib baik, kucing-kucing tu semua dengar kata.


Dan masa "kakak penyelamat kucing" tu cuba selamatkan anak kucing yang dah lemah tak berdaya tu, tiba-tiba hati shaye tersentuh tengok kesungguhan diorang nak selamatkan anak kucing yang mungkin dah buta. Cara dia layan anak kucing tu (macam seorang ibu), anak-anak kucing yang sangat kelaparan, kucing-kucing lain yang cuba nak tolong anak-anak kucing tu (jilat-jilat badan anak kucing). Dalam hati, omaigod. Apa semua ni? Kucing je kan?


Baru shaye sedar dan terfikir. Kucing pun makhluk Tuhan juga. Sedih dan terharu kau sorang-sorang kat situ. So, sekarang ni shaye dah tak takut kucing lagi Yes yes yes! (tapi mungkin tak takot kucing kakak shaye saje sebab kucing-kucing beliau sangat manja dan gebu)


Nemo dan Yoshi.


Yoshi sibuk nak temankan shaye mengadap lappy.


Senyum Yoshi ! Ramai nak kenal awak ni !

Okey, itu saja. Bai bai.


Saturday, February 5

Bila budak 2 tahun kena basuh kereta.[censored]

Salam semua. Wazupp ! Selamat hari Sabtu. Dah nama pun hari minggu takde benda kott nak buat. Shaye tengah tunggu membe shaye dari jauh datang rumah. Lepas dia sampai bolehlah kitorang merayap satu dunia. Ceh ceh ceh ! Bila dah takde kerja, shaye pon merajinkan diri pergi basuh kereta. Dah hari-hari shaye merayap sorang-sorang guna kereta tu. So, kenalah jaga la skett.


Dah shaye sibuk nak basuh kereta, si pari-pari pon sibuk nak join juga. So, bagilah chance dia main air. Haha. Comel gila. Layan gambar ok ! Sorry gamba sexy skett, kena censored part-part yang tak patott. Gamba shaye? Lagilah sexy dari Mimi. Sebab tu takde. (sila jangan pecaye)


Beriya sampai tayar-tayar pon dia cuci.


Macam dah biase je buat kerja-kerja ni? Haha.


Muka puas !

Layan video pulak okeh. Dia ni memang pro buat-buat kerja ni. Sangat serius dan bersungguh-sungguh buat kerja. Lepas buat kerja, kak Iya bagi upah ais krim ye, sayang! Jangan pelik tengok budak 2 tahun ni dah pandai buat-buat kerja ni. Buat kerja rumah, lagi tak payah cakap. Haha. (sebab dia suka tolong Mama kat rumah)

Saturday, April 24

Tips Kekal Chumel !

Salam Sabtu semua. Ini hari hari minggu kan? So, marilah kita lapangkan minda kita dengan membaca sedikit tips dari shaye. Aiseymen, bajet chumel la kan? Hohoho. Ye, shaye tahu siapalah shaye untuk bagi tips macam ni kat uols. Tapi kalau bukan shaye, siapa lagi nak bagi tips? Haha. Ok2, sebenarnya tak semestinya orang yang berwajah chantek atau kacak je yang layak bergelar chumel, tapi ada certain part yang buley buat orang kata kamu chumel. Contoh ? Personaliti kamu. Ok, hari ni shaye tak mahu cerita panjang pasal personaliti ke hape, tapi shaye nak share dengan kamu macam mana nak kelihatan kekal chumel di mata diri sendiri.


Chumel. Orang akan bagi persepsi itu dari segi apa? Kamu yang cute-cute atau kamu yang tembam-tembam? Oh. Yang mane satu agaknye untuk shaye? Huhu. ye, sedang berdietlah ni ok ! Malas nak mengomel panjang, amek ini tips nya :


1. Selalunya bila bangun pagi je, uols terus capai towel pastu mandi eh? Eh, jangan begitu dong. Even uols tak sanggup tengok muke uols dengan rambut serabai tu, luangkan sket masa untuk tatap muka uols tu depan cermin. Lakukan sket urutan wajah kat muka tu. Yang paling penting, pastikan uols senyum kat depan cermin tu even sekejap. Motip? Bangun tidur tu kan permulaan hari, jadi tak salah kan kite mulakan hari dengan senyuman?



2. Lepas mandi of course uols lapar kan? Ha, yang ni penting. Amek makanan yang berkhasiat. Takpe kalau nak makan banyak tu tapi make sure seimbang. Takdelah muda-muda dah kena darah tinggi, kencing manis, buasir semua. (buasir pun masuk dalam senarai. hahaha). Air masak minum banyak-banyak ok. Tapi jangan minum sampai satu kolam. Kembong jangan salahkan shaye ok?




3. Bila bergaul dengan orang tu, pastikan wajah anda tak lekang dengan senyuman. Senyum tu penting ok. Tapi jangan pulak senyum tak kena tempat. Mereng dah tu. Hahaha. Kalau uols nak tahu, senyuman sebenarnya adalah penawar bagi kemarahan. Tapi bila dah marah tu uols tahulah betapa susahnye nak senyum kan? Kan?




4. Ha, yang ni penting jugak. Cara hidup kamu. Pastikan uols hadapi cara hidup yang sihat. Hindari rokok dan minuman beralkohol. Sedar tak sedar, kesan daripada rokok dan alkohol buley buat kite nampak tua dari umur sebenar. Hati pun kena bersih. Sentiasa berfikiran positif. Buang sifat-sifat jahat tu. Buang semuanya jauh-jauh ok?




