Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar seting dalam Terminal pada Mac
Gunakan seting Terminal untuk menukar pilihan bagi tetingkap Terminal baharu, mencipta profil, mengurus kumpulan tetingkap dan memilih pengekodan yang anda mahu kelihatan dalam menu pengekodan teks.
Pergi ke app Terminal
pada Mac anda.
Pilih Terminal > Seting, kemudian klik anak tetingkap seting:
Umum: Setkan profil untuk tetingkap permulaan, untuk tetingkap dan tab baharu serta pilih cangkerang untuk digunakan.
Profil: Cipta profil untuk menukar cara tetingkap Terminal kelihatan.
Kumpulan Tetingkap: Urus kumpulan tetingkap Terminal.
Pengekodan: Pilih pengekodan yang anda mahu kelihatan dalam menu pengekodan teks.
Untuk mengetahui tentang pilihan dalam anak tetingkap, klik di bahagian bawah anak tetingkap.