Teori ingatan menjelaskan proses menerima, memproses, menyimpan dan mengeluarkan maklumat. Ia terdiri daripada ingatan deria, ingatan jangka pendek dan jangka panjang. Maklumat diproses melalui pengekodan, penyimpanan dan pengingatan semula. Model yang dibincangkan termasuk teori Gagne, Atkinson-Shiffrin dan model jaringan.