5. Pastikan kamu punya rehat yang cukup. Untuk orang dewasa, tidur yang normal antara 6-8 jam macam tu dalam sehari. Jangan terlebih-lebih tidur pulak? Itu tak elok untuk kesihatan. (Shaye selalu terlebih tidur. Mengaku)



Ok, itu saja tips untuk hari ni. Sekian terima kasih.


p/s : Uols rasa shaye chumel?



Ye, budak kecil itu lagi chumel. Shaye sendiri tahu. =)

Saturday, January 30

cantek ke korang?

Chantek..eh salah eja.Cantik..gurlz, korang rasa korang chantek? opps..cantik? Bf korang selalu ke puji korang cantik? Selalu? *untungnye kena puji..shaye?opps! Ok sebenarnya cantik ni adalah subjektif. Kadang2 bila kita tengok orang tu cantik,tapi bila orang tengok biasa je..kan? Tapi pada shaye cantik tu tak semestinya dari luaran je. Kalau kita nak kelaskan orang itu cantik ke tak, ia bergantung kepada luar dan dalam seseorang tu.mintak maap, bukan dalam baju ok! *yang lelaki mula la nak fikir bukan2.hehe.


Maksud cantik luar dan dalam di sini ialah seseorang yang cantik dari segi rupa dan penampilan, keperibadian, hati yang bersih dan segala2nya perfect.



Tapi zaman sekarang ini kenapa perempuan berlumba2 nak cantik? Pegi cucuk sana, cucuk sini. Apa tak sakit ke kakak oi? hehe. Tapi kalau yang menjaga kecantikan tu ok la kan. Sekurang-kurangnya dia menghargai apa yang dia ada. Macam shaye nak pegi facial apa semua takde la kan. Lagipun shaye kan masih study. Sama je, tetap jugak berjemur panas2 nak ulang-alik pegi kelas hari-hari. Tapi if dah keje nak jugak pegi kot tiap2 bulan *berangan dah keje.haha.



Ok itu cantik dari luaran. Kalau cantik dari dalaman macam mana pulak? Ha, macam ni. Kita kena bersihkan hati kita. Tak payah la kita nak dengki, berhati busuk, buat jahat kat orang lain. Setiap apa yang kita nak buat tu biarlah dengan niat yang baik. Bila hati dah busuk, dengki, khianat kat orang lain, dah tentu jelas nampak air muka kita ni jahat. Selain itu, kebijaksanaan jugak buley wat kita rasa cantik. Cara bercakap, cara berjalan, cara ketawa. Dah la sekolah pandai, pandai segalanya la. Pandai masak, pandai borak dan macam2. Nak tahu apa kategori cantik untuk orang-orang macam tu? Tu kategori orang yang dah dilahirkan cantik semulajadi.*agak-agak shaye kategori apa ya? kena tanye incik shaye ni.


Lagipun kecantikan ni bukannya kekal. Maksud shaye kecantikan luaran. Esok lusa berkedut jugak kan? Lain la korang duk cucuk2 botox ke.. Tu lain cerita la.. Apapun setiap wanita layak untuk jaga kecantikan masing-masing. Macam mana? terserah la pada kemampuan. Alaa..produk tradisional pun ok apa. Tapi kan shaye musykil. Pada lelaki, perempuan itu cantik dari segi apa? Dah nama pun lelaki kan, pantang nampak perempuan cantik, seksi sket confirm nak pandang kan. Tapi tahu ke korang apa kat dalam hati diorang?


Agak-agak macam ni ke?

  1. pergh, awek cun la.kan besh dia milikku.aauuw!
  2. Ahh..tak kira.japgi aku nak pegi ngurat minah yang pakai skirt terbelah tu.
  3. Astaghfirullah. seksinye. taknak aku pompuan macam tu.
  4. Alahai manjenye pompuan tu. Cute pulak tu.
  5. Ala, perempuan macam ni bersepah kat KL.
  6. Kan seronok jadi perempuan.. *opps lelaki ketegori ape ni.haha

*gambar sekadar hiasan.(google)


Misteri kan? Tak tahu la apa diorang fikir. Sebab pandangan lelaki dengan perempuan mana sama.kan? Entah la. Tiada komen di situ. Yang dah ada gf atau bini pulak sibuk suruh gf pakai macam ni, pakai macam tu sebab nak tengok gf atau bini diorang nampak cantik. Tapi bila kita dah berdandan cantik2, tengok dia. Alahai. takde perubahan pun. Sama je? mentang2 tak payah nak makeup2 macam pompuan. Macam tu je la kau kan? Dengan tak jaga mukanya. Rambut entah sikat ke tak..Kuku panjangnya mengalahkan syaitan ya ampun.haha.kalau baju, baju tu je la tiap kali jumpa. Seluar pun seluar sama? Apa kes? Opps! Hohoho.. *yang dalam2 pun sama ke? adoi.



Ok korang rasa artis mana yang cantik? Pada shaye, shaye suka tengok Cheryl Samad. Cantik kan dia? Dia artis. Berlakon.Penyanyi.Pengacara.Pandai.Pandai bukan dari segi pelajaran je tapi macam2. Pandai bercakap, pandai berlakon dan semualah. Setahu shaye takde pun gosip2 yang memburukkan imej dia. Dia seorang yang sederhana tapi pada shaye cantik. Tak cantik ke korang? Tak kira.yang penting shaye suka.haha.



*si cantik.

ok la.macam dah terlebih panjang je entry kali ini. Gudnite.
*psst, shaye cantik tak? ke chumel? lalalalalala~

Lazada Philippines