Lepas mandi aku makan sekeping roti dan telan ubat, tapi pening masih tak juga reda. Aku mula menelefon Aiman dan semua anggota Coda, mengejutkan mereka dari tidur supaya mereka tak terlewat ke TV9.
Hati aku pula dah mula berbelah bahagi, nak pergi ke tak bawa Coda ke program Nasi Lemak Kopi O, kalau pening melarat nanti susah juga.
Aku sms Aiman dan bagitau yang aku memang tak larat nak ikut, jadinya Aiman saja yang akan ke TV9 untuk bawa Coda.
Aku hanya menonton penampilan mereka di tv, Coda menyanyi satu lagu `Inferioriti Kompleksmu' dan juga diwawancara. Kemunculan Coda di TV9 tadi mengundang beberapa sms dari pelbagai pihak. Alhamdulillah ada yang sukakan lagu Coda, tak kurang juga yang minta album Coda.
Aku memang tak sabar menantikan album Coda dipasarkan, bagi aku mereka ini adalah anak2 muda yang ada wawasan dan kaliber tersendiri. Masing2 ada ilmu dan kemahiran dalam bidang masing2 terutama muzik.
Boss juga menelefon aku sewaktu Coda sedang membuat persembahan di tv tadi, ada idea yang Boss sarankan, mungkin terkesima melihat artis pertamanya itu beraksi.
Aku harap album Coda yang dijangka dipasarkan pada 6 April nanti akan memberi cetusan baru dalam industri muzik masa kini. SNP dah usahakan yang terbaik dengan menerbitkan sebuah album penuh (10 lagu), harap usaha ini diperakui. Jangan hanya berteriak industri muzik akan mati dan sedang nazak, sesekali lihat masih ada kesungguhan daripada sebuah syarikat kecil seperti SNP yang masih mahu berusaha menerbitkan lagu dan album penuh. Tanpa sokongan, usaha ini tidak akan dipandang. Lebih2 lagi Coda adalah artis baru, belum punya nama.
Aku sambung tidur untuk meredakan pening kepala (migrain). Aku pun dah janji dengan Papa petang nanti nak bawa anak2 keluar rumah, jalan-jalan.

Inilah aksi anak-anakku yang tak sabar2 lagi nak keluar. Ada gambar Nabil tu, ramai yang tanya mengapa kurang diletakkan gambar Nabil di sini. Haaaa...tengahlah tu, macam2 aksi dia buat waktu bergambar. Bukan senang nak dapatkan gambar dia ni.
Sempat pose dulu sebelum keluar rumah.
Jam 330pm, kami anak beranak ke Jusco berdekatan, kebetulan memang banyak barang anak2 yang aku hendak beli..ada jualan murah lagi, ini pun ada ihsan bernama ZZ ang sudi khabarkan ada jualan murah di Jusco. Damia waktu nak balik dari Jusco, buas dia ni..payah nak jaga. Naik pening kepala Papa nya.
Setelah memborong barang anak2, kami pergi makan di KFC. Perut aku memang lapar sebab pagi tadi hanya makan sekeping roti sahaja.
Sampai di rumah, aku dan Papa bergegas bersiap2 nak ke Janda Baik. Sejak semalam Boss tak henti2 mengajak kami ke sana. Ada majlis tahlil untuk arwah abah yang dibuat di rumah keluarga kenalan Boss dan suami. Kebetulan mereka juga mengadakan Hari Keluarga dan sebelah malamnya diadakan tahlil untuk ahli keluarga mereka dan juga arwah abah. Serba salah juga kalau tak menghadirinya.
Oleh kerana aku masih belum sihat sepenuhnya, memang rasa agak letih nak ke sana tapi gagahkan juga. Hanya aku dan Papa yang pergi, anak2 tinggal di rumah.
Sekitar jam 750pm barulah aku dan Papa sampai di sana, terlepas sembahyang Maghrib berjemaah. Selepas Maghrib, adakan bacaan Yaasin, tahlil dan juga tazkirah oleh ustaz yang dijemput khas.
Seperti biasa lepas tu acara makan2, borak2 dan jam 12pm Papa dah bagi `signal' nak balik. Tuan rumah sempat minta Papa menyanyi sebuah lagu, acara karaoke pun ada, maklumlah keluarga ini mengadakan Hari Keluarga, macam2lah acara yang dibuat sejak siang tadi hingga esok.
Papa yang mula2nya segan tidak menghampakan tuan rumah, ada permintaan untuk sampaikan lagu Sejati, nyanyian Wings. Selepas menyampaikan lagu tersebut, kami pun pulang ke KL besar.
Sampai di rumah dah hampir jam 1.15am, aduhai penatnya. Apalagi terus terbaringlah aku, esok nak kena bangun pagi lagi..arghhhhhhhhhh.
29 Mac-Jam 7am, aku dah siap nak ke TV9, hari ni giliran Saida pula di program Nasi Lemak Kopi O. Aku ke TV9 dengan Aiman, Saida pergi dengan suaminya. Sampai di Seri Pentas, awal 1 jam, kami ke cafe dulu untuk alas perut.
Hari ni Saida dijemput untuk mempromosikan ABPBH dengan pereka fesyen pakaiannya nanti iaitu Nazreen Idris. Waktu Saida di set sedang diwawancara, aku sempat menjamah nasi lemak dan kopi o yang dihidangkan buat para tetamu.
Selepas program tu, aku, Saida dan Nazreen berbincang tentang pakaian Saida untuk jadi penyampai anugerah di ABP nanti. Memang Nazreen dah ada lakaran tapi kami berbincang untuk dapatkan rekaan yang terbaik.
Nazreen mengambil ukuran badan Saida untuk menyiapkan baju untuk ABPBH pada 12 April nanti. Ada pula yang enter frame kat belakang tu.
Balik dari Seri Pentas, aku singgah di restoran berdekatan rumah untuk belikan sarapan pagi anak-anak. Put'a dah telefon tadi, katanya lapar. Aku pun tak sempat nak memasak pagi tadi, jadinya memanglah anak2 aku akan lapar. Bukannya tak ada roti, biskut, cereal di rumah tapi mereka ni memang nak makanan berat.
Lepas hidangkan makanan untuk anak2, aku mula memasak untuk makan tengah hari pula. Hari tu masa balik ke KL kecil, emak mertua aku ada beli ikan patin sungai. Hari ni aku pun masak ikan patin tu, aku masak ikan patin kukus (stim). Anak2 memang suka, berulangkali Put'a menambah nasi dan Damia pun suka. Nabil dia makan je apa yang ada, semua dia suka. Papa pula dia memang menikmati kepala ikan patin stim, memang aku simpankan bahagian kepala untuk Papa.
30 Mac-Selepas siapkan keperluan keluarga, aku minta Aiman bawa aku ke rumah Boss. Hari ni ada temujanji dan perbincangan dengan Pat Ibrahim, kareografer terkenal tu. Kami berbincang untuk persembahan Boss di ABPBH. Bertukar2 idea untuk dapatkan satu persembahan yang mampu memberi kesan kepada penonton.
Selepas perbincangan tu, aku minta diri balik ke opis. Aku tak dapat temankan Boss ke Bukit Aman untuk `fitting' uniform polis kerana Saida ada fotgrafi di opis. Kalau nak tau uniform polis tu untuk apa, tunggulah ya, nanti akan diketahui juga.
Di opis, Saida ada fotografi untuk majalah Media Hiburan. Alang2 dah sampai di opis, banyaklah kolum yang Saida buat untuk majalah ni, ada untuk fesyen, koleksi dan juga lifestyle. Hampir jam 6pm barulah semuanya selesai.
Oh!Ya, dalam entry sebelum ini, aku lupa nak bercerita tentang Anugerah Industri Muzik. Pencalonan top 5 telah diumumkan pada 26 Mac lalu, waktu aku dan yang lain2 balik ke KL kecil. Aiman yang jadi wakil SNP ke majlis sidang akhbar dan aku dah pesan supaya Aiman telefon aku bila dah tau keputusan top 5.
Banyak juga pencalonan yang SNP hantar ke pihak AIM, bukan sahaja Boss tapi Saida, Sairah dan Coda yang mempertaruhkan single masing2.
Bila keputusan dah diumumkan, Aiman telefon aku dan bagitau satu persatu. Alhamdulillah ada beberapa kategori juga Boss tercalon tapi artis2 SNP yang lain tida ada. Belum rezeki, tak mengapa.
Mmmmm...kulit album terbaik tak tersenarai top 5, tak perlu rasa terkilan sebab semua ini ditangan juri. Aku tahu bagaimana abang Nuar telah berikan yang terbaik untuk kulit album Lentera Timur malah ramai yang memberi respons baik terhadap hasil kerjanya itu. Mungkin belum rezekinya juga.
Vokal Terbaik Dalam Lagu (bukan dalam album seperti selalunya), Boss tercalon dua lagu iaitu Di Kayangan Kita dan Di Taman Teman. Album Pop Etnik Terbaik-Lentera Timur antara 4 calon bertanding, Lagu Pop Etnik Terbaik-Di Kayangan KIta dan Di Taman Teman dan Susunan Lagu Terbaik-dua lagu, Pada Cintanya dan Di Taman Teman (kategori ini untuk penggubah lagu).
Mendoakan yang terbaik untuk semua yang telah bekerja keras dan tercalon dalam AIM. Menang atau tewas adalah sebuah pemberian yang melambangkan anugerah tetapi di hati setiap seorang daripada kami yang telah bekerja keras untuk sesebuah album, anugerah yang paling gemilang sudah terpahat. Kepuasan: itulah hadiah yang sebenarnya.
Segala macam aksi sewaktu sidang media di Quality Hotel.




Menziarah pusara arwah abah sebelum berlepas pulang ke KL besar, aku, Papa, Saida, Boss dan anak saudara sepupu. Sairah tiada dalam gambar kerana dia jadi jurugambar.



Inilah penerbit MHI hari ni, Fedtri Yahya dan pengacaranya Ally.



Oleh kerana hari ni siap mekap cepat...Boss pun layan kamera kat laptop aku ni...inilah gambar yang Boss hasilkan sendiri.